Flight Attendant

Aku tengah tengok drama Korea masa Ting masuk bilik aku. Pause sekejap, aku pandang Ting. Ting senyum-senyum aje. Mesti nak ugut bagi tahu ketua FYDP aku yang aku masih boleh layan drama kat bilik.

"Aku nak tengok sikit je. Kalau tak best, aku berhentilah!" Percubaan cover yang baik.

"Aku tak kisah la. Tapi kalau kamu nak tengok drama yang best, aku cadangkan satu siri Jepun. Cerita fasal flight-attendant."

"Aku tak berapa layan sangat cerita Jepun sebenarnya. Cerita apa? Flight-attendant??"

"Ye la, cerita flight-attendant. Alah, dalam Bahasa Melayu kita sebut PERAGAWATI!!"

Dan aku terfikir, berapalah si Ting ni dapat untuk kertas Bahasa Melayu masa SPM dulu!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Coke

Semalam aku ada meeting dengan supervisor (SV) tentang Final Year Design Plant (FYDP). Memandangkan komposisi Hydrogen Sulfide dan karbon dioksida agak tingg, kitorang tak tau apa yang nak dibuat dengan karbon dioksida selepas diasingkan dari komposisi gas asli. Hydrogen Sulfide boleh la jugak ditukar jadi sulfur dan dijual tapi karbon dioksida? Tak kan lah nak bebaskan macam tu je. Tak fasal-fasal design kitorang kena cop tak environmental-friendly. Apa yang SV aku cadangkan?

"Awak capture karbon dioksida tu, and then awak buka industry buat air Coca-Cola"

Dan aku terus teringatkan air Coke Ee yang tak boleh dibuka tu. Hahaha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ganti

Malam semalam Ee balik dari latihan tarian marah-marah. Rupa-rupanya botol air Vanilla Coke yang dia beli dari Kopetro tak boleh dibuka. Dari satu bilik ke satu bilik dia mengusung botol Coke tu minta orang tolong bukakan.

Langkah pertama, ruang antara penutup botol ditoreh dengan pisau bagi memudahkan penutup botol tu dibuka. Ting yang buat. Dalam berhati-hati, pisau masih tergelincir. Jari Ting luka.

Setelah hampir setengah jam mencuba, langkah drastik diambil. Penutup botol dilubangkan di bahagian atas guna pembuka tin. Lepas Ee minum, ting terus ambik cawan tuang air tu, "Yang ni buat ganti darah aku yang luka tadi tu!". Macamlah luka kau penuh secawan. Chet!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails