Minggu lepas aku ada temuduga PETRONAS. Antara sesi yang agak mencabar minda ialah sesi role-play. Masa sessi ni lah penemuduga dapat lihat cara kita menangani stress dalam situasi tertentu. Aku dapat kes budak hilang. Sesi temuduga dijalankan dalam Bahasa Inggeris, tapi aku terjemahkan dalam Bahasa Melayu la.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kad 1
Anda merupakan seorang anggota polis. Apabila anda balik ke rumah pada pukul 7 malam, seorang bapa yang tinggal sekampung dengan anda mengadu yang anak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum pulang dari sekolah. bagaimana anda menenangkan perasaan bapa yang risau itu.

Aku: Bila kali terakhir encik nampak dia? Encik dah telefon kawan-kawan anak dia ke? Pengawal keselamatan sekolah takde perasan anak encik ke?

Bapa: Saya nampak dia masa saya hantar dia ke sekolah pagi tadi. Manalah saya kenal siapa kawan-kawan anak saya tu. Awak ingat pengawal sekolah kenal ke anak saya yang mana? Punyalah ramai pelajar kat sekolah tu!

(Macam bagus kan jawapan dia? Kalau anak kau memang betul-betul hilang, sah-sah takde orang nak tolong!)

Aku: Macam ni la encik. Kita tak boleh buat report sebab dia hilang belum sampai 24 jam lagi. Buat masa ni, saya rasa elok kita pergi jumpa ketua kampung. Kita pakat dengan orang kampung untuk cari anak encik tu


Kad 2
Keesokan harinya, pelajar tersebut masih belum dijumpai. Ibu pelajar tersebut mula "menyerang" balai polis. Pada badannya terdapat kesan lebam dan calar akibat dipukul suami kerana dituduh tidak pandai menjaga anak.

Ibu: Berapa ramai sebenarnya polis kat sini? Anak saya hilang pun tak boleh nak selesaikan.

Aku: Sabar puan. Pihak kami memang sedang menyiasat perkara ni. Anggota kami pun sedang melancarkan operasi mencari anak puan.

Ibu: Kalau betul semua polis tengah sibuk cari anak saya, apa yang awak buat kat sini??

(La..aku tengah kerja la. Tak kan la tengah makan angin kat balai polis kot!)

Aku: Puan, saya memang bertugas di sini hari ni. Pihak kami ada butir-butir puan untuk dihubungi. Kami akan sentiasa menghubungi puan jika ada sebarang perkembangan. Buat masa ini, apa yang perlu puan lakukan ialah bersabar. Saya lihat kesan lebam di badan puan ni agak serius. Kalau suami puan yang buat, baik puan failkan report sebab ni dah kes dera.

Ibu: Ada saya kata lebam ni suami saya yang buat?? Awak jangan pandai-pandai nak tuduh suami saya. Kerja awak cari anak saya, bukannya sibuk hal keluarga orang!!!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Zasss...manalah tak menyirap darah aku dibuatnya. Dah terang-terang dalam kad tulis yang isteri dia kena pukul ngan suami. Masuk Kad 3 - Pekerja Jabatan Masyarakat mengadu, sehari sebelum budak tu hilang, kawan-kawan dia dengan cikgu-cikgu ada nampak kesan-kesan lebam kat badan dia. Budak tu cakap ayah dia yang pukul. Bila aku suruh Pekerja Jabatan Masyarakat tu buat report, dia tak nak. Kalau takde report, macam mana polis nak tahan bapak budak tu. Kad 4 - Budak tu masih belum dijumpai walaupun sudah masuk seminggu. Orang kampung mula mempertikaikan kredibiliti pihak polis. Walaupun teruk juga kena provoke, aku cubalah juga menjawab sebaik mungkin.

Balik dari temuduga, banyak juga cerita yang aku dengar dari pelajar lain. Tapi cerita yang paling hebat aku dengar, ada sorang budak yang dapat kes yang sama dengan aku. Masuk Kad 2 memang kena provoke habis, sampai budak tu tak tau nak cakap apa. Apa yang agaknya budak tu cakap???

"Kamariah, ambilkan air untuk akak ni. Biar dia sejuk sket!!!"

Hahahaha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati