Sejak dua tiga hari ni, aku menjadi pengunjung laman web CIMB yang setia. Setiap hari aku akan log in, tengok account information dan mengeluh melihat angka yang tidak berubah-ubah. Duit dalam dompet pulak cukup-cukup untuk sahur pagi tadi sahaja. Bilalah duit scholar nak masuk ni!

Lewat malam semalam, perbualan aku dengan mak:

Aku: Kenapalah duit tak masuk-masuk lagi ni.

Mak: Duit yang Mak bagi hari tu dah habis ke?

Aku: Along buat bayar bil telefon. Dah lama sangat tertunggaknya.

Mak: Habis, awak ada duit tak sekarang ni?

Aku: Adalah kot. Jangan risaulah. Besok masuklah duit tu agaknya.

Mak: Kalau awak dah cakap macam tu, ikut awaklah. Kalau besok tak masuk lagi, beritahu Mak lah.

Segan sebenarnya nak minta. Baru je bulan lepas Mak masukkan duit.

Tapi, tengah hari tadi satu mesej yang masuk ke dalam peti mel telefon bimbitku membuat aku tersenyum lebar. "Ambil elaun konvo hari ni kat ofis saya. TQ". Selang beberapa minit sahaja, aku dah tercegat di depan pejabat Cik Mat. Akhirnya, lepas juga belanja beberapa hari sementara menunggu scholar masuk. Aku mengambil kertas untuk ditandatangan. Tengok jumlah elaun - boleh tahan juga!

Namun, senyumku tidak lama. Cik Mat hulur sekeping cek. Aku buat muka berkerut. Cik Mat seakan faham. "Kalau kau bank-in sekarang ni, besok dah boleh keluarkan. Baik kau pergi cepat. Lepas pukul 1. Rabu nanti baru dapat duitnya."

Aku terus bergegas ke bank sambil berfikir tentang juadah berbuka puasa ku petang nanti. Nak makan apalah agaknya!!!


Nota: Takde lah tragik sangat cerita aku sebab bila aku selongkar balik laci aku, jumpalah RM10. Lepas jugalah untuk buka puasa. Nasihat aku untuk semua (dan diri aku sendiri) - RANCANGLAH PERBELANJAAN DENGAN BIJAK!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati