Isnin lepas Encik Ahmad buat 'open-house'. Memandangkan kitorang memang selalu 'menyusahkan' Encik Ahmad dengan menjadi pengunjung setia rumahnya masa Akademi Fantasia dulu, tak sedap rasanya kalau datang dengan tangan kosong. Memanglah dah namanya 'open-house', tapi kitorang decide nak masak jugak.

Rancangan asal bawak barang dan masak di rumah Encik Ahmad. Tapi bila fikir balik, lagi menyusahkan dia. Nak suruh budak perempuan yang masak, diorang pulak duduk asing-asing. Rancangan terpaksa ditukar. Terpaksalah aku dan Ee yang gamble masak. Sekurang-kurangnya ada Fizzi dan Mekot nak minta tolong. Nak masak spaghetti tapi sorang pun tak pernah buat. Selamba je.

Habis beli barang pukul 11. Nak pergi rumah Encik Ahmad pukul 12.45. Terkocoh-kacah lah jugak. Bayangkanlah budak bujang yang masak. Resepi pun main bubuh je apa yang patut. Habis kuah spaghetti merecik kat dinding. Ting yang tengok siap cakap, "Macam ada pembunuhan kat dalam rumah ni!" Hahaha.

Ni lah rupa bentuk spaghetti yang dah siap dimasak

Bila sampai je rumah Encik Ahmad, kitorang dah berpakat. Kalau ada sesiapa yang komen kata tak sedap. kitorang cakap kitorang tempah kat Makcik kafe. Hahaha.

Beberapa orang mangsa eksperimen sedang menikmati hidangan.

Risau jugak kalau ada yang sakit perut ke makan spaghetti tu. Tapi tengok diorang makan macam ok. Ramai yang komen kuah dia lagi best kalau tak masam sangat. Mana tak masam, tiga tin besar tomato puri kitorang bubuh sebab nak bagi kuah dia banyak. Tak terfikir pun nak tambah air! Tapi seperti biasa, Ee memang pandai bab-bab cover ni.

"Memanglah masam sebab nama resepi dia Spaghetti Masam-Masam Manis!". Diorang mengangguk tanda faham. Hahahaha.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati