Teringatlah pulak...

Belek-belek gambar lama. Entah bila Akim edit gambar ni, aku pun tak tahu. Gambar tahun lepas, masa hantar mak abah ke lapangan terbang. Nak pergi umrah.





PERASAN
Aku jumpa abah dan mak terus kat air port. Kebetulan, aku ada kursus di KL. Sampai kat airport, Pak San (jiran kami yang turut pergi umrah bersama abah dan mak) tegur aku.

"Hai Long, hensem hari ni Pak San tengok!"

Aku senyum. "Tengok Kim, Pak San kata kita hensem!" Akim cebik bibir.

Sementara menunggu, seorang makcik dari tadi aku perhatikan asyik pandang ke arah kitorang. Aku dan Akim duduk di belakang makcik tu. Makcik tu menoleh ke belakang.

"Err..nak tanya, anak ni pelakon yang kat TV tu ke?"

"Eh...xde lah. Makcik silap orang agaknya." Akim cepat-cepat balas. Makcik tu beredar. Akim start senyum-senyum.

"Tengok Long, makcik tu ingat kita artis!"

Giliran aku pulak cebik bibir! (Dengkilah tu! Hahaha)


MASAK
Mak abah pergi umrah 2 minggu. Adik aku yang kecik pun dah Tingkatan 3 waktu tu. Tinggallah dia berdua dengan kakaknya. Minggu pertama Akim cuti. Minggu kedua Angah pulak cuti. Kira berganti-gantilah diorang jady baby-sitter jaga perempuan berdua tu. Aku telefon Hazirah.

"Hazirah, awak masak ke kat rumah?"

"Masak pun xde saper nak makan. Kadang-kadang Kak Tasyah (jiran sebelah) hantar lauk. Kadang-kadang Bang Kim beli lauk. Masak nasi je lah. Hari tu Ipah masak."

Aku kerut dahi. Sejak bila adik bongsu aku tu pandai masak? "Sedap ke?" Aku tanya.

"Entah. Tak makan pun. Angah cakap 'Berani ko nak makan Ipah masak! Tak pasal-pasal kena food poisoning!' Angah la jahat! Sudahnya, mak kan ada tinggalkan duit. Malam tu angah bawak gi makan Pizza!"

Hampeh je! (Dengki lagi la tu tak dapat join!)


MAKAN
Mentang-mentang mak abah ada tinggalkan duit. Hari-hari diorang makan besar kat rumah. Sekejap Pizza lah, sekejap McDonald lah. Aku telefon Angah.

"Gila x menahan ko makan Ngah!"

"Dah mak tinggalkan duit untuk makan. Kat sampul surat ni mak tulis belanja makan. Sampul surat lain yang tulis duit tuisyen Ipah tu semua kita tak usik pun."

"Alamak!"

"Kenapa Ngah?"

"Kita baru perasan. Mak tulis belakang sampul ni. JIMAT JIMAT SIKIT BELANJA TU!"

Dan bila mak balik, membebellah mak sebab duit belanja dapur untuk sebulan yang ditinggalkan, semua dah habis buat belanja 2 minggu!

Puas hati aku! Hahaha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tiada duit untuk berkahwin? Kami ada jawapannya!



Aku berborak dengan Khairul (bukan nama sebenar) tentang hal kewangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, memang susah nak menyimpan (terutamanya kalau korang kenal dengan tabiat aku berbelanja!) Duit gaji baru masuk. Potong itu, potong ini, tinggal beberapa ratus sahaja.

"Aku rasa kau kena kahwin la. Baru kau beringat sikit bila berbelanja. Tak pun bini kau nanti leh jaga financial kau." Panjang lebar Khairul explain.

"Hmm...ye lah tu." Aku balas acuh tak acuh.

"Takpun bila kau nak kahwin. Sure kau akan start simpan duit. Takde la boros sangat berbelanja"

"Apa susah. Loan kan ada?"

"Orang ofis aku bising dah suruh aku kahwin. Bila aku cakap takde duit diorang kata loan kan ada. Tapi bila aku menjawab hari tu, terus tak keluar isu pasal loan kahwin."

"Apa ko jawab?" Aku mula tumpu perhatian pada Khairul. Berminat.

"Bagus jugak kalau buat loan kahwin kan? Kalau tak mampu bayar, macam keretalah, sure isteri kena 'tarik'. Boleh lah cari yang lain pulak!"

Hampeh sungguh jawapan ko tu Khairul!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rumah itu duniaku...


Masa kecil-kecil dulu, kami sekeluarga duduk dengan atuk. Bila malam, kena bentang tilam, gantung kelambu dan bergelimpanganlah kami tidur di ruang tengah. Pasang satu lampu (mentol) supaya tak terlalu gelap. Kalau mentol terbakar, gembiralah kami kerana dapat merasa mentol warna lain pula (dan selalunya abah akan tetap beli mentol warna biru jugak!)

Awal tahun 1996, abah bagi tahu hajat nak buat rumah sendiri pada atuk. Pada mulanya atuk tak berapa berkenan. Lagi pula atuk akan duduk dengan busu. Biarlah kami sekeluarga yang menjaga rumahnya. Adik beradik abah pun bukannya berkira sangat pasal rumah tu. Tapi abah jelaskan baik-baik. Tak sedap rasanya kalau kami masih menumpang rumah tu. Elok juga kalau rumah tu disewakan. Dapat juga atuk merasa duitnya bulan-bulan.

Hujung tahun 1996, siaplah rumah kami. Gembiranya Tuhan sahaja yang tahu. Maklumlah, dapat merasa bilik sendiri. Yang lelaki satu bilik, yang perempuan satu bilik.

Bila adik-adik saya yang perempuan makin besar, mak dan abah makin pening. Yang seorang tu jenis pengemas, yang seorang tu pula kurang pula tahap kekemasannya. Standard kekemasan masing-masing berbeza. Sikit-sikit yang tu menangis, yang ini merajuk. Lantas, mak dan abah usahakan buat lagi 3 bilik. Kami yang lelaki masih lagi berkongsi bilik (maklumlah, semuanya bukan ada di rumah. Masing-masing belajar merata), yang perempuan dapat bilik sorang satu, satu bilik jadi bilik tamu dan satu lagi bilik jadi stor. Mak kata, kalau kami semua dah berkeluarga senanglah nanti kalau semua balik. Masing-masing ada bilik sendiri (dan masa tu juga kami berebut cop bilik sebab tak nak dapat bilik stor. Hahaha.)

Dan sekarang saya sudah pun bekerja. Baru saya tahu bukan mudah (dan tentunya bukan murah) untuk memiliki sebuah rumah. Menonton di kaca TV, mat despatch atau minah kilang duduk di rumah (atau apartment), dengan hiasan yang menarik (ada tu yang siap dengan konsep Bali lagi) – tapi hakikatnya, bekerja sebagai seorang eksekutif pun belum tentu dapat beli rumah macam tu! (maksud saya, sekurang-kurangnya perlukan beberapa tahun juga sebelum dapat beli rumah!)

Sesekali bila saya pulang, rumah kami masih seperti dulu. Cuma rumah enam bilik itu hanya tinggal dua orang penghuninya – emak dan abah. Kalau pun kami balik, susah untuk berkumpul semuanya. Bila orang ni balik, orang tu pula ada peperiksaan di kolej. Bila orang tu balik, orang ni pulak ada urusan di tempat kerja.

Tapi bila semua ada di rumah, macam nak pecah pula rumah tu. Orang yang ni dengan gitarnya, yang itu dengan radionya. Dan bila malam, semua masuk bilik, ambil bantal – dan tidur bergelimpangan depan TV. Penat je mak abah buat bilik!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Andaiku Tahu...

INSIDEN 17 FEBRUARY 2008

Hp aku berbunyi..."andai ku tahu...kapan tiba ajalku..."

akak ofis terdiam - tanya "Lagu apa tu, macam best je. Lagu indon ke?"

"ha'ah. Lagu ungu"

"walaupun bakal menampakkan aku ni dah tua, nak tanya jugak. Ungu tu tajuk lagu ke nama grup dia??"

dan aku berasa sangat terharu dengan soalan itu...

as commented on Kak Pnut punya blog for entry: tengok Gang and Bila rasa dah tua

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Antara merdu alunan Remy dan magis Gusti Putri!



Menonton teater Puteri Gunung Ledang the Musical, tak dapat tidak membuatkan aku cuba membandingkannya dengan P Ramlee the Musical. Maklumlah, kedua-duanya hasil tangan dari Enfiniti Production, team produksi yang hampir sama - cuma cerita yang sememangnya berbeza.


P Ramlee the Musical (PRtM) dimulakan dengan babak P Ramlee @ Remy (lakonan Sean Ghazi) sedang bermain piano bersama isterinya Saloma @ Sally (Liza Hanim) di kediaman mereka di Kuala Lumpur. P Ramlee yang bagaikan merasa kecewa dengan kehidupannya di Kuala Lumpur - menggubah lagu Air Mata di Kula Lumpur, sambil mengenang zaman lampaunya - dari Pulau Pinang, bersama kekasih hatinya Azizah (Siti Nurhaliza), berhijrah ke Singapura bersama sahabat baiknya Sukardi (Chedd Yusoff), pertemuan dengan isteri-isterinya Junaidah (Atilia) dan Norizan (Melissa Saila) serta zaman kegemilangannya.


Babak-babak dalam Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) pula lebih mudah. Penonton dibawa menyaksikan kehidupan Puteri Raja di Majapahit, Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah (Tiara Jacquelina) dan kekandanya Gusti Adipati Handaya Ningrat (AC Mizal). Bagaimana kedatangan rombongan Melaka membibitkan rasa cinta Gusti Putri kepada Hang Tuah (Stephen Rahman). Ancaman Demak menyaksikan Adipati terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Melaka (Adlin Aman Ramlie) - dengan syarat Gusti Putri harus menjadi permaisurinya. Short version - Hang Tuah dihantar melawan Demak, Gusti Putri sedih - lari ke Gunung Ledang mencari cintanya, Sultan Mahmud murka, suruh Hang Tuah meminang Gusti Puteri (time tu la dia ala2 demand mintak 7 benda mengarut tu!)



CASTING
Terus terang, motif utama aku beriya sangat nak menonton PRtM dulu adalah semata-mata kerana Siti Nurhaliza! Jadi, komen aku tentang casting ni sure agak bias. Lakonan Sean Ghazi memang menarik. Liza Hanim pun mantap (dan aku lebih suka kalau kemantapan itu ditonjolkan sepenuhnya dari sudut lakonan dan nyanyian - bukan dari pakaian. Seksi gila akak Liza Hanim kau!). Melissa Saila memang superb. Seolah-olah kita dapat merasa bagaimana perasaan Norizan pada masa tu (cuma perasaan sedih tu tetiba je hilang bila dia bukak mulut nak menyanyi! She better stick with acting). Chedd pun best, Atilia pun best (and she can sing!). Siti? Haha, perlu ke tanya? Sebenarnya biasa je lakonan Siti tu. Tapi part dia memang ditunggu-tunggu la. Cuma aku rasa dialog dia agak sscripted. Terlampau berbunga-bunga. Sebab tu aku suka scene Liza Hanim. Dialog dia lebih realistik.


Dalam PGLtM pulak, watak yang paling berkesan ialah Bayan (Ida Mariana). Aku pun tak kenal siapa dia ni, tapi memang mantap la lakonan dia. Suara dia pun mantap. Dan berbanding dengan PRtM, pelakon-pelakon PGLtM semua boleh menyanyi. Ada lah pitching lari sket masa Tiara nyanyi tapi x obvious la (ye la..banyak gak part dia kena nyanyi...sumbang sket tu leh dimaafkan la). Stephen memang tak payah dipertikaikan la (part nyanyi la...kalau part dialog walaupun pelat omputih dia hampir dah xde, tapi cara pengucapan dia tu nampak macam trying too hard - nasib baik la ni musical, so dia nyanyi je la banyak). And surprisingly, tetiba aku suka ngan suara AC! Im not a fan of AC kay (apatah lagi lagu Fiona dia tu), tapi dia menyanyi dengan best.


So bab casting, sama je markah dia. PRtM aku distract masa Norizan menyanyi, PGLtM lak bila Tuah bercakap!



SET
Set paling aku suka dalam PRtM ialah set keretapi (masa Ramlee dan Sukardi nak ke Singapura). Sangat kreatif. Kali ni dalam PGLtM, ada kapal layar la pulak (Scene Gusti Putri nak belayar ke Melaka). Mana la boleh ko nak bandingkan set dalam dua teater ni. Set PRtM lebih kepada realistik - set bangunan, dalam rumah, tgh shooting, set PGLtM of course la lagi gempak - Air Terjun, Gunung, Pelabuhan Melaka, Istana Melaka, Istana Majapahit. Actually aku nak cadangkan kat Enfinity supaya adakan Action Figure Gusti Puteri ngan Hang Tuah. Dengan set dia sekali. Ye la, dalam teater tu, ko sambung-sambung stupa tu leh jadi Istana Majapahit, tukar sket, jadi Gunung, tukar lagi ngan tambah kain berjurai, jadi air terjun. Kreatif la!


PGLtM menang! tapi PRtM tetap pulang bermaruah!



JALAN CERITA
Kekuatan PRtM ialah pada jalan cerita dia. Skrip dia pun realistik. Kelakar pun ada (terutama scene Saloma dan P Ramlee nyanyi lagu Gelora. Terasa macam deleted scene dari filem P Ramlee dulu-dulu lak). PGLtM aku suka dengan ayat-ayat berbunga dia - "dinda akan menyusul kanda, berpijak pada bumi yang sama, bernafas pada udara yang sama" dengan dialog Tuah "apakan daya, tangan terpasak di langit, kaki terpasung di bumi, jasad tidak setanding mimpi". Tapi jalan cerita dia predictable (mb sbb aku dah tengok PGL the Movie). Scene masa Sultan Mahmud main dengan anak dia pun aku rasa macam adlib sebab skrip tu macam tak masuk dengan latar masa. Tak perlu nak buat lawak sebab aku rasa PGL patut lebih classy (tapi scene kembar 2 orang tu lambat masa latihan tarian kat Majapahit, dengan orang melaka baca perutusan ala2 mengaji tu bagi aku kelakar la). Babak 1 aku tengok tak berkelip mata - sebab aku nak tau apa cerita dia. Masa babak ending, Gusti Putri ala-ala feeling sebab tak dapat jumpa Tuah, aku leh terlelap dekat 5 minit. Tak yah la kau feeling bagai, memang semua orang tahu cerita PGL bukannya happy ending. Hahaha.


PRtM menang sebab aku leh stay tanpa perlu terlelap.


* * *

Kesimpulannya, kedua-dua teater ni memang best. Kalau kau minat P Ramlee, dan dengar merdu alunan suara dia, cuba menyelami bagaimana agaknya kisah seorang P Ramlee, PRtM memang tak patut kau lepaskan (dah terlepas pun masalahnya...mb lepas Liza Hanim bersalin kot. Harap-harap diorang consider nak buat season 3 pulak). Cuma aku kecewa sket sebab PRtM takde pun keluar Sound Track dia. PGLtM ada lak keluarkan soundtrack. Tak adillah macam ni!!!


Dan, kalau kau nak merasa cinta agung, nak merasa mistik dan magisnya Gusti Putri, PGLtM lah jawapannya. Ekceli, magik Gusti Puteri satu je....dari nenek kebayan bertukar jadi puteri. Yang lain-lain tu Bayan lagi banyak buat magik (hilangkan Gusti Puteri, keluar api dari tangan, bunga yang ala-ala terapung). Tapi memang kemas la cerita ni. Scene Gusti Puteri muncul ala bayang-bayang kat Gunung Ledang masa Tuah cari dia pun best. In fact, masa starting je aku dah kagum bila lakaran stupa kat layar macam tetiba muncul jadi real!


Tiket pun aku rasa dah fully booked (in fact PRtM pun tak tau ada ke tidak season 3), dan nasihat aku produksi dari Enfiniti memang bagus. Lain kali kalau ada, boleh book awal-awal!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review Geng: Pengembaraan Bermula...


Aku mula menonton Upin & Ipin setelah diperkenalkan oleh adik aku. Masa mula-mula tengok cerita ni, aku sangat kagum. Animasi yang kemas dan terperinci, watak utama yang comel dan kelakar, serta jalan cerita yang menarik dan boleh kita kaitkan dalam kehidupan kita. Jadi, walaupun aku tak dapat menonton cerita ini di kaca TV, aku akan cuba tengok kat YouTube.
Jadi, bila aku dapat tahu cerita ini akan difilemkan, tak sabar-sabar aku nak menunggu filem ini di pawagam. So, Jumaat lepas, aku dengan Said ambil kesempatan untuk menonton filem ini di KLCC.
SINOPSIS
Animasi ini mengisahkan Badrul yang pulang ke kampung dan mendapati kampungnya sedang berhadapan dengan satu kejadian misteri. Misteri kehilangan durian dikampungnya itu dikaitkan dengan kewujudan "hantu durian". Bersama sahabat baiknya Lim, mereka yang pada mulanya tidak mengendahkan soal kewujudan "hantu durian" itu, terpaksa terlibat dalam satu kes penyiasatan apabila tiga orang kanak-kanak yang turut bersama mereka (Upin, Ipin dan Raju) tersesat didalam hutan. Bersama Ros, mereka bertiga membantu mencari kanak-kanak tersebut, sebelum menyedari yang mereka sebenarnya berhadapan dengan sindiket menyeludup haiwan eksotik yang dilakukan oleh sekumpulan pemburu haram.
KOMEN AKU
Bila baca sinopsis tu, rasa macam tengah baca siri penyiasat masa sekolah rendah dulu kan? (baca: Hardy Boys, Siri Lima Sekawan, Tiga Penyiasat - semuanya asal dalam bahasa Inggeris, tapi aku baca yang dah diterjemahkan la!). Kalau kau jenis suka cerita penyiasatan (dalam erti kata lain, suka berangan, konon-konon kau pun penyiasat gak masa kecik dulu), cerita ni memang predictable la. Tapi, sebab cerita ni adalah kartun - yang target audience-nya adalah kanak-kanak, kekurangan ini masih boleh dimaafkan.
Gila details kerja diorang!
Hasil kerja produksi ni memang detail la. Aku tabik dengan mutu kerja diorang. Masa scene kat dalam hutan tu, tersangatlah real. Dengan bunyi-bunyian yang menarik, pergerakan yang lancar - terasa bangga lak bila tengok orang Malaysia pun leh buat karya sehebat ni!
Macam nak pecah perut!
Cerita diorang ni memang buat panggung tak berhenti ngan bunyi orang ketawa. Macam nak pecah perut aku gelak sepanjang cerita ni. Aku rasa, watak utama cerita ni Raju dan siyesli, Raju tu memang kelakar x hengat (sedih lak sebab watak dia macam tak dikembangkan dalam Upin & Ipin the series!). Dialog dia yang paling aku ingat - Ayoyo Ipin, jangan!! Fikir masa depan!! Hahaha. (aku tak mampu nak cerita betapa lawaknya cerita ni - korang kena tengok sendiri la!)
Kekurangan:
Gambar menarik. Cerita kelakar. Nak kata cerita ni terlampau sempurna - tak juga. Tapi memang boleh dibanggakan lah. Kalau tak silap aku, cerita ni dah dibuat sebelum Upin & Ipin keluar TV. Kira siri TV tu sebenarnya lebih kepada nak test market la - nak tengok sambutan orang ramai (do correct me if u have another info!). Sebab tu si Upin & Ipin tu x nampak macam watak utama dalam cerita ni. Kalo nak dibandingkan dengan siri - Opah dalam cerita Geng tak sebaik Opah dalam siri (maklumlah, yang siri tu lebih kepada Islamik sket, ajar niat puasa semua). Opah dalam Geng siap tempah baju baru nak melaram gi kenduri kahwin. Dan si Upin ngan Ipin tu lagi nakal berbanding dalam siri. Agak aku la, sebab tengok cucu dia nakal gila la, Opah dia tone down sket dan menerapkan unsur-unsur Islamik masa dalam Siri. Supaya cucu dia dua ekor tu jadi manusia. Hahaha
Overall, memang tak rugi tengok cerita ni. Elok kalau korang tengok kat wayang. Rugi kalau produksi ni tak nak buat animasi lagi semata-mata sebab tak balik modal (baca: korang tunggu VCD cetak rompak je). Cerita dia sure mengingatkan korang zaman kecik-kecik kat kampung dulu. Masa aku tengok kat panggung, cuma 2 row paling depan je yang xde orang. Yang lain penuh. Bukan setakat Melayu je yang tengok - Cina, India semua ada. Betul-betul sebuah filem Malaysia!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ala Emak Kahwinkan Aku!


Macam kenal je cincin ni!

Antara soalan yang kerap ditanya bila usia kau meningkat tua ialah:

"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon ke?"
"Hari tu, aku nampak ko keluar dengan perempuan. Awek ke?"

Dan selalunya aku akan membalas dengan senyum je. Tapi makin lama. makin galak lak orang tanya. Nak kata umur aku dah terlampau tua, rasanya tak jugak. Dan seingat aku, kawan-kawan aku yang sebaya dengan aku, yang dah berumahtangga, kurang dari sepuluh orang (yang lelaki la, yang perempuan memang aku dah lost track!)

Kat bawah ni antara perbualan tentang kahwin yang aku ingat:

* * *
AZMAN (bukan nama sebenar)
Aku dengan Azman kat area dryer. Tengah observe fluidized bed. Seperti biasa soalan dia:

Azman: Pis, bila mu nak kahwin? (baca ngan loghat Terengganu)
Aku: Entahlah Man. Duit pun xde lagi. Best ke kahwin ni? (Aku saja tanya. Mengusik)
Azman: Best lah. Rugi kahwin lambat2 ni. Kawan berguraulah dia. Kawan bergaduh pun dia jugak!

(Hmm...jiwang gak mamat ni sebenarnya!)


MIN (bukan nama sebenar)
Aku telefon Min. Saja nak bertanya khabar. Maklumlah, dia tengah mengandung anak sulung.

Aku: Wei, x masak ke? Kang laki ko balik lapar la pulak?
Min: Aku x larat la. Li pun faham (Li ialah suami Min. Juga bukan nama sebenar). Morning sickness aku teruk. Ni dia balik tadi pun aku suh dia bungkus je lauk. Tak larat nak masak.
Aku: Best ke kahwin ni?
Min: Entahlah. Aku ni kan jenis kelam kabut and clumsy. Sumer benda tak tau. Nasib baik laki aku ada.
Aku: Takde la. Aku tanya operator kat tempat aku. Diorang sumer kata elok kahwin awal ni. Ada orang nak jaga makan pakai.
Min: Ye ke? Kalo macam tu, kesian la laki aku. Selama ni dia je yang jaga aku!

Dan aku teringat pengalaman aku, Ee, Min ngan Li gi Genting: Dalam perjalanan balik, Min muntah. Mabuk agaknya (mabuk sebab jalan pusing2 ye. Takde kaitan ngan alkohol atau mabuk pregnant!). Li yang jaga. Bagi minyak cap kapak semua. Quote Ee; Nasib baik la ko bukan couple aku Min. Kalo aku la jadi Li, time tu jugak aku mintak clash! (Teruk kan perangai Ee? Hahaha)


YANA (bukan nama sebenar)
Aku call Yana (nampak sangat tak yang aku xde kije, suka call orang.Hahaha). Maklumlah, dia pun nak berkahwin dalam tempoh terdekat ni.

Aku: Makcik, ko dah tempah kad kahwin ke?
Yana: Belum. Tak sempat lagi. Busy la.
Aku: Ko ni nak kahwin ke x? Majlis lagi 3 bulan. Kad x siap lagi!
Yana: Kena tunggu tunang aku balik. Dia kat Vietnam. Aku dah bising2 ni. Dia leh wat tak tahu je. Tension je aku. Betullah orang kata, pompuan memang asyik fikir masa dekat-dekat nak kahwin. Kad dah siap ke, siapa nak dijemput, pelamin, catering.
Aku: Tunang ko kan tgh kije.
Yana: Ye la, laki selalunya sibuk fikir benda lepas kahwin.
Aku: Benda lepas kahwin?? (Tanya dengan nada gatal)
Yana: Ye la. Pasal rumah. Duit cukup ke tak. Nak duduk mana. Semua tu la.
Aku: Ooo...pasal tu ke? Aku ingat benda lepas kahwin tu pasal malam pertama! Hahaha
Yana: Bengong la ko ni. Pasal tu, dua-dua pun fikir. Hahaha.

Harus menangis pengetua sekolah ko dulu (baca: SMAP) tengok bekas murid dia dah makin gatal!


Dan pemenang untuk tribute kahwin yang paling aku ingat!


BADRI (bukan nama sebenar)
Badri: Banyak sebenarnya duit belanja nak kahwin ni. Susah kahwin ngan orang jauh-jauh ni. Nak sponsor minyak semua.
Aku: Ooo...ye ke?

Aku curi tengok bajet yang tertera dalam buku Badri. Memang banyak. Kos pengangkutan. Kos penginapan. Dan mata aku tertancap pada coretan paling bawah kat list tu. Nak tau apa?



TILAM AIR!

Perlu ke nak masukkan dalam bajet kahwin???!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bukan Superstar!

Pertama kali aku dengar tentang kumpulan Project Pop adalah masa aku 3rd Year di UTP dulu. Lagu pertama yang aku dengar ialah "Dangdut Is The Music Of My Country". Bagi aku, walaupun kebanyakan lirik-lirik dia adalah sangat lawak, tapi lagu dia memang sedap. Antaranya Pacarku Superstar (tentang diorang berangan kalau couple ngan superstar macam Krisdayanti, Inul ngan Britney Spears!), I Will Not Survive (ala-ala lawan bagi lagu I Will Survive), Bau Bau Bau (lagu pasal still sayang kat couple dia walaupun couple dia berbau) dan yang terbaru - Bukan Superstar. Lagu ni basically mengisahkan diorang berangan-angan jadi superstar kat Indonesia. Enjoy!



Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena gua keren
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…
Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~
Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Itu Kamu - xde kaitan dengan lagu Estranged!


Aku suka buat ujian personaliti. Tak kisahlah, dalam buku atau majalah. Sama ada ujian personaliti berdasarkan warna kegemaran, tarikh lahir, sampailah kepada ujian yang lebih kompleks.
Seingat aku, ujian personaliti paling accurate yang pernah aku buat ialah Motivational Appraisal of Personal Potential - aku buat untuk kursus Personal Career Planning. Soalannya kadang-kadang macam tak logik. Contoh soalan yang aku ingat:
1. Dalam sebuah rancangan hiburan, anda ialah....
A. Pengacaranya
B. Floor Manager
C. Cameraman
Kena letak ranking no 1-3 untuk jawapan tu. Habis jawap semua soalan dan 2 minggu kemudian...TADAAA...dapatlah kau dokumen 29 muka surat yang menceritakan siapa kau yang sebenar.
Dari semua soalan tu, dia akan kaji personal potential kau dan pilihan pekerjaan yang sesuai. Menurut kata fasilitator program tu, ujian ni agak accurate dan tak signifikan dengan pertambahan umur kau. Dengan erti kata lain, memang itulah diri kau. Komen pasal aku??
"Abdul Hafidz is conscious of existence, meaning, purpose, potential and destiny of humankind, people and self..." (banyak lagi la...tak kan aku nak taip semula 29 muka surat tu!)
Bukan sesuatu yang mengejutkan. Banyak kali ujian personaliti aku menunjukkan yang aku seorang yang mementingkan hubungan bersama, keharmonian (atau dalam satu kursus yang aku pergi - set pemulihara) - satu traits yang normal khususnya jika seseorang itu mempunyai adik beradik yang ramai.
Jadi aku akan sedaya upaya untuk mengelakkan konflik yang akan menjejaskan keharmonian. Tak nak bermasam muka dengan sesiapa.
Tapi, kadang-kadang aku penat. Sebab bila orang ni aku tegur tak balas - aku ingat dia tak suka aku. Bila orang tu gurau terlebih sket - aku ingat dia sindir aku. Pendek kata, aku akan terus terfikir - aku ada buat salah dengan diorang ke? Kalau kau pun, lama-lama kau sendiri jadi penat sebab setiap benda disekeliling kau, kau akan cuba analisa diri kau ke penyebabnya. (mb gak aku sendiri yang over dramatik. Paranoid mungkin gak).
Dan azam aku tahun baru ni (tahun baru lagi ke? nak berazam bagai...macam la yang dalam entry dulu tu dah berjaya kan!), aku malas nak fikir sangat pasal orang. Betul, kadang-kadang pandangan orang kena amik kira gak, tapi kalu semua cakap orang ko nak amik kira, leh pecah gak kepala ko!
Sekarang baru aku faham, kenapa artis selalu cakap "saya memang tak dapat puaskan hati semua pihak". Sebab tu jugak lah agaknya Siti Nurhaliza tetap berdiri dengan prinsip hidupnya - "Tak hidup dek puji, tak mati dek keji!"
Dan mungkin ada hikmahnya aku tak jadi artis!! (Ke situlah pulak! Berbakat ke masalahnya????)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bagaimana anda tahu...

1. Bagaimana anda tahu bahawa anda sememangnya perlu menurunkan berat badan?
Apabila anda mengah kerana terpaksa turun naik reactor, sehingga semua technician perasan coverall anda yang basah dengan peluh.

2. Bagaimana anda tahu bahawa anda sememangnya perlu menurunkan berat badan?
Apabila anda melawat sekolah lama anda, dan cikgu-cikgu anda tidak lagi mengenali anda.

3. Bagaimana anda tahu bahawa anda sememangnya perlu menurunkan berat badan?
Apabila kebanyakan baju anda tidak lagi muat. Dan apabila anda ke shopping mall, anda malas nak cuba baju/seluar sebab anda tahu, sure xde size! (especially kalo berangan nak pakai jeans boot-cut).

4. Bagaimana anda tahu bahawa anda sememangnya perlu menurunkan berat badan?
Apabila ayat pertama yang muncul dari rakan baik anda masa sekolah, setelah kian lama tak berjumpa ialah "Gemuk gila ko! Makan apa? Makan rasuah ek?" (baru aku tahu, aku memang ditakdirkan hidup dengan orang-orang bermulut laser! Hahaha)

5. Bagaimana anda tahu bahawa anda sememangnya perlu menurunkan berat badan?
Bila anda balik kampung dan antara benda yang dibungkuskan oleh mak anda untuk dibawa pulang ialah set teh pelangsingan badan!

Motif tulis entry carut diri sendiri???

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Fragment of My Work Life II

Tengah hari tadi makan ramai-ramai. Maklumlah, setelah penat seharian bekerja (plant aku tengah shutdown sekarang), inilah masanya duduk melepaskan lelah seketika.

Sambil makan, entah macam mana, terkeluar isu bahasa daerah. Awe-awe (baca: are-were), koho-koho, bekwoh dan macam-macam lagi lah. Sebagai seorang yang bukan anak jati Terengganu, memang semua perkataan tu macam pelik bunyinya.

A: Awe-awe tu apa?

B: Jangan konfius pulak. Awe-awe dengan koho-koho tak sama!

C: Awe-awe tu macam sikit-sikit la. Macam fifty-fifty leh gak (Nota: kalau salah, jangan salahkan aku! Ni bukan statement aku!)

D: Ooo...kalau kat tempat aku, awe-awe tu macam dua jam la. Hour-hour! (D try buat lawak)

B: Tu belum masuk istilah lain macam dok rok cetong, berat nanang lagi tu! Sure ko tak tau punya! Orang Johor mana tau.

D: Ko tau tak berlengging? Dah la berlengging, makan bereceh pulak tu!

Aku yang dari tadi mendengar cuma tersenyum. Kemudian menyampuk:

Aku: Tapi yang paling aku ingat pasal rewang la. Kalo kat Johor, kalau anak pegi rewang, mak ayah suka!

B: Apahal pulak mak ayah nak suka kalau anak kaki rewang!

Dan aku dah agak, mesti jadi isu bila cerita pasal rewang.

NOTA:

1. Rewang bagi masyarakat Johor merujuk kepada aktiviti gotong-royong sebelum sesuatu majlis (biasanya kenduri kahwin). Rewang dalam istilah popular merujuk kepada berjalan-jalan malam/berpeleseran.

2. Berlengging = tak berbaju. Bereceh = tumpah/menitis

3. Istilah Terengganu yang lain aku tak sure sangat maksudnya. Takut salah bagi maksud, marah pulak orang Terengganu nanti!

4. Dok rok cetong kalau tak silap aku menunjukkan rasa penat yang amat sangat. Dok rok cetong ye, bukan dok rok coteng! (baca: Narul punya ayat baru masa try nak cakap Terengganu. Hahaha)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails