Transformasi bermula...kali ni pelajar lelaki akan menyampaikan lagu Dato' Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan akan menyanyikan lagu dari ikon rock Amy Search! Aku rasa excited gak nak tengok macam mana budak-budak ni akan warnakan lagu Siti. Cuma aku rasa pelajar perempuan akan banyak masalah. Bukannya apa. Siti boleh menyanyikan pelbagai genre lagu, so persembahan lelaki agak menarik (ada rentak etnik, pop rock, balada)...tapi untuk Amy cuma ada rock sahaja (ye, ada slow rock, hard rock...tp tetap rock gak kan namanya tu)...no offence to Amy's fan, but if I have a choice...I'll choose to have the girls sing lagu from M Nasir...lebih banyak variasinya...
Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 4
Akim - Destinasi Cinta
Lagu yang ceria. Kalau ada koreografi yang menarik, leh jadi memorable.
Qhaud - Di Taman Teman
Sangat menarik untuk ditonton. Aku suka lagu ni. Lagu ni starting aku rasa ada unsur Aduh Saleha. Sesuaila kiranya ngan Qhaud.
Hafiz - Cinta Ini
Ni lagu apa ek? Hahaha...aku kena cari balik album Siti (unless ni lagu dalam album baru la kan!) huhu
Sidi - Ku Milikmu
Aku memang tak berapa suka lagu Ku Milikmu...dan aku terkejut bila Sisi yang dapat lagu ni...Aku rasa sidi lebih sesua bawak lagu ballad...satu cabaran untuk dia sebenarnya minggu ni...
Aril - Lakaran Kehidupan
Lirik lagu ni SIti yang tulis..(kalau aku tak silap la)...lagu yang rancak...Aril patut boleh bawak lagu ni...
Yazid - Aku Cinta Padamu
Siyesli...aku rasa Yazid ngan Sidi ni tertukar lagu...huhuhu...persembahan Yazid untul lagu ballad sebelum ni agak mengecewakan (penghujung rindu)...so, lets wait apa pembaharuan kali ni...
Lagu Bonus Pelajar Lelaki - Jerat Percintaan
Claudia - Suralaya Dalam D Major
Hahaha...aku tatau lagu ni...dan aku akan start cari lagu ni...
Isma - Kerja Gila
Aku pernah dengar lagu ni...aku rasa agak mencabar untuk seorang ibu beranak lima nak nyanyi lagu ni...really hope Isma can do this
Zizi - Aku Dah Bosan
Dari segi suara, aku tak rasa zizi akan hadapi masalah dengan tugasan kali ni...dia pun sangat energetik...antara persembahan yang aku tunggu
Rubisa - Tiada Lagi
Cabaran utama rubisa ialah untuk melarikan diri dari imej amy, sebab lagu ni bagi aku sangat sinonim ngan amy (walaupun penyanyi asal lagu ni mayang sari!)
Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Kalau tak silap aku, lagu ni la kan yang duet rabbani ngan awie tu?? (kalau tak silap la, sebab honestly, aku tak banyak tau lagu Amy Search, cuma kejoraku bersatu, Fantasia bulan madu, ngan Isabella je kot yang aku suka dan minat!)...tak leh komen apa tentang aisyah...just wait n see.
Lagu Bonus Pelajar Perempuan- Isabella
Archive for March 2009
Konsert Minggu Ke-3 - Akademi Fantasia 7
- Written by Hafidz Gafa
- Posted Saturday, March 28, 2009 at 6:29 PM
Masa mula-mula tengok list lagu, aku rasa seronok gak. Apa taknyer, most of the song memang aku tau. Cuma apabila lagu-lagu malar segar macam ni dikumpulkan dalam satu konsert, takut audiens akan rasa boring....starting je aku dah terlepas tengok diorang nyanyi menuju puncak...salahkan narul for this...hahaha...ni komen aku untuk performance malam ini
yazid-pawana
antara persembahan yazid yang terbaik setakat ni...dia nampak lebih konfiden dan menyanyi tanpa perlu menjerit kat hujung lagu (alaa...typical kalo orang bertanding nyanyi lagu rock)...cuma baju dia sangat buruk...baju biru belang2 kuning tu wajar dibakar sahaja...huhuhu
aril-andainya aku pergi dulu
aku suka arrangement lagu ni...aku suka gak suara aril...tapi minus dengan suara harmoni obri yang macam tak masuk langsung...lagu yang sedap dan di bawa secara sederhana (x over) oleh aril...cuma tang baju, t-shirt kat dalam tu nampak sangat murah...cam beli kat pasar malam je...jaket tu dh nice...kalau hitam lagi cantik kot...
claudia-lama tak jumpa
suara dia dah nampak identiti tersendiri..cuma appearance dh ada unsur dayang...cuma tinggal nak blonde kan rambut and buang legging tu...bab baju sleeveless tu dh ada cam dayang dah...huhuhu
rini-seloka anak remaja
aku suka dengan persembahan rini...her best perfomance to date! dan bila ada penari, baru terasa kemeriahan AF...cuma pada certain part, facial expression dia nampak risau...tapi overall memang menarik...cuma aku tak berapa berkenan ngan komen adlin...dah beberapa minggu komen dia asyik menyentuh imej bertudung rini...komen dia bernas, tapi tak perlu ye kaitkan ngan isu tudung...just komen je la utk lebihkan attitude...antara persembahan pilihan aku minggu ni...
qhaud-pilihlah aku
aku memula rasa kuciwa dengan starting dia...low note yg sangat rendah...luckily bila part chorus dia nampak all out...dan aku sangat suka bila students dilibatkan sekali dalam persembahan...bukan setakat terpacak dan nyanyi..dan harmoni untuk backup singer sangat menarik...qhaud also impressed me...he can move!
akim-anak gembala
baju dia cantik...seluar dia cantik...aku akan buang jaket tu, dan amik jaket aril n dye kan warna hitam...aku memang suka lagu anak gembala...back up singer pun best...cuma part alun tu masih kurang sket...dan suara dia macam x blend dengan muzik...apa pun good attempt la!
rubisa-angan-angan
aku suka persembahan rubisa...cuma aku rasa lagu ni terlalu comel untuk dia...mungkin lagi best kalau aisyah atau anith OIAM yang nyanyi lagu tu....aku suka ngan komen adlin sebenarnya...komen dia bernas walaupun kadang-kadang agak pedas....oh ye, baju dia nampak macambaju tidur...perlu ke baju merah pastuh rantai pun merah segala??? legging biru tu macam pinjam zizi punya masa last konsert...
zizi-ini rindu
dia nampak muda...nampak cantik...cuma legging hijau tu sangat menyakitkan mata...persembahan dia nampak menarik...rapping tu pun bagus gak sebab aku expect budak laki yang akan buat part tu...nyanyian dia lembut, cuma part tinggi tu memang betul la...agak nyaring...apa pun, aku suka persembahan zizi malam ni...masuk part ni aku tetiba kagum ngan isma...setakat ni dah berapa banyak dia jadi backup singer....bagus la dia ni!
sidi-hanya di radio
first thing first, jaket dia akan kutukarkan dengan si yazid...suara dia best tapi there is nothing interesting...aku suka ngan komen adlin kali ni...baju orang bagi, lirik memang dah ada...kau cuma perlu menyanyi je...dan ko tak buat apa2...sekadar menyanyi je...tak tau la, sejak ngan emelda...laser dia nampak bernas (walaupun kadang-kadang pedas gak)...dan ending ngan duduk/melutut tu sangat klise dan predictable...sejak keifli wat cam tu masa nyanyi berhenti berharap, sumer orang nak tiru...boring ar...
obri-abang beca
sumber hiburan aku dah berakhir!! aku baru nak kutuk dia macam masa nyanyi lagu jeritan batinku...tapi ekceli persembahan dia not that bad...cuma mekap dia agak tepung gomak dan shirt kat dalam yang berwarna-warni tu sangat tak sesuai...tapi overall, x de la buruk sangat...cuma aku rasa suara dia sangat raw...credit to him sebab dia nampak bersungguh time belajar...cuma lets face it la..suara dia sangat biasa...sebosan2 persembahan sidi, sedap gak suara dia...si obri ni menarik to see, tapi not that pleasant to ear...btw, walaupun komen adlin agak harsh, kudos tu obri dia take it as a man (tanpa sebarang insiden mata berkaca)
aishah-mata
aku suka baju dia...nampak cantik dan sesuai dengan dia...dia ada pesona bintang...tapi persembahan dia macam menurun dari minggu ke minggu...part korus pun macam tak all out...her best performance still masa konsert pertama...dan suara latar bebudak lelaki tu sangat annoying!
isma-rambu ramba
minggu ni dia nampak lai sket...dia nampak cantik...dari segi performance, aku rasa lagu ni tak sesuai dengan dia...lagu ni cheeky dan perlu lebih lincah...dia nyanyi sedap tapi macam tak berapa masuk dengan personaliti dia...suara dia ngan muzik macam tak berapa blend...aku tak salahkan dia sebab lagu tu memang macam tu...dia memang konsisten, baik dan sangat motherly ..by helping others as backup singer, dia secara tak langsung memperbaiki mutu vokal dia...tengok je la mila...awal2 macam hazab gak...tapi kat hujung2 dah makin best...tak sia2 dia jadi back up singer kawan2...huhuhu...
hafiz-mat disko
persembahan hafiz diselamatkan oleh suara dia...aku tatau saper yang masukkan lagu ni dalam senarai tugasan...memang tak sesuai...baju dia pun ala2 baju cleaner kat supermarket...tapi persembahan dia x mengecewakan...dia boleh menyanyi dan menari...dia menarik minat orang dengan suara dia, tanpa perlu sebarang kontroversi dan drama dalam diari...btw, aku suka dengar si hafiz ni nyanyi lagu pantun budi masa dalam diari...harap konsert akan datang dia dapat lagu melayu tradisional...
my top 3 performance is Hafiz, Isma and Rini....persembahan yang aku rasa agak membosankan is aishah dan sidi...dan anugerah pelajar cemerlang bagi aku layak untuk isma...maklumlah setelah seminggu diari penuh dengan drama, bagi aku isma menunjukkan contoh yang baik...tolong jadi back up untuk semua orang dan x jadikan alasan untuk buat persembahan yang menarik
dan keputusannya: OBRI dan RINI yang terkeluar...aku rasa tak patut sebenarnya, Rini memang nampak sangat banyak peningkatan...begitu jugak dengan Obri...dia nampak rajin belajar dalam kelas...beza benar kalau bandingkan dengan jeritan batinku dulu (ke lagu tu memang susah nak jadikan sedap? ingat tak andrew masa Malaysian Idol dulu? pun x sedap jugak nyanyi lagu ni...huhuhu)..nampak macam tak adil tapi siapa kata AF ni adil? Kalau tak, takkan la si Adilla tu yg terkeluar dulu...apa pun keduanya keluar dengan bermaruah!
Keluar dari masjid selepas sembahyang Jumaat. Aku terpana. Selipar yang aku pakai tadi dah hilang. Puas aku mencari. Sampai ke hujung. Masih tak jumpa.
"Ko cari apa tu?" tanya kawan aku.
"Selipar. Dah tak ada. Ada orang amik la tu. Takpelah, kifarah dosa lalu agaknya", aku jawab dengan penuh cam bagus. terasa macam dalam rancangan Al-Kulliyah pun ada.
Tiba-tiba kawan aku gelak.
"Ko apa hal lak ni?" Aku tanya. Hangin gak tiba-tiba dia leh bantai gelak.
"Kifarah apa bendanya ko ni?! Masuk pintu lain, cari kat pintu lain. Memanglah tak jumpa"
Damn. Terasa cam nak bunuh diri lak. Dan kawan aku masih lagi ketawa!!!
Yang selalu memberi, ingin sekali sekala jadi penerima...
- Written by Hafidz Gafa
- Posted Thursday, March 19, 2009 at 10:26 PM
For him
Tahun lepas senang je. Bagi je duit. Pandailah dia nak cari apa. Tahun ni entah apa pulak mimpinya. Suruh bagi apa-apa. Ada dua tiga pilihan. Ini rasanya yang sesuai. Itu pun siap tanya Ee, "Kalau ko gi hospital dan nampak doktor pakai jam ni ngan yang ni, mana satu yang ko lebih yakin nak berubat dengan dia?" Dan inilah pilihan yang sesuai kot!
For her
Dia memang cerewet sikit. Bukan sikit, banyak sebenarnya! Nak bagi hadiah pun nak kena tanya dulu. Antara rantai dan gelang. Dia suka gelang. Nampak simple tapi kira okaylah. Nama pun student lagi. Tak kanlah nak over to the top lak! Praktikal dan boleh pakai hari-hari.
For myself
Tak tahu lagi. Tapi besday aku dah dekat (18 April). Hint besar di situ!! Hahaha.
SK-II dengan Pitera
Malam tu hujan lebat sangat. Perlu ke Ee call Aizad and tanya, "Aizad, malam ni hujan lebat la. Mesti sejuk! Apa plan?!" Perlu ke soalan tu? Hahaha
KARAOKE
Oho...hoi...kalau dah mata bertentang mata~~~
Pija terkeluar. Aku tak terkejut sangat sebenarnya. Macam aku komen sebelum ni. Persembahan Pija adalah sangat predictable. Sama je macam masa Mentor dulu. Low notes dia masih shaky. Dan aku sangat setuju dengan komen Paul Moss, the golden key to stay is DON'T BE BORING!
aweera-janjiku
apa kejadahnya si aweera tu lupa lirik!!! part awal2 tu bagi aku agak meneran bunyinya. Masuk part korus aku rasa dia dah gain sket confidence. lari sana-sini ala2 konsert. Menarik jugak sebenarnya. Tapi of course la Sofaz lagi best. Mungkin bias sket sebab aku suka lagu ni. Haha.
amylea-yang pernah
aku suka. Tepuk2! Kudos untuk arrangement yang totally lain dan tak sama langsung dengan estranged. Cuma bagi aku, aku lagi suka kalau key dia tinggi sket. Low notes dia x berapa jelas. Tapi overall macam rasa ada sesuatu yang kurang. Rambut dia kot.
fify-kalis rindu
first impression, akak wardrobe tu ada dendam ngan fify ke?? apa kejadahnya baju tu dengan lagu kalis rindu? pastuh. mana kreativiti? awal-awal cam buhsan. masuk part yg dia adlib tu terus aku suka. lagi pulak bila dia improvise hujung2 tu. Komen Fauzi Marzuki bagi aku ada benarnya. Orang leh bayangkan Elyana yang nyanyi lagu tu dalam another version. Fify kena cari identiti supaya orang leh distinguished dia from another artistes.
Plz lah contestant, jangan bagi alasan. Kaki saya sakitla, tekak berdarah la (ehem...ni AF punya kes, tapi tumpang kutuk kat sini). Just give your best, kalo orang kata x bagus, just say thank you and i'll improve later. Tak perlulah bagi alasan.
tomok-la la la kerjalah
tomok!!!!! apahal ko buat lagu tu awal2 dah jadi macam another typical newboyz song!!! masuk part rancak tu baru aku suka (walaupun aku rasa aku tak dapat relate dengan lagu asal) Aku rasa sekarang ni semua contestant dah guna style yg sama. Part awal2 jadikan lagu tu ala2 ballad/melancholy...pastuh baru rancak kat tengah2. Jap , mata tomok sudah tidak berkaca!!! ahakz.
anith-mungkin
aku akan compare dengan keifli sebab keifli pun pernah nyanyi lagu ni masa AF dulu. Hmmm...gud attempt sebab dapat lari dari imej anuar zain (anith 1, keifli 0), feeling (sebab lagu ni memang jiwang-keifli dapat 1 point, none for anith). Muzik latar dengan style anith macam x kena. Macam 2 separates entity. Dan penyakit mata berkaca telah berjangkit pada anith rupanya.huhuhu
nine-aku dan kamu
tatkala semua peserta cuba amik lagu komposer lain dan berangan aku boleh buat lagu ni lagi best-so-aku tukar ikut sedap aku, nine menyanyi lagu ni dengan melodi asal, tapi still dengan gaya yang tersendiri. Masa intro lagu tu, aku terkejut gak, naper ada bunyi gitar macam lagu Sedang Ingin Bercinta? tapi memang best la.
kenapa 8tv jemput fauzi marzuki??? komen panjang berjela. Penat aku menunggu setiap patah nak keluar dari mulut dia! cari la pengkritik yg lain (yang boleh bercakap dengan lancar).
esther-dialah di hati
bagi aku, kalau perempuan masuk pertandingan nyanyian - jangan sesekali nyanyi lagu siti nurhaliza atau ziana zain. sedap macam mana pun orang akan kata cuba tiru penyanyi asal. Tapi esther menyanyi dengan bagus. (bagus untuk penyanyi bukan melayu la, sebab tang sebutan masih dengar pelat dia. in this case, two thumbs up for simon last week with his juwita). Tak sesedap siti, tapi dia bawak dengan style yang tersendiri.
Komen syafinaz-"penyanyi patut leh tukar ikut kreativiti sendiri". Ni mesti kes dia tensen sebab kena kritik membunuh lagu Ahmad Nawab dulu. Tu yang dia ala2 traumatized kalau komposer suruh stick ngan melodi asal. Hahaha. Pujian untuk Simon, Esther, Fify, dan Nine sebab bagi aku respek dengan komposer dan tidak terlau mengubah lagu tu.
simon-generasiku
tak se-hip lagu asal. tapi memikirkan yang simon jenis yang bawak lagu easy-listening, agak menarik untuk dia bila bawak sesuatu yang lain. Memang sedap tapi tak remarkable sangat.
Tomok dapat imuniti. Aku tak kisah walaupun aku rasa persembahan minggu lepas lagi menarik. Antara yang aku suka kali ni Nine, Fify, Amylea. Aku rasa yang akan jadi bottom 2 is esther, and anith. Dan aku rasa anith yg akan terkeluar.
Minggu lepas shift aku buat "dry drill". Cerita tentang CPR. Aku memang dengar dengan penuh minat. Maklumlah, tiada sebarang pengalaman. Bila peluang dibuka untuk mencuba, aku terus angkat tangan. Excited.
Memula cek pernafasan dia. Kalau tak bangun jugak, kita cucuk mata dia. Tak pun kita tekan-tekan dada dia sket. Kalau tak bangun jugak, susah sangat...kita gigit je tangan dia sampai dia bangun! hahaha (Credit: picture from here)
* * *
Untuk lebih info tentang CPR, klik sini!
Baru balik kije. Mekot bg tau dia ada tag aku. Terpaksalah aku buat. Kang merajuk pulak Mekot. Hahaha.
#1 Describe 10 things about the person who tag you
- Sangat pandai amik gambar dan edit (walaupun pakai kamera PnS je. Kalao pakai DLSR sure lagi mantap!)...try tgk kat foto pages dia...Ni antara contoh la
- Kak Shikin panggil dia M. Jeritan Kak Shikin bila berlatih menari, special untuk dia "M, KO LAMBAT SEMINIT!!!" (bagi yang tak kenal Kak Shikin, Kak Shikin ialah koreografer tarian UTP dan jeritan dia, sama kuat dengan Linda Jasmine! hahaha)
- Ada sekali suh dia main saron (sejenis alat gamelan), untuk event RCSU kat UTP, masa main lagu Dikir Puteri, since specialties dia pada gendang je, dia ketuk angin semata-mata! (dan juga ketukan yang salah..orang lain ketuk 1,5,1,5 dia ketuk 5,1,5,1...hahah)
- Sumber untuk meminjam komik - Kreko, Utopia, Shin Chan, dan macam2 lagi la...dan kat setiap buku tu sure ada tulis "Mkott pun tokk!!" (Mekot punya - dalam dialek Sarawak)
- Suara dia best. Pandai buat suara harmoni. (Teringat grup nasyid kitorang, In-Saff...bila menyanyi sumer berebut nak buat harmoni sampai xde orang nak jadi suara lead...hahaha)
- Masih lagi tentang nasyid, mekot sering dipersalahkan kerana dengan suka hatinya menyanyi lagu Hijrah Memacu Ummah dengan tempo yang salah. Ada yang kata menitis air mata dengar lagu tu sedangkan lagu tu sepatutnya rancak!!!
- Cuba bukak buku teks dia yg tebal...sure ko leh jumpa "pressed-flower" dalam buku2 tu...hahaha
- Pandai menyulam...semua baju melayu dia mesti ada sulam2
- Pernah dipanggil Ipin masa program Titian Budi. Hahahaha!
- Suka main game The Sims 2!
Cukuplah kot aku tulis... tag ni ada tulis suh describe 10 things about myself, tapi aku malas nak buat...amik ko mekot. Puas hati tak??! huhuhu
Baju yang menjadi mimpi ngeri bagi Heliza sampai sekarang kot! Dia nampak macam Cicakwoman. The costume (yes, its totally not a clothes!) didnt do any justice to her!!!
One in a Million 3 (OIAM3) - Top 10
- Written by Hafidz Gafa
- Posted Saturday, March 07, 2009 at 9:14 AM
Semalam aku pergi ke Kuala Lumpur. Menziarahi seorang sahabat yang meraikan majlis pertunangannya. Siapa orangnya, biarlah tidak dihebahkan (bagi menghormati permintaannya).
Ferraro Roche yang menarik perhatian aku! Hahaha.