Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 6


Tema tugasan minggu ni ialah "live band". Diorang akan menyanyikan lagu dengan diiringi dengan original band. Antara band yang terlibat ialah Kristal, Lefthanded, Cokelat dan Estranged.

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Cabaran utama untuk setiap pelajar adalah untuk tampil as one dengan original band; tanpa dibayangi dengan penyanyi asal. Cabaran tambahan untuk Claudia dan Qhaud kerana lagu mereka pernah dinyanyikan oleh pelajar AF musim lepas (Keindahan Pantai - Keifli AF3, Seruan - Haziq AF berapa ek? Sori, totally lupa. 4 kot!). Lagu Isma and Aishah memang aku tak pernah dengar. So, aku xleh komen. Tapi lagu lain tu memang agak familiar dengan telinga aku. So, they better perform up to my expectation. Hahaha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Konsert Minggu Ke-5 - Akademi Fantasia 7



YANG AKU SUKA

  • Aku suka dengan 'drama' masa pelajar nyanyi lagu 'Lucky'. Sangat menarik

  • Aku suka dengan pakaian majoriti pelajar. Ada transformasi. Nampak semakin menarik.

  • Aku suka idea untuk menyuruh pelajar untuk berduet. Cabaran untuk mereka supaya tak di outshine oleh their duet partner.

YANG AKU TAK SUKA

  • Aku tak suka dengan vokal pelajar masa nyanyi lagu 'Lucky'. Harmoni entah ke mana!

  • Aku tak suka dengan pemilihan pasangan diorang. Adakah sebab ASTRO nak tonjolkan bekas pelajar yang dah mula suam-suam kuku, maka diorang di gandingkan sebarangan dengan pelajar AF7? Nampak sangat beberapa orang partner duet yang terpaksa menanyi dengan low note yang bukannya dalam range biasa diorang. Tak percaya? Cuba dengar balik part Marsha, Farah ngan Heliza. Aku rasa key diorang terpaksa direndahkan untuk sesuaikan dengan range pelajar AF7. Patutnya itulah benda pertama yang paling penting masa tentukan duet partner. Range diorang sama ke x. Bukannya, oohh Akim ni nampak comel dan lively, so kita combine ngan Farah. Qhaud ala2 imej budak baik, so kita couplekan dia ngan Heliza! That's totally wrong!!!!

  • Aku tak suka dengan kezutan yang sangat predictable! Isma menyanyi dengan suami dia, aku rasa semua orang yang tengok AF dah boleh agak mesti laki dia muncul. Claudia jumpa anak dia - aku rasa still tak boleh saingi masa hampir satu dewan tersenyap (campur penonton kat rumah) bila Mas meluru dan cakap "Anak aku!" masa AF2 dulu. The same goes to main suap-suap tu. Remeber, AF2 Misha Omar suapkan cekodok kat Zahid??


Isma & Zul 2 by 2 - Kau Mawarku

Isma nampak cantik (cuma hairstyle dia nampak totally out dengan baju tu). Dari segi vokal, aku tak setuju bila Khadijah Ibrahim kata dia tiru Siti. Dia cuba untuk tidak dibayangi Siti. Persembahan Isma yang aku rasa terburuk setakat ni! Aku x kisah nak tunjukkan kemesraan kat atas pentas tu, tapi biarlah berpada (walaupun honestly, aku tak kisah pun ngan scene tu..cuma kena fikir sensitiviti rakyat Malaysia la). Aku faham yang Zul pun nak menunjuk gak yang dia boleh menyanyi, but this is your wife's moment. Dia patut up kan lagi persembahan Isma, bukannya overshadow masa adlib kat tengah2 lagu.

Akim & Farah - Jika Kau Tiada.

Tang ni aku sangat setuju dengan komen Adibah Noor. Suara Akim mendatar tanpa sebarang expression. Macam aku cakap, x adil untuk Farah sebab lagu ni agak rendah untuk dia. Tapi bayangkan la, dalam note Farah yang rendah tu, aku masih rasa dia entertaining dan fun to watch. Pergerakan yang nampak terlalu rehearse. Penari latar tu pun sebenarnya tak perlu sangat. Buat semak pentas je. Tak perlu sampai 3 couple penari kat atas pentas tu!

Qhaud & Heliza - Aku Dibius Cinta

Mula si Qhaud nyanyi, aku dah excited. Lagi sedap compare ngan Yusri (obviously lah kan! huhu). Tapi masuk part Heliza...memang takde chemistry langsung! Nak salahkan Heliza pun x leh gak. Tone suara Heliza sedap dan bagi aku dia x pernah pun menyanyi sumbang yang keterlaluan masa zaman dia dulu. Tapi, notes dia terlampau rendah untuk dia. So, banyak part yang dia sumbang kali ni. Gandingan yang sangat tak sesuai (dari sudut vokal). Aku tak berapa berkenan dengan komen Adibah Noor. Walaupun dia mungkin bermaksud baik, nasihat dia seolah2 mengatakan yang Heliza la penyebab utama Qhaud sumbang. Kalo dia cakap 'serap energy dari partner supaya awak leh nyanyi lagi bagus' aku leh terima. Tapi 'awak jangan terpengaruh dengan partner duet awak. kalo dia nak sumbang dah. awak tutup telinga!'. Mungkin ni la amalan Adibah masa duet ngan Senario dulu kot. Hahaha. Masuk persembahan ni, aku dah boleh agak. Semua pelajar mesti ada part saling merenung mata, usap2 pipi...feeling segala, pastu terus hanyut, lupa ada audience kat sekeliling. Kira jadi persembahan syok sendiri dah pas tu!

Hafiz & Mila - Terlanjur Cinta

At last, ada gak yang dapat range key yang sesuai. Persembahan penyelamat setelah tiga persembahan awal membuatkan aku cam nak bakar TV kat rumah aku. Hahaha. Aku suka dengan persembahan diorang walaupun aku rasa, certain part menyebabkan aku nak AFUNDI MILA la pulak. Hafiz kena bijak untuk memastikan mila x overshadow dia. Bagi aku, persembahan yang bagus, cuma xde chemistry antara hafiz ngan mila. and it really shows. Almost perfect kalo xde scene drama sebabak yang nampak sangat fake!

Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku

Selepas persembahan yang menarik dari hafiz, claudia meneruskan momentum konsert dengan persembahan yang menghiburkan dengan vince. Not that bad but if u compare with jac, memang la x adil kan. Tapi persembahan yang menarik. Claudia manage to ensure that vince is not overshadowing her show. Memang bijak. Interaction dengan audiens pun bagus!

Aishah @ Aliff Aziz - Dua Hati Jadi Satu

Memula aku ingat dia akan nyanyi dengan dafi, bila si AC cakap Aliff, aku terfikir, bukan Aliff tu tgh PLKN ke skarang ni? Rupanya dengan Aliff Aziz...tak perlu ye si aliff tu nak menggedik kat TV tu...meangla lagu tu comel...tapi ko tak perlu la over sangat! In term of singing, nothing much to say sebab part dafi pun sket je dalam lagu ni...macam penyanyi latar pun ada gak...err...jap, ni komen aliff ke aishah? huhuh...aku sangat suka aishah dengan lagu ni. Aku rasa persembahan terbaik aishah (no 2 yang aku suka masa nyanyi lagu yuna dulu tu)...Aku suka sebab persembahan yang sweet, tak perlu pegang2 pipi or nampak horny atas pentas...penari latar pegang belon tu aku rasa menarik gak...cuma agak distract ngan 'bola-bola petrosains' kat atas pentas tu!

Yazid & Yazer - Terharu

Yazid nyanyi lagi gempak dari Faizal (yes, Faizal AF4 pernah nyanyi lagu yang sama masa konsert)...persembahan yang sangat energetik...tapi nampak la...bila part yazer, lagu tu nampak rock...bila part yazid, lagu tu cam nampak mendayu sket...tapi memang menarik...cuma part laga2 dada tu sangat tak perlu...aku rasa diorang macam nak wat kungfu cantum badan go-ten ngan trunks (Dragon Ball) lak...hahaha...lagi pulak bila baring ngan hentak kaki2 tu...ada la cam anak jiran sebelah rumah aku time nangis kalo x dapat aiskrim...hahah...overall, ok la!

Aril & Marsha - Aku dan Dirimu

Siapa punya idea persembahan ek? Sangat unik! Chemistry yang sangat bagus. Aku rasa dia patut dapat anugerah best student! aku bukannya suka sangat si Aril ni, tapi to be fair, malam tadi was phenomenal! Walaupun note marsha sangat rendah, tapi dia berjaya bawak lagu tu dengan baik! Gandingan yang sangat sesuai! AFUNDI ARIL! (untuk malam tu la...malam minggu depan kena tengok balik la!)

Sidi & Zahid - Cinta Yang Sempurna

Aku rasa nothing wrong dengan persembahan Sidi minggu ni. Tapi Zahid terlampau bagus untuk digandingakan dengan Sidi. Dan aku rasa range lagu ni lagi memihak kepada Zahid. Kesannya, sidi nampak tenggelam. Zahid ada presence atas pentas tu...cara dia interact dengan audiens...sedangkan sidi dengan gerakan yang terhad, dalam zon yang dia rasa selesa...kalau bandingkan dengan zahid, tone suara sidi biasa je..dari segi nyanyian memang sidi nampak sangat improve (sebab aku rasa dia patut keluar masa minggu ke 2-selamat ulang tahun sayang, atau minggu ke 3-hanya di radio, tu memang persembahan yang patut keluar)...tapi macam orang cakap la, sidi ada progress...tp too slow compared to others

Sidi tersingkir malam tadi. Kalau base ngan persembahan, aku rasa Qhaud patut keluar malam tadi...persembahan yang aku suka Aril, followed by Hafiz...Claudia, Aishah kongsi no 3...no 4 yazid!



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Konsert Minggu Ke-4 - Akademi Fantasia 7

Konsert yang penuh drama!
Tarian Menuju Puncak kali ni agak menarik. Execution setiap pelajar nampak kemas, walaupun ada beberapa part yang nampak agak kosong. Tapi agak terganggu dengan kain rentang yang dibawa oleh penyokong pelajar. Part akhir sewaktu Zizi dijulang, view agak terganggu-menyebabkan kamera terpaksa switch view dari pandangan sisi. Mungkin pihak produksi boleh memberikan guideline kepada para penyokong supaya view penonton di rumah tidak akan terganggu dengan isu-isu seperti ini.
aishah-mentari merah diufuk timur
permulaan yang bagus...aku suka masa part lagu ni agak slow...nampak sangat menarik...aishah memang ada tone suara yang sedap didengar...masuk part rancak, aku rasa pergerakan dia agak pretentious...nampak tak natural...sokong bila siti cakap yang dia nampak macam tengah "menurun"...huhuh...ada beberapa part masa tarik yang dia tak really hit the note...tang baju, aku rasa baju dia gak menarik, walaupun macam tak berapa sesuai dengan lagu tu...tapi xde la buruk sangat sampai hazab mata nak tengok...huhuhu...persembahan permulaan yang tidak mengecewakan
qhaud-di taman teman
WTF dengan Astro?!! leh la pulak siaran terganggu...memang bangsat...(upss...ter-"emo" la pulak!!)...aku takleh komen apa2 sebab dengan kebangsatan Astro...tetiba terus je part rangkap akhir...dari segi alunan suara, aku rasa alunan dia agak tertahan2...aku rasa aku tengok masa diari, alunan dia sedap...mungkin dia taknak alunan tu dibayangi dengan penyanyi asal kot....bab baju...hmmm...aku tau baju kotak2 tu bukannya murah...tapi apa kejadahnya baju tu dengan lagu di taman teman...si qhaud nyanyi lagu etnik kreatif, bukannya lagu country ye!!! siti komen bab adlib-tapi of course la aku tatau sebab hanya dapat tengok skrin biru bertulis "maaf, siaran tergendala sebentar"...dah la qhaud agak bahaya dengan kedudukannya yang terbawah...aku bukannya fanatik qhaud, tapi aku rasa x adil kalo dia terkeluar sebab penonton takleh nilai persembahan dia yang sebenar...kalo dia terkeluar, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA UNTUK ASTRO!!!
claudia-suralaya dalam d major
dia dah tak nampak macam dayang sangat...tapi dah nampak macam farah af2 la pulak! huhuhu...walaupun baju dia ala2 kaftan nak bawak tidor je...tapi kira boleh diterima la kot (compare ngan baju qhaud. perasan tak, yang trademark pelajar pompuan AF7 adalah legging...legging memang tengah 'in' ke skarang ni???)...tone suara dia sedap...terkawal dan xde banyak masalah masa menyampaikan lagu dia...setuju dengan komen adlin...part 1 ngan 2 xde apa yang berbeza...so persembahan dia nampak a lil bit repeatitious....leh diperbaiki lagi...tapi aku rasa dia sangat konsisten dan fokus semasa menyampaikan lagu ni...tahniah untuk claudia! (aku speechless ngan lawak bodoh AC suralaya tu sebenarnya surat beranak...is it suppose to be funny or what?!)
qhaud menyanyi semula...untuk tujuan pengundian...tapi bagi aku agak tergesa-gesa..macam xde notis untuk pelajar...apa taknya, penyanyi latar tak amik tempat...muzik dah start...aku rasa qhaud pun x bersedia...beberapa bar pertama, dia masuk ngan key yang salah...aku x salahkan dia sepenuhnya...dalam keadaan x bersedia macam tu...tentula dia pun gabra...makin teruk bila dia lupa lirik masa masuk part korus, tapi dia try cover ngan adlib part tu...overall ada beberapa part yang dia nyanyi, aku suka gak la...not his best performance but not too pain too see
aril-lakaran kehidupan
part awal...aku suka arrangement dia...walaupun ada beberapa kelemahan bab vokal...especially his low notes...masuk part korus...pun menarik gak arrangement dia...tapi macam tak berapa kena dengan first part...kalau dengar balik, it seems like two different songs yang di medleykan...baju dia macam baru abis merempit, pastuh terus naik stage...huhuhu...dan aku dah start rasa yang sebenarnya pelajar lelaki lebih bermasalah nak menyanyikan lagu siti nurhaliza berbanding pelajar perempuan menyanyikan lagu amy search!
tetiba cikgu fati menyampuk and comment on para judges...erk...aku terkejut gak..."this is not just a singing competition! harap semua part di ambil kira"...mungkin dia rasa x adil sebab aril kena komen bertubi2 tentang vokal yang xde peningkatan...tapi aku rasa x patut la dia interrupt time macam tu...hak judges untuk komen...hak guru untuk mengajar...dan hak peminat untuk mengundi...that's my personal view laa...
yazid-aku cinta padamu
komen aku yang pertama...aku lagi suka yazid nyanyi compare ngan jamal abdillah..jgn marah untuk peminat jamal..huhuhu...time komentetiba edrie dah sentap "memang la ni bukan vocal competition...tapi takkan la kita nak bagi orang yang xleh nyanyi jadi juara akademi fantasia!" komen yang bernas sebenarnya...aku rasa lagu aku cinta padamu memang susah nak dinyanyikan oleh lelaki...aura siti nurhaliza untuk lagu ni terlampau kuat...kesannya...bila part korus, aku suka yazid nyanyi lagu ni dengan style rock, tapi bila part yang awal tu, memang x masuk sangat...komen adlin, "rambut ko nampak basah. ko pakai wet look ke? basahkan sikit ati ko...ati ko kering sangat la!!" aku tatau la...komen adlin sangat witty laa...walaupun pedas, tapi bernas...he is the best judges la aku rasa untuk AF ni so far (untuk AF7 la...sebelum ni komen dia ada gak yang merapu)...go adlin!!!
akim-destinasi cinta
masa memula dia masuk pentas...aku terkejut...ingatkan rizu yang kat atas pentas tu...rambut dia sangat rizu ye!...baju dia pun ada style...sesuai dengan persembahan dia...vocal dia ada beberapa part yang masih weak especially low notes...tapi persembahan yang sangat entertaining...aku rasa dari segi showmanship, memang menarik...the best for tonite (bagi akula)...komen edrie, akim kena pk konsep apa yang akim nak bawak...lagu ni tak sesuai dengan awak...awak patut pilih lagu yang sesuai dengan konsep awak- erk...komen yang bagus tapi dia ni faham tak yang lagu pelajar ditentukan oleh produksi...kalo nak tentukan konsep apa, itu OIAM...bukan AF...si edrie ni pernah tengok AF tak sebelum ni?
ok, cikgu siti hajar pun nak enterframe gak...dia komen balik...lagu pelajar bukan mereka yang pilih...tapi diberi...itulah cabaran namanya...aku rasa komen ni appropiate la...sebab si edrie tu macam tak pernah tengok af la pulak gayanya...
isma-kerja gila
isma totally nampak lain...persembahan dia nampak mengalir dengan bagus...persembahan rock dia nampak natural, tak macam aishah yang nampak macam dibuat-buat...cuma ada part yg dia jerit "gila kan kau!" tu kena jaga sket...sebab pitchy sket la...tapi komen amy bagus la..."awak minat pop...tapi malam ni, awak rock!!!"...walaupun adlin komen dia sekadar imitation yang berjaya (xde feel sebenar)...tapi aku rasa bagus untuk orang yang makanan dia lagu pop! adlin x kata dia teruk, tapi isma dah ada basic, so adlin nak demand sket bab persembahan...maksudnya she rises the bar!
(komen siti yang sepatutnya: isma, you are the best...but stop pretending to be like me! hahah...perasan tak yang cara isma bercakap, lemah lembut, baik...semua cam siti? lagi pulak masa dia nyanyi lagu ditaman teman masa tolong qhaud dalam diari minggu lepas...ke tu perasaan aku je?)
rubisa-tiada lagi
erk penari latar rubisa macam pelakon yang terlepas dalam "mataku nampak hantu" kat Astro semalam...hahaha...vocal dia a lil bit pitchy here and there...tapi overall menarik...masalah pelajar perempuan, semua menyanyi dengan baik...tapi there is nothing special to remember...penghayatan rubisa dengan lagu tu bagi aku cukup berkesan (cuma tak perlu la sket2 nak pegang rantai dia)...aku dah mula suka dengan vokal rubisa...sebab sebelum ni masa dia nyanyi lagu matahariku, aku tatau apa yang orang dok puji sangat pasal dia...xde la sedap mana...tapi masa tu dia sakit tekak...sekarang baru aku perasan vokal dia bagus!
hafiz-cinta ini
aku lagi suka arrangement kali ni berbanding dalam album siti...sebab lagu ni rancak, untuk masukkan dalam lantera timur, kena inject element ethnic fusion...so agak pelik lagu yang rancak ngan bunyi tradisional...so, untuk arrangement hafiz, xde la bunyi etnik yang ala2 terpaksa...persembahan yang menarik...cuma bagi aku, persembahan dia macam xde klimaks...takde punch dalam persembahan dia...macam ada something missing...obviously not his voice but mb macam komen amy, mungkin gesture untuk persembahan dia...komen siti sangat baik la...cuba ko bayangkan kalo syafinaz yang duduk situ, for sure semua kena kutuk sebab rosakkan lagu dia...hahaha
part VT dia sangat tak perlu! benda tu dh settle kan kat dalam diari? apa motif nak tunjukkan time konsert?? nak bagi undi dia naik ke??? sangat tak perlu ye!!! biarlah orang nilai berdasarkan bakat...bukan bab remeh temeh macam ni!
sidi-ku milikmu
persembahan dia ada improvement...tapi aku rasa kalo rizu yang dapat lagu ni, for sure dia akan bawak dengan lagi meriah (err...im not a fan of rizu...u can read my post on OIAM3 before...tapi naper ek aku asyik mention nama dia je kali ni? huhuhu)...komen adlin "percubaan ko x bergerak tu, kira boleh la, aku leh terima la...ko leh gerak masa menuju puncak...perlu lebih latihan macam mana ko berlatih menuju puncak!" aku rasa komen adlin memang bagus la kali ni...ke sebab dia baik ngan tiara? x kisah la...sebab aku rasa komen dia memang bernas!
zizi-aku dah bosan
aku rasa baju dia yang paling sesuai dengan konsep rock kali ni...aweera pernah bawak lagu ni masa konsert OIAM...and aku lagi suka Zizi punya version...huhuhu...cuma aku rasa macam lagu ni banyak sangat repeatition dan tak menguji vokal dia sepenuhnya...nothing bad but nothing special...
teori konspirasi 1: mungkinkah kerana banyak persembahan pelajar kali ni tak mencapai par yang sepatutnya so pihak produksi terpaksa "bikin drama" (eg. siaran tergendala, cikgu2 enterframe komen judges and VT hafiz semua tu)? tu teori aku je tapi leh jadi ada benarnya gak kan? huhuhu...
tang lagu bonus...aku suka dengan vokal semua pelajar, baik lelaki mahupun perempuan masa nyanyi lagu Jerat Percintaan dan Isabella! Good job guys!!!
keputusannya:
ZIZI dengan RUBISA terkeluar...nak kata aku terkejut sebab dua orang sekali terkeluar, x jugak...sebab dalam AF macam-macam boleh berlaku...masih speechless sebenarnya...base on performance, aku rasa qhaud agak lemah...but to put blame 100% on him, x patut gak...aril pun is not that great...sama gak ngan aishah and yazid (banyak la pulak yang bukan pilihan aku...hahaha)...tapi keputusan dah pun dibuat...sure diari akan sunyi tanpa perangai gila2 zizi tu...all da best for both of you!
teori konspirasi 2: undian AF mula merosot, dengan buang 2 pelajar sekaligus, wake up call untuk orang kat luar sana untuk undi pelajar kegemaran diorang...mungkinkah???

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

One in a Million 3 (OIAM3) - Top 6

First thing first, Marrion sangat cantik malam ni! Dress hijau tu memang padan dengan dia. Talk about elimination, Rizu terkeluar minggu ni. Agak memeranjatkan sebab aku rasa Simon lebih layak keluar berdasarkan persembahan minggu lepas. Rizu memang pandai mewarnakan lagu dengan gayanya yang tersendiri. Cuma kadang-kadang, aku rasa sikap dia yang over confident tu boleh disalah tafsir sebagai arrogant. Aku rasa masyarakat mula kenal siapa dia dan satu permulaan yang baik untuk dia terus berada dalam bidang ni (at least takde la macam orang tertanya, saper mamat yang menang AIM best new artist tu - kes aku masa memula tau dia menang AIM dulu...huhuhu)
Secara keseluruhannya, persembahan peserta malam ni memang sangat menarik. Dan tiada lagi imuniti untuk minggu ini dan seterusnya...segalanya terpulang kepada rakyat Malaysia.
tomok-umbrella
dia memang pandai mengatur strategi bagi memastikan persembahan dia menarik. Sebenarnya, bukan sesuatu yang baru untuk dengar lelaki nyanyi lagu ni. In fact, aku ada video satu kumpulan (aku lupa nama grup tu) yang nyanyi lagu ni, video klip siap tiru video klip asal...memang lawak la...tapi memang best suara diorang....ok, back to tomok...aku rasa dia mula dengan konfiden...showmanship yang bagus sebab dia menggunakan pentas...bab suara, kawalan vokal yang bagus...dan aku setuju bila paul moss kata dia nak tengok tomok masa final...he really deserves it!
amelia-somewhere only we know
persembahan yang sangat menarik. Yes, aku tatau lagu siapa yang amylea nyanyi ni, tapi aku rasa memang sedap la...arrangement yang bagus, vokal yang mantap dan persembahan yang menghiburkan...aku siap tepuk tangan kat rumah lepas dia abis nyanyi...hahah...tapi memang bagus...dia memang layak berada kat pentas final!
esther-sweet about me
something different about esther's performance tonight...aku tak pernah suka dengan persembahan esther tapi malam ni dia memang bagus! time dia bawak bunga ke paul moss, aku dh agak dia nak bagi bunga tu...tapi dia just pakaikan syafinaz topi tu, and just tease paul with the flower...at least something yg unpredictable...sbb kalo dia bagi bunga tu, of course akan nampak sangat lame....time ni, aku terus berharap final nanti adalah top 3 sebab kalau base dengan persembahan malam ni, ketiga-tiga peserta buat dengan sangat baik!
nine-cinta gila
aku rasa energy persembahan menurun sedikit selepas menyaksikan persembahan tiga orang tadi...tapi sebenarnya aku suka dengan persembahan nine...lagu dia nyanyi pun best cuma part dia jerit aaa ooo kat hujung-hujung tu nampak macam x berapa perlu...tapi overall memang sedap la jugak...(walaupun paul moss memang kutuk gila persembahan dia, tapi aku rasa kelakar bila tengok diorang gaduh pasal isu tali sangkut gitar tu putus...aku siap riang ria gelak tertawa kat rumah...hahaha)...setuju dengan komen syafinaz, dia menyanyi dengan baik tapi selalunya duduk kat bottom...dia kena figure out apa yang missing dengan persembahan dia...my verdict, he'll stay up to top 4 at least...
aweera-dipenjara janji
aku rasa nothing wrong dengan persembahan dia...except part high pitch masa korus tu la...tang tu aku rasa a lil bit annoying...tetiba je si paul moss meroyan suh tengok kalendar...komen paul moss agak harsh...aku lagi suka komen syafinaz yang agak berlapik..."it's okay untuk ada idola, tapi kalau nyanyi sebijik macam penyanyi asal, its really not cool!" bagi aku, peserta lain dah tunjukkan kebolehan nyanyi pelabagai genre but he still stuck with his rock kapak...aku pun minat rock kapak, tapi dia perlu lebuh kreatif..contohnya macam nyanyi gemilang dulu...
simon-livin' on a prayer
part ni aku terus nak menunggu komen dua orang juri tu...sebab simon nyanyi takde beza ngan penyanyi asal...nothing special...setuju ngan komen paul yang dia just macam pub singer...nyanyi but orang tak kan amik perhatian pun...aku pernah mention pasal ni dulu...aku memang suka tone suara simon...tapi persembahan dia just macam tu je...his best performance yang aku suka ialah generasiku...sebab nampak something different dari his typical style...syafinaz bagi komen yang sama as aweera...nasib baik la komen yang sama (walaupun x seharsh komen aweera), kalau tak nampak sangat yg diorang tu bias...ke diorang dah terbaca blog ee yg kutuk2 diorang tu? hahaha
aku rasa...my bottom 2 will be aweera ngan simon...no doubt that they all can sing very well...cuma persembahan tu perlu lebih mantap...we are talking about one million ringgit punya hadiah ye! apa pun, jangan lupa vote untuk saper yang korang minat!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails