Confession of a Shopaholic



Masa aku belajar dulu, kawan-kawan baik aku akan sedaya upaya memastikan aku tak akan lalu berhampiran dengan gift shop. Selalunya, bila dah masuk, amat payah untuk aku keluar dengan tangan kosong. Pasti ada benda yang aku akan beli. At least, pembalut hadiah yang aku rasa menarik (padahal, aku tak tau pun apa motif aku beli pembalut hadiah tu! Semata-mata sebab aku rasa benda tu cantik).

Bila aku bekerja, aku ingat 'penyakit' aku ni akan mula sembuh, tapi makin teruk adalah. Apa tidaknya, aku beli PSP semata-mata sebab aku rasa sangat cool untuk ada satu (padahal, aku bukannya jenis yang main game), aku beli kamera baru sebab aku rasa warna kamera tu sepadan ngan laptop aku (in my defense, laptop aku yang lama tu dah sangat uzur, aku pakai masa semester 2 di UTP, dan kamera lama aku dah rosak). Tu belum masuk beli cincin kat Tomei (yang Narul kata cubaan untuk menipu masyarakat, dan Shafaf speku aku nak usha awek Tomei yang boleh tahan gak comelnya...hahaha. Tapi sebab sebenar, Shafaf je yang tau, Err...campur Zack...hahah).

Kadang-kadang, mak ayah aku bising gak sebab tengok aku suka belikan adik-adik aku hadiah semua. Bukannya apa, aku rasa tak salah bila aku dah ada duit untuk berhabis untuk family aku. Sampai mak aku leh cakap "Along kalau beli barang, mana tau beli yang murah!" Memanglah tak semestinya barang yang murah tak berkualiti tapi Fantasia Silky for Men manalah boleh nak dibandingkan dengan Burberry The Beat EDP kan??!!

Masa tengok Confession of a Shopaholics hari tu, aku tetiba macam terasa lak. Bila heroin cerita tu describe feeling membeli barang-barang mewah, rasa teruja bila dengar bunyi kad kredit di swipe, aku sendiri tergamam. Semua tu sama dengan apa yang aku rasa. Alasan yang selalu aku pakai "I've earn my money and I deserve to pampered my self" atau pun "I just need something for myself!" Dan lepas tengok cerita tu kat wayang, aku berjaya menahan diri dari shoppig selama sebulan (tu pun sebab most of the time aku kena kije...so xde masa nak shopping...hahaha).

Kadang-kadang bila crave for shopping tu datang, kat 7-Eleven atau kat kedai Mesra PETRONAS pun aku leh layan shopping (tetiba aku rasa horror dengan diri sendiri lak bila baca benda ni!) Tu belum masuk shopping buku kat POPULAR tapi x pernah pun abis baca buku yang aku beli. Selalunya member akulah yang akan menasihatkan aku bila nampak aku dah start pegang2 kredit kad ataupun dialog "Tensionnyer...asyik kerja je...I just need something for myself" dah keluar dari mulut aku (selalunya diorang akan forward kisah benar org yg bankrupt sebab kad kredit. Tapi kadang-kadang diorang gak yang 'bakar' aku bila nampak barang yang macam aku nak beli. Aku nyaris2 nak beli kamera DLSR ye...tapi sebab aku tau yang tu memang aku akan menyesal la kalau aku beli sbb aku bukan pandai tangkap gambar pun...cuma terpengaruh tengok sumer orang ada!).

So, to play safe, tiap kali shopping, aku akan elakkan lalu kat area2 berpotensi tinggi untuk aku shopping seperti area perfume (area baju aku x kisah sebab aku tau, dengan berat aku skarang sia-sia je nak try baju kat situ...sure xde size! hahaha). Kalau kawan-kawan aku selalunya remind ngan cara yang agak sarcastic, Shafaf lak akan membebel pasal simpan duit untuk masa depan la, nanti banyak duit nak pakai time kahwin la...dan macam2 lagi la yang selalunya buat aku tarik muka tensen and terus tak layan apa yang dia cakap...haha (Nasib baik lah Fid tu jenis beringat nak menyimpan, kalau macam aku gak, sure dia sama nasib ngan aku kena bebel...hahaha - btw, Fid adalah tunang Shafaf).

Dialog Narul "Aku rasa hang kena kahwin cepat, Biar ada orang yang boleh handle duit hang" - aku masih leh senyum.

Tapi dialog Zack lagi tajam menikam.

"Aku rasa hati ko kosong. Tu yang ko try penuhkan hati ko ngan Shopping!"

Terus sentap aku dengar! No more shopping for a few months (ye la tu kan!!!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

La La La Kerjalah!


Bulan Mei lepas memang bulan yang memenatkan. Aku terpaksa bekerja ada sehingga lapan hari straight. Begitu juga bulan ni. Ada yg 4 malam berturut, off day satu hari sebelum perlu masuk untuk pagi hari berikutnya. Jadual kije bulan depan pun boleh tahan perit gak. Tension jugak. Tapi nak buat macam mana. Cuma, bila berhadapan dengan komen-komen sebegini, rasa sakit ati gak.


Ala...kau bujang lagi. Xde komitmen apa2. Lainlah kitorang yang dah ada family ni.
Hello...abestuh orang bujang x deserve untuk ada life ke??? Teringat kat satu dialog kat tempat kije aku.

Married Guy: Kalau set-set kitorang ni amik cuti time cuti sekolah macam ni. boleh fahamlah. Kitorang nak bawak anak-anak gi berjalan. Yang korang ni, dah la bujang, amik cuti lama lak tu. Apahal?

Single Guy: Korang nak bawak anak gi berjalan kan. Kes kitorang, kitorang lah anak yang nak di bawak berjalan tu!

Tak pun, leh guna alasan Narul.

"Sket2 kata orang bujang xde komitmen. Xde family. Kalau semua benda nak suh saya buat, bila masanya saya nak cari awek, nak tunang? nak kawin??!" (muzik latar: wali-cari jodoh...sila cari kat internet lagu yg membuat aku ngan said depressed seketika bila dengar lirik dia...huhu)


X kisahlah ko kije straight. Banyaklah OT ko bulan ni. Anggap je motivasi ko kije sebab duit!
Kalau lah duit faktor utama, baik lah aku wat direct selling, MLM atau jual perfume 1drop semua tu. Money cannot buy everything. Masa belum kahwin ni, boleh lah. Kalau dah kahwin nanti macam mana? Yup, Im still a typical conservative guy yang rasa dalam sehari, xdapat macam mana pun biarlah time dinner tu dapat kumpul anak beranak, makan satu meja. Bukanlah kata aku x ikhlas nak kije lebih masa. Dan aku tau aku bukan kije lebih masa dengan percuma. Tapi komen2 macam ni la yang membunuh mood aku nak berkije.


Baru kena kije beberapa hari. Tak kan nak kecoh kot. Time aku dulu lagi teruk. Aku...blah...blah...blah...(dan cerita sejarah masa lampau hidup dia pun terpaksa di dengar)
Perggghhh...ni pun yang aku tak tahan nak dengar...zaman dulu ada ke team building semua? Ujian personality utk tgk climate working environment? Xde kan? Kenapa sekarang semua tu ada? Orang sibuk pasal ESQ segala tu? Jawapannya, sebab orang nak improve. Tapi kalo setiap benda ko nak relate ngan zaman ko dulu, adakah itu improvement namanya?

Bagi aku, bukannya apa. Kadang-kadang, kita dah lah penat. Terpaksa lak dengar komen-komen macam tu. Memang la rasa sakit hati. At least, a little sympathy pun dah kira cukup. "Kalau penat, amik cuti la. Kesian lak tengok ko kije sampai lapan hari straight!" --> komen ni memang rasa x logik la keluar dari mulut superior kan...at least "Thanx for your commitment!"...susah sangat ke nak cakap macam tu tanpa perlu memberi komentar2 yang menusuk hati (menusuk tu...sastera sungguh! huhuhu)... tapi komen paling berbisa...
Owhh...aku ingatkan ko kije banyak sbb nak OT...nak bayar hutang credit card ko!!!
(komen tanpa rasa bersalah...dari mulut saper? tatau...padahal, statement credit card aku leh tahan gak banyaknya...huhuhu siot je!!!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails