Review: The Secret Life of Nora


Mendengar yang Enfiniti akan menerbitkan sebuah tetar muzikal yang terbau, aku mula berkira-kira untu mencari member untuk di ajak menonton bersama. Apa tidaknya, dua buah tangan Enfiniti sebelum ini (Puteri Gunung Ledang the Musical dan P Ramlee the Musical)sememangnya sangat bbekas di hati aku. Gila gigih kitorang dari Terengganu drive ke KL semata-mata nak tengok Nora!!!

SINOPSIS

Sebelum bertolak ke KL, aku cari jugak sinopsis untuk teater ni. Tapi aku tak tau dari mana aku dapat, tapi siopsis yang aku baca tu agak berlainan dengan jalan cerita teater tu. Sinopsis yang aku baca mengisahkan Nora yang mengambil alih perniagaan kelab malam milik bapanya. Rupanya tanpa pengetahuan Nora, kelab malam tu adalah aktviti kongsi gelap, yang menjalankan aktiviti haram termasuklah perdagangan manusia. Pihak INTERPOL memberkas Nora. Nora cuma akan dibebaskan sekiranya bersetuju menjadi perisik untuk membantu menumpaskan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kira macam tulah base on apa yang aku baca. Nampak sangat serius kan untuk sebuah teater! Rasanya lebih sesuai untk jadi movie.

Tapi bila pergi sana, cerita tu ada ubah sket (mb sinopsis tu jalan cerita asal kot, tapi nak sesuaikan dengan teater kena rombak sket). Cerita dia pasal Nra (Tiara Jacquelina) seorang primadona panggung dan sahabat baiknya Kak Tijah (Adibah Noor) yang ingin menjadi pelakon. Nora pergi menghadiri uji bakat bersama Farouk (Tony Yusof) untuk mengembangkan kariernya ke layar perak. Rupa-rupanya Farouk bersengkokol dengan Agent Roger (Ryan Silverman) dengan mengatakan uji bakat tersebut adalah untuk pembikinan semula filem Nora Zain - padahal semua aktiviti latihan adalah sebagai persiapan untuk Nora menjadi perisik; untuk menumpaskan Mr. J (Aznil Haji Nawawi) penjahat yanga menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia yang sangat meminati Nora.

YANG AKU SUKA

1. We are talking about Enfiniti kot!!! Mana ada teater diorang yang setkat buat sambil lewa je! Semua props adalah sangat menarik. Belum cerita tang kostum lagi.Opening act part dalam kelab malam adalah sangat cantik! Kalau tak slap aku, kostum untuk teater ni semua di reka oleh pelajar fesyen. Baju Tiara Jacquelina pun Bill Keith yang design (sekali lagi, ni kalau aku tak silap la) So memang meletup ok! Dari segi setting, still xleh lawan PGL tapi masih menarik. Aku paling suka setting kelab malam. Sangat cantik!!!

2. Lagu dan kawalan vokal semua memang mantap. No doubt tentang Ryan Silverman sebab dia mmg pelakon broadway. Aku mesti admit, vokal akak Tiara ko jauh lebih mantap berbanding masa PGL dulu (just pendapat peribadi masa aku tgk PGL dulu). Aznil pun sangat best dengan lagu Nora Nora Nora.... hahahaha.... aku suka part adibah noor nyanyi dengan Encik Agogo (Tony Yusof) - yang sebenarnya aku rasa xde dalam skrip pun.. hahahaha.... lagu ensemble masa training spy tu pun best!!!! Surprisingly, suara Tony Yusof pun best!!! I never thought he can sing!!! (ye la... ko tgk watak dia dalam Sepi macam depressed je kan, x sangka lak boleh nyanyi dan menari camtu!!!)

3. Dah namanya muzikal, mesti la ada ensemble dengan tarian segala bagai kan! Ensemble dia hebat okay!!! Compared tu PGL ngan P Ramlee, aku rasa ni part tarian yang paling aku suka. Yes, x adil nak compare sbb dalam PGL ngan P Ramlee sah sah ko xleh menari over to the top kot sbb x sesuai dengan latar masa tapi dalam Nora.... OMG! aku sangat speechless! Tarian utk lagu Toxic (yes, ada lagu Toxic Britney Spears dalam teater ni!!!)...aku easa macam tgk Glee ngan Dont Stop believing je!!! Memula tu aku berangan jugak nak jadi ensembles dalam teater ni... TAPIIII bila tengok tarian masa latihan spy (siap pumping satu tangan okay!!!!), kalau akak Tiara bagi aku tukang sorong set ngan alih2kan set tu pun aku dah bersyukur!!!! hahahaha


YANG AKU TAK SUKA

1. Jalan cerita. Honestly, aku suka bila baca sinopsis asal tu kat internet... tapi bila tgk... aku kecewa sket. Sebab aku rasa jalan ceita dia sangat longgar (maaf cakap mcm pementasan high school) tapi dengan cast, ensembles, setting, muzik dan tarian yang meletop. Tapi mb nak suit kan dengan mood teater kot... Kalo serius sangat, takut orang bosan lak.. lagi pun dah namanya teater muzikal... kalo nak serius, ko oergi tgk discovery channel la kan!!! hahahaha

2. Pakaian dalam cerita ni seksi yer! Tarian pun seksi gak! Dah la aku duduk 3 row dari depan. Tak concentrate aku masa penari dia menari! (eleh, ngaku je la... ko suka kan! hahahaha).... untuk aku ok je tapi utk yang bawak anak-anak mungkin tak sesuai kot... mb sbb ni teater dan target audiens dia mmg bukan kanak2.... so kira ok la kot)

Overall, mmg tak rugi la aku drive dari Terengganu untuk tgk teater ni... member aku yg 1st time tgk teater pun enjoy dengan teater ni. Honestly, aku paling suka Tiara dalam PGL lagi sbb watak tu penuh karakter... both teater sblm ni pun strong dari sei jalan cerita.... tapi percayalah The Secret Life of Nora ni memang x mengecewakan.... Kiranya kalau enfiniti ada projek baru, aku masih sanggup lagi untuk drive dari Terengganu.... hahahahahaah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kuasa Poster

Kalau berdasarkan poster sahaja, salah ke kalau aku kata aku lagi tertarik nak menonton Keramat berbanding Rasuk???

 Keramat


Rasuk

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review: 3, 2, 1, Cinta


Apa ada pada poster filem? Minggu lepas, sebagai penyokong industri filem melayu (sokong ke? Selalunya kondem je dalam blog! Tak kisah la sebab aku beli tiket sendiri kan!), aku dengan Azreen tercongok depan pawagam, tengah berkira-kira nak tengok cerita apa – antara Rasuk dengan 3,2,1... Cinta. Akhirnya, kitorang pilih 3,2,1... Cinta sebab poster dia lagi cantik + pelakon dia lebih terkenal. Boleh? Hahaha!

SINOPSIS

Filem ni mengisahkan Sam (Diana Amir) – yang agak tomboy, melanjutkan pelajarannya ke institusi pengajian tinggi dengan sahabatnya Fariz (Pierre Andre) yang dah part 8 tapi x grad lagi (istilah part mmg utk UiTM je ke, ke ada uni lain gak yg guna by part ni... aku dulu just guna by sem je... 3rd Year 2nd Sem – panjang gak la nak meyebut kalo org tanya ko sem berapa!) Si Fariz ni boleh pulak menakutkan Sam, yang nisbah perempuan kepada lelaki ialah 37:1. Sebab takut jadi andartu, Sam pun struggle nak cari boifren. Mangsanya, Nazril (Farid Kamil) sebab mamat ni ala-ala pandang Sam sebelah mata je sebab dia tak cantik.

Aku suka genre dia. Romantic Comedy. Something yang lain sebab sekarang semua filem melayu bombarded dengan filem seram ngan gangster. So, peminat filem melayu boleh berubah selera la. Ala-ala cerita Korea. TAPI, adalah amat jauh kalau nak bandingkan dengan cerita korea. Cerita Korea dalam lawak, ada sedih. Perkembangan watak tu jelas. Fantasy Couple, 2006 (Korea) – Ko tau, watak Anna tu menjengkelkan, tapi sebab dia memang kaya... tak biasa hidup susah. My favourite My Girl, 2005 – kau tau kenapa watak utama tu kaki bohong. Tapi Sam dalam cerita ni, tang tomboy tu boleh la maafkan... tu tak perlukan penjelasan (sbb ko buat perempuan tu gemuk, minat kat lelaki dah macam Cinta Kolestrol la pulak... kalau perempuan tu buruk, jadi cam Yo Soy Betty la Fea la pulak... so biarlah Sam tu tomboy, ada la lain sket). Tapia pa kejadahnya dengan perangai gila dia nak tekel Nazril tu – pasang banner, buat announcement dalam kelas, nyanyi masa function, tulis guna daun kering semua tu? Sudahnya, watak Sam tu bukan je menjengkelkan... tp dah macam retarded lak. Pastuh nak sedih2 bila kena simbah air. Nak rasa malu... Abistuh, segala benda yang ko buat selama ni x memalukan diri ko ke??? Memang lah x fair bandingkan cerita ni dengan drama Korea, tapi kalau bandingkan dengan Gol & Gincu, cerita ni still kalah! Aku tak bandingkan dengan 9 September sbb aku x minat hero ngan heroin cerita tu! Hahaha.

Banyak filem yang memaparkan suasana university/kolej tapi x menonjolkan ciri kolej yang sebenar. Kecik-kecik dulu, aku tgk Ali Setan, terus aku berangan nak belajar sampai masuk U (ok, aku tipu... aku tgk Ali Setan dan rasa nak masuk U masa sekolah menengah dah)... Tengok Kuliah Cinta, aku rasa SANGAAATTTTT malu nak mengaku aku student U. Cerita pasal uni life yg aku suka is Dunia Baru. Kalau kat U, x kisah la ko tomboy tetiba feeling2 ayu pakai skirt sbb nak impress student yg ko suka, people wont give a damn pun... lagi la pulak sampai stare and bantai gelak masa ko masuk library . Ni belum pulak scene ko tukar course (walaupun sekadar flashback – setakat nak timbulkan unsure komedi kot) – ko masuk medic (yg siyesli lab tu adalah utk chemist... medic x de guna burette ngan chemical warna warni dalam beaker ye!), pastuh leh tukar law (yg sah2 lain jurusan... tapi leh terima la sebab dalam citer ni Sam tu konon2 genius)... amik engineering pulak... last2 tukar course journalism kot (pensyarah dia Zubir Harian Metro... yang aku rasa sangat buruk lakonannya dan wajar disimbah cat merah sahaja.. DISCLAIMER: Kes kereta or rumah dia kena simbah cat dulu, aku x bertanggungjawab yer!!!)
For some reason, aku suka watak Farid Kamil... Nampak cool je (ni antara watak dia yg aku tak rasa menjengkelkan... hahahaha)... Pierre Andre... boleh la.... watak2 nerd ni mmg bagi dia je la kan... Diana Amir, certain part agak menarik... tp certain part nampak sgt berlakon. Scene aku suka – bila Farid Kamil back up Diana Amir masa orang2 dok gelak time dia pakai make up... Nampak sweet... Aku pun suka masa cameo Sheila Mambo kata – “Aku sumpah hang x grad!!)... Terus aku teringat instructor kat university dulu dgn dialog makan hatinya – “Aku kata silang... ko paham x silang!!! Bahasa omputihnya cross!!! Ko amik course apa??? Electrical??? X kan ko x paham kalo aku suruh silang!! Habis wayar2 ko tu macam mana? Silang pun tak paham!! MAsin mulut aku, memang x grad la ko kan!!!!! – isu dia, budak tu terkebil2 masa ubah floor pattern masa kelas tarian! Hahaha)

Secara ringkas:

1. Certain part gila-gila Sam tu Nampak comel – certain part macam over do.

2. Diana Amir as tomboy tetap x leh lawan Scha dalam Awan Dania. Aku lagi suka Diana dalam Aku masih dara. Tak berlebihan... just nice!

3. Aku suka masa Sam ajak Nazril couple... kita try dulu la... tengok dulu aku ni taste ko ke x! Sempoi!!! Mintak no telefo pun aku rasa sempoi giler!

4. Perlu ke setiap babak masuk dalam kelas ada slow-motion? Belum masuk lagi semua kisah peribadi nk di flashback? (Scene Ayah Diana meninggal... Scene Nazril lost his family masa eksiden) Nampak sangat pengarah malas bagi penonton pk... nak suapkan semua  elleh Hafidz Gafa ni, ari tu ko pun malas pk masa tengok KL Gangster... semua part ko nak suruh flashback kan... hahahaha

5. Aku suka dialog – “dalam dunia ni ada dua jenis orang... org yg bertuah... dan org yg bodoh macam aku...” Cuma aku x suka ending dia... Nampak sangat mudah dan x real...

6. Aku dah jumpa another Kayu... watak Mimi (adik Sam)... tp still xleh lawan kekayuan Kayu... eh silap... Ayu dalam Lagenda Budak Setan (lepas Lisa Surihani tukar rupa! Hahaha)

Kesimpulannya, cerita ni setakat biasa-biasa la. AKu nak tulis panjang pun tak leh gak... sebab abis tgk wayang aku jadi speechless. Teruk-teruk 2 Alam, panjang gak aku komen. Suka giler aku ngan Nur Kasih ngan KL Gangster (dua-dua cerita aku tgk 2x kat panggung), banyak gak komen tentang apa yg aku x suka... (komen aku la, relevan ke x, tu belakang kira!!!). Tapi komen Azreen paling aku x tahan – “Aku x paham kenapa cerita ni di filemkan!!!” Sentap!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails