Tuesday, November 03, 2009

Al-Fatihah

Sabtu 31/10/2009
Dia duduk depan DCS. Sehari suntuk pakai glove hitam dia. Katanya, beli masa skating kat Sunway Pyramid. Semuanya macam biasa. Shikin datang bawak Big Apple. Dia siap buat air teh untuk semua. Kebetulan, aku baru keluar dari pantry, Dia sound, "Mu camni la Pis...aku buat air, mu tak sudi. Buat air sendiri!". Aku bantai gelak je.
HSE Safety Talk. Aku kemas cawan ngan jug air atas meja. Dia baru masuk. "Aisy...aku baru nak minum. Tengok, mu dah kemas!" Memang air masih ada. Tapi dah tinggal sket. Aku ingat takde orang nak.

Masa talk, bincang pasal kes orang terbelit safety harness kat rotating part. Aku just remind tentang safety. Sambil cakap, "Tak tau la orangnyer ok ke tak!" (sebab memang aku just print dan tak tengok sangat pun gambar tu. Terus pass kat orang lain). Dia siap cakap, "Ni memang mati la ni. Tengok darah ni semua! Ni usus dia. Ni darah dia". Aku memang x layan dah sbb aku x leh tengok gambar2 cam tu. Tapi sebenarnya kat gambar tu memang x nampak apa pun Dia saja mengusik sebab tau aku takut sket bab darah ni.

Lepas semayang asar, duduk sembang2 tentang masa depan. Dia ada cakap, kalaulah dia masuk ALAM dulu, mungkin dah kaya dah. Aku bantai gelak je. Dia ada cakap, dia nak masuk KPLI. Jadi cikgu. Kitorang bantai kutuk niat dia. Jadi cikgu konon! Tapi dia ada cakap, "Kita ni dah biasa hidup mewah. Patut fikir ke depan. Kena menyimpan!". Lain macam je bunyik. Tapi betul gak apa dia cakap tu.


Ahad 1/11/2009

Meeting pagi. Dia xde. Memanglah dia bukan shift aku. Tapi dia swap. Patutnya hari ni masuk kije. Rupanya dia cuti. Xpelah.
Pukul 7.30 pagi. Salman call CCB. Pelee yang angkat. Tiba2 muka Pelee berubah.

"Mat Min eksiden"

"Betul ke?? Mu jangan buat lawak! Kat mana? Parok x??"

"Kat Politeknik. Mungkin dah xde!" Salman sebak kat hujung talian. "Nanti aku call balik!"
Kitorang kat CCB terdiam. Biar betul! Baru je semalam borak sakan. Semua orang macam tak percaya. X apa2 kot. Salman pun x sure lagi tu. Aku cuba sedapkan hati.

Telefon berdering lagi. Pelee angkat. Rupanya polis yang call. Polis confirmkan berita Salman. Tapi polis masih belum kata apa2. Tunggu ambulans.

Telefon kat meja aku berdering. Redza call. Confirmkan, memang dia dah xde, sebab orang HR sibuk sakan pagi tu. Time tu aku memang dah x boleh tahan. Memang aku menangis. Semalam je baru jumpa!

Tapi memang dah ajal dia. Nak buat macam mana. Ramai rakan yang menziarah. Kalo ikutkan, kitorang mungkin tahu lambat. Tapi ditakdirkan yang kereta Salman memang tertinggal beberapa saat kat belakang dari kereta dia. Bayangkan, masa orang shift aku datang, tengok dia dah xde, Pokloh terus baca Yassin sebelah jenazah, polis tu memang tak kacau apa. Even stretcher dah ada semua, Polis tu tunggu Pokloh habis baca Yasin baru bawa jenazah. Kiranya semua orang sempat melawat jenazah. Aku je agak terkilan sebab kena stay kat ofis. Tapi ada hikmahnya. Pokloh lah yang uruskan semua, tolong mandikan, kafankan, imamkan semayang. Bak kata Ija, "X penting pun ko datang tengok, yang penting kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah!"
Lagi Berita:
Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dengar kata, adik-beradik dia sempat bali dan jumpa sebelum dikebumikan. Bila kenang2 balik, rasa sayu gak. Tengok dia pergi, mudah je. Kawan2 semua tahu, ramai datang melawat. Itu dah bahagian dia. Kita yang hidup ni macam manalah nanti kan.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Wan Shahrihelmi bin Wan Ahmad. Semoga rohnya ditempatkan dari golongan yang beriman.


Friday, September 25, 2009

Kenangan Puasa & Raya 2009


TANDA KIAMAT
Aku suka bila kerja shift malam sebab ada kawan nak terawih. Kalau sorang2 tu, liat gak nak buat walaupun surau dekat je. Lain lah kalau kat kampung, sure bapak aku bising kalau tak gi terawih!

Masuk je waktu Isyak, semua pandang aku suh jadi imam. Aku menolak. Dah dua minggu aku batuk. Tak keluar suara pun. Pandang Wak. Wak pun cuba mengelak. Suara wak pun dah ala2 macam Awie dah sebab dah mula sakit tekak.

“Antara tanda2 nak kiamat, bila semua orang mengelak nak jadi Imam. Macam ni la! Astaghfirullah!” Khairi mula berceramah.

“Aku takde suara la!” Aku mengelak.

“Aku bukan mengelak. Aku nak gi pantry kejap. Amik air” Wak bagi alasan. Wak letak air kat sebelah. Buat basahkan tekak lepas sembahyang. Maklumlah, lepas tu nak terawih pulak. Ambil tempat imam. Angkat takbir.

“Alhamdulillah. Ada gak orang nak jadi imam. Lama lagi la nak kiamat agaknya” Khairi komen.

Wak terus gelak. Tak jadi angkat takbir.

LAMA TAK NAMPAK
Balik kampung, aktiviti marhaban masih ada. Balik marhaban, aku duduk berborak dengan mak aku.

“Lama tak nampak Ustaz M. Time balik puasa hari tu pun xde nampak masa sembahyang terawih pun!”

“Kang kalau nampak, awak terkejut pulak!” Mak jawab acuh tak acuh.

“Kenapa pulak?” Terus semangat aku tanya mak aku. Berminat je aku kalau bab2 gossip ni.

“Ye la, Ustaz tu kan dah berapa bulan meninggal! Kang kalau awak nampak, maunya tak terkejut!!”
Terus insaf aku! Nampak sangat lama sangat tak balik kampung!

TAK LARAT
Mak aku bising suruh susun kerusi meja kat ruang tamu. Raya memang meletihkan. Lagi pula, rumah kitorang memang tempat berkumpul pakcik makcik aku. Mak mula membebel.

“Cuba tolong kemas-kemas sket rumah ni. Dah la bulan puasa tu mak buat sorang2. Penat tau tak!!”

“Alah, tahun lepas pun mak buat sorang2 gak. Boleh je!” Aku mengusik. (Kitorang bila dah besar memang suka usik mak. Kadang-kadang abah marah gak sebab selalu sangat mengusik. Tapi kadang-kadang abah join kitorang gak. Hahaha)

“Tahun lepas tu lain. Tahun ni aku dah tua setahun! Tak larat ko tau tak!” Mak mengomel.

Aku terus bantai gelak. Siot je guna alasan macam tu!

Tuesday, September 22, 2009

Musafir di Aidilfitri


Petang Menjelang Raya:
Aku rebus ketupat segera (itu pun selepas dua tiga kali jugak telefon mak aku nak confirmkan caranya. Hahaha). Sambil tu, gosok baju melayu. Terlupa bawak sampin, tapi nasib baik aku dah pinjam sampin biru Narul. Dia kata dia dah ada sampin lain nak padankan dengan baju dia kat kampung.


Abaikan baju yang berkedut tu sbb gambar ni masa lum gosok lagi...huhuhu

Malam Raya:
Selepas berbuka puasa dan bersembahyang Maghrib di CCB, semua duduk menunggu pengumuman Hari Raya. Bila confirm je besok raya, bebudak ofis aku mula mengusik, “Pis, aku pasang lagu raya mu jangan nangih lak!”. Aku senyum je. Tak rasa apa-apa pun walaupun ni la raya pertama yang aku sambut sorang-sorang. Aku keluar ke kereta, hantar SMS raya pada semua kawan-kawan. Masuk semula ke CCB, diorang usik lagi. “Gi kereta sorang2 tadi wat apa??? Nangih la tu!” Hahaha.

Ni la juadah raya aku...kira okay la kan...ada gak feel raya tu

Pagi Raya:
Sampai je di bilik, terus mandi dan bersiap untuk sembahyang raya. Balik sembahyang raya, tumis bawang untuk buat kuah kacang (of course la yg instant punya), Panaskan rendang ayam Yeo’s, keluarkan serunding daging, potong ketupat. Tada!!! Siap dah juadah pagi raya (walaupun rasanya jauh langit dengan bumi kalau compare ngan juadah yang mak aku masak – tapi kira ok la). Lepas makan, aku telefon rumah, minta maaf dengan mak abah dan borak sekejap dengan adik-adik aku. Pas tengok TV, tidur (sebab malamnya aku kerja) Bangun pukul 4 sebab nak tengok cerita Halimah Jongang kat Astro (sebab adik aku minat sangat citer ni. So layan je la). Kul 6.30 gerak ke tempat kerja.

Malam Raya Pertama:
Nasib baik ada makanan. Hahaha. Menu istimewa – Nasi Minyak (kalo saper yg tatau, kat sini Raya makan nasi minyak. Kalo kat Johor, nasi minyak tu ko jumpa time kenduri kahwin je, kat Terengganu, even breakfast pun makan nasi minyak!). Ada rendang daging, kurma daging, ayam masak merah, serunding daging pun ada. Akhirnya ada gak la hidangan yang decent time raya ni. Hahaha.

Raya Kedua:
Balik kerja pagi tu, aku telefon rumah lagi. Borak dengan bapak aku sekejap. Nak masak, malas. Lagi pun, sure tidur je pagi ni. Kedai pun banyak yang tutup (kalo fast food tu ada la!) Terus niat puasa enam! Lagi 2 malam to go. Pastu baru leh balik raya. Masalahnyer, ada lagi ke orang yang beraya time Raya kelima tu? Huhu. Fikir on the bright side, orang dah takde. Jimat sket nak bagi duit raya. Hahaha!