Review: 2 Alam




Semalam, dengan bangganya aku melangkah kaki ke pawagam untuk menonton filem yang digembar-gemburkan sebagai filem yang bakal mengutip RM40 juta - 2 Alam. Yuppp, sure ramai yang akan kata apa kejadahnya aku bazir duit pergi tengok cerita ni. Mungkin aku nak tau teruk sangat ke cerita ni. Mungkin gak sebab aku terpangaruh dengan propaganda Dr. Rozmey tatkala mempromosikan cerita ni. Tapi yang sebenarnya sebab aku gi keluar dengan colleagues aku. Dah xde cerita lain nak tengok, kitorang layan je la cerita ni! Hahaha.

Apabila menonton filem ni, perkara pertama yang cuba aku lakukan ialah melihat filem ni tanpa sebarang prejudis. Sebab antara sebab orang x suka cerita ni (padahal x gi tengok pun lagi) adalah sebab orang x suka dengan cara Dr Rozmey yang dikatakan syok sendiri, angkuh dan sebagainya bila mempromosikan filem ni. So, perkara tu aku try buang jauh2 dalam kepala otak aku bila tengok cerita ni.

Ada satu review yang aku terbaca kat internet yang mengatakan golongan yang memang akan kutuk gila cerita ni:

1. Golongan yang anti filem melayu - aku rasa aku tak termasuk dalam golongan ni, sebab dari filem melayu yang aku rasa best macam Papadom, Talentime, Cinta, Sepi, Setem ke filem tahap biasa-biasa macam Niyang Rapik, Jangan Tegur, Jangan Pandang Belakang Congkak, Estet, Magika sampailah ke tahap filem yang aku malu nak mengaku aku tengok - Mistik... aku still gi panggung dan x segan nak beli tiket filem Melayu

2. Golongan yang 'panas' badan bila tengok cerita berunsur keagamaan - aku beli Mastika tiap2 bulan (walaupun kawan2 aku kata Mastika lame sebab aku rasa bab cerita alam kubur n pengajaran tanah suci tu menarik untuk dibaca dan buat pedoman. Aku rasa filem Maut antara filem bercorak keagamaan yang aku tengok dan still enjoy the movie (motip enjoy tgk cerita macam tu? bukan nak amik pengajaran ke apa! Hahaha. Sila baca review Maut di sini),

3. Golongan '2 Alam' tu sendiri - Bagi aku isu transgender antara benda yang sensitif tapi menarik untuk diolah. Contohnya, dalam filem Transamerica (US, 2005), cerita dia pasal seorang bapak yang tukar jantina, pergolakan dalaman dia sebab anak lelaki dia pun tak tahu hasrat dia. Cerita ni menarik, tapi sangat tak sesuai dengan nilai2 agama dan bangsa kita. Beautiful Boxer (Thai, 2004) pun best jugak. Mostly pasal inner conflict dalam watak utama, seorang peninju yang handal, tapi dalam masa yang sama nak jadi perempuan. Kalau kat Malaysia, the nearest yang kita ada ialah Waris Jari Hantu (menyentuh isu khunsa), Anu Dalam Botol (yang ni x leh komen sebab lum keluar panggung lagi).

SINOPSIS
Secara ringkas, filem ni mengisahkan Adam yang telah pun menukar jantina (yang kita tak tau pun macam mana rupa dia masa lelaki - sama ada semula jadi lembut, atau ada isu lain yg buat dia tukar jantina, sebab yang ada pun cuma tunjuk dia mengaji masa kanak-kanak), kini menjadi Amy, seorang penyanyi terkenal (yang kita tak tau sama ada betul2 popular atau artis suam2 kuku sbb xde sebarang trofi pun tunjuk kat rumah dia, xde langsung scene dia kat studio rakaman nyanyi2... yg ada scene Amy tidur ngan sorg komposer tua sbb nak mintak lagu, scene Amy kena rogol yang Mamat tu cakap, "Amy la woi, kita 'main' ngan artis terkenal", self-proclaim Amy yg dia tu artis terkenal dengan keratan akhbar masa dia kena rogol, tulis sumthin like "Amy-Artis terkenal dirogol dan diliwat" - yg kalo ko terkenal, sah2 suratkabar x tulis artis terkenal sebab sumer orang kenal ko kan!). Amy membunuh diri, dan semasa jenazah dibawa pulang ke kampung, untuk diuruskan oleh sahabat baik Amy/Adam sendiri(lakonan Aaron Aziz, yg aku sendiri konfius sebab siap pakai shawl glitter2 kat leher, mungkin sebab kalo pakai pakai serban biasa kat leher x berapa stylo kot... mungkin Imam Muda kat Astro Oasis leh tiru camtu gak...huhuhu). Semasa jenazah diuruskan, banyaklah kejadian pelik yang berlaku.


YANG AKU SUKA
1. Aku suka isu yang dibawak dalam cerita ni. Sebabnya, aku rasa isu ni straight to the point... Tuhan dah jadikan ko lelaki, kenapa ko nak tukar jadi perempuan? Kalo kebanyakan filem luar, diorang suka sugar-coat benda ni, macam bukan diorang yang mintak lahir macam tu... tapi naluri kewanitaan tu yang dah memang ada dalam diri. Kiranya, golongan macam tu xde pilihan... Bagi aku, yang perlu kita tahu, tukar jantina tu HARAM... so, xyahlah ko nak sugar-coat issue ni so that golongan macamni boleh play the victim's card. Aku ada terbaca artikel yang menarik dalam blog Saiful Islam berkaitan isu ni. Golongan seperti ni lebih banyak dugaannya... lebih besar pahala jihadnya... apa taknyer, kalo ko lelaki yang baik, ko x berdua dengan perempuan... ko boleh elakkan diri dari maksiat... tapi golongan ni, hosmet ko lelaki, ko pergi toilet pun masuk toilet lelaki... maksudnya dugaan ko lebih besar dari golongan normal... tapi itu lah dugaan Tuhan untuk kau (terus feeling Ustaz Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih lak aku ni... hahaha). Untuk artikel dari Saiful Islam, klik sini.

2. Aku suka most of the scene masa kat kampung (except scene gali kubur sebab aku rasa buang airtime dan tetiba gambar nampak sangat murah, macam amik ngan handycam je!) Gambar bab uruskan jenazah, siram air kat jenazah, bagi aku sangat cantik.Scene yang sama korang boleh tengok dalam trailer filem ni. Dah la tu, suasana pengurusan jenazah kat kampung tu nampak sangat real... maksudnya nasihat org, supaya jgn sebut2 keburukan si mati... camner org kampung datang baca Yassin (pakai baju kurung putih ngan kain batik... mmg typical suasana kalo ada kematian kat kampung... bukan macam sesetengah scene dalam filem/drama melayu... gi kubur leh pulak ko pakai baju macam nak gi beraya, siap berlabuci segala... yang lelakinyer sure baju raya warna warni... tinggal nak pakai sampin, ko leh gi semayang raya pastuh... xpun gi kubur pakai baju serba hitam, yang pompuan ala2 pakai selendang hitam je ngan spek besar... macam standard artis pompuan gi mahkamah syariah...huhu). Bagi aku, gambaran yang jelas, sedikit sebanyak buatkan benda tu lebih close to realiti... x banyak, sikit ko akan terasa... kalo aku mati nanti, macam manalah gamaknyer kan... (mode insaf)

3. Pemilihan pelakon. Rosnah Johari sebagai emak adalah sangat bagus... (maklumlah, dia pernah berlako jadi mak Adik dalam Sutun 2 kalo aku x silap)... sepanjang kamera tunjuk dia, ko leh rasa kepedihan hati seorang ibu bila tengok anak dia yang lelaki, bila mati jadi pompuan... lum lagi dengan banyaknya masalah masa nak uruskan jenazah... Aaron Aziz jadi ustaz tu pun ok gak... (yg aku rasa x susah dia nak hafal dialog sebab dialog dia memang almost xde!).. tp ko leh tengok camner dia cuba tenangkan diri, tapi still teringat kenapa kawan dia leh jadi macam tu... pelakon pompuan yg jady Amy/Adam tu aku cuma rasa dia hebat bila menangis je (cuma x dibantu sama dengan editing yg kemas... so ko x boleh tafsir dia nangis sebab karier dia hancur ke... dia nangis sebab rasa bersalah ke tukar jantina... or sebab boyfriend dia tinggalkan dia)... so bila dia menangis, ko x tau sama ada ko nak rasa kesian ke x kat pompuan tu.

4. Aku suka part masa Amy bunuh diri, instead of going with the cliche (scene kaki yang terkapai2 sebab gantung diri, pengarah dia tunjukkan gambar ikan emas yang mati dalam akuarium)... Lagi satu, aku respek Dr Rozmey sbb x promote JusMate5 dalam cerita ni... nothing yg annoyed the audience most than product display/advertising dalam cerita (yes, fokus kat bebudak AF minum brands dalam diary ataupun cari kawan guna Location Finder Maxis dalam Gol dan Gincu pun termasuk dalam benda yang aku meluat! hahaha)


YANG AKU TAK SUKA
1. Ceritanya dah ada tapi olahannya siyesli macam haram! Ko nak ceritakan masalah yang dihadapi masa uruskan jenazah. Ko patut tunjukkan dilema masyarakat, camner nak handlekan kes2 macam ni. Macam mana org kg terkejut, or dapatkan pandangan alim ugama apa patut buat bila kes macam ni (terus aku teringat dilema Ida Nerina kerja Jabatan Pendaftaran bila uruskan Rusdi Ramli yang tukar jantina dalam Waris Jari Hantu). Setidaknya, orang yg nak tukar jantina tahu, tak mudah sebenarnya bila ko nak teruskan hidup dengan tukar jantina so, diorang leh buat pertimbangan yang sewajarnya la. Sikit2 ko tunjuk scene uruskan jenazah, pastu ko flashback Amy beromen je kijenya, gi clubbing segala bagai... pastuh tunjuk scene kampung... flashback balik dia kena rogol/liwat... kalo ko kata nak buatkan org insaf... scene kubur/mati tu yg ko patut tekankan... bukan abiskan 3/4 cerita dengan clip beromen/klubbing semua tu... lebih annoying bila scene yg sama tu diulang2 through out the movie!

2. Sambungan dari pont pertama... babak yg perlu ada skrip, ko letak muzik... babak yg sah2 ko leh jimat ngan letak muzik, ko buang masa dengan dialog x perlu! Apa kejadahnyer! Si Aaron Aziz tu punyalah xde dialog, tapi ko leh bagi dialog berjela "air dah masuk kepala la, nak main ngan artis la" masa scene kena rogol... tu lum masuk scene laki si amy tu bapak punya horny yang 24 jam "oh yeah baby... oh yeah baby!". Yes, kitorang tau Amy tu memang dah 'puas' dengan laki dia or amy kena rogol, tapi x perlu lah ko dok emphasize benda tu je... yes, sex sells... tapi kalo tulah modal ko, baik la aku tgk porn jer! (no wonder la, sibuk nak amik pamela anderson berlakon next movie!)... tu lum masuk scene x perlu ko jalan ke hulu ke hilir kat kolam renang, dengan muzik latar... dah macam video klip elly mazlein lak feeling2 kat swimming pool macam tu! Tu lum kira scene Amy kena rogol, yang ko boleh la pulak cam rilek je baring atas rumput tu... walaupun ko kat tgh hutan pun... x salah ko try jerit ke apa... ni leh terbaring je macam tu... apa kes!!!

3. Cerita pasal muzik... kalo ko xleh stand dengan bunyik... "bilaa cintaaa kini,,, x lagi bermaknaaaa" throughout Lagenda Budak Setan (LBS), beware ngan 2 Alam. Atleast Bila cinta dalam LBS tu ada dua versi (laki ngan pompuan)... tapi dalam citer ni ko akan dengarla "sampaikan salaaammm... buat semuaaaaaa (salam Terakhir, Amy Search) sepanjang-panjang filem ni... aku xde masalah dengan nyanyian Amy Search... he's a great singer and lagu tu pun arrangement dia best... tp kamon laaaa... THROUGH OUT THE MOVIE!!!!

4. Saper tukang jaga konti? bawak jenazah berat... sampai bengkok2 lutut pakcik tu mengusung jenazah... tp muka ngan baju suci dari setitik peluh pun! ko basahkanlah sket baju pakcik tu bg effect peluh... bukan main pakcik2 kat kampung tu berlakon bawak jenazah berat... tp x selari pun ngan suasana.... liang lahat x muat, ko tak tau pun muat ke x sebab x zoom in... mayat x diterima bumi... yg obvious macam orang kampung tolak keluar jenzah dari kubur... tayar van jenazah pecah bawak mayat...xde pun tunjuk tayar yg flat... tu lum kira lg laki si Amy pakai boxer yg sama dua scene yg berbeza, or beromen dalam bath tub rumah yg sah2 bath tub hotel sebab ada notes tampal pasal to re use towel sebelah bathtub (ok, part ni aku x kisah sangat, sebab mb scene laki pakai boxer tu scene yg sama tp sebab di flashback, dan scene bath tub tu mmg kat hotel) ---> ni bukan kes nak cari salah cerita ni, tp lagi bagus kalo isu ni pun di ambil kira... the same goes macam Papadom yg Adlin tu duduk Penang, tp xde cakap style Penang or paip air kat rumah diorang yg x selari ngan latar masa)

Kesimpulannya, secara jujur, aku rasa x berbaloi dengan RM9 yang aku bayar untuk cerita ni... yang aku sesalkan, jalan cerita tu dah ada tapi olahannya sangat mengecewakan! Jangan kata filem, untuk masuk cerekarama pun aku rasa tak lepas!!! The good thing aku rasa ialah mesej cerita ni... mb diorang leh consider utk guna gambar2 yg cantik pasal menguruskan jenazah... and jadikan iklan khidmat masyarakat masa bulan puasa... ni bukan merendahkan ke apa, tapi aku rasa itu lagi bagus sbb org leh amik iktibar... kalo kat Arab, iklan2 islamik memang banyak masa bulan puasa... kita lak, baru puasa, sibuk keluarkan iklan Hari Raya... so mungkin, selain dari marketing strategies, Dr. Rozmey boleh buat perubahan dalam industri pengiklanan pulak. Contohnya, macam iklan Yasmin Ahmad untuk PETRONAS... xde spatah pun tunjuk minyak petronas... tp mesej dia kuat dan secara x langsung jadi community service PETRONAS untuk masyarakat... mungkin Dr Rozmey leh mulakan dengan langkah yang sama untuk iklan Ramdhan. Just my point of view je la.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Antara Elyana, Alfina dan Ustazah Khonita...


Antara 3 orang ni, mana yang paling cantik? Lagi cantik bertudung ke atau free hair? Kalau ikutkan, aku rasa paling comel Citra Kirana (gambar tengah). Tapi Yasmine Wildblood dengan Alice Norin pun cantik gak. Kesemua pelakon ni berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan (sinetron/drama bersiri la. Kiranya sambungan filem Ketika Cinta Bertasbih la). Aku still tengah layan sinetron ni. Baru episod 45 (semua sekali ada 56 episod). Kalau siapa yang dah tengok movie dia, sure leh faham sambungan cerita dalam sinetron ni. Memandangkan sinetron ni ditayangkan sempena Ramadhan yang lalu, memang banyaklah ilmu pengetahuan agama yang diselitkan dalam sinetron tu.

Untuk makluman semua, dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB), lima pelakon utama tu dipilih sendiri oleh penulis novel Habiburrahman. Alasannya, dia tak berapa berkenan dengan pemilihan pelakon untuk "Ayat-Ayat Cinta" (yang juga hasil nukilan dia). Sebab dia, cerita tu bertemakan keagamaan, tapi pelakon yang bukan mahram still pegang2. Jadi, untuk filem Ketika Cinta Bertasbih, diorang buat open audition untuk dapatkan orang yang benar-benar faham agama dan boleh berlakon - selari dengan aspirasi penulis novel tu. Kiranya, siap buat ala2 realiti series macam Anak Wayang/Pilih Kasih untuk cari pelakon. Untuk watak Anna Althafunnisa dan Husna, pelakon yang dipilih memang bertudung, boleh mengaji Al-Quran segala. Cuma Alice Norin je yang tak bertudung dalam filem KCB sebab wataknya sebagai Elyana memang sosial pun (dan Alice Norin tu memang pelakon kat Indonesia).

Watak-watak:

Alice Norin - Elyana
Seorang pelakon terkenal dan juga anak Duta Besar Indonesia di Cairo. Kehidupannya agak sosial. Pada mulanya meminati Azzam (watak utama dalam KCB). Dalam sinetron, Elyana sudah mula berubah. Mula bertudung dan mengamalkan cara hidup Islam.

Yasmine Wildblood - Ustazah Khonita
Seorang Hafizah (hafal Al- Quran). Mula mengajar di Pesantren Darul Quran (kira macam sekolah pondok la) dan ada konflik apabila cuba dijodohkan dengan Azzam, yang sudahpun bernikah dengan Anna Althafunnisa. (Member aku yang terpegun dengan kebaikan Ustazah Khonita terus speechless bila tengok gambar Yasmine Wildblood ni kat Internet. Terus menyesal sbb imej Ustazah Khonita dah tercemar kat kepala dia. Hahaha)

Citra Kirana - Alfina Puspitasari
Lepasan Universiti Jepun. Bertugas sebagai penyiar di radio JPMI (kiranya kalau kat Malaysia macam IKIM.fm). Tunangan Ustaz Ilyas - salah seorang pengajar di Darul Quran (mamat ni berlakon jadi Aqso dalam Aqso dan Madina kat TV9 dulu). Walaupun bergelar tunangan dengan seorang Ustaz, Fina masih berhubungan dengan kekasih lamanya dan hanya bertudung ketika bekerja.

Cukuplah serba sedikit pasal diorang sebab sure aku akan ulas sinetron ni bila aku abis layan 56 episod. Tapi, cuba korang agak berapa umur diorang? Paling tua Alice Norin, 23 tahun. Yasmine Wildblood ngan Citra Kirana masih sekolah lagi yer! Yasmine 17 tahun and Citra baru 16 tahun. Dan terus aku terasa tua bila tau umur diorang... hahahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review: Estet


Aku bukanlah orang yang pandai sangat bab perfileman. Aku hanya seorang penonton - yang membayar untuk menonton. Bagi aku filem yang bagus ialah filem yang boleh buat kita menangis kalau filem tu sedih, boleh buat kita ketawa bila filem tu kelakar, boleh buat kita tutup mata kalau filem tu seram (dan aku masih teringat macam mana balik dari tengok Jangan Tegur, kitorang semua senyap je dalam kereta. Malam tu semua tidur tak tutup lampu. Hahaha). Ada orang kata, ada filem yang buat kita berfikir. Aku suka kalau filem tu membuat kita berfikir, tapi bukan memaksa kita berfikir.

Antara sebab kenapa aku pergi tengok cerita ni kat panggung? Secara jujurnya, pasal kontroversi Mamat Khalid tak puas hati masa FFM hari tu. Tak dapat dinafikan Mamat Khalid seorang yang berbakat. Aku paling suka skrip puitis dia dalam PGL. Tapi bagi aku, kadang-kadang tahap seni Mamat Khalid tidak tercapai akalku. Hahaha. Cerita dia yang paling aku suka ialah "Zombie Kampung Pisang" (siyesli buat aku gelak even dah berapa kali tayang kat TV, walaupun ulasan kat surat khabar masa tu banyak yang komen pasal make up zombie yang setakat calit tepung je, tapi aku suka gak. Tak sabar nak tunggu "Hantu Kak Limah Balik Rumah" lak hujung tahun ni!).

Jadi, melangkahlah aku untuk ke panggung bagi menonton filem ni. Bagi yang tak tahu, Jaclyn Victor pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem ni, tapi di tolak. Ada gossip yang kata Jac rasa tajuk cerita tu macam merendahkan, tapi Jac sangkal sebab dia kata dia tak tahu menahu pun sebab takde sebarang hitam putih. Yang tu korang kena google la sendiri.

Secara ringkas, filem ni mengisahkan Farid dan Sashi, yang merupakan rakan baik, bekerja di Estet Cintamanis. Ketua estet tu, Pooniah tu memang jahat dan korup. Senang cerita Farid suka kat awek nama Geetha, tapi Pooniah nak awek tu. Masa lawan bola dengan kumpulan Red Cobra, Pooniah plan dengan Junna (ketua geng Red Cobra) utk memastikan pasukan Cinta Manis kalah, sebab ayah Geetha yang banyak berhutang dengan Pooniah perlu serahkan Geetha in case diorang kalah lawan bola. Untuk review dengan gaya bahasa yang detail, sila klik sini.

Pendapat aku tentang cerita ni:-


Yang aku suka:

1. Opening scene - Farid Kamil miming lagu Tamil. Aku rasa pelakon yang baik perlu buat effort macam Farid Kamil (mungkin pengarah pun suruh dia wat camtu, Manalah aku tau kan. Hahaha). Sebab tu aku vote Vanida ngan Shidee serta Lisda and Fauzi masa Sehati Berdansa Minggu Bollywood sebab nampak effort diorang miming. Contoh paling buruk - Rozita Che Wan miming dalam "Lawaknya Fantasia Raya". Nampak xde effort langsung!

2. Scene lawan-lawan. Ok, ni serious kalo ko memang hantu tgk cerita hindustan atau filem tamil part gaduh2, ko sure suka punyalah scene ni. Part paling aku suka masa Farid Kamil gaduh dengan orang jahat atas lori yang tengah bergerak. Pendek kata, memang semua scene gaduh memang best. Cuma aku x leh terima part peluru Rosyam Nor ala2 Rajnikanth tu. Dah la CGI x real. Tapi overall memang two thumbs up utk stunt coordinator filem ni.

3. Part Farid bersajak Tamil untuk Geetha. Er, nak tanya sket la, tu memang sajak penulis Tamil ke atau script semata2 (maksudnya skrip Mamat Khalid yg di translate dalam bahasa Tamil)? Sebab sajak tu adalah tersangatlah jiwang dan mengingatkan aku skrip dalam PGL la pulak.

4. Part aku gelak besar - "Tu la nyah, mak dah kata. Jangan amik negro tu. Sekarang siapa yang sakit?" "Tak kanlah mak nak tolak rezeki pulak nyah!". (aku pun tatau signifikan scene ni dalam the whole cerita, tapi aku suka sebab aku gelak masa part tu. Hahaha)

Yang aku tak suka:

1. Filem kita wajah kita kan? Tapi kenapa cerita ni mostly guna Bahasa Malaysia? Ye, ni sebuah filem Malaysia tapi secara realiti, perbualan antara orang India still guna bahasa Tamil (untuk scene kat rumah misalnya). Rasa cerita ni akan jadi lebih dekat dengan penonton kalau guna bahasa Tamil. Bukanlah suruh guna 100%, tapi adalah jugak. Letaklah sarikata. Ada beberapa bahagian yang watak2 dia mumbling dalah Bahasa Tamil yang aku langsung x paham sebab xde sarikata langsung. Perlu ke skrip Sashi tu - "Membayar segala kepincangan dengan darah kami!", Rasa cam terlalu berbunga lak ayat tu. Sebab tu aku suka scene dalam Talentime. Sebab babak keluarga India dalam filem tu lagi real.

2. Honestly aku rasa cerita ni sangat slow dan predictable. Berapa kali aku tengok jam nak tunggu cerita ni habis. No offense ye sebab masa tengok teater PGL the Musical pun aku leh lelap sebab aku rasa bosan! Hahaha). Mamat sebelah aku lagi la pulak, siap keluar panggung sebab bosan! Part lawan bola pun aku rasa x berapa best sebab imej2 perlawanan bola dalam Shaolin Soccer masih jadi bench mark.

Sebab tu aku rasa agak kecewa dengan filem ni sebenarnya. Sebab selalunya, filem Mamat Khalid banyak watak, dan setiap watak tu ada identiti tersendiri. Contohnya macam Zombie Kampung Pisang. Semua watak nampak unik. Dalam filem ni, dah la pace dia slow. Pastuh watak-watak dia x menarik pun utk di follow. Farid dengan Geetha still xleh lawan chemistry Husin ngan... (erk, saper nama watak Ezlynn dalam Zombie Kampung Pisang ek?)

Tapi bila baca review ramai orang, ramai pulak yg puji filem Estet ni. Konfius aku. Mungkin orang tu tau ilmu perfileman. Siapalah aku nak judge kan. Tapi sebagai penonton yang bayar, aku rasa kecewa la. Bukan aku tengok percuma ye. Pastuh tiket lagi mahal dari Megamind lak tu! Tapi, apa pun, aku tak sabar nak tunggu "Hantu Kak Lima Balik Rumah" hujung tahun ni! Semoga kekecewaan aku kali ni bisa terubat kelak! (terus feeling guna bahasa bunga-bunga... hahaha)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pemilihan Pelakon: Jom Jadi Casting Director! Hahaha

Bila tengok drama atau filem melayu, aku suka tengok pemilihan pelakonnya. Sesetengah watak memang dicipta oleh penulis skrip berdasarkan pelakonnya. Contoh paling mudah, watak Fazura dalam Pisau Cukur. Jadi, adalah mudah untuk pelakon menghidupkan watak yang sememangnya lebih kurang dengan dirinya yang sebenar. Kadang-kadang, watak yang ditulis memang berlainan dengan karakter pelakon. Sebab tu lah pemilihan pelakon sangat penting untuk memastikan watak dalam sesebuah cerita nampak lebih hidup. Bagi aku, antara pelakon yang aku suka ialah Wan Maimunah. Bagilah watak sedih, memang kau akan sedih tengok dia. Bagilah watak jahat, kau akan rasa macam nak ludah je muka dia! Salah pilih pelakon, pasti mencacatkan cerita (dan aku masih tak dapat terima Umie Aida jadi mak Maya Karin dalam teater Natrah! Hahaha. Untuk review terdahulu, klik SINI)

Contoh paling mudah. Kita lihat senario ni:

Man: Mak, duit yang Man bagi hari tu ada lebih lagi ke? Man ingat nak pakai dulu la.

Mak: Duit tu kan kau dah bagi mak. Kenapa mintak balik?

CALON PELAKON:
Calon pemilihan pelakon

Bagi watak Man pada Beego, dan Mak pada Maimon Talib - Kau akan automatik rasa kesian kat Beego. Mesti mak dia tu jahat, pilih kasih, ada anak lain yang dia sayang.

Bagi watak Man pada Zul Huzaimy, Mak dia Wan Maimunah - Automatik Man jadi anak durhaka, Mat Rempit, Samseng kampung dan sebagainya. Simpati terus beralih pada Wan Maimunah
Bagi watak tu pada Beego dan Wan Maimunah - er, aku x boleh bayangkan citer tu akan jadi apa. Mesti stok tangkap leleh x hengat, paksa2 orang nangis macam Qabil Khusri Qabil Igam yang Ziana Zain, Erra Fazira, Rusdi Ramli ngan Hans Isaac berlakon! (Yer, aku pun tatau camner leh terjebak tengok cerita ni! Hahahaha)

See? Nampak tak macam mana pemilihan pelakon tu mengubah tahap simpati penonton? Itu baru based ngan dua line tu je. Sebab tu bila tengok Magika, aku rasa tertekan dengan pemilihan Diana Danielle sebagai pelakon utama. Mak dia Ogy, Bapak Jalaludin Hassan, Nenek Ruminah Sidek, Anak dia terus muka Pan-Asian! Tak masuk langsung dengan Fimie Don sebagai adik dia (casting adik beradik yang bagi aku nampak real - Remy Ishak ngan Fizz Fairuz dalam Nur Kasih!). Nak kata DD pandai berlakon, x jugak sebab Fimie lagi overshadow si DD. Nak kata DD suara sedap, x jugak sebab aku annoyed bila dia nyanyi "Ku kehilangannnnn....." Hahaha.

"Aku rasa patut KRU ganti watak DD ngan Liyana Jasmay la! Berlakon sah2 si LJ tu boleh. Menyanyi? Mungkin boleh kot. Muka pun lebih kurang je kalo jadi adik beradik Fimie tu", aku bagi tau Azreen yang duduk sebelah aku masa tayangan Magika.

Liyana Jasmay dan Diana Danielle

"Haaaa... Liyana Jasmay! Puas aku pikir saper yang aku nak gantikan watak Diana Danielle. Aku baru nak sebut Nor Khiriah tadi!!!"

Motip tak kenal mana satu Liyana Jasmay mana satu Nor Khiriah!! Hahaha



Ni la Nor Khiriah. Aku paling suka dia dalam Gubra.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Surat Terbuka Untuk Boyfriend Anak Aku





Kepada Bf anak aku,



Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.



Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..



Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.



Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?



Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”



Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.



Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.



Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.



Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.



Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.



Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

P/S: hmmmm... ok kan syarat tu? Hahaha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Karangan: Haiwan Peliharaan Saya

Waktu aku sekolah dulu, ada dua jenis karangan yang aku benci:

1. Kenangan Cuti Sekolah
yang mana setiap kali habis cuti sekolah, mesti kena buat karangan ni. Agak cikgu BM aku xde idea ke nak bagi tajuk karangan! Nak tulis pasal balik kampung? Aku memang dah duduk kampung pun. Nak tulis pasal pergi jalan-jalan? Erk... tersangaaaaattlah jarang kan... sampai kalau ada sekali tu ko gi jalan mana-mana... ko ingatlah betul-betul sebab itulah karangan yang ko akan recycle setiap kali dapat tajuk ni! Hahaha

2. Haiwan Peliharaan Saya
orang lain dok cerita bela kucing la, ayam la (waktu tu belum ada lagi yang bela hamster, iguana semua tu)... satu-satunya binatang yang mak ko bagi bela ialah ikan... apa je cerita yang ko boleh tulis pasal ikan???

So, kitorang adik-beradik membesar tanpa sebarang haiwan peliharaan. (Actually ada sekor anak kucing sesat kat rumah aku... aku panggil nama Kiko... tapi lepas tu mana ntah dia ilang). Sampailah bila adik pompuan aku yg tgh tunggu masuk maktab bosan xde benda nak buat kat rumah. 'Prihatin' dengan kebosanan dia, adik bongsu aku dengan 'baik hatinya' bawak balik dua ekor anak kucing dari sekolah dia. Dah bawak balik, tak kan mak ayah aku nak buang pulak kan! Lagi pun rules dia, sapa yg bawak balik, dia la yang kena jaga! (and by jaga, maksudnya bersihkan kencing berak dia la kan!)

Bermulah episod baru kat rumah aku dengan kehadiran dua ekor kucing tu. Sekor tu Momot (sebab hidung dia cam comot sket), sekor lagi tu nak bagi nama Memet tp mak aku x setuju... cam dah dekat2 nama Memey je... kang gedik pulak kucing tu! Hahaha... So, terpaksalah tukar nama jadi Putih.

muka sedih sebab kena kurung dalam sangkar - sebelum ni kurung dalam bilik air je

Lepas adik aku dapat masuk maktab, mak ayah aku macam dah attached dengan kucing tu (walaupun mak aku sure deny punyer statement ni... hahaha). Bapak aku lagi la over, siap di timang-timang nyer kucing tu! (diikuti ngan statement mak aku, "Dulu, anak sendiri pun tak ditimang2!"). Kalau mak aku sembahyang, dua ekor tu mesti baring atas sejadah... especially time nak sujud. So, terpaksalah bila nak sembahyang, mak aku bentang sejadah satu lagi kat belakang... untuk kucing2 tu!

Yang tak best, dua-dua kucing tu betina... so adalah sangat risky. Bila aku balik, tengok perut sekor-sekor dah memboyot... Balik masa kenduri hari tu... tgh2 orang baca Yasin, si Putih boleh la pulak buat catwalk, duduk tgh2 rumah time org baca Yasin. Mak aku siap buat lawak, dia minum air selusuh... senang sket nak beranak nanti... memang betul pun, a few days after kenduri tu, Putih beranak 2 ekor. Dua minggu lepas tu, Momot pulak beranak 4 ekor!!!

Momot, Putih dan anak-anaknya

So apa motif entry ni sebenarnya? Memandangkan aku pun xde idea nak tulis entry dalam blog, boleh tak aku start tulis karangan "Haiwan Peliharaan Saya"? Hahaha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Senyap Sunyi

Tiada masa...
Tiada idea...
Melankoli...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pantun Seloka (it's jiwang time!)





Pinggan retak molek dialih,
Dihidang tamu nampak canggungnya;
Jantung berdetak hati berdalih,
Kalau rindu apa ubatnya?

Berbuah hampa padi di desa,
Ranumnya pauh jadi pemujuk;
Luluh di jiwa menjeruk rasa,
Hati menjauh pantaskah rajuk?

Langit membiru pantai pesisir,
Berpuput bayu di bumi lanar;
Kacau celaru jiwa mentafsir,
Sampaikah tuju di hujung sinar?

Daun selasih di dalam kendi,
Kiambang timbul gugur bersama;
Bertaut kasih di anjung budi,
Utuhkah simpul berkurun lama?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review: Konsert Akhir Idola Kecil 2 (Konsert Kesembilan)


Persembahan Pembukaan
Sam nyanyi lagu Terima Kasih. Persembahan yang bertenaga dan menarik (walaupun sebutan dia masih ada bunyi penekanan pada sesetengah perkataan). Persembahan diteruskan dengan memperkenalkan Maulud dan Dayana. No doubt yang Maulud seorang penari yang bagus,,, and surprisingly Dayana too! Persembahan diteruskan dengan my favourite contestant, Fienaz dengan lagu Kemesraan (you go girl!!!). Sessi pengenalan Arill dan Tasha biasa je dan aku masih tak faham kenapa Nurul nyanyi Professor Klon lagi? Yes, mungkin nak sesuaikan dengan tema lagu rancak, tapi Bawaku Terbang lebih menarik. Sessi pengenalan Ain dan Azzam sangat comel masa diorang main lari-lari atas pentas. Dan peserta terakhir yang tersingkir menyanyikan lagu Cinta Gila (yang juga aku rasa not her best performance, tapi still exceptable)

Maulud - Zakia
Dia ni baru balik persembahan teater muzikal Alladin or Sinbad ke? Apa kejadahnya baju macam tu! Aku rasa key lagu ni patut dinaikkan sedikit sebab low note Maulud sangat tak jelas. Aku rasa Maulud lebih sesuai dengan lagu berentak rancak, sebab aspek vokal bukan kelebihan dia. Mungkin lagu Farhana atau Kasihnya Laila lebih sesuai (walaupun aku rasa part kasidah dalam lagu tu lebih sesuai dengan lenggok suara Azzam). Dan, perlu ke aspek tarian 18SX oleh Jieha dan Fienaz???!!

Dayana - Jika Kau Ubah Fikiran
Persembahan penuh semangat, bertenaga dan comel dari Dayana. Macam komen Maulud, lagu ni lagi best kalau dinaiikan sedikit key dia sebab vocal range si Dayana ni luas. Sekali pandang, aku rasa dia memang sesuai dengan lagu-lagu berentak macam ni sebab personaliti dia. She can be the next Shila OIAM or Liyana Jasmay! Suara dia memang bagus dan susah nak cari cacat cela dalam persembahan dia.

Azzam - Kekasihku
Lagu ni sekali dengar aku dah suka dah. Cuma masalahnya, muzik terlampau kuat sehingga menenggelamkan suara Azzam.Kadang-kadang, less is more dan percubaan Azzam untuk whistle dan guna head tone bagi aku mencacatkan sedikit persembahan dia. Dan as I expected, dia terlebih bagi feel sehingga menjejaskan vokal dia. Cannot wait for the studio version sebab aku rasa lagu ni siyesli boleh jadi hit. Not his best performance but I still can accept it.

Ain - Coklat dan Bunga
Siapa yang buat lagu ni ek??? Lagu ni sangat comel. Ada pengaruh J Pop. Macam aku cakap, Ain ni full of surprise, Tak sangka dia leh jadi chicky cam tu. Sangat comel. Cuma sama masalah ngan Azzam, muzik lagu ni terlampau kuat. Agak sukar nak dengat tiap butir perkataan Ain. Tapi sangan suka dengan komen AHmad Izham. Suara awak saya boleh pakejkan, saya boleh jual, saya boleh kaya! Hahaha.

Arill - Peronda Jaket Biru
Ni lagu Wings ye. Orang ni dan orang ni siap ingat ni lagu baru untuk Arill. Setelah imej dia punah sebab mandi kat Sunway Lagoon pakai swimsuit PINK, persembahan ni sangat bertenaga. Energy rock yang natural. Lagu ni pun sangat sesuai dengan tone suara dia. Kira hilanglah juga imej Mat Kental dia bila nyanyi lagu macam ni. Patutlah ko tulis cita-cita ko nak jadi penyanyi rock. Dia ni cam Aweera OIAM la. Huhuhu.

Tasha - Cinta Adam dan Hawa
Macam gak Dayana, Tasha bila menyanyi sangat bagus, Persembahan dia bertenaga. Cuma aku harus memaki stylist yang dress up kan dia. Apa ke jadahnya buat rambut macam tu? Tang baju, aku rasa lagi cantik kalo dia pakai dress tapi kang nampak sangat over lak sbb ni pertandingan nyanyian kanak-kanak je baru, so baju tu leh dimaafkan la. Ada certain part yang dia tak hold notes dengan baik. Tapi dari segi persembahan, memang menghiburkan la.
Pusingan Pertama: Pilihan aku No 1, Dayana, No 2 Arill dan No 3 is open to be grabbed by Azzam, Ain or Tasha.


Maulud - Hidup Perlu Cinta
Ni ke lagu baru Maulud??? Masa ni aku sangat kagum dengan lagu baru peserta. Bagi aku lagu diorang sangat mesra pendengar. Yang sekali dengar je ko dah boleh suka dan nak dengar lagi. Maaf cakap, tak macam lagu final Akademi Fantasia (Yang aku rasa, cuma ada satu je lagu sedap dalam semua peserta final. Kecuali masa zaman Mawi ngan Zahid) Persembahan yang original tapi vokal masih mengecewakan. Masa Atilia komen, aku rasa tak adil. Si Maulud tu ada kat final sebab juri yang pilih (and it means you ATILIA) Lepas tu, ko sibuk suh dia masuk kelas vokal segala. Then, apa MOTIF ko kekalkan dia masuk final, pastuh ko sendiri sound yang vocal dia tak up to par? It's not his mistake la! (Tetiba teremo lak. Tapi cam kejam la. Mata Maulud pun dah kena jangkitan Azzam and Tomok - sindrom mata berkaca bila kena komen. Huhuhu)

Dayana - Satu Impian
Komen Narul, lagu ni macam lagu zaman Sharifah Aini. Hahaha. Lagu yang best dan aku boleh bayangkan mendengar lagu ni kat radio (ye la, x kan dengar dari mesin basuh lak kan...hahaha). Vocal control yang bagus. Feeling dia sangat sampai. Macam komen aku dulu, Dayana ni peserta paling muda (10 tahun), tapi time menyanyi, dia nyer feeling memang sangat bagus ye. Nampak sangat matang.Bila part harmoni masuk, dah macam lagu Lelaki Ini Anuar Zain la pulak. Tapi memang best ar.

Arill - Diriku Dirimu
Setelah pujian melambung dalam pusingan pertama, Arill sangat mengecewakan dalam pusingan kedua. Dia dah mula melontarkan suara dengan flat nyer (sama kes macam lagu Anak Gembala). Memanglah dia leh reach all the high notes tapi nyanyian dia terlampau flat. Dan aku rasa, inilah satu-satunya lagu baru yang aku tak dapat terima kat telinga aku. Macam lagu kanak-kanak riang menyanyi ramai-ramai kat tadika pun ada gak. Hahaha

Ain - Sembilu
OMG, Ain ni memang x pernah lah mengecewakan aku. Masa meula dulu, aku rasa dia antara penyanyi yang x kan ke mana sebab pakej yg kurang compared to Fienaz and Dayana. Tapi aku silap. Bakat dia memang sangat besar. Rilek je dia nyanyi lagu ni. Penghayatan yang bagus. Walaupun drama duduk kat meja tu agak lame, tapi feeling dia sampai. Siyesli, Kagum dengan Ain

Azzam - Aku Sayang Cinta Kamu
Lagu ni memang sesuai dengan Azzam (walaupun memula aku rasa macam persembahan recycle Lagu Untukmu). Tapi bila Azzam nyanyi, energy dia memang best. Aku lagi enjoy dengan performance ni sebab dia x perlu berdrama macam pusingan pertama (yang sekali tengok pun cam recycle Pelangi Petang). Aku suka tengok Azzam enjoy nyanyi lagu ni sebab automatik penonton pun akan enjoy. Interaksi dengan audiens pun bertambah bagus. I like~

Tasha - Berdua
Showmanship dia memang superb! Lagu ni macam ada pengaruh lagu indonesia (Berdua lebih baik, semua jadi satu) Persembahan yang outstanding. Tasha nampak selesa nyanyi lagu ni. Persembahan tarian peserta lain pun menarik. Cuma aku masih try to figure out motif cikgu tarian tu nak enter frame skali. Jeles ke sebab Cikgu Delly pun dapat slot sendiri??? Hahaha

Pusingan kedua: Pilihan aku No 1: Tasha, No 2 Azzam, dan 3. Ain (as if diorang menebus balik persembahan pusingan pertama dan bagi persembahan yang sangat memorable!)


Dan keputusannya: Idola Kecil Popular milik Dayana. Tak terkejut sangat sebab aku target award ni milik Azzam atau Dayana je. Dayana advantage sket sbb mak dia rajin promote kat Youtube and Friendster. Hahaha. Not a surprise pun.

No. 3 milik Ain. Aku dah siap tepuk tangan ngan penuh excited. Haha. Sebab awal2 dulu, aku sendiri rasa yang dia cuma another Ella wannabe - nyanyi lagu rock je. Tapi aku silap sebab persembahan dia penuh surprise setiap minggu. No. 2 milik Azzam. Yang ni memang kitorang dah bersorak dah. Azzam memang bagus tapi aku sendiri rasa dia lum layak jadi juara. As time goes, dia boleh jadi lagi bagus.

Bila dia announce juara, ekceli kitorang semua target Tasha. Sebab persembahan dia yang last tu memang sangat best. Agak frust bila Dayana yang menang mulanya. Tapi bila tengok, Dayana punya persembahan setiap minggu memang bagus. Xde cacat cela yang ketara. Even Tasha masa pusingan pertama pun x berapa excell. Cuma sebab persembahan dia yang hujung tu sangat best - tu yang kitorang cam frust sket. Tapi dari segi konsistensi, Dayana memang layak la. Dan dia baru berumur 10 tahun, tapi suara dan penghayatan dia memang bagus.

Erk...aku sangat suka bila Dayana hulur mikrofon kat Fienaz and diorang nyanyi sama-sama lagu Dayana tu. Sedap gak Fienaz bawak lagu tu. TV9 patut keluarkan album idola kecil 2 dan Fienaz pun patut dapat lagu baru gak yer!! Cuma mb lagu tu ikut range suara Dayana, masa part tinggi Fienaz terkucil sket. Hahaha. Apa pun keseluruhannya, memang puas hati sangat dengan konsert malam tu. Congratz utk semua. Still tengah figure out macam mana nak melalui malam-malam sabtu tanpa Idola Kecil lepas ni. Hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails