Semalam, dengan bangganya aku melangkah kaki ke pawagam untuk menonton filem yang digembar-gemburkan sebagai filem yang bakal mengutip RM40 juta - 2 Alam. Yuppp, sure ramai yang akan kata apa kejadahnya aku bazir duit pergi tengok cerita ni. Mungkin aku nak tau teruk sangat ke cerita ni. Mungkin gak sebab aku terpangaruh dengan propaganda Dr. Rozmey tatkala mempromosikan cerita ni. Tapi yang sebenarnya sebab aku gi keluar dengan colleagues aku. Dah xde cerita lain nak tengok, kitorang layan je la cerita ni! Hahaha.

Apabila menonton filem ni, perkara pertama yang cuba aku lakukan ialah melihat filem ni tanpa sebarang prejudis. Sebab antara sebab orang x suka cerita ni (padahal x gi tengok pun lagi) adalah sebab orang x suka dengan cara Dr Rozmey yang dikatakan syok sendiri, angkuh dan sebagainya bila mempromosikan filem ni. So, perkara tu aku try buang jauh2 dalam kepala otak aku bila tengok cerita ni.

Ada satu review yang aku terbaca kat internet yang mengatakan golongan yang memang akan kutuk gila cerita ni:

1. Golongan yang anti filem melayu - aku rasa aku tak termasuk dalam golongan ni, sebab dari filem melayu yang aku rasa best macam Papadom, Talentime, Cinta, Sepi, Setem ke filem tahap biasa-biasa macam Niyang Rapik, Jangan Tegur, Jangan Pandang Belakang Congkak, Estet, Magika sampailah ke tahap filem yang aku malu nak mengaku aku tengok - Mistik... aku still gi panggung dan x segan nak beli tiket filem Melayu

2. Golongan yang 'panas' badan bila tengok cerita berunsur keagamaan - aku beli Mastika tiap2 bulan (walaupun kawan2 aku kata Mastika lame sebab aku rasa bab cerita alam kubur n pengajaran tanah suci tu menarik untuk dibaca dan buat pedoman. Aku rasa filem Maut antara filem bercorak keagamaan yang aku tengok dan still enjoy the movie (motip enjoy tgk cerita macam tu? bukan nak amik pengajaran ke apa! Hahaha. Sila baca review Maut di sini),

3. Golongan '2 Alam' tu sendiri - Bagi aku isu transgender antara benda yang sensitif tapi menarik untuk diolah. Contohnya, dalam filem Transamerica (US, 2005), cerita dia pasal seorang bapak yang tukar jantina, pergolakan dalaman dia sebab anak lelaki dia pun tak tahu hasrat dia. Cerita ni menarik, tapi sangat tak sesuai dengan nilai2 agama dan bangsa kita. Beautiful Boxer (Thai, 2004) pun best jugak. Mostly pasal inner conflict dalam watak utama, seorang peninju yang handal, tapi dalam masa yang sama nak jadi perempuan. Kalau kat Malaysia, the nearest yang kita ada ialah Waris Jari Hantu (menyentuh isu khunsa), Anu Dalam Botol (yang ni x leh komen sebab lum keluar panggung lagi).

SINOPSIS
Secara ringkas, filem ni mengisahkan Adam yang telah pun menukar jantina (yang kita tak tau pun macam mana rupa dia masa lelaki - sama ada semula jadi lembut, atau ada isu lain yg buat dia tukar jantina, sebab yang ada pun cuma tunjuk dia mengaji masa kanak-kanak), kini menjadi Amy, seorang penyanyi terkenal (yang kita tak tau sama ada betul2 popular atau artis suam2 kuku sbb xde sebarang trofi pun tunjuk kat rumah dia, xde langsung scene dia kat studio rakaman nyanyi2... yg ada scene Amy tidur ngan sorg komposer tua sbb nak mintak lagu, scene Amy kena rogol yang Mamat tu cakap, "Amy la woi, kita 'main' ngan artis terkenal", self-proclaim Amy yg dia tu artis terkenal dengan keratan akhbar masa dia kena rogol, tulis sumthin like "Amy-Artis terkenal dirogol dan diliwat" - yg kalo ko terkenal, sah2 suratkabar x tulis artis terkenal sebab sumer orang kenal ko kan!). Amy membunuh diri, dan semasa jenazah dibawa pulang ke kampung, untuk diuruskan oleh sahabat baik Amy/Adam sendiri(lakonan Aaron Aziz, yg aku sendiri konfius sebab siap pakai shawl glitter2 kat leher, mungkin sebab kalo pakai pakai serban biasa kat leher x berapa stylo kot... mungkin Imam Muda kat Astro Oasis leh tiru camtu gak...huhuhu). Semasa jenazah diuruskan, banyaklah kejadian pelik yang berlaku.


YANG AKU SUKA
1. Aku suka isu yang dibawak dalam cerita ni. Sebabnya, aku rasa isu ni straight to the point... Tuhan dah jadikan ko lelaki, kenapa ko nak tukar jadi perempuan? Kalo kebanyakan filem luar, diorang suka sugar-coat benda ni, macam bukan diorang yang mintak lahir macam tu... tapi naluri kewanitaan tu yang dah memang ada dalam diri. Kiranya, golongan macam tu xde pilihan... Bagi aku, yang perlu kita tahu, tukar jantina tu HARAM... so, xyahlah ko nak sugar-coat issue ni so that golongan macamni boleh play the victim's card. Aku ada terbaca artikel yang menarik dalam blog Saiful Islam berkaitan isu ni. Golongan seperti ni lebih banyak dugaannya... lebih besar pahala jihadnya... apa taknyer, kalo ko lelaki yang baik, ko x berdua dengan perempuan... ko boleh elakkan diri dari maksiat... tapi golongan ni, hosmet ko lelaki, ko pergi toilet pun masuk toilet lelaki... maksudnya dugaan ko lebih besar dari golongan normal... tapi itu lah dugaan Tuhan untuk kau (terus feeling Ustaz Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih lak aku ni... hahaha). Untuk artikel dari Saiful Islam, klik sini.

2. Aku suka most of the scene masa kat kampung (except scene gali kubur sebab aku rasa buang airtime dan tetiba gambar nampak sangat murah, macam amik ngan handycam je!) Gambar bab uruskan jenazah, siram air kat jenazah, bagi aku sangat cantik.Scene yang sama korang boleh tengok dalam trailer filem ni. Dah la tu, suasana pengurusan jenazah kat kampung tu nampak sangat real... maksudnya nasihat org, supaya jgn sebut2 keburukan si mati... camner org kampung datang baca Yassin (pakai baju kurung putih ngan kain batik... mmg typical suasana kalo ada kematian kat kampung... bukan macam sesetengah scene dalam filem/drama melayu... gi kubur leh pulak ko pakai baju macam nak gi beraya, siap berlabuci segala... yang lelakinyer sure baju raya warna warni... tinggal nak pakai sampin, ko leh gi semayang raya pastuh... xpun gi kubur pakai baju serba hitam, yang pompuan ala2 pakai selendang hitam je ngan spek besar... macam standard artis pompuan gi mahkamah syariah...huhu). Bagi aku, gambaran yang jelas, sedikit sebanyak buatkan benda tu lebih close to realiti... x banyak, sikit ko akan terasa... kalo aku mati nanti, macam manalah gamaknyer kan... (mode insaf)

3. Pemilihan pelakon. Rosnah Johari sebagai emak adalah sangat bagus... (maklumlah, dia pernah berlako jadi mak Adik dalam Sutun 2 kalo aku x silap)... sepanjang kamera tunjuk dia, ko leh rasa kepedihan hati seorang ibu bila tengok anak dia yang lelaki, bila mati jadi pompuan... lum lagi dengan banyaknya masalah masa nak uruskan jenazah... Aaron Aziz jadi ustaz tu pun ok gak... (yg aku rasa x susah dia nak hafal dialog sebab dialog dia memang almost xde!).. tp ko leh tengok camner dia cuba tenangkan diri, tapi still teringat kenapa kawan dia leh jadi macam tu... pelakon pompuan yg jady Amy/Adam tu aku cuma rasa dia hebat bila menangis je (cuma x dibantu sama dengan editing yg kemas... so ko x boleh tafsir dia nangis sebab karier dia hancur ke... dia nangis sebab rasa bersalah ke tukar jantina... or sebab boyfriend dia tinggalkan dia)... so bila dia menangis, ko x tau sama ada ko nak rasa kesian ke x kat pompuan tu.

4. Aku suka part masa Amy bunuh diri, instead of going with the cliche (scene kaki yang terkapai2 sebab gantung diri, pengarah dia tunjukkan gambar ikan emas yang mati dalam akuarium)... Lagi satu, aku respek Dr Rozmey sbb x promote JusMate5 dalam cerita ni... nothing yg annoyed the audience most than product display/advertising dalam cerita (yes, fokus kat bebudak AF minum brands dalam diary ataupun cari kawan guna Location Finder Maxis dalam Gol dan Gincu pun termasuk dalam benda yang aku meluat! hahaha)


YANG AKU TAK SUKA
1. Ceritanya dah ada tapi olahannya siyesli macam haram! Ko nak ceritakan masalah yang dihadapi masa uruskan jenazah. Ko patut tunjukkan dilema masyarakat, camner nak handlekan kes2 macam ni. Macam mana org kg terkejut, or dapatkan pandangan alim ugama apa patut buat bila kes macam ni (terus aku teringat dilema Ida Nerina kerja Jabatan Pendaftaran bila uruskan Rusdi Ramli yang tukar jantina dalam Waris Jari Hantu). Setidaknya, orang yg nak tukar jantina tahu, tak mudah sebenarnya bila ko nak teruskan hidup dengan tukar jantina so, diorang leh buat pertimbangan yang sewajarnya la. Sikit2 ko tunjuk scene uruskan jenazah, pastu ko flashback Amy beromen je kijenya, gi clubbing segala bagai... pastuh tunjuk scene kampung... flashback balik dia kena rogol/liwat... kalo ko kata nak buatkan org insaf... scene kubur/mati tu yg ko patut tekankan... bukan abiskan 3/4 cerita dengan clip beromen/klubbing semua tu... lebih annoying bila scene yg sama tu diulang2 through out the movie!

2. Sambungan dari pont pertama... babak yg perlu ada skrip, ko letak muzik... babak yg sah2 ko leh jimat ngan letak muzik, ko buang masa dengan dialog x perlu! Apa kejadahnyer! Si Aaron Aziz tu punyalah xde dialog, tapi ko leh bagi dialog berjela "air dah masuk kepala la, nak main ngan artis la" masa scene kena rogol... tu lum masuk scene laki si amy tu bapak punya horny yang 24 jam "oh yeah baby... oh yeah baby!". Yes, kitorang tau Amy tu memang dah 'puas' dengan laki dia or amy kena rogol, tapi x perlu lah ko dok emphasize benda tu je... yes, sex sells... tapi kalo tulah modal ko, baik la aku tgk porn jer! (no wonder la, sibuk nak amik pamela anderson berlakon next movie!)... tu lum masuk scene x perlu ko jalan ke hulu ke hilir kat kolam renang, dengan muzik latar... dah macam video klip elly mazlein lak feeling2 kat swimming pool macam tu! Tu lum kira scene Amy kena rogol, yang ko boleh la pulak cam rilek je baring atas rumput tu... walaupun ko kat tgh hutan pun... x salah ko try jerit ke apa... ni leh terbaring je macam tu... apa kes!!!

3. Cerita pasal muzik... kalo ko xleh stand dengan bunyik... "bilaa cintaaa kini,,, x lagi bermaknaaaa" throughout Lagenda Budak Setan (LBS), beware ngan 2 Alam. Atleast Bila cinta dalam LBS tu ada dua versi (laki ngan pompuan)... tapi dalam citer ni ko akan dengarla "sampaikan salaaammm... buat semuaaaaaa (salam Terakhir, Amy Search) sepanjang-panjang filem ni... aku xde masalah dengan nyanyian Amy Search... he's a great singer and lagu tu pun arrangement dia best... tp kamon laaaa... THROUGH OUT THE MOVIE!!!!

4. Saper tukang jaga konti? bawak jenazah berat... sampai bengkok2 lutut pakcik tu mengusung jenazah... tp muka ngan baju suci dari setitik peluh pun! ko basahkanlah sket baju pakcik tu bg effect peluh... bukan main pakcik2 kat kampung tu berlakon bawak jenazah berat... tp x selari pun ngan suasana.... liang lahat x muat, ko tak tau pun muat ke x sebab x zoom in... mayat x diterima bumi... yg obvious macam orang kampung tolak keluar jenzah dari kubur... tayar van jenazah pecah bawak mayat...xde pun tunjuk tayar yg flat... tu lum kira lg laki si Amy pakai boxer yg sama dua scene yg berbeza, or beromen dalam bath tub rumah yg sah2 bath tub hotel sebab ada notes tampal pasal to re use towel sebelah bathtub (ok, part ni aku x kisah sangat, sebab mb scene laki pakai boxer tu scene yg sama tp sebab di flashback, dan scene bath tub tu mmg kat hotel) ---> ni bukan kes nak cari salah cerita ni, tp lagi bagus kalo isu ni pun di ambil kira... the same goes macam Papadom yg Adlin tu duduk Penang, tp xde cakap style Penang or paip air kat rumah diorang yg x selari ngan latar masa)

Kesimpulannya, secara jujur, aku rasa x berbaloi dengan RM9 yang aku bayar untuk cerita ni... yang aku sesalkan, jalan cerita tu dah ada tapi olahannya sangat mengecewakan! Jangan kata filem, untuk masuk cerekarama pun aku rasa tak lepas!!! The good thing aku rasa ialah mesej cerita ni... mb diorang leh consider utk guna gambar2 yg cantik pasal menguruskan jenazah... and jadikan iklan khidmat masyarakat masa bulan puasa... ni bukan merendahkan ke apa, tapi aku rasa itu lagi bagus sbb org leh amik iktibar... kalo kat Arab, iklan2 islamik memang banyak masa bulan puasa... kita lak, baru puasa, sibuk keluarkan iklan Hari Raya... so mungkin, selain dari marketing strategies, Dr. Rozmey boleh buat perubahan dalam industri pengiklanan pulak. Contohnya, macam iklan Yasmin Ahmad untuk PETRONAS... xde spatah pun tunjuk minyak petronas... tp mesej dia kuat dan secara x langsung jadi community service PETRONAS untuk masyarakat... mungkin Dr Rozmey leh mulakan dengan langkah yang sama untuk iklan Ramdhan. Just my point of view je la.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati