Jumaat lepas aku ke Kuantan. Jumpa Lin. Makin ranggi Lin sekarang ni. Maklumlah, sejak bakal bergelar ibu, makin berseri aku tengok.
Singgah sebentar untuk menonton wayang. Filem Maut (judul asal Malaikat Maut). Masuk pun agak terlewat (lebih kurang 10 minit).
SYA'BAN
Mengisahkan seorang gadis yang menumpang semalam di rumah Liyana Jasmay. Katanya kena ragut dalam perjalanan ke rumah makciknya di Bukit Kemboja. Keesokan harinya, gadis itu hilang secara misteri.
Yang aku suka:
- Lakonan Liyana Jasmay memang bagus. Ala-ala gadis naif (sesuaila ngan muka dia yang ala-ala innocent tu). Budak misteri pun agak menarik gak. Raja Farah? Biasa je sebab aku rasa her best performance to date tetap Anak Halal!
- Aspek misteri dalam cerita ni memang menarik. Walaupun kita dah tahu yang filem Maut bukanlah filem seram, tapi dalam cerita ni, eleman seram/suspens tetap ada.
Yang aku tak suka:
- Mana diorang kutip pelakon lain? Apa guna watak Reza Era, Danny X Factor tu? Danny leh dimaafkan lagi sebab aku still leh gelak2 masa dia nervous bila sampai kat kawasan kubur. Tapi Reza.....speechless lak aku. Aku rasa dia better stick ngan kerja dia sebagai DJ dan pengacara. Lakonan yang agak dibuat-buat.
- Apa motif cerita ni sebenarnya? Sampai sekarang aku still tertanya.
RAMADHAN
Mengisahkan Farah yang mengamalkan cara hidup yang tidak mengikut lunas Islam. Kahwin ngan Mat Salleh. Setakat parti liar tu, memang perkara biasa la. Pengsan dalam perjalanan ke masjid (waktu subuh). Koma selama dua hari dan diperlihatkan azab keatasnya masa koma tu.
Yang aku suka:
- Insaf. Itu je mampu aku katakan. Quote Lin: Haruslah terbakar couple yang berkepit sebelah kitorang bila tengok cerita ni.
- Walaupun Diana Danielle bukan watak utama cerita ni, tapi aku tetap suka gak. Takde la bagus sangat lakonan dia, tapi not that bad la. Plus, Diana Danielle tetap maintain lawa.
Yang aku tak suka:
- Sekali lagi, menyentuh tentang lakonan. Apa kejadahnya kawan-kawan Diana Danielle? Aku rasa, banyak lagi orang yang boleh berlakon dengan bagusnya. Ni dah la berlakon kayu, nak kata lawa pun x jugak. Tak paham aku! Lakonan watak utama cerita ni (sorry, I dont know her, tapi nama watak dia Farah) memula aku menyampah lak. Sebab masa berfoya2 tu, nampak sangat tak natural. Tapi bila dia bangun dari koma dan insaf tu, bagi aku memang bagus gak lakonan dia.
- Scene2 party. Aku agak disturb ngan part ni. Not to say that aku ni baik sangat. Tapi scene "pisang" tu sangat tak perlu!! (ke orang lain x fikir apa2, aku yg dah rosak sbb tgk scene tu pun rasa disturbed? hahaha)
SYAWAL
Kisah JJ yang terlibat dengan gejala black metal. Siap ada tattoo kat badan. Mati eksiden. Masa nak uruskan jenazah, macam-macam perkara pelik berlaku.
Yang aku suka:
- Apa ek yang aku suka dalam cerita ni? Mesej dia kot. Mesej dia jelas. Ko nak main muzik ke apa, jangan la sampai mempersendakan agama. Tak perlu sampai menghina Pakcik Tua jual Yassin semua tu. Quote Jaha dari filem Budak Kelantan: Jahat macam mana pun kita, jangan sesekali halang orang buat baik (teringat la entry panjang lebar aku pasal Budak Kelantan, yg accidentally terdelete. Huhuhu).
- Errr...walaupun watak Nana tak banyak dialog, scene dia telefon kakak JJ tu agak berkesan.
Yang aku tak suka:
- Sekali lagi tentang imej gejala sosial yang dipaparkan. Agak mengganggu bila tengok Nana ngan Awal atas katil-dengan kaki yang saling bersilang. Lagi satu, aku rasa its time for Nana and Que to think about their character. Nana memang dah selalu sangat bawak watak gadis liar. Secara tak langsung pasti orang akan label dia macam tu. Maklum la, berlakon pun macam natural je. Que pun satu hal gak. Aku rasa banyak sgt cerita dia jadi orang jahat. Aku rasa dia berbakat. Lakonan dia dalam Zombie Kampung Pisang sampai sekarang aku suka. Aku takut dia akan jadi macam Zulhuzaimy - berbakat, tapi watak agak stereotaip (Aku tgh nak tengok Wayang pulak. Narul kata best)
Secara keseluruhan, berbaloi tengok filem ni. Bak Kata Akin, kalau dah tengok pun still tak rasa insaf gak, tak tau la nak cakap apa!
* * * *
Pautan dari Akin - ulasan pendek lagi mantap!
Quote: "Lantas aku berpendapat filem MAUT ini punya moral tetapi dilakonkan secara tidak bermoral"
http://singgahsanasini.blogspot.com/2009/01/israel-aa-izrail.html
scene pisang jugak agak mengganggu sanubari aku.
atau.. adakah aku juga macam kau?
haha
kan! sangat disturbed tengok scene tu. atau adakah cuma kita berdua yang disturbed? hahaha
aku suka lakonan que.. tetapi aku sudah terlalu biasa melihat dia dengan watak yang begitu... ermm...
aku setuju ngan Koishie...Que berbakat...cuma mungkin dia perlu lebih selektif dalam memilih watak.