Sebenarnya, agak terlambat untuk aku menulis tentang Tahun Baru. Sekarang ni pun dah masuk 7 Januari dah. Kalau ikutkan kalendar hijrah, dah pun 10 Muharram. Aku masih lagi sama macam dulu. Kalau pun yang bertambah, cuma umur (seiring dengan berat badan aku la kan! motif carut diri sendiri??)

Apa pun, tahun 2008 menyaksikan beberapa perkara yang bagi aku boleh dibanggakan. Antaranya:

  1. Dah ada kereta sendiri (walaupun x semahal kereta kawan-kawan aku, tapi bak kata Julia Hana "duit aku...ada aku kissah?!")
  2. Hasrat aku untuk bagi something untuk mak ayah aku tercapai. Adik-adik aku pun dapat la merasa duit aku gak.
  3. Aku naik flight. Kira pencapaian gak apa dapat naik flight!
  4. Aku memandu sendiri ke Tronoh, Perak dan juga ke Perlis baru-baru ni. Kiranya secara official nya, kereta aku dah pun mengelilingi seluruh negeri kat Semenanjung ni. Mungkin satu pencapaian yang tak berapa signifikan, tapi kepada sesiapa yang kenal aku (dan juga cara pemanduan aku), kira hebat la tu. Mana taknya, dapat lesen lepas SPM, tapi start bawak kereta cuma TUJUH TAHUN lepas tu.

Ada gak beberapa perkara yang tak berapa best sepanjang tahun 2008. Antaranya kereta aku eksiden selepas beberapa bulan (sedey wo), tragedi "ketahuan" (I dont want to elaborate more on this) dan jugak insiden kredit kad. Tapi, bak kata pepatah omputih, "Whatever doesn't kill you, just make you stronger" (Muzik latar: Stronger - Britney Spears).

Apa pun, untuk tahun baru ni, antara azam aku ialah:

  1. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti (cewahhh)
  2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat (haa...Narul, apahal ko gelak-gelak tu!)
  3. Berbelanja dengan berhemah
  4. Bercuti dengan geng2 aku kat sini. Ni KPI tahun lepas sebenarnya. Tapi terpaksa bawak tahun ni. ( Nak gi pulau la, gi Bali la...projek Kelip-Kelip pun x jalan lagi ada hati berangan nak cuti grand2)

Sama-samalah kita berdoa agar apa yang kita hajati dapat dicapai pada tahun ini. Insya-Allah.

P/S: Err...aku pun konfius ngan gaya penulisan aku untuk entry kali ni. Maybe sebab terpengaruh dengan blog yang Narul bagi kot (yang penuh ngan carutan, ayat2 puji diri sendiri dan sebagainya...blog saper?? Thats a secret I'll never tell...XOXO...gossip jer!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati