KISAH 1

Semalam aku daftar jadi ahli KDRP. Pergi dengan Shafaf. Maklumlah, setelah dia dengan suka-suka hatinya meletakkan nama aku dalam azam tahun barunya - Bersenam pada setiap kesempatan yang ada dengan KAPTEN!

Aku masukkan tuala, air dan dompet dalam beg. Susah pula kalau nak bersenam dengan segala macam barang dalam poket seluar. Masa isi borang:

Shafaf: Abang, KDRP memang buka tiap hari ke? Weekend ngan public holiday bukak gak ke?

KDRP: Bukak. Tiap hari kita bukak.

Aku: Eleh, tanya macam lah nak pergi tiap-tiap hari. Ni pun baru sekali je pergi! (Yes, 1-0)

Shafaf: (Sentap. Tukar topik) Eh, beg apa ni? Simpan dompet, tuala semua lah ni? Ni kira macam hand bag gak la kan? Laki pun pakai hand bag gak ke? (Buat senyum cam bagus, 1-1)

Habis daftar, melangkah masuk ke gimnasium. Shafaf bukak botol air. Minum. Kesempatan yang ada jangan dilepaskan.

Aku: Aik, belum apa-apa lagi dah minum? (Haha, 2-1)

Shafaf: Aku haus la bodoh! Yang ko lak, belum apa-apa dah peluh ke? (2-2)

Aku: Aku memang cepat berpeluh la mangkuk!

Tak tau lah siapa yang mengajar. Dah pandai melaser gak budak ni!



KISAH 2



Aku hantar kereta aku untuk diservis. Entah kenapa, ada bunyi-bunyi pelik masa drive. Terpaksa tinggalkan kereta aku di bengkel. Selepas acciddent dulu, macam-macam masalah pulak jadi kat kereta aku tu. Satu hari, Perodua call:
Perodua: Encik, kita nak bagi tahu lah ni. Kereta Encik ni ada macam-macam problem.
Aku: Apa masalahnya?

Perodua: Stabilizer arm bengkok, bearing roasak. Knuckel dia pun pecah. Rasanya, masa eksiden dulu, bengkel kereta tu ganti dengan spare part cikai kot. Sebab knuckle sebelah kanan tu, yang original tu elok lagi (Kereta aku eksiden sebelah kiri).

Aku: Oo, berapa kos sumer sekali?

Perodua: Semua sekali RM1***. Kalau Encik setuju, nak suruh Encik datang la. Bayar deposit dulu. Baru leh kita order barang.

Aku: Kalau saya tak setuju, macam mana lak? (Aku sajer tanya. Siap gelak-gelak lagi sebab memang dah biasa ngan orang Perodua kat situ)

Perodua: Kalau Encik tak setuju, datang lah jugak. Tak kan nak tinggalkan kereta tu kat sini pulak!

Siot je. Perodua pun pandai melaser gak!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati