Mendengar yang Enfiniti akan menerbitkan sebuah tetar muzikal yang terbau, aku mula berkira-kira untu mencari member untuk di ajak menonton bersama. Apa tidaknya, dua buah tangan Enfiniti sebelum ini (Puteri Gunung Ledang the Musical dan P Ramlee the Musical)sememangnya sangat bbekas di hati aku. Gila gigih kitorang dari Terengganu drive ke KL semata-mata nak tengok Nora!!!
SINOPSIS
Sebelum bertolak ke KL, aku cari jugak sinopsis untuk teater ni. Tapi aku tak tau dari mana aku dapat, tapi siopsis yang aku baca tu agak berlainan dengan jalan cerita teater tu. Sinopsis yang aku baca mengisahkan Nora yang mengambil alih perniagaan kelab malam milik bapanya. Rupanya tanpa pengetahuan Nora, kelab malam tu adalah aktviti kongsi gelap, yang menjalankan aktiviti haram termasuklah perdagangan manusia. Pihak INTERPOL memberkas Nora. Nora cuma akan dibebaskan sekiranya bersetuju menjadi perisik untuk membantu menumpaskan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kira macam tulah base on apa yang aku baca. Nampak sangat serius kan untuk sebuah teater! Rasanya lebih sesuai untk jadi movie.
Tapi bila pergi sana, cerita tu ada ubah sket (mb sinopsis tu jalan cerita asal kot, tapi nak sesuaikan dengan teater kena rombak sket). Cerita dia pasal Nra (Tiara Jacquelina) seorang primadona panggung dan sahabat baiknya Kak Tijah (Adibah Noor) yang ingin menjadi pelakon. Nora pergi menghadiri uji bakat bersama Farouk (Tony Yusof) untuk mengembangkan kariernya ke layar perak. Rupa-rupanya Farouk bersengkokol dengan Agent Roger (Ryan Silverman) dengan mengatakan uji bakat tersebut adalah untuk pembikinan semula filem Nora Zain - padahal semua aktiviti latihan adalah sebagai persiapan untuk Nora menjadi perisik; untuk menumpaskan Mr. J (Aznil Haji Nawawi) penjahat yanga menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia yang sangat meminati Nora.
YANG AKU SUKA
1. We are talking about Enfiniti kot!!! Mana ada teater diorang yang setkat buat sambil lewa je! Semua props adalah sangat menarik. Belum cerita tang kostum lagi.Opening act part dalam kelab malam adalah sangat cantik! Kalau tak slap aku, kostum untuk teater ni semua di reka oleh pelajar fesyen. Baju Tiara Jacquelina pun Bill Keith yang design (sekali lagi, ni kalau aku tak silap la) So memang meletup ok! Dari segi setting, still xleh lawan PGL tapi masih menarik. Aku paling suka setting kelab malam. Sangat cantik!!!
2. Lagu dan kawalan vokal semua memang mantap. No doubt tentang Ryan Silverman sebab dia mmg pelakon broadway. Aku mesti admit, vokal akak Tiara ko jauh lebih mantap berbanding masa PGL dulu (just pendapat peribadi masa aku tgk PGL dulu). Aznil pun sangat best dengan lagu Nora Nora Nora.... hahahaha.... aku suka part adibah noor nyanyi dengan Encik Agogo (Tony Yusof) - yang sebenarnya aku rasa xde dalam skrip pun.. hahahaha.... lagu ensemble masa training spy tu pun best!!!! Surprisingly, suara Tony Yusof pun best!!! I never thought he can sing!!! (ye la... ko tgk watak dia dalam Sepi macam depressed je kan, x sangka lak boleh nyanyi dan menari camtu!!!)
3. Dah namanya muzikal, mesti la ada ensemble dengan tarian segala bagai kan! Ensemble dia hebat okay!!! Compared tu PGL ngan P Ramlee, aku rasa ni part tarian yang paling aku suka. Yes, x adil nak compare sbb dalam PGL ngan P Ramlee sah sah ko xleh menari over to the top kot sbb x sesuai dengan latar masa tapi dalam Nora.... OMG! aku sangat speechless! Tarian utk lagu Toxic (yes, ada lagu Toxic Britney Spears dalam teater ni!!!)...aku easa macam tgk Glee ngan Dont Stop believing je!!! Memula tu aku berangan jugak nak jadi ensembles dalam teater ni... TAPIIII bila tengok tarian masa latihan spy (siap pumping satu tangan okay!!!!), kalau akak Tiara bagi aku tukang sorong set ngan alih2kan set tu pun aku dah bersyukur!!!! hahahaha
YANG AKU TAK SUKA
1. Jalan cerita. Honestly, aku suka bila baca sinopsis asal tu kat internet... tapi bila tgk... aku kecewa sket. Sebab aku rasa jalan ceita dia sangat longgar (maaf cakap mcm pementasan high school) tapi dengan cast, ensembles, setting, muzik dan tarian yang meletop. Tapi mb nak suit kan dengan mood teater kot... Kalo serius sangat, takut orang bosan lak.. lagi pun dah namanya teater muzikal... kalo nak serius, ko oergi tgk discovery channel la kan!!! hahahaha
2. Pakaian dalam cerita ni seksi yer! Tarian pun seksi gak! Dah la aku duduk 3 row dari depan. Tak concentrate aku masa penari dia menari! (eleh, ngaku je la... ko suka kan! hahahaha).... untuk aku ok je tapi utk yang bawak anak-anak mungkin tak sesuai kot... mb sbb ni teater dan target audiens dia mmg bukan kanak2.... so kira ok la kot)
Overall, mmg tak rugi la aku drive dari Terengganu untuk tgk teater ni... member aku yg 1st time tgk teater pun enjoy dengan teater ni. Honestly, aku paling suka Tiara dalam PGL lagi sbb watak tu penuh karakter... both teater sblm ni pun strong dari sei jalan cerita.... tapi percayalah The Secret Life of Nora ni memang x mengecewakan.... Kiranya kalau enfiniti ada projek baru, aku masih sanggup lagi untuk drive dari Terengganu.... hahahahahaah



















Kelebihan: Atilia panggil dia "rock chick". Dia ada entertainer vibe. Kalau dia ada kat pentas, orang akan tertunggu untuk melihat persembahan dia. Never give a credit to her before until I saw her during Sudirman's week. Persembahan yang bertenaga. Personaliti wise, dia comel dan nampak bubbly. She always surprise me. Tak sangka dia leh nyanyi lagu 60-an, lagu balada (jangan pisahkan). Persembahan yang penuh kejutan.
Kelebihan: Hahaha. Mamat ni sangat slumber yer. Vokal dia sangat nyaring dan he can reach high notes. Aku rasa dia lebih sesuai bawak lagu perempuan (he prove it well masa lagu Pengemis Cinta and Aku Tak Kan Bersuara). Walaupun dia kata cita-cita nak jadi penyanyi rock (yes, dia cakap kat website TV9), dia sebenarnya bak kata Misha Omar, Mat Kental. Lagu jiwang memang sesuai dengan dia. Aku rasa kalau di asah, dia mungkin leh jadi antara pelakon kanak-kanak kat Malaysia ni. Sebab dia sangak expressive!
Kelebihan: What I can say about her! Suara yang mantap. No wonder lah sebab dia naib johan Bintang Kecil peringkat Kebangsaan tahun lepas. Peserta yang mempunyai vocal yang menarik. Tak pernah ada masalah bab nyanyian. Aku suka dengan ekspresi muka dia masa nyanyi (sebab dia x over do it). Bab lakonan, dia still lack tapi bab nyanyian, walaupun dia peserta termuda, tapi memang sangat remakable la!
Kelebihan: Dia memang confident kat atas pentas. Antara Penari yang baik. Aspek lakonan pun bagus. Dari segi showmanship, dia memang xde masalah. Kalau ko tengok masa jadi back up dancer untuk kawan-kawan, dia antara yang perform ngan penuh semangat. Kalau bab lakonan, jangan cerita la. Memang lawak lah tengok dia ni berlakon. Macam aku cakap, dia patut reconsider to get serious in acting.
Kelebihan: Bagi aku Tasha dan Jiha memang penyanyi yang bagus. Suara diorang memang matang. Dan diorang sangat pandai menyanyikan lagu dengan gaya tersendiri. Vokal dia mengingatkan aku pada vokal Nadia AF6. Powerful yer suara dia. Dari segi vokal memang antara yang hebat la. Aku suka tone suara dia. Showmanship dia pun bagus