Review: Nur Kasih the Movie


Dan akhirnya, kisah yang dinanti-nantikan pun muncul di pawagam. Bagi aku, kekuatan cerita Nur Kasih memang tak dapat dinafikan. Kalau tak, takkanlah sampai Sofea Jane dalam satu temuramah dengan wartawan, siap cakap yang janganlah ada sesiapa yang call waktu Jumaat malam Sabtu, sebab memang dia akan luangkan masa untuk layan Nur Kasih!

Bagi aku, cerita  Khabir Bathia memang jarang mengecewakan. Baik dari segi filem seperti Cinta, Love (remake Cinta versi Indonesia), Sepi dan Setem, mahupun drama macam Manjalara, Nur Kasih, Kekasih Kuseru dan Gemilang. Trademark dia, shot gambar yang cantik, skor lagu yang bagus dan jalan cerita yang menarik.

SINOPSIS
Nur Kasih mengisahkan dua orang adik beradik, Aidil (Fizz Fairuz) dan Adam (Remy Ishak) yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Adam berkahwin dengan Nur Amina (Tiz Zaqyah), walaupun Aidil sememangnya menyimpan hati kepada Nur Amina. Aidil kemudiannya berkahwin dengan Alya (Ayu Raudhah). Ok, sampai kat sini, semua orang tahu dah sebab inilah ringkasan drama bersiri Nur Kasih.

Untuk filem pula, kisah diteruskan dengan kesedihan Aidil yang kehilangan Alya dalam satu kemalangan, meninggalkannya bersendirian menjaga dua orang anak mereka, Ilyas (aku tak kenal budak ni, tapi lakonan dia aku suka!) dan Maryam (Mia Sara). Jalan cerita diteruskan dengan  memaparkan pelbagai dugaan yang menimpa Adam dan Nur.

YANG AKU SUKA
1. Aku suka sebab cerita ni stand alone. Maksudnya, kalau kau tak pernah layan cerita Nur Kasih kat TV3, kau masih boleh faham cerita dia. Bagi aku, jalan cerita Nur Kasih the Movie taklah hebat mana (aku lebih suka versi TV, sebab ada Sara - lakonan Ummi Nazeera yang sangat best, sebab watak dia jahat! hahaha), tapi jalan cerita dia masih strong. Tapi kira ok la, sebab duration movie ni cuma 1 jam lebih, takkan lah ko nak sumbat semua cerita dalam masa tu.

2. Aku suka babak Aidil baca Yasin kat dalam masjid, dengan suara tersekat-sekat - and then Adam datang sebelah, dan baca Yasin tu dengan Aidil. Babak tu sangat mengingatkan aku dengan babak dalam drama, ketika ayah diorang mati, dan Adam cuma mampu pegang Yasin tu, bukak, tapi x mampu baca (or x boleh baca? sebab Adam memang jahil sket, x macam Aidil). Part tu aku sangat suka, sebab mengingatkan aku betapa Adam dan Aidil saling menolong dan hubungan adik beradik yang nampak sangat jujur!

3. Aku suka sebab semua orang boleh berlakon dalam filem ni. Big advantage sebab diorang gunakan cast yang sama macam drama, jadi chemistry tu memang dah ada antara semua orang. Watak sampingan macam Mamat (Muniff Isa - aku tak kenal, tapi dia memang pandai la berlakon), Ju (lakonan Sara Ali, see, minah ni masih hidup la... sebab Minah ni berlakon dalam "Penunggu Istana" - yang orang ni ingat cerita betul! Hahaha), Shapie Naswip, Beto Khusyairi pujaan hati orang ni pun ada. Hubungan abang dan adik antara Adam dan Aidil pun chemistry yang bagus. Sama jugak chemistry Adam dan Nur (yang maaf cakap, lebih baik chemistry-nya berbanding Atan ngan Luna Latisya dalam Cun!).

4. Aku suka dengan mesej yang cuba diserapkan secara tidak langsung dalam filem ni, contohnya tentang isu derma organ (berilah benda yang paling kita sayang... "kalau bagi benda yang sayang sket je boleh bro?", tanya Mamat, yang aku rasa cam comel je soalan tu! hahaha), Ada gak dialog Adam masa komen cara sorang Ustaz (lakonan Beto Khusyairi) yang aku suka, "Kalau semua orang pandai agama, nak ajar orang yang ada kesedaran je, budak-budak yang cetek ilmu agama ni, tanggungjawab siapa???" Tu belum masuk scene antara Jehan Miskin dengan Tiz Zaqyah masa Tiz mintak peluang kerja. Aku suka mesej2 tu!

5. Aku suka twist cerita ni. Xde la twist sangat tapi aku suka cara dia jalinkan cerita ni. Memula, aku annoyed dengan voice over Rahim Razali dalam cerita ni. Terasa macam tgh tengok Hikayat Merong Mahawangsa or Putri Gunung Ledang la pulak bila ada voice over macam tu. Tapi, ada sebab suara tu berkumandang. Dan lagi satu, kita boleh tengok kehebatan lakonan orang-orang lama. Aku sangat touched ye dengan lakonan Afida Es ngan Liza Othman. Walaupun babak dia tak banyak, tapi sangat meresap dalam jiwa. Part Adam minta maaf, mintak halalkan makan minum semua, Liza Othman cakap sumthing like, "Mak ni mak kau. Kalau mak terguris hati pun, masa tu jugak mak maafkan. Mak selalu doakan anak2 mak bahagia dunia akhirat!!!"

YANG AKU TAK SUKA
1. Aku tak suka sesetangah part dalam cerita ni. Contohnya, Adam siap doa dia rela bagi apa saje asalkan bukan Nur Amina, tapi yang aku tak paham tu, baik2 bini ko dah selamat, ko tetap gak nak gi cari cincin kahwin yang hilang... isteri ko dah selamat la bang, ko jugak yang bukan main doa rela korbankan apa saja... tapi bila cincin hilang, struggle gi cari... redha je la... yang penting, isteri ko selamat! (tapi mungkin justification dia, cincin tu besar maknanya especially masa drama dulu.... yang dia cuma sarungkan cincin tu ke Nur Amina lepas dah lama kahwin, and start jadi baik). So, aku terima la benda ni.

2. Aku tak suka cara Nur dan Aidil jumpa Adam kat Jordan. Nampak mudah sangat. Setakat, Nur tetiba lukis gambar budak (yg ko jumpa sekejap, tapi ko leh lukis quite detail... ko ada peringatan sejenak ke haper?!).

3. Aku tak suka dengan review melampau dari orang lain. (takde kena mengena pun dengan filem ni, tapi kena tempias la jugak!). Siap suruh bawak tisu segala bagai. Bagi aku cerita ni terlampau banyak malang yang bertimpa-timpa (standard storyline kalau dalam sinetron)... macam penonton terlampau disogokkan dengan kisah sedih (walaupun xdela sehorror Qabil Khusrie Qabil Igam!). Bila terlampau banyak part sedih, tambah dengan review2 yang kata sedihla, kena bawak tisu la... sudahnya aku sedih sebab expectation sedih aku tu tak sampai...hahaha... Honestly, aku memang cengeng (mudah nangis aka dalam hati ada taman! =p)...tengok Mars Needs Mom pun aku leh berjurai air mata, layan Aku Tak Bodoh pun mata masuk habuk..hahah, tgk opening Kabhie Kushie Kabhie Gam pun dah meleleh air mata... tapi tengok cerita ni, setakat bergenang tu ada la, tapi sampai nangis...x laaa

4. Aku disturbed dengan Ayu Raudhah. Nothing personal, sebab aku sangat suka dia dalam Manjalara, dia sebagai Alya pun sangat menampilkan ciri2 isteri mithali. Tapi sebab gambar dia ngan rambut karat kat sini, so aku rasa disturb la pulak bila tgk lakonan dia jadi ala2 baik gitu (tu maksudnyer dia pelakon yang bagus!!! Ala-ala bila masyarakat Malaysia tak dapat menerima keseksian Tiz Zaqyah lepas tengok drama Nur Kasih dulu la... huhuhu)

Kesimpulannya, aku suka Nur Kasih. Aku suka kisah cinta Aidil-Nur Amina-Adam. Aku sangat teringin dapat keluarga bahagia macam Aidil-Alya. Two thumbs up untuk Nur Kasih!


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review: Kongsi


Petang tadi aku menonton filem Kongsi, sebuah filem arahan Farid Kamil. Kalau berdasarkan promo di televisyen dan juga trailer kat pawagam, sure ramai gila yang teruja nak tengok. Secara jujur, aku tak berminat sangat nak tengok, sebab parut luka tengok 'Ngangkung' masih berbekas. Bukan main excited aku pergi tengok kat pangging, tapi rupanya, ... Terkilan gak sebab 'Ngangkung' masih merupakan filem dengan kutipan tertinggi (RM8.18 juta), even Khurafat pun RM8.08 juta. Sampai tahap macam tu aku terkilan, padahal tiket wayang RM11 je. Hahaha. (Tapi bukan aku sorang je okay! Kawan-kawan ofis aku yang tak pernah tengok wayang, bila tengok Ngangkung yang diorang beli CD, semua rasa cerita tu hampeh! Hantu Kak Limah yang lagi best lawak dia pun cuma dapat RM7 juta lebih je!) So, bila tengok promo 'Kongsi' - dengan Shaheizy Sam dan Azad Jasmin sebagai teraju utama, trauma 'Ngangkung' tu secara tiba-tiba datang balik. Hahahaha.

So, melangkah la aku ke pawagam menonton 'Kongsi'. Memandangkan pengarahnya pun Farid Kamil, mungkin ada sesuatu yang berbeza kot tentang filem ni.

SINOPSIS
Filem ni mengisahkan Tumulak (Shaheizy Sam), yang ditugaskan oleh ketuanya, Kimpedu (Bront Palarae) dari Thailand, untuk mengucar-kacirkan kumpulan gangster di Kuala Lumpur. Kenapa korang tanya? Aku pun tak tau. Sebab tu je yang dia cerita dalam filem ni. Bila seorang-demi seorang ahli kongsi gelap ditemui mati, semua kumpulan gangster saling tuduh-menuduh. ASP Sharif (Fizo Omar), dibantu dua orang bawahannya, Inspektor Olla (Yana Shamsudin) dan Yati (Putri Mardiana) ditugaskan untuk menyiasat kes ni. Yati turut menyamar sebagai orang gaji di rumah Mikail (Azad Jasmin), anak salah seorang ketua kongsi gelap untuk mengumpul maklumat. Tanpa disangka, ASP Sharif yang mengetuai pasukan polis dalam memburu Tumulak sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu.

Amacam, menarik tak sinopsis tu? Menarik kan!!

YANG AKU SUKA
1. Akhirnya, aku keluar panggung dengan hati yang terubat. Nampak tak semua nama pelakon yang aku tulis kat atas tu? Kecuali Bront dan Fizo Omar, semua pelakon lain terbabit dalam filem Ngangkung ye! Kira redemption la sebab akhirnya takdela imej buruk filem Ngangkung tu melekat kat diorang. Pemilihan pelakon memang menarik walaupun Shaheizy Sam masih Shaheizy sam, begitu juga pelakon-pelakon lain. Tapi, memang sesuai la casting dia. Bak kata komen yang aku baca kat sini, - "Aksi pertarungan yang ditonjolkan oleh pelakon wanitanya terutama Yana Samsudin juga amat menarik hati kerana hari ini aku terasa puas dapat menonton aksi pertarungan daripada seorang pelakon wanita Malaysia yang kelihatan gagah dan tangkas berbanding filem - filem lain sebelum ini yang pelakon wanitanya apabila berlawan kelihatan terlalu kewanitaan" Memang setuju sangat!!!

2. Babak aksi. Aku baru tengok Fast 5 sebelum tengok Kongsi. Honestly, I don't expect much from Kongsi. Tapi babak2 aksi memang tak menghampakan. Part paling aku suka mestila scene gaduh Fizo Omar ngan Shaheizy Sam. Aku yang excited bila tengok diorang gaduh!

YANG AKU TAK SUKA
1. Obviously, jalan cerita. Bagi aku, jalan cerita filem ni agak longgar. Kau tak tahu solid reason kenapa Kimpedu sibuk sangat nak kacau gangster kat Malaysia. Sebab Tumulak berdendam dengan ASP Sharif pun tak begitu kuat. Tapi give it a break la. Ni cerita komedi kan. Kalau nak drama, pergi tengok Gerak Khas la kan. Hahaha Tapi, kalau jalan cerita diperkemaskan lagi, sure lagi menarik!

Apa pun, cerita ni berbaloi untuk ditonton la. Aku harap filem ni mampu mengalahkan kutipan Ngangkung (hahaha, dendam Ngangkung masih x hilang lagi kan!). KAlau cerita ni box office, sure ada sequel kot (takpun convert jadi series. Tapi kalo jadi series, sure bajet rendah. X boleh la invest utk babak2 gaduh!). Hopefully by that time, jalan cerita akan lebih mantap!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Review: Dalam Mihrab Cinta




Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat jugak aku menonton filem Dalam Mihrab Cinta, hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Antara novel beliau yang juga diangkat ke layar perak termasuklah "Ayat-Ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih" (KCB).

SINOPSIS
Filem ini mengisahkan Syamsul Hadi (Dude Harlino) yang meninggalkan keluarganya untuk menuntut di pesantren, dab bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira). Syamsul difitnah ketika belajar di sebuah pesantren sebagai pencuri oleh sahabatnya sendiri, Burhan (Boy Hamzah), lantas dibuang dari pesantren. Kerana di buang keluarga dan atas desakan hidup, Syamsul akhirnya menjadi seorang pencuri, tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk meninggalkan pekerjaannya itu. Dalam masa yang sama, Syamsul turut berkenalan dengan Sylvie (Asmirandah) yang merupakan tunangan Borhan.


Dah baca versi novel ke belum? Kalau dah, mesti korang sama macam aku. Tak sabar nak tengok cerita ni kat wayang. Tapi hasilnya.... nan ado! Kalau "Ayat-Ayat Cinta", aku lebih suka baca novel daripada versi drama sebab dalam novel, jalan cerita dia lebih kuat (tapi memandangkan sangat sukar untuk mendapatkan karakter Aysha in real life, versi filem diubah suai supaya perwatakan Aysha lebih realistik). Kalau dalam KCB, memandangkan perwatakan setiap karakter adalah seimbang, aku tiada masalah sebab versi filem dan versi novel sama-sama menarik.

Yang aku tak suka...
1. Jalan cerita - bagi aku, dalam novel, jalan ceritanya lebih menarik. Dalam filem, setiap adegan agak jumpy dan rush dari satu scene ke scene yang lain. Tak feel langsung. Walaupun jalan cerita dia memang berdasarkan novel, kalau kau tak baca novel, sure ko tak rasa macam mana pergolakan dalam diri watak utama bila terpaksa mencuri, sedangkan pada masa yang sama tahu perbuatannya tu berdosa.

2. Pemilihan pelakon - ni lagi satu part yang aku tak berkenan. Mungkin silap aku jugak sebab sangat attach dengan KCB (aku siap layan Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan lagi). Sudahnya, aku sendiri konfius. Syamsul Hadi lakonan Dude masih dibayangi watak Ustaz Ilyas dalam KCB. Nadya adik Syamsul dalam cerita ni adalah Avrilia dalam KCB Spesial Ramadhan. Zizi, adik kepada Kiyai pesantren adalah Ayatul Husna. Bu' Eh (mak Azzam dalam KCB) jadi mak Syamsul. Pendek kata, layan movie ni dan ko boleh kenal almost semua watak sebab semuanya berlakon dalam KCB.

Tapi ada juga part yang menarik tentang filem ni. Kalau teringin nak dengar Furqan dan Anna Althafunnisa (dalam KCB) menyanyi, dalam filem ni korang boleh dengar. In fact, Dude Harlino dengan Asmirandah pun menyanyi gak untuk OST filem ni. (Oh ya,Asmirandah turut berlakon dalam KCB sebagai Fifi, tunangan Azzam yang putuskan pertunangan selepas Azzam eksiden... see, almost semua pelakon adalah recycle dari KCB!)

Novel Habiburrahman yang terbaru, Bumi Cinta pun bagi aku agak menarik. Unik jugak sebab menggunakan Russia sebagai latar tempat. Tak sabar nak tunggu kalau-kalau ada yang nak adapt ke filem. Tapi jangan jadi macam Dalam Mihrab Cinta dah la. Huhuhu.




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails