Kucing

Kat rumah aku ada seekor kucing warna kelabu. Kucing tu empat beradik sebenarnya. Lahir kat rumah sebelah semester lepas. Budak-budak rumah sebelah la yang bagi makan sampai kucing tu besar. Tak tau kenapa tiba-tiba semester ni seekor kucing tu selalu lepak rumah kitorang. Setiap kali sampai rumah, mesti kucing tu berlari kejar. Pantang jumpa, mesti sibuk mengekor. Kalau baldi letak baju kotor tapi tak direndam, mesti jadi tempat kucing tu landing nak tidur. Pendek kata, kucing tu macam psycho la.

(Ini bukan gambar kucing psycho tu. Sekadar gambar hiasan)

Malam semalam masa lepak dengan budak rumah sebelah, diorang pun buka cerita pasal kucing tu. "Kucing tu tak macam tu dulu. Ingat tak adik dia yang colour perang tu?", tanya Fizul. Aku angguk kepala. Teringat kucing perang yang mati tengah jalan semester lepas.

"Mula-mula kucing kelabu tu tengah main tengah-tengah jalan. Tiba-tiba ada kereta laju datang." Aku mengangguk. Masih mendengar dengan penuh minat. "Masa tu adik dia nampak. Cepat-cepat adik dia lari kat abang dia, tolak abang dia dengan tangan dia dan jerit, "ABANGGGG!!!!", cerita Fizul dengan penuh semangat. "Kucing kelabu tu cuma mampu tengok adik dia kena langgar. Kahirnya adik dia mati dalam pangkuan dia" sambung Fizul lagi sebelum ketawa. Hampeh!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Akademi Fantasia

Malam ni aku tak dapat tengok Akademi Fantasia sebab ada meeting FYDP dengan ahli kumpulan aku. Ee, mekot, Fizzi dengan Haha siap dah cakap awal-awal dengan Encik Ahmad nak tumpang tengok AF. Aku sorang je yang terpaksa menghadap notes malam minggu macam ni. Apa nak buat...

P/S: Harap sangat Haziq atau Amirul terkeluar malam ni. Tapi instinct aku macam pelajar perempuan je yang keluar malam ni. Kita tunggu dan lihat.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Masak

Rumah aku ada seorang pelajar foreigner. Memang dasar UTP untuk benarkan pelajar asing masak di rumah, manalah tahu masakan malaysia kurang sesuai dengan selera mereka. Pelajar rumah aku memang rajin memasak.

Buka semester baru, belum lagi kelihatan kelibatnya di dapur. Bukannya apa, masakan negara dia banyak guna bawang putih. Kalau tengok jumlah bawang putih yang digunakan memang stok kita selalu masak untuk kenduri kecil (10 orang). Jadi masalah utamanya pasal bau bawang putih yang kuat tu lah. Teringat aku kat Ee semester lepas. Setiap kali budak tu mula memasak, Ee akan sembur Febreeze. Hahaha.

Balik dari makan malam dengan Ting tadi, aku terkejut. Di dapur, bukan setakat budak tu, malah dipanggilnya kaum kerabatnya di UTP ni tengah rewang kat dapur. Ada yang potong bawang, kupas kentang dan macam-macam lagi lah. Siap pasang CD lagu-lagu tradisional negara orang (yakin je aku lagu tradisional...entah-entah lagu pop penyanyi negara dia...aku mana lah faham kan!) Aku dengan Ting cepat-cepat masuk bilik, tanya Ee, "Ada apa dia orang tu?"

Dengan muka yang serius Ee jawab, "Sekarang kan tengah bulan CITRAWARNA. Diorang tengah celebrate lah tu!" Hahahahaha. Siut je Ee ni!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bujang II

Sebut pasal bujang, teringat pulak pada press conference Siti Nurhaliza tengah hari tadi yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Awal pagi tadi Said dah sms beritahu. Ee dah start gelabah. Balik latihan gamelan Ee beritahu aku dengan muka masamnya, "Sah, Siti dengan Datuk K". Bila aku cek status YM kawan-kawan aku, macam-macam ada. Baik yang sokong Siti dan tak kurang jugak yang mengutuk (Ee la paling frust, siap tulis Datuk K phidophilia...hahaha). Aku bukanlah fanatik Siti tapi aku senang mendengar lagu-lagu dia dan suara dia. Kalau dah sekian lama Siti menggembirakan hati peminat-peminatnya, berilah peluang untuk dia menggembirakan hatinya pula sekarang ni. Doakanlah yang terbaik untuknya>

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abahku "Bujang" Kembali

Emak ada kursus ICT di Johor Bahru selama 3 hari (mulai hari ni). Kalau kursus bab lain memanglah perkara biasa tapi kali ni aku aku sendiri hairan. Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah tu, kenapa mak aku yang terpilih memandangkan tahap pengetahuan mak yang agak minima dalam bab ICT ni. Kalau menaip memang berjam-jam lamanya. Satu-satu huruf kat keyboard tu dia tekan.Hehehe. Tapi yang paling aku bimbang sebenarnya pasal abah yang terpaksa jadi orang bujang. Adik aku yang ada kat rumah pun dah daftar masuk asrama minggu lepas. Dah la abah tengah demam sekarang ni. Moga abah cepat sembuh!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Welcome Back!!!

Akhirnya selepas hampir dua bulan bercuti, aku kembali semula ke UTP. Mungkin buat semester terakhir (insya-Allah). Melihat para pelajar baru mendaftar, barulah aku terasa betapa tuanya aku di sini. Tapi, cuma untuk seketika bila Ting cakap, "Bukan kita lah yang paling tua, Ee lah yang paling tua sebab dia dah 24 tahun Ogos ni!" Betul juga. Apalah sangat umur 22 tahun kalau nak dibandingkan dengan 24 tahun. Tapi yang paling tua mestilah Fiza sebab dia lahir bulan satu. Hahaha, mesti aku mati kena pelangkung dengan Fiza lepas ni! =p

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails