Rumah aku ada seorang pelajar foreigner. Memang dasar UTP untuk benarkan pelajar asing masak di rumah, manalah tahu masakan malaysia kurang sesuai dengan selera mereka. Pelajar rumah aku memang rajin memasak.

Buka semester baru, belum lagi kelihatan kelibatnya di dapur. Bukannya apa, masakan negara dia banyak guna bawang putih. Kalau tengok jumlah bawang putih yang digunakan memang stok kita selalu masak untuk kenduri kecil (10 orang). Jadi masalah utamanya pasal bau bawang putih yang kuat tu lah. Teringat aku kat Ee semester lepas. Setiap kali budak tu mula memasak, Ee akan sembur Febreeze. Hahaha.

Balik dari makan malam dengan Ting tadi, aku terkejut. Di dapur, bukan setakat budak tu, malah dipanggilnya kaum kerabatnya di UTP ni tengah rewang kat dapur. Ada yang potong bawang, kupas kentang dan macam-macam lagi lah. Siap pasang CD lagu-lagu tradisional negara orang (yakin je aku lagu tradisional...entah-entah lagu pop penyanyi negara dia...aku mana lah faham kan!) Aku dengan Ting cepat-cepat masuk bilik, tanya Ee, "Ada apa dia orang tu?"

Dengan muka yang serius Ee jawab, "Sekarang kan tengah bulan CITRAWARNA. Diorang tengah celebrate lah tu!" Hahahahaha. Siut je Ee ni!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati