Akhirnya selepas hampir dua bulan bercuti, aku kembali semula ke UTP. Mungkin buat semester terakhir (insya-Allah). Melihat para pelajar baru mendaftar, barulah aku terasa betapa tuanya aku di sini. Tapi, cuma untuk seketika bila Ting cakap, "Bukan kita lah yang paling tua, Ee lah yang paling tua sebab dia dah 24 tahun Ogos ni!" Betul juga. Apalah sangat umur 22 tahun kalau nak dibandingkan dengan 24 tahun. Tapi yang paling tua mestilah Fiza sebab dia lahir bulan satu. Hahaha, mesti aku mati kena pelangkung dengan Fiza lepas ni! =p

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati