One in a Million 3 (OIAM3) - Top 6

First thing first, Marrion sangat cantik malam ni! Dress hijau tu memang padan dengan dia. Talk about elimination, Rizu terkeluar minggu ni. Agak memeranjatkan sebab aku rasa Simon lebih layak keluar berdasarkan persembahan minggu lepas. Rizu memang pandai mewarnakan lagu dengan gayanya yang tersendiri. Cuma kadang-kadang, aku rasa sikap dia yang over confident tu boleh disalah tafsir sebagai arrogant. Aku rasa masyarakat mula kenal siapa dia dan satu permulaan yang baik untuk dia terus berada dalam bidang ni (at least takde la macam orang tertanya, saper mamat yang menang AIM best new artist tu - kes aku masa memula tau dia menang AIM dulu...huhuhu)
Secara keseluruhannya, persembahan peserta malam ni memang sangat menarik. Dan tiada lagi imuniti untuk minggu ini dan seterusnya...segalanya terpulang kepada rakyat Malaysia.
tomok-umbrella
dia memang pandai mengatur strategi bagi memastikan persembahan dia menarik. Sebenarnya, bukan sesuatu yang baru untuk dengar lelaki nyanyi lagu ni. In fact, aku ada video satu kumpulan (aku lupa nama grup tu) yang nyanyi lagu ni, video klip siap tiru video klip asal...memang lawak la...tapi memang best suara diorang....ok, back to tomok...aku rasa dia mula dengan konfiden...showmanship yang bagus sebab dia menggunakan pentas...bab suara, kawalan vokal yang bagus...dan aku setuju bila paul moss kata dia nak tengok tomok masa final...he really deserves it!
amelia-somewhere only we know
persembahan yang sangat menarik. Yes, aku tatau lagu siapa yang amylea nyanyi ni, tapi aku rasa memang sedap la...arrangement yang bagus, vokal yang mantap dan persembahan yang menghiburkan...aku siap tepuk tangan kat rumah lepas dia abis nyanyi...hahah...tapi memang bagus...dia memang layak berada kat pentas final!
esther-sweet about me
something different about esther's performance tonight...aku tak pernah suka dengan persembahan esther tapi malam ni dia memang bagus! time dia bawak bunga ke paul moss, aku dh agak dia nak bagi bunga tu...tapi dia just pakaikan syafinaz topi tu, and just tease paul with the flower...at least something yg unpredictable...sbb kalo dia bagi bunga tu, of course akan nampak sangat lame....time ni, aku terus berharap final nanti adalah top 3 sebab kalau base dengan persembahan malam ni, ketiga-tiga peserta buat dengan sangat baik!
nine-cinta gila
aku rasa energy persembahan menurun sedikit selepas menyaksikan persembahan tiga orang tadi...tapi sebenarnya aku suka dengan persembahan nine...lagu dia nyanyi pun best cuma part dia jerit aaa ooo kat hujung-hujung tu nampak macam x berapa perlu...tapi overall memang sedap la jugak...(walaupun paul moss memang kutuk gila persembahan dia, tapi aku rasa kelakar bila tengok diorang gaduh pasal isu tali sangkut gitar tu putus...aku siap riang ria gelak tertawa kat rumah...hahaha)...setuju dengan komen syafinaz, dia menyanyi dengan baik tapi selalunya duduk kat bottom...dia kena figure out apa yang missing dengan persembahan dia...my verdict, he'll stay up to top 4 at least...
aweera-dipenjara janji
aku rasa nothing wrong dengan persembahan dia...except part high pitch masa korus tu la...tang tu aku rasa a lil bit annoying...tetiba je si paul moss meroyan suh tengok kalendar...komen paul moss agak harsh...aku lagi suka komen syafinaz yang agak berlapik..."it's okay untuk ada idola, tapi kalau nyanyi sebijik macam penyanyi asal, its really not cool!" bagi aku, peserta lain dah tunjukkan kebolehan nyanyi pelabagai genre but he still stuck with his rock kapak...aku pun minat rock kapak, tapi dia perlu lebuh kreatif..contohnya macam nyanyi gemilang dulu...
simon-livin' on a prayer
part ni aku terus nak menunggu komen dua orang juri tu...sebab simon nyanyi takde beza ngan penyanyi asal...nothing special...setuju ngan komen paul yang dia just macam pub singer...nyanyi but orang tak kan amik perhatian pun...aku pernah mention pasal ni dulu...aku memang suka tone suara simon...tapi persembahan dia just macam tu je...his best performance yang aku suka ialah generasiku...sebab nampak something different dari his typical style...syafinaz bagi komen yang sama as aweera...nasib baik la komen yang sama (walaupun x seharsh komen aweera), kalau tak nampak sangat yg diorang tu bias...ke diorang dah terbaca blog ee yg kutuk2 diorang tu? hahaha
aku rasa...my bottom 2 will be aweera ngan simon...no doubt that they all can sing very well...cuma persembahan tu perlu lebih mantap...we are talking about one million ringgit punya hadiah ye! apa pun, jangan lupa vote untuk saper yang korang minat!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

One in a Million 3 (OIAM3) - Top 7


Fify terkeluar, honestly aku rasa fify ada suara yang sedap...dan dia pandai improvise + adlib lagu dengan best...tapi nak buat macam mana...aku rasa fify lebih sesuai masuk AF...sebab aku rasa dia masih mencari-cari konsep/identiti yang sebenar...since AF akan bagi lagu tugasan yang berbeza genre, mungkin dia boleh tau yang mana satu lebih sesuai dengan dia...plus, personality wise, dia ala2 ceria orangnyer...sure akan dapat vote dari peminat kat luar...gud luck and all da best for u fify!
esther-i don't love you
masa mula-mula esther nyanyi, aku dah start rasa suka...ye la, walaupun aku tak pernah dengar lagu ni, tapi aku rasa, lagu tu (mungkin gak arrangement yang dah ditukar) memang sesuai dengan suara dia..pastuh bila part dia try nak bukak gelang, apa benda ko nak buat nih!!! tambah pulak ngan tetiba ada suara pompuan mengilai (ketawa) kat belakang tu...terus lagu tu leh jadi OST mana2 citer seram kat Malaysia ni...bagi aku persembahan esther sedikit menurun compared to last week...suara dia memang sedap...tapi aku setuju ngan paul, it's not a memorable performance (except part pompuan ketawa tu je la)...oh ye, baju dia bagi aku lawa (minus top putih tu)...tapi macam x kena dengan lagu tu
rizu-naluri lelaki
alhamdulillah, dia amik berat dengan komen minggu lepas...no more hideous bow tie tu...there's no doubt that he can sing (kalau x, takkan la menang AIM kan)...tapi aku rasa persembahan dia macam membosankan...maklumlah, dia selalu warnakan lagu tu dengan style sendiri, tapi kali ni memang macam kureng sket...his best performance aku rasa still sandaran hati...
lagi satu, aku rasa aku dah beberapa kali komen benda yang sama...please be humble...there's nothing wrong if you just say "yes paul. I'll improve next week"...nasib baikla penonton OIAM ni majoriti youngsters...kalau la ko masuk AF dengan attitude macam ni, sure minggu pertama tu je dah ada kelab anti-peminat ko...
simon-eternity
simon menyanyi tanpa gitar...hmm...interesting...agak menarik sebenarnya persembahan simon kali ni (walaupun gerakan dia tak berapa lancar dan macam tak berapa selesa)...tp i would like to give credit for him...vocal wise, suara dia sangat sedap didengar...macam dengar CD pun ada...tapi itulah masalahnya...dia punya kes sama macam kes Akma AF dulu...dua-dua leh menyanyi dengan baik...tapi dua-dua takde x-factor...aku pun tatau mana yang kurang...there's sumthin that we should think together...
aweera-enter sandman
aku suka dengan imej dia kali ni...nampak smart...simple but smart...bila dia start nyanyi, aku still rasa leh connect dengan performance dia...aku lagi suka persembahan kali ni dengan persembahan amy-wannabe minggu lepas...lagi satu, aweera patut kekalkan imej macam ni...nampak kemas tapi still ada pengaruh rock...dia ada muka yang comel...so JANGAN SESEKALI GUNTING RAMBUT tu, or otherwise people will not take you seriously as a rock singer and you will end up just acting in some series/dramas based on your pretty face! (unless dia memang nak berlakon, lebih dari nak menyanyi la..then, it is his choice laa)
amylea-satu dalam sejuta
wah...perlu ke ko feeling2 masuk final and dapat lagu baru??? haha...tapi aku memang suka dengan lagu baru ni (untuk jadi lagu grand finale macam x berapa sesuai, tapi lagu ni still sedap didengar)...style dia pun nampak classy dan cantik...cuma time nyanyi dia macam banyak sangat membongkok...tapi aku suka persembahan dia...dan dinamik suara dia...sekejap macam bisik, sekejap lembut...sekejap kuat...bagi aku sangat bagus....dan aku tak terkejut kalau dia dapat imuniti...
dia nampak sangat sweet and humble...(hey rizu, she's right there in front of you! just learn from her kay!)...agreed ngan syafinaz, but bukannya setiap minggu perlu menjerit untuk stretch vokal...judges should tengok benda lain...camner dinamik dia, camner dia guna head tone untuk soft part...camner ngan persembahan..ni kalo just nak strech vocal setiap minggu, giler aper...kang kena tuduh menyalak lak!
nine-nakal
aku suka persembahan dia walaupun nampak playful (tak macam qhaud minggu lepas...upsss...tercarut pulak)...tapi dari segi vocal, aku prefer suara qhaud (kalau dengar tanpa perlu melihat) compare to nine...setuju dengan paul...voice nine kali ni nampak hilang...tapi macam kes tomok dulu la...vocal wise nampak biasa je, tapi performance wise memang sangat menarik! (Yes rizu, another example of being humble!..."xde nak cakap apa...saya buat apa yang saya ada, dan itu yang saya berikan!")...ok nine, part citer sedih tu aku rasa x berapa sesuai la...aku prefer stacy dalam hal ni...dia cuma citer bila semuanya dah abis...so x timbul la isu undi kesian or what eva...may be a good lesson for you too nine!
tomok-ingin bersamamu
part awal tu aku x berapa suka...bila masuk bridge tu aku suka laa...pastuh time chorus memang menarik la... aku memang setuju dengan komen ee...part si paul moss komen, aku rasa xde lah harsh sangat,,,tapi komen syafinaz...erk...mesti retain the melody?? hallu~~ uji rashid case dulu??? ring any bell??!! (untuk komen balas dendam leh lawat blog ee. klik sini. huhuhu)
Not a great concert i must say. Best performace i would say Tomok, Amylea and Nine...my bottom 3...hmm, tatau la...tapi aku rasa kedudukan simon mungkin goyah sket...the girls yg tinggal memang bagus...so next week aku rasa turn lelaki lak.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

One in a Million 3 (OIAM3) - Top 9

Pija terkeluar. Aku tak terkejut sangat sebenarnya. Macam aku komen sebelum ni. Persembahan Pija adalah sangat predictable. Sama je macam masa Mentor dulu. Low notes dia masih shaky. Dan aku sangat setuju dengan komen Paul Moss, the golden key to stay is DON'T BE BORING!

aweera-janjiku
apa kejadahnya si aweera tu lupa lirik!!! part awal2 tu bagi aku agak meneran bunyinya. Masuk part korus aku rasa dia dah gain sket confidence. lari sana-sini ala2 konsert. Menarik jugak sebenarnya. Tapi of course la Sofaz lagi best. Mungkin bias sket sebab aku suka lagu ni. Haha.

amylea-yang pernah
aku suka. Tepuk2! Kudos untuk arrangement yang totally lain dan tak sama langsung dengan estranged. Cuma bagi aku, aku lagi suka kalau key dia tinggi sket. Low notes dia x berapa jelas. Tapi overall macam rasa ada sesuatu yang kurang. Rambut dia kot.

fify-kalis rindu
first impression, akak wardrobe tu ada dendam ngan fify ke?? apa kejadahnya baju tu dengan lagu kalis rindu? pastuh. mana kreativiti? awal-awal cam buhsan. masuk part yg dia adlib tu terus aku suka. lagi pulak bila dia improvise hujung2 tu. Komen Fauzi Marzuki bagi aku ada benarnya. Orang leh bayangkan Elyana yang nyanyi lagu tu dalam another version. Fify kena cari identiti supaya orang leh distinguished dia from another artistes.

Plz lah contestant, jangan bagi alasan. Kaki saya sakitla, tekak berdarah la (ehem...ni AF punya kes, tapi tumpang kutuk kat sini). Just give your best, kalo orang kata x bagus, just say thank you and i'll improve later. Tak perlulah bagi alasan.

rizu-cinta
aku tengok dah tengah2. salahkan said sebab sibuk tukar channel tengok diari ext. beberapa minit pertama, aku tertanya-tanya lagu apa budak ni nyanyi? totally xleh imagine itu adalah lagu flop poppy. Nothing wrong with his voice tapi aku tak berapa suka kali ni. Dan aku dah start rasa busan ngan konsert kali ni


tomok-la la la kerjalah
tomok!!!!! apahal ko buat lagu tu awal2 dah jadi macam another typical newboyz song!!! masuk part rancak tu baru aku suka (walaupun aku rasa aku tak dapat relate dengan lagu asal) Aku rasa sekarang ni semua contestant dah guna style yg sama. Part awal2 jadikan lagu tu ala2 ballad/melancholy...pastuh baru rancak kat tengah2. Jap , mata tomok sudah tidak berkaca!!! ahakz.

anith-mungkin
aku akan compare dengan keifli sebab keifli pun pernah nyanyi lagu ni masa AF dulu. Hmmm...gud attempt sebab dapat lari dari imej anuar zain (anith 1, keifli 0), feeling (sebab lagu ni memang jiwang-keifli dapat 1 point, none for anith). Muzik latar dengan style anith macam x kena. Macam 2 separates entity. Dan penyakit mata berkaca telah berjangkit pada anith rupanya.huhuhu

nine-aku dan kamu
tatkala semua peserta cuba amik lagu komposer lain dan berangan aku boleh buat lagu ni lagi best-so-aku tukar ikut sedap aku, nine menyanyi lagu ni dengan melodi asal, tapi still dengan gaya yang tersendiri. Masa intro lagu tu, aku terkejut gak, naper ada bunyi gitar macam lagu Sedang Ingin Bercinta? tapi memang best la.

kenapa 8tv jemput fauzi marzuki??? komen panjang berjela. Penat aku menunggu setiap patah nak keluar dari mulut dia! cari la pengkritik yg lain (yang boleh bercakap dengan lancar).

esther-dialah di hati
bagi aku, kalau perempuan masuk pertandingan nyanyian - jangan sesekali nyanyi lagu siti nurhaliza atau ziana zain. sedap macam mana pun orang akan kata cuba tiru penyanyi asal. Tapi esther menyanyi dengan bagus. (bagus untuk penyanyi bukan melayu la, sebab tang sebutan masih dengar pelat dia. in this case, two thumbs up for simon last week with his juwita). Tak sesedap siti, tapi dia bawak dengan style yang tersendiri.

Komen syafinaz-"penyanyi patut leh tukar ikut kreativiti sendiri". Ni mesti kes dia tensen sebab kena kritik membunuh lagu Ahmad Nawab dulu. Tu yang dia ala2 traumatized kalau komposer suruh stick ngan melodi asal. Hahaha. Pujian untuk Simon, Esther, Fify, dan Nine sebab bagi aku respek dengan komposer dan tidak terlau mengubah lagu tu.

simon-generasiku
tak se-hip lagu asal. tapi memikirkan yang simon jenis yang bawak lagu easy-listening, agak menarik untuk dia bila bawak sesuatu yang lain. Memang sedap tapi tak remarkable sangat.

Tomok dapat imuniti. Aku tak kisah walaupun aku rasa persembahan minggu lepas lagi menarik. Antara yang aku suka kali ni Nine, Fify, Amylea. Aku rasa yang akan jadi bottom 2 is esther, and anith. Dan aku rasa anith yg akan terkeluar.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

One in a Million 3 (OIAM3) - Top 10


amylea-bohemian rhapsody
Amylea memang boleh menyanyi (no doubt!). Dan persembahan dia bagus. Aku terasa bagai menonton konsert. Aku rasa dia banyak grow up (personality and fashion wise! dulu kan ala2 serabut dengan rambut dia, seluar yang berlipat sebelah masa AF dulu and macam2 lagi la). Aku suka sebab dia nampak humble kali ni. She's more likeable compared to her AF years.

Sedang menonton persembahan Amylea, Ee call. "Bodohlah 8tv ni! Aku tak dengar pun suara Amylea. Macam mana aku nak komen dalam blog!!" Hmmm...alasan la tu. Update blog pun setahun sekali! Huhuhu.


nine-hapus aku
Aku suka nine. Aku suka suara dia. Aku suka komen dia "saya buat apa yang saya suka, dan saya harap peminat akan suka". Sebenarnya, walaupun orang kata dia salah pilih lagu minggu lepas (Berita dari Rantau), aku tetap suka sebab lagu tu memang aku suka. Nampak sangat ke aku layan lagu oldies je? Hahaha

Perasan tak nine macam kurus sket compared to masa prelimination week? Kalaulah dia stay sampai final, wonder how kurus can he be kan??? ni yang tetiba berangan nak masuk OIAM ni. Leh kurus! Hahaha.


fify-hot and cold
Aku tak tahu lagu ni. Dan aku tak tahu siapa tu Kate Perry (ye, aku hanya mendengar lagu melayu dan lagu-lagu yang jarang orang lain dengar, baca: lagu fadzil ahmad, ally noor). Tapi aku suka nyanyian fify. Cuma awal tu macam pitchy sket.

Kenapa muka fify macam kampung ek? Maksud aku, kalau tengok poster or banner yang peminat dia bawak, dia sangat cantik. Kira muka komersil la. Tapi bila kat stage, mekap dia nampak sangat kampung. Jawapan Narul, "Make up artist tu put too much attention at Marrion kot!" And Marrion did look gorgeus last night!

simon-juwita
Suara simon memang best. Cuma aku rasa dia kena cari identiti sendiri. Dia sangat forgettable. Lagu tu nampak terlalu senang untuk dia. Dia nampak macam penyanyi lounge. Nice to hear but nothing special to remember!

Aku terpaksa memaki Paul Moss di sini. Time Amylea nyanyi - You dont know you direction!, tapi bila time Simon - Its okay to experiment!! Apakah itu???!!! (direct translation of what da ...!!!)


anith-pilihlah aku
first thing first, aku suka arrangement lagu ni. Anith nyanyi tanpa ada pengaruh Krisdayanti. Cuma, bak Kata Jac, dia kena adlib lebih sket. Aku harap dia kekal lagi minggu depan sebab aku nak tahu apa lagi yang dia boleh lakukan.

and she will definitely survive if she joins AF. Tengoklah statement dia, "Anith baik dengan abang nine, tapi dia dah ada girlfriend!" Isi tersirat: girls out there, tak yah lah berangan nak vote nine tu. dah ada awek pun! vote lah aku!!! (ini adalah interpretasi aku semata-mata. Hahaha)


rizu-sandaran hati
Memula dengar apa kejadahnya mamat ni rosakkan lagu ni!!!!!! tapi bila dengar tang korus, best jugak dia bawak style macam tu. Cuma part muka tu yang he needs to control more. Mimik muka dia menakutkan ye time nyanyi!!! cuma minggu ni cam dah berkurangan sket. To create a fan base, he needs to be more humble. Sebab dia nampak macam nak menunjuk yg dia boleh menyanyi. Mentang-mentanglah ko artis harapan AIM kan??! Just be humble, and Im sure that people will like you more (baca: macam amylea!)


pija-so what
so what aku masuk OIAM?? performance dia absolutely better than last week, but its too pija-ish! Apa bezanya pija mentor dengan pija oiam??? sama je. People get bored you know!

Learn a few tricks from others:- jadi more presentable macam amylea, buat a few makeover (walaupun makeovernya setakat hairstyle semata-mata!) macam tomok, and I think you will survive. Tengok macam han, she sticks with her Bintang RTM style and look where is she now???


aweera-gemilang
Aku mati-mati ingat dia akan nyanyi lagu Di bawah Pohon Asmara, rupanya dia bawak lagu gemilang! A lot of improvement compared to last week! Tak seteruk yang aku bayangkan. Its a brilliant idea to sing girl's song. People will absolutely not gonna compare you to the original singer!

Aku tetap membuat spekulasi liar disini, adakah Syafinaz bagi imuniti semata-mata sebab peminat bising kat internet pasal komen dia minggu lepas ("itu bukan menyanyi, itu menyalak!")? Give it to rizu, esther or even tomok i wouldnt mind, but to aweera???!!


esther-i try
baju dia macam orang kerja office yang buat overtime, dan malam tu ada karaoke session ngan client so 'I'll just grab a pearl-necklace and im ready'! Performance wise, aku suka dia minggu ni dan aku tak kisah kalau dia dapat imuniti (x macam masa top 12, which i think pija deserves it more!) Cuma, part ala2 mencangkung di atas stage itu sangat tidak perlu, Less is more girl!!


tomok-crazy in love
tetiba je aku suka tomok! tiada lagi sengau2 suara dia, and its really another side of him that people want to see (walaupun tangan dia ada ala2 perasan mariah carey kat certain part...hahaha). Agreed with paul this time, singing wise its just average, but performance wise, it is superb!!

komen aku, kalau ko tak selesa nak shake ala2 beyonce (as ask by awal, even Awal ala-ala ugut, 'nak vote tak?'), just refuse it politely (as what marrion did). You dont have to fool yourself, and you should be confident with your performance (dan aku x sangka akan memuji tomok sebanyak ni) Maybe target utama dia (aku mesti kekal kat OIAM; at least sampai kakak aku terkeluar AF! hahaha)

* * * * *

Seriously, all the contestant can sing! Its the matter of fact how u can make the fan excited with your performance each week. My top three is Rizu (dan Ee akan cakap, kan aku dah kata, he's talented!), Esther and Tomok! My bottom three is Pija, Fify and Simon (just because most of them are forgettable!)

For other review, click here!
P/S: baru aku perasan, entry aku kali ni, aku banyak speaking london! Maybe bila kita speaking london, kita akan rasa lebih pandai untuk mengutuk orang lain...hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails