Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 6


Tema tugasan minggu ni ialah "live band". Diorang akan menyanyikan lagu dengan diiringi dengan original band. Antara band yang terlibat ialah Kristal, Lefthanded, Cokelat dan Estranged.

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Cabaran utama untuk setiap pelajar adalah untuk tampil as one dengan original band; tanpa dibayangi dengan penyanyi asal. Cabaran tambahan untuk Claudia dan Qhaud kerana lagu mereka pernah dinyanyikan oleh pelajar AF musim lepas (Keindahan Pantai - Keifli AF3, Seruan - Haziq AF berapa ek? Sori, totally lupa. 4 kot!). Lagu Isma and Aishah memang aku tak pernah dengar. So, aku xleh komen. Tapi lagu lain tu memang agak familiar dengan telinga aku. So, they better perform up to my expectation. Hahaha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Konsert Minggu Ke-5 - Akademi Fantasia 7



YANG AKU SUKA

  • Aku suka dengan 'drama' masa pelajar nyanyi lagu 'Lucky'. Sangat menarik

  • Aku suka dengan pakaian majoriti pelajar. Ada transformasi. Nampak semakin menarik.

  • Aku suka idea untuk menyuruh pelajar untuk berduet. Cabaran untuk mereka supaya tak di outshine oleh their duet partner.

YANG AKU TAK SUKA

  • Aku tak suka dengan vokal pelajar masa nyanyi lagu 'Lucky'. Harmoni entah ke mana!

  • Aku tak suka dengan pemilihan pasangan diorang. Adakah sebab ASTRO nak tonjolkan bekas pelajar yang dah mula suam-suam kuku, maka diorang di gandingkan sebarangan dengan pelajar AF7? Nampak sangat beberapa orang partner duet yang terpaksa menanyi dengan low note yang bukannya dalam range biasa diorang. Tak percaya? Cuba dengar balik part Marsha, Farah ngan Heliza. Aku rasa key diorang terpaksa direndahkan untuk sesuaikan dengan range pelajar AF7. Patutnya itulah benda pertama yang paling penting masa tentukan duet partner. Range diorang sama ke x. Bukannya, oohh Akim ni nampak comel dan lively, so kita combine ngan Farah. Qhaud ala2 imej budak baik, so kita couplekan dia ngan Heliza! That's totally wrong!!!!

  • Aku tak suka dengan kezutan yang sangat predictable! Isma menyanyi dengan suami dia, aku rasa semua orang yang tengok AF dah boleh agak mesti laki dia muncul. Claudia jumpa anak dia - aku rasa still tak boleh saingi masa hampir satu dewan tersenyap (campur penonton kat rumah) bila Mas meluru dan cakap "Anak aku!" masa AF2 dulu. The same goes to main suap-suap tu. Remeber, AF2 Misha Omar suapkan cekodok kat Zahid??


Isma & Zul 2 by 2 - Kau Mawarku

Isma nampak cantik (cuma hairstyle dia nampak totally out dengan baju tu). Dari segi vokal, aku tak setuju bila Khadijah Ibrahim kata dia tiru Siti. Dia cuba untuk tidak dibayangi Siti. Persembahan Isma yang aku rasa terburuk setakat ni! Aku x kisah nak tunjukkan kemesraan kat atas pentas tu, tapi biarlah berpada (walaupun honestly, aku tak kisah pun ngan scene tu..cuma kena fikir sensitiviti rakyat Malaysia la). Aku faham yang Zul pun nak menunjuk gak yang dia boleh menyanyi, but this is your wife's moment. Dia patut up kan lagi persembahan Isma, bukannya overshadow masa adlib kat tengah2 lagu.

Akim & Farah - Jika Kau Tiada.

Tang ni aku sangat setuju dengan komen Adibah Noor. Suara Akim mendatar tanpa sebarang expression. Macam aku cakap, x adil untuk Farah sebab lagu ni agak rendah untuk dia. Tapi bayangkan la, dalam note Farah yang rendah tu, aku masih rasa dia entertaining dan fun to watch. Pergerakan yang nampak terlalu rehearse. Penari latar tu pun sebenarnya tak perlu sangat. Buat semak pentas je. Tak perlu sampai 3 couple penari kat atas pentas tu!

Qhaud & Heliza - Aku Dibius Cinta

Mula si Qhaud nyanyi, aku dah excited. Lagi sedap compare ngan Yusri (obviously lah kan! huhu). Tapi masuk part Heliza...memang takde chemistry langsung! Nak salahkan Heliza pun x leh gak. Tone suara Heliza sedap dan bagi aku dia x pernah pun menyanyi sumbang yang keterlaluan masa zaman dia dulu. Tapi, notes dia terlampau rendah untuk dia. So, banyak part yang dia sumbang kali ni. Gandingan yang sangat tak sesuai (dari sudut vokal). Aku tak berapa berkenan dengan komen Adibah Noor. Walaupun dia mungkin bermaksud baik, nasihat dia seolah2 mengatakan yang Heliza la penyebab utama Qhaud sumbang. Kalo dia cakap 'serap energy dari partner supaya awak leh nyanyi lagi bagus' aku leh terima. Tapi 'awak jangan terpengaruh dengan partner duet awak. kalo dia nak sumbang dah. awak tutup telinga!'. Mungkin ni la amalan Adibah masa duet ngan Senario dulu kot. Hahaha. Masuk persembahan ni, aku dah boleh agak. Semua pelajar mesti ada part saling merenung mata, usap2 pipi...feeling segala, pastu terus hanyut, lupa ada audience kat sekeliling. Kira jadi persembahan syok sendiri dah pas tu!

Hafiz & Mila - Terlanjur Cinta

At last, ada gak yang dapat range key yang sesuai. Persembahan penyelamat setelah tiga persembahan awal membuatkan aku cam nak bakar TV kat rumah aku. Hahaha. Aku suka dengan persembahan diorang walaupun aku rasa, certain part menyebabkan aku nak AFUNDI MILA la pulak. Hafiz kena bijak untuk memastikan mila x overshadow dia. Bagi aku, persembahan yang bagus, cuma xde chemistry antara hafiz ngan mila. and it really shows. Almost perfect kalo xde scene drama sebabak yang nampak sangat fake!

Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku

Selepas persembahan yang menarik dari hafiz, claudia meneruskan momentum konsert dengan persembahan yang menghiburkan dengan vince. Not that bad but if u compare with jac, memang la x adil kan. Tapi persembahan yang menarik. Claudia manage to ensure that vince is not overshadowing her show. Memang bijak. Interaction dengan audiens pun bagus!

Aishah @ Aliff Aziz - Dua Hati Jadi Satu

Memula aku ingat dia akan nyanyi dengan dafi, bila si AC cakap Aliff, aku terfikir, bukan Aliff tu tgh PLKN ke skarang ni? Rupanya dengan Aliff Aziz...tak perlu ye si aliff tu nak menggedik kat TV tu...meangla lagu tu comel...tapi ko tak perlu la over sangat! In term of singing, nothing much to say sebab part dafi pun sket je dalam lagu ni...macam penyanyi latar pun ada gak...err...jap, ni komen aliff ke aishah? huhuh...aku sangat suka aishah dengan lagu ni. Aku rasa persembahan terbaik aishah (no 2 yang aku suka masa nyanyi lagu yuna dulu tu)...Aku suka sebab persembahan yang sweet, tak perlu pegang2 pipi or nampak horny atas pentas...penari latar pegang belon tu aku rasa menarik gak...cuma agak distract ngan 'bola-bola petrosains' kat atas pentas tu!

Yazid & Yazer - Terharu

Yazid nyanyi lagi gempak dari Faizal (yes, Faizal AF4 pernah nyanyi lagu yang sama masa konsert)...persembahan yang sangat energetik...tapi nampak la...bila part yazer, lagu tu nampak rock...bila part yazid, lagu tu cam nampak mendayu sket...tapi memang menarik...cuma part laga2 dada tu sangat tak perlu...aku rasa diorang macam nak wat kungfu cantum badan go-ten ngan trunks (Dragon Ball) lak...hahaha...lagi pulak bila baring ngan hentak kaki2 tu...ada la cam anak jiran sebelah rumah aku time nangis kalo x dapat aiskrim...hahah...overall, ok la!

Aril & Marsha - Aku dan Dirimu

Siapa punya idea persembahan ek? Sangat unik! Chemistry yang sangat bagus. Aku rasa dia patut dapat anugerah best student! aku bukannya suka sangat si Aril ni, tapi to be fair, malam tadi was phenomenal! Walaupun note marsha sangat rendah, tapi dia berjaya bawak lagu tu dengan baik! Gandingan yang sangat sesuai! AFUNDI ARIL! (untuk malam tu la...malam minggu depan kena tengok balik la!)

Sidi & Zahid - Cinta Yang Sempurna

Aku rasa nothing wrong dengan persembahan Sidi minggu ni. Tapi Zahid terlampau bagus untuk digandingakan dengan Sidi. Dan aku rasa range lagu ni lagi memihak kepada Zahid. Kesannya, sidi nampak tenggelam. Zahid ada presence atas pentas tu...cara dia interact dengan audiens...sedangkan sidi dengan gerakan yang terhad, dalam zon yang dia rasa selesa...kalau bandingkan dengan zahid, tone suara sidi biasa je..dari segi nyanyian memang sidi nampak sangat improve (sebab aku rasa dia patut keluar masa minggu ke 2-selamat ulang tahun sayang, atau minggu ke 3-hanya di radio, tu memang persembahan yang patut keluar)...tapi macam orang cakap la, sidi ada progress...tp too slow compared to others

Sidi tersingkir malam tadi. Kalau base ngan persembahan, aku rasa Qhaud patut keluar malam tadi...persembahan yang aku suka Aril, followed by Hafiz...Claudia, Aishah kongsi no 3...no 4 yazid!



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Konsert Minggu Ke-4 - Akademi Fantasia 7

Konsert yang penuh drama!
Tarian Menuju Puncak kali ni agak menarik. Execution setiap pelajar nampak kemas, walaupun ada beberapa part yang nampak agak kosong. Tapi agak terganggu dengan kain rentang yang dibawa oleh penyokong pelajar. Part akhir sewaktu Zizi dijulang, view agak terganggu-menyebabkan kamera terpaksa switch view dari pandangan sisi. Mungkin pihak produksi boleh memberikan guideline kepada para penyokong supaya view penonton di rumah tidak akan terganggu dengan isu-isu seperti ini.
aishah-mentari merah diufuk timur
permulaan yang bagus...aku suka masa part lagu ni agak slow...nampak sangat menarik...aishah memang ada tone suara yang sedap didengar...masuk part rancak, aku rasa pergerakan dia agak pretentious...nampak tak natural...sokong bila siti cakap yang dia nampak macam tengah "menurun"...huhuh...ada beberapa part masa tarik yang dia tak really hit the note...tang baju, aku rasa baju dia gak menarik, walaupun macam tak berapa sesuai dengan lagu tu...tapi xde la buruk sangat sampai hazab mata nak tengok...huhuhu...persembahan permulaan yang tidak mengecewakan
qhaud-di taman teman
WTF dengan Astro?!! leh la pulak siaran terganggu...memang bangsat...(upss...ter-"emo" la pulak!!)...aku takleh komen apa2 sebab dengan kebangsatan Astro...tetiba terus je part rangkap akhir...dari segi alunan suara, aku rasa alunan dia agak tertahan2...aku rasa aku tengok masa diari, alunan dia sedap...mungkin dia taknak alunan tu dibayangi dengan penyanyi asal kot....bab baju...hmmm...aku tau baju kotak2 tu bukannya murah...tapi apa kejadahnya baju tu dengan lagu di taman teman...si qhaud nyanyi lagu etnik kreatif, bukannya lagu country ye!!! siti komen bab adlib-tapi of course la aku tatau sebab hanya dapat tengok skrin biru bertulis "maaf, siaran tergendala sebentar"...dah la qhaud agak bahaya dengan kedudukannya yang terbawah...aku bukannya fanatik qhaud, tapi aku rasa x adil kalo dia terkeluar sebab penonton takleh nilai persembahan dia yang sebenar...kalo dia terkeluar, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA UNTUK ASTRO!!!
claudia-suralaya dalam d major
dia dah tak nampak macam dayang sangat...tapi dah nampak macam farah af2 la pulak! huhuhu...walaupun baju dia ala2 kaftan nak bawak tidor je...tapi kira boleh diterima la kot (compare ngan baju qhaud. perasan tak, yang trademark pelajar pompuan AF7 adalah legging...legging memang tengah 'in' ke skarang ni???)...tone suara dia sedap...terkawal dan xde banyak masalah masa menyampaikan lagu dia...setuju dengan komen adlin...part 1 ngan 2 xde apa yang berbeza...so persembahan dia nampak a lil bit repeatitious....leh diperbaiki lagi...tapi aku rasa dia sangat konsisten dan fokus semasa menyampaikan lagu ni...tahniah untuk claudia! (aku speechless ngan lawak bodoh AC suralaya tu sebenarnya surat beranak...is it suppose to be funny or what?!)
qhaud menyanyi semula...untuk tujuan pengundian...tapi bagi aku agak tergesa-gesa..macam xde notis untuk pelajar...apa taknya, penyanyi latar tak amik tempat...muzik dah start...aku rasa qhaud pun x bersedia...beberapa bar pertama, dia masuk ngan key yang salah...aku x salahkan dia sepenuhnya...dalam keadaan x bersedia macam tu...tentula dia pun gabra...makin teruk bila dia lupa lirik masa masuk part korus, tapi dia try cover ngan adlib part tu...overall ada beberapa part yang dia nyanyi, aku suka gak la...not his best performance but not too pain too see
aril-lakaran kehidupan
part awal...aku suka arrangement dia...walaupun ada beberapa kelemahan bab vokal...especially his low notes...masuk part korus...pun menarik gak arrangement dia...tapi macam tak berapa kena dengan first part...kalau dengar balik, it seems like two different songs yang di medleykan...baju dia macam baru abis merempit, pastuh terus naik stage...huhuhu...dan aku dah start rasa yang sebenarnya pelajar lelaki lebih bermasalah nak menyanyikan lagu siti nurhaliza berbanding pelajar perempuan menyanyikan lagu amy search!
tetiba cikgu fati menyampuk and comment on para judges...erk...aku terkejut gak..."this is not just a singing competition! harap semua part di ambil kira"...mungkin dia rasa x adil sebab aril kena komen bertubi2 tentang vokal yang xde peningkatan...tapi aku rasa x patut la dia interrupt time macam tu...hak judges untuk komen...hak guru untuk mengajar...dan hak peminat untuk mengundi...that's my personal view laa...
yazid-aku cinta padamu
komen aku yang pertama...aku lagi suka yazid nyanyi compare ngan jamal abdillah..jgn marah untuk peminat jamal..huhuhu...time komentetiba edrie dah sentap "memang la ni bukan vocal competition...tapi takkan la kita nak bagi orang yang xleh nyanyi jadi juara akademi fantasia!" komen yang bernas sebenarnya...aku rasa lagu aku cinta padamu memang susah nak dinyanyikan oleh lelaki...aura siti nurhaliza untuk lagu ni terlampau kuat...kesannya...bila part korus, aku suka yazid nyanyi lagu ni dengan style rock, tapi bila part yang awal tu, memang x masuk sangat...komen adlin, "rambut ko nampak basah. ko pakai wet look ke? basahkan sikit ati ko...ati ko kering sangat la!!" aku tatau la...komen adlin sangat witty laa...walaupun pedas, tapi bernas...he is the best judges la aku rasa untuk AF ni so far (untuk AF7 la...sebelum ni komen dia ada gak yang merapu)...go adlin!!!
akim-destinasi cinta
masa memula dia masuk pentas...aku terkejut...ingatkan rizu yang kat atas pentas tu...rambut dia sangat rizu ye!...baju dia pun ada style...sesuai dengan persembahan dia...vocal dia ada beberapa part yang masih weak especially low notes...tapi persembahan yang sangat entertaining...aku rasa dari segi showmanship, memang menarik...the best for tonite (bagi akula)...komen edrie, akim kena pk konsep apa yang akim nak bawak...lagu ni tak sesuai dengan awak...awak patut pilih lagu yang sesuai dengan konsep awak- erk...komen yang bagus tapi dia ni faham tak yang lagu pelajar ditentukan oleh produksi...kalo nak tentukan konsep apa, itu OIAM...bukan AF...si edrie ni pernah tengok AF tak sebelum ni?
ok, cikgu siti hajar pun nak enterframe gak...dia komen balik...lagu pelajar bukan mereka yang pilih...tapi diberi...itulah cabaran namanya...aku rasa komen ni appropiate la...sebab si edrie tu macam tak pernah tengok af la pulak gayanya...
isma-kerja gila
isma totally nampak lain...persembahan dia nampak mengalir dengan bagus...persembahan rock dia nampak natural, tak macam aishah yang nampak macam dibuat-buat...cuma ada part yg dia jerit "gila kan kau!" tu kena jaga sket...sebab pitchy sket la...tapi komen amy bagus la..."awak minat pop...tapi malam ni, awak rock!!!"...walaupun adlin komen dia sekadar imitation yang berjaya (xde feel sebenar)...tapi aku rasa bagus untuk orang yang makanan dia lagu pop! adlin x kata dia teruk, tapi isma dah ada basic, so adlin nak demand sket bab persembahan...maksudnya she rises the bar!
(komen siti yang sepatutnya: isma, you are the best...but stop pretending to be like me! hahah...perasan tak yang cara isma bercakap, lemah lembut, baik...semua cam siti? lagi pulak masa dia nyanyi lagu ditaman teman masa tolong qhaud dalam diari minggu lepas...ke tu perasaan aku je?)
rubisa-tiada lagi
erk penari latar rubisa macam pelakon yang terlepas dalam "mataku nampak hantu" kat Astro semalam...hahaha...vocal dia a lil bit pitchy here and there...tapi overall menarik...masalah pelajar perempuan, semua menyanyi dengan baik...tapi there is nothing special to remember...penghayatan rubisa dengan lagu tu bagi aku cukup berkesan (cuma tak perlu la sket2 nak pegang rantai dia)...aku dah mula suka dengan vokal rubisa...sebab sebelum ni masa dia nyanyi lagu matahariku, aku tatau apa yang orang dok puji sangat pasal dia...xde la sedap mana...tapi masa tu dia sakit tekak...sekarang baru aku perasan vokal dia bagus!
hafiz-cinta ini
aku lagi suka arrangement kali ni berbanding dalam album siti...sebab lagu ni rancak, untuk masukkan dalam lantera timur, kena inject element ethnic fusion...so agak pelik lagu yang rancak ngan bunyi tradisional...so, untuk arrangement hafiz, xde la bunyi etnik yang ala2 terpaksa...persembahan yang menarik...cuma bagi aku, persembahan dia macam xde klimaks...takde punch dalam persembahan dia...macam ada something missing...obviously not his voice but mb macam komen amy, mungkin gesture untuk persembahan dia...komen siti sangat baik la...cuba ko bayangkan kalo syafinaz yang duduk situ, for sure semua kena kutuk sebab rosakkan lagu dia...hahaha
part VT dia sangat tak perlu! benda tu dh settle kan kat dalam diari? apa motif nak tunjukkan time konsert?? nak bagi undi dia naik ke??? sangat tak perlu ye!!! biarlah orang nilai berdasarkan bakat...bukan bab remeh temeh macam ni!
sidi-ku milikmu
persembahan dia ada improvement...tapi aku rasa kalo rizu yang dapat lagu ni, for sure dia akan bawak dengan lagi meriah (err...im not a fan of rizu...u can read my post on OIAM3 before...tapi naper ek aku asyik mention nama dia je kali ni? huhuhu)...komen adlin "percubaan ko x bergerak tu, kira boleh la, aku leh terima la...ko leh gerak masa menuju puncak...perlu lebih latihan macam mana ko berlatih menuju puncak!" aku rasa komen adlin memang bagus la kali ni...ke sebab dia baik ngan tiara? x kisah la...sebab aku rasa komen dia memang bernas!
zizi-aku dah bosan
aku rasa baju dia yang paling sesuai dengan konsep rock kali ni...aweera pernah bawak lagu ni masa konsert OIAM...and aku lagi suka Zizi punya version...huhuhu...cuma aku rasa macam lagu ni banyak sangat repeatition dan tak menguji vokal dia sepenuhnya...nothing bad but nothing special...
teori konspirasi 1: mungkinkah kerana banyak persembahan pelajar kali ni tak mencapai par yang sepatutnya so pihak produksi terpaksa "bikin drama" (eg. siaran tergendala, cikgu2 enterframe komen judges and VT hafiz semua tu)? tu teori aku je tapi leh jadi ada benarnya gak kan? huhuhu...
tang lagu bonus...aku suka dengan vokal semua pelajar, baik lelaki mahupun perempuan masa nyanyi lagu Jerat Percintaan dan Isabella! Good job guys!!!
keputusannya:
ZIZI dengan RUBISA terkeluar...nak kata aku terkejut sebab dua orang sekali terkeluar, x jugak...sebab dalam AF macam-macam boleh berlaku...masih speechless sebenarnya...base on performance, aku rasa qhaud agak lemah...but to put blame 100% on him, x patut gak...aril pun is not that great...sama gak ngan aishah and yazid (banyak la pulak yang bukan pilihan aku...hahaha)...tapi keputusan dah pun dibuat...sure diari akan sunyi tanpa perangai gila2 zizi tu...all da best for both of you!
teori konspirasi 2: undian AF mula merosot, dengan buang 2 pelajar sekaligus, wake up call untuk orang kat luar sana untuk undi pelajar kegemaran diorang...mungkinkah???

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 4

Transformasi bermula...kali ni pelajar lelaki akan menyampaikan lagu Dato' Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan akan menyanyikan lagu dari ikon rock Amy Search! Aku rasa excited gak nak tengok macam mana budak-budak ni akan warnakan lagu Siti. Cuma aku rasa pelajar perempuan akan banyak masalah. Bukannya apa. Siti boleh menyanyikan pelbagai genre lagu, so persembahan lelaki agak menarik (ada rentak etnik, pop rock, balada)...tapi untuk Amy cuma ada rock sahaja (ye, ada slow rock, hard rock...tp tetap rock gak kan namanya tu)...no offence to Amy's fan, but if I have a choice...I'll choose to have the girls sing lagu from M Nasir...lebih banyak variasinya...

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 4

Akim - Destinasi Cinta
Lagu yang ceria. Kalau ada koreografi yang menarik, leh jadi memorable.

Qhaud - Di Taman Teman
Sangat menarik untuk ditonton. Aku suka lagu ni. Lagu ni starting aku rasa ada unsur Aduh Saleha. Sesuaila kiranya ngan Qhaud.

Hafiz - Cinta Ini
Ni lagu apa ek? Hahaha...aku kena cari balik album Siti (unless ni lagu dalam album baru la kan!) huhu

Sidi - Ku Milikmu
Aku memang tak berapa suka lagu Ku Milikmu...dan aku terkejut bila Sisi yang dapat lagu ni...Aku rasa sidi lebih sesua bawak lagu ballad...satu cabaran untuk dia sebenarnya minggu ni...

Aril - Lakaran Kehidupan
Lirik lagu ni SIti yang tulis..(kalau aku tak silap la)...lagu yang rancak...Aril patut boleh bawak lagu ni...

Yazid - Aku Cinta Padamu
Siyesli...aku rasa Yazid ngan Sidi ni tertukar lagu...huhuhu...persembahan Yazid untul lagu ballad sebelum ni agak mengecewakan (penghujung rindu)...so, lets wait apa pembaharuan kali ni...

Lagu Bonus Pelajar Lelaki - Jerat Percintaan

Claudia - Suralaya Dalam D Major
Hahaha...aku tatau lagu ni...dan aku akan start cari lagu ni...

Isma - Kerja Gila
Aku pernah dengar lagu ni...aku rasa agak mencabar untuk seorang ibu beranak lima nak nyanyi lagu ni...really hope Isma can do this

Zizi - Aku Dah Bosan
Dari segi suara, aku tak rasa zizi akan hadapi masalah dengan tugasan kali ni...dia pun sangat energetik...antara persembahan yang aku tunggu

Rubisa - Tiada Lagi
Cabaran utama rubisa ialah untuk melarikan diri dari imej amy, sebab lagu ni bagi aku sangat sinonim ngan amy (walaupun penyanyi asal lagu ni mayang sari!)

Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Kalau tak silap aku, lagu ni la kan yang duet rabbani ngan awie tu?? (kalau tak silap la, sebab honestly, aku tak banyak tau lagu Amy Search, cuma kejoraku bersatu, Fantasia bulan madu, ngan Isabella je kot yang aku suka dan minat!)...tak leh komen apa tentang aisyah...just wait n see.

Lagu Bonus Pelajar Perempuan- Isabella

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Konsert Minggu Ke-3 - Akademi Fantasia 7


Masa mula-mula tengok list lagu, aku rasa seronok gak. Apa taknyer, most of the song memang aku tau. Cuma apabila lagu-lagu malar segar macam ni dikumpulkan dalam satu konsert, takut audiens akan rasa boring....starting je aku dah terlepas tengok diorang nyanyi menuju puncak...salahkan narul for this...hahaha...ni komen aku untuk performance malam ini

yazid-pawana
antara persembahan yazid yang terbaik setakat ni...dia nampak lebih konfiden dan menyanyi tanpa perlu menjerit kat hujung lagu (alaa...typical kalo orang bertanding nyanyi lagu rock)...cuma baju dia sangat buruk...baju biru belang2 kuning tu wajar dibakar sahaja...huhuhu

aril-andainya aku pergi dulu
aku suka arrangement lagu ni...aku suka gak suara aril...tapi minus dengan suara harmoni obri yang macam tak masuk langsung...lagu yang sedap dan di bawa secara sederhana (x over) oleh aril...cuma tang baju, t-shirt kat dalam tu nampak sangat murah...cam beli kat pasar malam je...jaket tu dh nice...kalau hitam lagi cantik kot...

claudia-lama tak jumpa
suara dia dah nampak identiti tersendiri..cuma appearance dh ada unsur dayang...cuma tinggal nak blonde kan rambut and buang legging tu...bab baju sleeveless tu dh ada cam dayang dah...huhuhu

rini-seloka anak remaja
aku suka dengan persembahan rini...her best perfomance to date! dan bila ada penari, baru terasa kemeriahan AF...cuma pada certain part, facial expression dia nampak risau...tapi overall memang menarik...cuma aku tak berapa berkenan ngan komen adlin...dah beberapa minggu komen dia asyik menyentuh imej bertudung rini...komen dia bernas, tapi tak perlu ye kaitkan ngan isu tudung...just komen je la utk lebihkan attitude...antara persembahan pilihan aku minggu ni...

qhaud-pilihlah aku
aku memula rasa kuciwa dengan starting dia...low note yg sangat rendah...luckily bila part chorus dia nampak all out...dan aku sangat suka bila students dilibatkan sekali dalam persembahan...bukan setakat terpacak dan nyanyi..dan harmoni untuk backup singer sangat menarik...qhaud also impressed me...he can move!

akim-anak gembala
baju dia cantik...seluar dia cantik...aku akan buang jaket tu, dan amik jaket aril n dye kan warna hitam...aku memang suka lagu anak gembala...back up singer pun best...cuma part alun tu masih kurang sket...dan suara dia macam x blend dengan muzik...apa pun good attempt la!

rubisa-angan-angan
aku suka persembahan rubisa...cuma aku rasa lagu ni terlalu comel untuk dia...mungkin lagi best kalau aisyah atau anith OIAM yang nyanyi lagu tu....aku suka ngan komen adlin sebenarnya...komen dia bernas walaupun kadang-kadang agak pedas....oh ye, baju dia nampak macambaju tidur...perlu ke baju merah pastuh rantai pun merah segala??? legging biru tu macam pinjam zizi punya masa last konsert...

zizi-ini rindu
dia nampak muda...nampak cantik...cuma legging hijau tu sangat menyakitkan mata...persembahan dia nampak menarik...rapping tu pun bagus gak sebab aku expect budak laki yang akan buat part tu...nyanyian dia lembut, cuma part tinggi tu memang betul la...agak nyaring...apa pun, aku suka persembahan zizi malam ni...masuk part ni aku tetiba kagum ngan isma...setakat ni dah berapa banyak dia jadi backup singer....bagus la dia ni!

sidi-hanya di radio
first thing first, jaket dia akan kutukarkan dengan si yazid...suara dia best tapi there is nothing interesting...aku suka ngan komen adlin kali ni...baju orang bagi, lirik memang dah ada...kau cuma perlu menyanyi je...dan ko tak buat apa2...sekadar menyanyi je...tak tau la, sejak ngan emelda...laser dia nampak bernas (walaupun kadang-kadang pedas gak)...dan ending ngan duduk/melutut tu sangat klise dan predictable...sejak keifli wat cam tu masa nyanyi berhenti berharap, sumer orang nak tiru...boring ar...

obri-abang beca
sumber hiburan aku dah berakhir!! aku baru nak kutuk dia macam masa nyanyi lagu jeritan batinku...tapi ekceli persembahan dia not that bad...cuma mekap dia agak tepung gomak dan shirt kat dalam yang berwarna-warni tu sangat tak sesuai...tapi overall, x de la buruk sangat...cuma aku rasa suara dia sangat raw...credit to him sebab dia nampak bersungguh time belajar...cuma lets face it la..suara dia sangat biasa...sebosan2 persembahan sidi, sedap gak suara dia...si obri ni menarik to see, tapi not that pleasant to ear...btw, walaupun komen adlin agak harsh, kudos tu obri dia take it as a man (tanpa sebarang insiden mata berkaca)

aishah-mata
aku suka baju dia...nampak cantik dan sesuai dengan dia...dia ada pesona bintang...tapi persembahan dia macam menurun dari minggu ke minggu...part korus pun macam tak all out...her best performance still masa konsert pertama...dan suara latar bebudak lelaki tu sangat annoying!

isma-rambu ramba
minggu ni dia nampak lai sket...dia nampak cantik...dari segi performance, aku rasa lagu ni tak sesuai dengan dia...lagu ni cheeky dan perlu lebih lincah...dia nyanyi sedap tapi macam tak berapa masuk dengan personaliti dia...suara dia ngan muzik macam tak berapa blend...aku tak salahkan dia sebab lagu tu memang macam tu...dia memang konsisten, baik dan sangat motherly ..by helping others as backup singer, dia secara tak langsung memperbaiki mutu vokal dia...tengok je la mila...awal2 macam hazab gak...tapi kat hujung2 dah makin best...tak sia2 dia jadi back up singer kawan2...huhuhu...

hafiz-mat disko
persembahan hafiz diselamatkan oleh suara dia...aku tatau saper yang masukkan lagu ni dalam senarai tugasan...memang tak sesuai...baju dia pun ala2 baju cleaner kat supermarket...tapi persembahan dia x mengecewakan...dia boleh menyanyi dan menari...dia menarik minat orang dengan suara dia, tanpa perlu sebarang kontroversi dan drama dalam diari...btw, aku suka dengar si hafiz ni nyanyi lagu pantun budi masa dalam diari...harap konsert akan datang dia dapat lagu melayu tradisional...

my top 3 performance is Hafiz, Isma and Rini....persembahan yang aku rasa agak membosankan is aishah dan sidi...dan anugerah pelajar cemerlang bagi aku layak untuk isma...maklumlah setelah seminggu diari penuh dengan drama, bagi aku isma menunjukkan contoh yang baik...tolong jadi back up untuk semua orang dan x jadikan alasan untuk buat persembahan yang menarik

dan keputusannya: OBRI dan RINI yang terkeluar...aku rasa tak patut sebenarnya, Rini memang nampak sangat banyak peningkatan...begitu jugak dengan Obri...dia nampak rajin belajar dalam kelas...beza benar kalau bandingkan dengan jeritan batinku dulu (ke lagu tu memang susah nak jadikan sedap? ingat tak andrew masa Malaysian Idol dulu? pun x sedap jugak nyanyi lagu ni...huhuhu)..nampak macam tak adil tapi siapa kata AF ni adil? Kalau tak, takkan la si Adilla tu yg terkeluar dulu...apa pun keduanya keluar dengan bermaruah!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dan inilah dia...


Klik untuk gambar yang lebih besar.
Kredit gambar untuk
Sultan Muzaffar dan Ajami Hashim


Dan inilah 14 pelajar Akademi Fantasia 7. Agak sedih sebab Faezah tak dapat masuk. Dan aku sendiri tak sure dengan peserta lain sebab tak pernah dengar diorang nyanyi. Ini antara komen aku bila tengok Tirai AF7 malam tadi.


1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
Aku memang suka dia (entry sebelum ni aku ada cakap aku nak dia masuk AF7). Suara dia best. Tengok, dia jenis yang ceria dan gila-gila. Cuma, aku rasa dia kena cari imej yang sesuai. Memang rambut ala serabai tu trend zaman sekarrang, tapi dia kena lebih stand out. May be a make over ke?


2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
Orangnya hensem (dan aku rasa baju promo dia yang kaler merah tu sangat tak sesuai untuk dia!) Sejuk je mata memandang.Masih bujang - so undian sure akan mencanak naik (dari anak dara, sampailah makcik2 yang nak buat calon menantu). Bila tengok trek selebriti, dia nampak humble. Aku rasa dia ni jenis reserved, lepas kenal orang baru dia akan unleashed his true character. Tp better unleash cepat, kang nanti susah dapat undi pulak!


3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
Tak dinafikan, aku rasa dia ni yang paling menonjol dan nampak out spoken. Cuma kadang-kadang, terlampau menonjol boleh disalah tafsir as over confident. Just tone down a bit but keep your bubbly side. Mungkin akan digilai budak2 yang urban, tapi susah sket kalau nak mengharapkan undian dari makcik-makcik kat kampung.


4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
Takde komen sebab aku tak dengar lagi suara dia. Time Tirai kedua tu pun, dia tak nampak menonjol (walaupun time tu besday dia! In fact, si Aril tu yg lebih menyerlah!) So, just wait and see!


5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
Another Mawi! Possible fan demografik yg luas. Cuma, bahayanya orang akan keep comparing him with Mawi. We dont need another clone. Walaupun dia nyanyi cara dia, orang akan keep comparing ngan Mawi (tengok jelah masa Siti dulu, habis Syura, Siti Nordiana, Liza Hanim, Elly Mazlein semua dikutuk as clone Siti!). Qhaud perlu buktikan yang dia ada cara nyanyian yang tersendiri. Err, bila nyanyi tu, mintak sangat dia tak buat mimik muka yg nampak payah sangat nak nyanyi. Pendek kata macam muka Mawi laa time nyanyi. Walaupun tak seover muka Rizu OIAM3 (upsss...terkutuk pulak! x sengaja...haha), tapi kena kurangkanlah!


6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
Aku rasa dia akan jadi abang untuk budak-budak AF ni. Macam Azizi AF1 dulu lah. Antara yang memiliki tone suara yang bersih bak kata Cikgu Siti Hajar (selain Qhaud dan Yazid). Dia pun aku rasa jenis reserved gak. Dia kena open up!


7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
Dia pandai menari. Fotogenik. Tone suara sedap. Dia kena cari identiti sendiri so that orang akan keep remembering him even after AF.


8. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
Macam aku komen dulu. Dia macam jelmaan Deja Moss + Dayang Nurfaizah (and all of them are Sarawakian!).


9. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
She will be a sister figure, same as Saida. Cuma dia perlu menonjolkan bakat yang ada. Mungkin cabaran untuk dia kalau dapat lagu fast number + kena menari segala, tapi if Saida yang dah berapa orang anak pun leh menari Dokter Cinta, Im sure you can! Go sis! (teringin nak tengok adakah kakak tomok ni ada sindrom mata berkaca setiap kali judges bagi komen macam Tomok gak. Manalah tahu kan, its genetic. Hahaha)


10. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
Nas Adila. Hmmm, bagi aku dia nampak baik dan humble. Tapi bila dia cakap depan kamera, sangat jawapan artis. Nampak macam fake dan terlalu tersusun. You got the talent. Its now the time for you to show Malaysia who is Nas Adilla yang sebenar. Otherwise, you wont be remarkable. Just show us another side of you that we didnt know!


11. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
Aku memang suka dia. Dia cantik yang klasik. Nampak ayu. Kira leh masuk Gadis Melayu la lawan dengan Zehra Zambri. Huhuhu. Dan aku rasa dia pun gila-gila gak macam Stacy. Suara dia serak-serak basah. Sangat unik. Dia paling menyerlah bagi aku dalam pelajar perempuan selain Aishah (sebab keck) dan Rini (sah-sah lah dia sorang je bertudung. Kalau tak kenal gak, tak tau la.huhu) Dan aku rasa mungkin aku akan vote dia!


12. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
Aku x berapa ingat dia kat MyStar LG. Tapi bila sesi pengenalan, dia nyanyi lagu sayang musalmah kalau aku tak silap. Dan aku suka!


13. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
As my comment earlier, personality wise dia memang sangat menonjol. Lagi pulak dengan tabiat latah dia. People will easily attracted to her. Dia kena seiringkan suara dengan karakter dia. cuma, aku rasa since dia terlalu muda, mb dia antara yang buat drama air mata (even dalam kem muzikal tu pun dah ada drama!) Just be strong. Cengeng sangat orang x suka la dik!


14. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
Kalau tak silap aku, dia ni top 40 dalam OIAM3 kan? Kau tak dapat menyanyi satu stage dengan Tomok, skarang share pentas ngan kakak Tomok pun kira ok la! Tak leh komen suara dia sebab tak dengar lagi. Cuma nasihat aku, kalau kau memang bertudung, just stick ur stand untuk orang wardrobe Astro (contohnya, jangan dedah leher ke), but if you okay with that its up to you. Cuma jangan bagi bagi diorang nak eksperimen gaya tudung dengan ko. Ingat lagi tak, gaya Heliza masa final AF dulu?

Baju yang menjadi mimpi ngeri bagi Heliza sampai sekarang kot! Dia nampak macam Cicakwoman. The costume (yes, its totally not a clothes!) didnt do any justice to her!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pasti berjaya di Akademi Fantasia!


Aku minat dengan AF. Kali pertama mengikuti AF, semasa musim kedua. Musim yang paling aku minat, musim kedua dan ketiga. Musim yang paling aku tak minat? Musim keempat! Musim kelima momentum mula naik dan musim keenam, aku rasa agak menarik (walaupun tidak dapat menyaingi 2 musim favourite aku!)

Kenapa anda ingin menyertai Akademi Fantasia?
Tolonglah...fikirkan jawapan lain untuk soalan ini. No more "Saya nak cuba tunjukkan bakat saya" or "AF adalah platform untuk saya bla bla bla..." Paling aku minat untuk jawapan soalan ini, adalah jawapan Qhaud, "Niat nak masuk AF tu memula nak belajar, menyanyi dengan betul, menghiburkan orang, dan nak jugak jadi juara!" Jawapan yang sangat jujur dan tidak berpura-pura.

10 Calon Pelajar AF7 - Tirai Akademi Fantasia (Episod 1)
Berikut adalah pandangan peribadi aku tentang 10 calon pelajar malam tadi.
Aril - Adik kepada penyanyi Izwan Pilus. Aku rasa, suara dia sedap. Tapi terlalu banyak penyanyi yang bawak style macam tu (baca: Nine OIAM3, Aizat AF5, tu belum masuk segala band indie yang lain). Kelebihan dia mungkin dari segi tarian kot.

Sidi - sekali lagi. Tone suara dia sedap. Tapi macam Aril jugak, the style is almost the same. Bagi aku sukar untuk dia survive kalau masuk AF7. Style almost the same as others, lack of personality (dia nampak sangat baik, maklumlah anak pensyarah!). AF is all about drama. Kalau personality kau tak strong, susah nak kumpul fan base.

Akim - masa memula tengok, what are u doing ngan rambut ala2 x sempat sikat tu??! Tapi bila dia nyanyi lagu Axl's - Akulah Kekasihmu tu, aku terus suka (yes, it's easy to please me, just sing lagu2 tangkap leleh macam tu. Sure aku suka. Hahaha). Bukan apa, berapa ramai orang yang bawak lagu macam tu sekarang?Kelainan macam tu lah yang orang akan ingat. Aku harap dia dapat masuk AF!

Yazid - Dia boleh menari dengan sangat baik. Suara dia sedap. Aku suka dia nyanyi lagu Jamal Abdillah tu (See, now you see, I always give positive feedback pada orang yang nyanyi agu yang aku suka...haha), tp personaliti dengan song selection dia macam tak kena. Dan dia sangat mengingatkan aku pada Bony The Lima tu.


Zizi - aku dengar je suara dia, aku terus suka. Terutama bila dia nyanyi lagu Rama-Rama tu! Bila tengok dia, aku teringat Stacy. Sebab aku rasa dia ni pun mesti stok gila-gila jugak. Aku nak sangat dia masuk AF!!

Faezah - kita dah ada student AF yang ayu bertudung (Heliza), dan kontrol ayu bertudung (Salima, aku tatau kenapa dia nampak gedik. Kalau ikutkan, biasa je dia ni. Budak remaja memang macam tu pun. Mungkin sebab aura Mawi sebelum tu sangat kuat. So, orang xleh terima lagi perempuan bertudung yang nampak hip macam Salima. Lagi pulak dia kan Qariah dan berzanji segala. Teori aku lah!). Faezah bagi aku nampak innocent, tapi bila menari memang aku tabik la. Suara dia pun best. Dia boleh nyanyi lagu asli. Pandai bercakap pulak tu! Antara calon favourite aku untuk masuk AF7!

Claudia - bila Sarimah suruh tutup mata dan agak macam siapa. aku rasa suara dia macam Deja Moss sebenarnya. Powerful. Tapi bila tengok close-up. Dia nampak sangat Dayang! Tang suara, aku suka. Tapi macam aku cakap, suara je is not enough. AF fan dah terbiasa dengan drama. Kalau kau ada vokal semata-mata, baik kau masuk OIAM. Orang sana lebih menghargai bakat. (Tapi kalau bakat je, susah gak nak glemer kan? Kalau tak kenapa Ab OIAM2 masuk AF pulak? Aku pun tatau jawapannya. Huhuhu)

Aishah - dia nampak macam Nadia AF6. Pandangan aku, macam Kak Ani gak, semua orang boleh menyayi lagu pop, tapi x ramai leh nyanyi lagu tradisional. Dan Aishah boleh menyanyi lagu tradisional. Memang kali ni aku rasa peserta perempuan sangat fight la. Semua ada suara.

Adalah bodoh untuk ASTRO kalau tak masukkan dia dalam AF7. Tabiat melatah dia tu is a big asset untuk orang hook-up nak tengok diari AF!

Qhaud - another Mawi i would say. Tapi aku suka. Makcik-makcik kat kampung pun mesti suka. Aku suka dia nyanyi lagu Ibnor Reza tu. Ada part yang lenggok dia sangat tradisional sket bunyi dia. Tapi aku suka gak. Maklumlah, Qari katakan. Advantage sebab qari selalunya pandai melenggokkan suara dan alunan yang best. Antara my favourite!

Adila - dia ni penyanyi tradisonal dulu kan? Ekceli, aku rasa dia nyanyi lagu Mulan Jameela tu biasa je. Tapi agak menarik kalau ada artis rakaman dalam AF.

So, siapa yang akan masuk AF? Tunggu je lah Tirai Akademi Fantasia (Episod 2) malam ni, pukul 9.00 malam dia Astro RIA!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails