YANG AKU SUKA

  • Aku suka dengan 'drama' masa pelajar nyanyi lagu 'Lucky'. Sangat menarik

  • Aku suka dengan pakaian majoriti pelajar. Ada transformasi. Nampak semakin menarik.

  • Aku suka idea untuk menyuruh pelajar untuk berduet. Cabaran untuk mereka supaya tak di outshine oleh their duet partner.

YANG AKU TAK SUKA

  • Aku tak suka dengan vokal pelajar masa nyanyi lagu 'Lucky'. Harmoni entah ke mana!

  • Aku tak suka dengan pemilihan pasangan diorang. Adakah sebab ASTRO nak tonjolkan bekas pelajar yang dah mula suam-suam kuku, maka diorang di gandingkan sebarangan dengan pelajar AF7? Nampak sangat beberapa orang partner duet yang terpaksa menanyi dengan low note yang bukannya dalam range biasa diorang. Tak percaya? Cuba dengar balik part Marsha, Farah ngan Heliza. Aku rasa key diorang terpaksa direndahkan untuk sesuaikan dengan range pelajar AF7. Patutnya itulah benda pertama yang paling penting masa tentukan duet partner. Range diorang sama ke x. Bukannya, oohh Akim ni nampak comel dan lively, so kita combine ngan Farah. Qhaud ala2 imej budak baik, so kita couplekan dia ngan Heliza! That's totally wrong!!!!

  • Aku tak suka dengan kezutan yang sangat predictable! Isma menyanyi dengan suami dia, aku rasa semua orang yang tengok AF dah boleh agak mesti laki dia muncul. Claudia jumpa anak dia - aku rasa still tak boleh saingi masa hampir satu dewan tersenyap (campur penonton kat rumah) bila Mas meluru dan cakap "Anak aku!" masa AF2 dulu. The same goes to main suap-suap tu. Remeber, AF2 Misha Omar suapkan cekodok kat Zahid??


Isma & Zul 2 by 2 - Kau Mawarku

Isma nampak cantik (cuma hairstyle dia nampak totally out dengan baju tu). Dari segi vokal, aku tak setuju bila Khadijah Ibrahim kata dia tiru Siti. Dia cuba untuk tidak dibayangi Siti. Persembahan Isma yang aku rasa terburuk setakat ni! Aku x kisah nak tunjukkan kemesraan kat atas pentas tu, tapi biarlah berpada (walaupun honestly, aku tak kisah pun ngan scene tu..cuma kena fikir sensitiviti rakyat Malaysia la). Aku faham yang Zul pun nak menunjuk gak yang dia boleh menyanyi, but this is your wife's moment. Dia patut up kan lagi persembahan Isma, bukannya overshadow masa adlib kat tengah2 lagu.

Akim & Farah - Jika Kau Tiada.

Tang ni aku sangat setuju dengan komen Adibah Noor. Suara Akim mendatar tanpa sebarang expression. Macam aku cakap, x adil untuk Farah sebab lagu ni agak rendah untuk dia. Tapi bayangkan la, dalam note Farah yang rendah tu, aku masih rasa dia entertaining dan fun to watch. Pergerakan yang nampak terlalu rehearse. Penari latar tu pun sebenarnya tak perlu sangat. Buat semak pentas je. Tak perlu sampai 3 couple penari kat atas pentas tu!

Qhaud & Heliza - Aku Dibius Cinta

Mula si Qhaud nyanyi, aku dah excited. Lagi sedap compare ngan Yusri (obviously lah kan! huhu). Tapi masuk part Heliza...memang takde chemistry langsung! Nak salahkan Heliza pun x leh gak. Tone suara Heliza sedap dan bagi aku dia x pernah pun menyanyi sumbang yang keterlaluan masa zaman dia dulu. Tapi, notes dia terlampau rendah untuk dia. So, banyak part yang dia sumbang kali ni. Gandingan yang sangat tak sesuai (dari sudut vokal). Aku tak berapa berkenan dengan komen Adibah Noor. Walaupun dia mungkin bermaksud baik, nasihat dia seolah2 mengatakan yang Heliza la penyebab utama Qhaud sumbang. Kalo dia cakap 'serap energy dari partner supaya awak leh nyanyi lagi bagus' aku leh terima. Tapi 'awak jangan terpengaruh dengan partner duet awak. kalo dia nak sumbang dah. awak tutup telinga!'. Mungkin ni la amalan Adibah masa duet ngan Senario dulu kot. Hahaha. Masuk persembahan ni, aku dah boleh agak. Semua pelajar mesti ada part saling merenung mata, usap2 pipi...feeling segala, pastu terus hanyut, lupa ada audience kat sekeliling. Kira jadi persembahan syok sendiri dah pas tu!

Hafiz & Mila - Terlanjur Cinta

At last, ada gak yang dapat range key yang sesuai. Persembahan penyelamat setelah tiga persembahan awal membuatkan aku cam nak bakar TV kat rumah aku. Hahaha. Aku suka dengan persembahan diorang walaupun aku rasa, certain part menyebabkan aku nak AFUNDI MILA la pulak. Hafiz kena bijak untuk memastikan mila x overshadow dia. Bagi aku, persembahan yang bagus, cuma xde chemistry antara hafiz ngan mila. and it really shows. Almost perfect kalo xde scene drama sebabak yang nampak sangat fake!

Claudia & Vince - Kau Muzik Di Hatiku

Selepas persembahan yang menarik dari hafiz, claudia meneruskan momentum konsert dengan persembahan yang menghiburkan dengan vince. Not that bad but if u compare with jac, memang la x adil kan. Tapi persembahan yang menarik. Claudia manage to ensure that vince is not overshadowing her show. Memang bijak. Interaction dengan audiens pun bagus!

Aishah @ Aliff Aziz - Dua Hati Jadi Satu

Memula aku ingat dia akan nyanyi dengan dafi, bila si AC cakap Aliff, aku terfikir, bukan Aliff tu tgh PLKN ke skarang ni? Rupanya dengan Aliff Aziz...tak perlu ye si aliff tu nak menggedik kat TV tu...meangla lagu tu comel...tapi ko tak perlu la over sangat! In term of singing, nothing much to say sebab part dafi pun sket je dalam lagu ni...macam penyanyi latar pun ada gak...err...jap, ni komen aliff ke aishah? huhuh...aku sangat suka aishah dengan lagu ni. Aku rasa persembahan terbaik aishah (no 2 yang aku suka masa nyanyi lagu yuna dulu tu)...Aku suka sebab persembahan yang sweet, tak perlu pegang2 pipi or nampak horny atas pentas...penari latar pegang belon tu aku rasa menarik gak...cuma agak distract ngan 'bola-bola petrosains' kat atas pentas tu!

Yazid & Yazer - Terharu

Yazid nyanyi lagi gempak dari Faizal (yes, Faizal AF4 pernah nyanyi lagu yang sama masa konsert)...persembahan yang sangat energetik...tapi nampak la...bila part yazer, lagu tu nampak rock...bila part yazid, lagu tu cam nampak mendayu sket...tapi memang menarik...cuma part laga2 dada tu sangat tak perlu...aku rasa diorang macam nak wat kungfu cantum badan go-ten ngan trunks (Dragon Ball) lak...hahaha...lagi pulak bila baring ngan hentak kaki2 tu...ada la cam anak jiran sebelah rumah aku time nangis kalo x dapat aiskrim...hahah...overall, ok la!

Aril & Marsha - Aku dan Dirimu

Siapa punya idea persembahan ek? Sangat unik! Chemistry yang sangat bagus. Aku rasa dia patut dapat anugerah best student! aku bukannya suka sangat si Aril ni, tapi to be fair, malam tadi was phenomenal! Walaupun note marsha sangat rendah, tapi dia berjaya bawak lagu tu dengan baik! Gandingan yang sangat sesuai! AFUNDI ARIL! (untuk malam tu la...malam minggu depan kena tengok balik la!)

Sidi & Zahid - Cinta Yang Sempurna

Aku rasa nothing wrong dengan persembahan Sidi minggu ni. Tapi Zahid terlampau bagus untuk digandingakan dengan Sidi. Dan aku rasa range lagu ni lagi memihak kepada Zahid. Kesannya, sidi nampak tenggelam. Zahid ada presence atas pentas tu...cara dia interact dengan audiens...sedangkan sidi dengan gerakan yang terhad, dalam zon yang dia rasa selesa...kalau bandingkan dengan zahid, tone suara sidi biasa je..dari segi nyanyian memang sidi nampak sangat improve (sebab aku rasa dia patut keluar masa minggu ke 2-selamat ulang tahun sayang, atau minggu ke 3-hanya di radio, tu memang persembahan yang patut keluar)...tapi macam orang cakap la, sidi ada progress...tp too slow compared to others

Sidi tersingkir malam tadi. Kalau base ngan persembahan, aku rasa Qhaud patut keluar malam tadi...persembahan yang aku suka Aril, followed by Hafiz...Claudia, Aishah kongsi no 3...no 4 yazid!



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati