Gangguan Seksual


Aku baru balik dari course Industrial Relationship Management. Basically, kandungan kursus ni berkaitan dengan isu perundangan. Antaranya, tentang perkara-perkara yang membolehkan pekerja dianggap membatalkan kontrak seperti yang dipersetujui semasa menerima tawaran kerja, beberapa case study yang membincangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perusahaan (Industrial Court) dan lain-lain lagi.

Antara topik yang menarik perhatian aku ialah berkaitan isu gangguan seksual (sexual harrassment) di tempat kerja. Gangguan seksual adalah apa-apa aktiviti menjurus kearah seksual yang tidak diingini, bukan sahaja dengan cara perbuatan (meraba, memegang, menunjukkan isyarat/gambar lucah), tapi juga non verbal seperti menjilat bibir, makan dengan cara erotik dan provokasi dan sebagainya. Kalo mamat tu secara persistent telefon, dan ajak ko date walaupun ko dh cakap ko x minat, tu pun dah dikira sebagai sexual harrasment.

Memandangkan aku bekerja di plant, yang majoriti pekerjanya lelaki, kehadiran pekerja wanita pasti menyuntik semangat baru untuk semua. Memetik kata kawan perempuan aku, "Kalo ko kije plant, automatik ko dapat rasakan yang ko hot lagi popular, sebab ramai gila orang usha, walaupun zaman belajar dulu kalo jalan pun bebudak lelaki kat kolej x pernah pandang!" Tapi kadang-kadang, aku terfikir, tak ke gurauan dan usikan tu boleh jadi melampau, lantas menjurus ke arah gangguan seksual? Di bawah antara cerita yang pernah aku lihat/dengar dari kawan2 aku yang perempuan.


KISAH 1

Lokasi: Central Control Building (CCB), Kerteh

Budak trainee tempat aku, Ina (bukan nama sebenar) duduk depan komputer. Buat report dengan laptop. Semenjak dia report duty, makin meriah la pulak CCB. Ada jugak la bunga di antara kumbang. Seperti biasa, ramai lah yang mengusik.

"Aisy, makan ceklak (gula-gula) sorang2!"

"Nak ke??? Ina beli tak banyak. Tapi amikla." (Sambil tangan hulurkan gula-gula)

"Laaa. kopiko ke??? Yang ni tak best sangatla. Bagilah yang lain!"

"Mana ada gula-gula lain. Nak gula apa sebenarnya???"

"KISS ME!" (buat muka gatal sambil tunjuk pipi)



KISAH 2

Lokasi: Admin Office, Terengganu

Orang kat ofis dah kurang. Tinggal Wani (bukan nama sebenar) sorang je tengah siapkan report sebelum balik. Macam biasa lah, untuk perempuan bekerja dalam kilang yang majoritinya lelaki, mamat M datang ke meja. Saja mengacau.

"Wanginya mu Wani. Dari jauh boleh bau doh!" (sila baca dengan loghat Terengganu)

"Alaa, biasa je. Mana ada!" Senyum2 sket. Maklumlah orang dah puji!

"Dah la wangi, rajing pulok tu. Saing semua balik doh. Mu gok yang wak report. Berahi nengok mu camnih!"

"Wei!!! Apa ni!!!" Suara Wani berubah. Terjerit sket.

Nasib baik mamat tu cepat sedar. Cepat2 betulkan salah faham. Ye la, maksud mamat tu - suka tengok orang rajin camtuh. Berahi terengganu lain, maksudnyer suka/berkenan. Berahi tempat lain lak sure org paham cam ada konotasi berbaur lucah je. Mana lah si Wani tu tak jerit!



KISAH 3

Lokasi: Kawasan loji, Sabah

Fika (cuba teka, nama sebenar ke x?? Hahaha) masuk kawasan loji. Dengan juru teknik, warga tempatan. Masa cuba panjat reaktor, Fika tergelincir. Jatuh terduduk. Muka mula merah. Tahan sakit ngan tahan malu.

Juruteknik yang pada mulanya bantai gelak sakan, mula terdiam. Memang sakit gamaknya.

"Kau okay, bah??"

"Ok la jugak. Tak baik tau gelakkan orang! Sakit tau!!"

"Ye la. Sorry. Sakit lagi ke pan*at kau???"

Dan teruslah juruteknik tu kena hempuk ngan safety helmet. Bengang lah mamat tu. Rupanya, masih lagi soal bahasa. Maksud juruteknik tu, sakit lagi ke punggung tu sbb jatuh terduduk. Orang Sabah mmg refer punggung tu as pan*tat. Yang si Fika lak, dgr perkataan tu, sure ingat otak juru teknik lucah tahap x hengat!!!

So, nak salahkan saper lak kalo kes macam ni??? Huhuhu.

P/S: Nasihat untuk kaum wanita yang sedang/bakal bekerja di kawasan yang majoriti pekerjanya lelaki - tebalkan sket telinga tu ngan muka, sbb diorang memang suka mengacau cam tu.

P/P/S: Nasihat untuk kaum lelaki lak, nak mengacau tu, biarlah berpada. Kang kalo kena tuduh wat sexual harrasment, x memasal je kena tindakan. Tak dari pihak majikan pun, dari pihak perempuan tu sendiri. Huhuhu

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Cari Jodoh

Gambar ni aku dapat kat Tenet. Ada orang photoshop kan awek jepun ni pakai tudung. Cam comey la pulak. Huhu

Abaikan nama tajuk ni sebab entry ni bukan bertujuan untuk mempromosi lagu rasmi aku dan kawan-kawan kat Kerteh (tapi kalau siapa yang berminat, bolehlah cari lagu Cari Jodoh - kumpulan Wali dari Indonesia. Hahaha)

Apa yang orang cari bila memilih pasangan? Ada yang pilih berdasarkan harta, rupa, keturunan dan agama, tapi orang dulu2 ada kata...dari mata turun ke hati...maksudnya orang akan judge berdasarkan penampilan/rupa dulu la. Sebab tu gambar kat atas nampak cam calon menantu pilihan. Hakikatnya ........... (saper yg kenal awek atas tu mesti tau sbb apa! hahaha)

Manusia normally tertarik pada kesempurnaan. Itu memang dah semulajadi ada kat kepala otak kita. Tu sebabnyer wajah yang simetri pasti akan menarik perhatian orang (Yasmin Ahmad je yg try nak lari dari stereotaip tu. Tapi sedikit ketidaksempurnaan tu yang sebenarnya yang menarik. Contoh camner kita tgk suami tu suka tengok wife dia gelak, walaupun kalo bini dia gelak, orang pekak pun leh dengar...contohnya macam tu la. Refer pada karya Yasmin Ahmad untk iklan The Funeral). Jap, dah lari jauh dah ni. Ni mesti sebab selalu baca blog Kak Pnut. Selalunya merewang jauh giler sebelum balik ke topik asal (ampun Kak Pnut! Hahaha)

Kalo tanya pada lelaki (ni hasil kajian orang la, aku just tulis balik je, kalo salah, salahkan orang yang buat research tu!), lelaki tertarik pada perempuan yang ada ciri keperempuanan pada wajah diorang. Kalo dah perempuan mestilah ada ciri keperempuanan kan? Mesti korang tanya balik, tapi sebenarnya ciri keperempuanan tu berdasarkan hormon (yg ni aku x sure - estrogen kot, maklumlah aku bukan budak medic!) Antaranya alis yang lentik, mata yang bundar, bentuk muka bujur sireh. Tak caya?? Cuba tengok gambar bawah ni.


Kan??? Muka yang lebih feminin lebih menarik compare dengan muka yang lebih maskulin. Tapi adakah perempuan juga tertarik pada lelaki yang maskulin rupanya??? Percaya atau tidak, perempuan normally tertarik pada lelaki yang komposisi maskulin dan femininnya hampir sama.



Contohnya, gambar di atas, majoriti perempuan sudah tertarik dengan wajah sebelah kiri (tanpa perlu melihat gambar sebelah kanan). Tapi selera mereka berubah menjelang waktu subur. Time tu, diorang lebih tertarik pada komposisi yang lebih maskulin (so take note, kalo nak tackle awek time dia tgh subur, make sure misai janggut tu semua x shave sangat. Hahaha)


Antara fakta lain yang menarik:


  1. Mereka yang berpenampilan menarik lebih mudah naik pangkat daripada mereka yang biasa2 je.
  2. Manusia cenderung mencari pasangan yang mukanya ada ciri-ciri yang sama dengannya (sebab tu orang kata, kalo pasangan tu muka iras2...panjang jodohnya kot...huhu)
  3. Lelaki dan perempuan meletakkan kriteria paras rupa sebagai keutamaan dalam memilih pasangan untuk "one night stand". Untuk pasangan seumur hidup??? Perempuan memilih kestabilan manakala lelaki still stick ngan kriteria yang sama macam soalan pertama tadi! Haha (Ni memang hasil kajian tu ye! Bukan aku memandai2!!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails