
Aku baru balik dari course Industrial Relationship Management. Basically, kandungan kursus ni berkaitan dengan isu perundangan. Antaranya, tentang perkara-perkara yang membolehkan pekerja dianggap membatalkan kontrak seperti yang dipersetujui semasa menerima tawaran kerja, beberapa case study yang membincangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perusahaan (Industrial Court) dan lain-lain lagi.
Antara topik yang menarik perhatian aku ialah berkaitan isu gangguan seksual (sexual harrassment) di tempat kerja. Gangguan seksual adalah apa-apa aktiviti menjurus kearah seksual yang tidak diingini, bukan sahaja dengan cara perbuatan (meraba, memegang, menunjukkan isyarat/gambar lucah), tapi juga non verbal seperti menjilat bibir, makan dengan cara erotik dan provokasi dan sebagainya. Kalo mamat tu secara persistent telefon, dan ajak ko date walaupun ko dh cakap ko x minat, tu pun dah dikira sebagai sexual harrasment.
Memandangkan aku bekerja di plant, yang majoriti pekerjanya lelaki, kehadiran pekerja wanita pasti menyuntik semangat baru untuk semua. Memetik kata kawan perempuan aku, "Kalo ko kije plant, automatik ko dapat rasakan yang ko hot lagi popular, sebab ramai gila orang usha, walaupun zaman belajar dulu kalo jalan pun bebudak lelaki kat kolej x pernah pandang!" Tapi kadang-kadang, aku terfikir, tak ke gurauan dan usikan tu boleh jadi melampau, lantas menjurus ke arah gangguan seksual? Di bawah antara cerita yang pernah aku lihat/dengar dari kawan2 aku yang perempuan.
KISAH 1
Lokasi: Central Control Building (CCB), Kerteh
Budak trainee tempat aku, Ina (bukan nama sebenar) duduk depan komputer. Buat report dengan laptop. Semenjak dia report duty, makin meriah la pulak CCB. Ada jugak la bunga di antara kumbang. Seperti biasa, ramai lah yang mengusik.
"Aisy, makan ceklak (gula-gula) sorang2!"
"Nak ke??? Ina beli tak banyak. Tapi amikla." (Sambil tangan hulurkan gula-gula)
"Laaa. kopiko ke??? Yang ni tak best sangatla. Bagilah yang lain!"
"Mana ada gula-gula lain. Nak gula apa sebenarnya???"
"KISS ME!" (buat muka gatal sambil tunjuk pipi)
KISAH 2
Lokasi: Admin Office, Terengganu
Orang kat ofis dah kurang. Tinggal Wani (bukan nama sebenar) sorang je tengah siapkan report sebelum balik. Macam biasa lah, untuk perempuan bekerja dalam kilang yang majoritinya lelaki, mamat M datang ke meja. Saja mengacau.
"Wanginya mu Wani. Dari jauh boleh bau doh!" (sila baca dengan loghat Terengganu)
"Alaa, biasa je. Mana ada!" Senyum2 sket. Maklumlah orang dah puji!
"Dah la wangi, rajing pulok tu. Saing semua balik doh. Mu gok yang wak report. Berahi nengok mu camnih!"
"Wei!!! Apa ni!!!" Suara Wani berubah. Terjerit sket.
Nasib baik mamat tu cepat sedar. Cepat2 betulkan salah faham. Ye la, maksud mamat tu - suka tengok orang rajin camtuh. Berahi terengganu lain, maksudnyer suka/berkenan. Berahi tempat lain lak sure org paham cam ada konotasi berbaur lucah je. Mana lah si Wani tu tak jerit!
KISAH 3
Lokasi: Kawasan loji, SabahFika (cuba teka, nama sebenar ke x?? Hahaha) masuk kawasan loji. Dengan juru teknik, warga tempatan. Masa cuba panjat reaktor, Fika tergelincir. Jatuh terduduk. Muka mula merah. Tahan sakit ngan tahan malu.
Juruteknik yang pada mulanya bantai gelak sakan, mula terdiam. Memang sakit gamaknya.
"Kau okay, bah??"
"Ok la jugak. Tak baik tau gelakkan orang! Sakit tau!!"
"Ye la. Sorry. Sakit lagi ke pan*at kau???"
Dan teruslah juruteknik tu kena hempuk ngan safety helmet. Bengang lah mamat tu. Rupanya, masih lagi soal bahasa. Maksud juruteknik tu, sakit lagi ke punggung tu sbb jatuh terduduk. Orang Sabah mmg refer punggung tu as pan*tat. Yang si Fika lak, dgr perkataan tu, sure ingat otak juru teknik lucah tahap x hengat!!!
So, nak salahkan saper lak kalo kes macam ni??? Huhuhu.
P/S: Nasihat untuk kaum wanita yang sedang/bakal bekerja di kawasan yang majoriti pekerjanya lelaki - tebalkan sket telinga tu ngan muka, sbb diorang memang suka mengacau cam tu.
P/P/S: Nasihat untuk kaum lelaki lak, nak mengacau tu, biarlah berpada. Kang kalo kena tuduh wat sexual harrasment, x memasal je kena tindakan. Tak dari pihak majikan pun, dari pihak perempuan tu sendiri. Huhuhu


camna dengan peristiwa time emergency exercise yg ada org tu pernah kena? asyik cite sexual harass pasal perempuan jer.. laki pun bleh kena sexual harass gak... hehehehe
jikalau lelaki meng-harass lelaki, cmne pulak?huhu
that's why
takut la gangguan seksual neh
nak2 lagi kat pantai timur
omegot
selamat berpuasa
Kita orang perempuan dah tak boleh elak dah bab-bab gangguan seksual ni. Daripada selekeh-lekeh kutu jalan sampailah golongan professional, memang ada lelaki yang otak dia ke arah itu saja. Diorang tak boleh blame orang lain kecuali diri sendiri.
narul - saper ek orang tu??? lupa lak! hahaha
mangifera - kenapa tanya??? ada pengalaman ek??? hahaha
izzi - xde maknanya nak takut datang pantai timur...mana2 pun sama je
dona - "dari seselekeh kutu jalanan hingga professional"...hahaha...memang its in our gene kot...(tp sebenarnya different org, different perspective kn...mungkin bg org tu stakat gurau je...cuma bagi org lain benda tu offensive)