First thing first, Marrion sangat cantik malam ni! Dress hijau tu memang padan dengan dia. Talk about elimination, Rizu terkeluar minggu ni. Agak memeranjatkan sebab aku rasa Simon lebih layak keluar berdasarkan persembahan minggu lepas. Rizu memang pandai mewarnakan lagu dengan gayanya yang tersendiri. Cuma kadang-kadang, aku rasa sikap dia yang over confident tu boleh disalah tafsir sebagai arrogant. Aku rasa masyarakat mula kenal siapa dia dan satu permulaan yang baik untuk dia terus berada dalam bidang ni (at least takde la macam orang tertanya, saper mamat yang menang AIM best new artist tu - kes aku masa memula tau dia menang AIM dulu...huhuhu)
Secara keseluruhannya, persembahan peserta malam ni memang sangat menarik. Dan tiada lagi imuniti untuk minggu ini dan seterusnya...segalanya terpulang kepada rakyat Malaysia.
tomok-umbrella
dia memang pandai mengatur strategi bagi memastikan persembahan dia menarik. Sebenarnya, bukan sesuatu yang baru untuk dengar lelaki nyanyi lagu ni. In fact, aku ada video satu kumpulan (aku lupa nama grup tu) yang nyanyi lagu ni, video klip siap tiru video klip asal...memang lawak la...tapi memang best suara diorang....ok, back to tomok...aku rasa dia mula dengan konfiden...showmanship yang bagus sebab dia menggunakan pentas...bab suara, kawalan vokal yang bagus...dan aku setuju bila paul moss kata dia nak tengok tomok masa final...he really deserves it!
amelia-somewhere only we know
persembahan yang sangat menarik. Yes, aku tatau lagu siapa yang amylea nyanyi ni, tapi aku rasa memang sedap la...arrangement yang bagus, vokal yang mantap dan persembahan yang menghiburkan...aku siap tepuk tangan kat rumah lepas dia abis nyanyi...hahah...tapi memang bagus...dia memang layak berada kat pentas final!
esther-sweet about me
something different about esther's performance tonight...aku tak pernah suka dengan persembahan esther tapi malam ni dia memang bagus! time dia bawak bunga ke paul moss, aku dh agak dia nak bagi bunga tu...tapi dia just pakaikan syafinaz topi tu, and just tease paul with the flower...at least something yg unpredictable...sbb kalo dia bagi bunga tu, of course akan nampak sangat lame....time ni, aku terus berharap final nanti adalah top 3 sebab kalau base dengan persembahan malam ni, ketiga-tiga peserta buat dengan sangat baik!
nine-cinta gila
aku rasa energy persembahan menurun sedikit selepas menyaksikan persembahan tiga orang tadi...tapi sebenarnya aku suka dengan persembahan nine...lagu dia nyanyi pun best cuma part dia jerit aaa ooo kat hujung-hujung tu nampak macam x berapa perlu...tapi overall memang sedap la jugak...(walaupun paul moss memang kutuk gila persembahan dia, tapi aku rasa kelakar bila tengok diorang gaduh pasal isu tali sangkut gitar tu putus...aku siap riang ria gelak tertawa kat rumah...hahaha)...setuju dengan komen syafinaz, dia menyanyi dengan baik tapi selalunya duduk kat bottom...dia kena figure out apa yang missing dengan persembahan dia...my verdict, he'll stay up to top 4 at least...
aweera-dipenjara janji
aku rasa nothing wrong dengan persembahan dia...except part high pitch masa korus tu la...tang tu aku rasa a lil bit annoying...tetiba je si paul moss meroyan suh tengok kalendar...komen paul moss agak harsh...aku lagi suka komen syafinaz yang agak berlapik..."it's okay untuk ada idola, tapi kalau nyanyi sebijik macam penyanyi asal, its really not cool!" bagi aku, peserta lain dah tunjukkan kebolehan nyanyi pelabagai genre but he still stuck with his rock kapak...aku pun minat rock kapak, tapi dia perlu lebuh kreatif..contohnya macam nyanyi gemilang dulu...
simon-livin' on a prayer
part ni aku terus nak menunggu komen dua orang juri tu...sebab simon nyanyi takde beza ngan penyanyi asal...nothing special...setuju ngan komen paul yang dia just macam pub singer...nyanyi but orang tak kan amik perhatian pun...aku pernah mention pasal ni dulu...aku memang suka tone suara simon...tapi persembahan dia just macam tu je...his best performance yang aku suka ialah generasiku...sebab nampak something different dari his typical style...syafinaz bagi komen yang sama as aweera...nasib baik la komen yang sama (walaupun x seharsh komen aweera), kalau tak nampak sangat yg diorang tu bias...ke diorang dah terbaca blog ee yg kutuk2 diorang tu? hahaha
aku rasa...my bottom 2 will be aweera ngan simon...no doubt that they all can sing very well...cuma persembahan tu perlu lebih mantap...we are talking about one million ringgit punya hadiah ye! apa pun, jangan lupa vote untuk saper yang korang minat!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati