Transformasi bermula...kali ni pelajar lelaki akan menyampaikan lagu Dato' Siti Nurhaliza dan pelajar perempuan akan menyanyikan lagu dari ikon rock Amy Search! Aku rasa excited gak nak tengok macam mana budak-budak ni akan warnakan lagu Siti. Cuma aku rasa pelajar perempuan akan banyak masalah. Bukannya apa. Siti boleh menyanyikan pelbagai genre lagu, so persembahan lelaki agak menarik (ada rentak etnik, pop rock, balada)...tapi untuk Amy cuma ada rock sahaja (ye, ada slow rock, hard rock...tp tetap rock gak kan namanya tu)...no offence to Amy's fan, but if I have a choice...I'll choose to have the girls sing lagu from M Nasir...lebih banyak variasinya...

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 4

Akim - Destinasi Cinta
Lagu yang ceria. Kalau ada koreografi yang menarik, leh jadi memorable.

Qhaud - Di Taman Teman
Sangat menarik untuk ditonton. Aku suka lagu ni. Lagu ni starting aku rasa ada unsur Aduh Saleha. Sesuaila kiranya ngan Qhaud.

Hafiz - Cinta Ini
Ni lagu apa ek? Hahaha...aku kena cari balik album Siti (unless ni lagu dalam album baru la kan!) huhu

Sidi - Ku Milikmu
Aku memang tak berapa suka lagu Ku Milikmu...dan aku terkejut bila Sisi yang dapat lagu ni...Aku rasa sidi lebih sesua bawak lagu ballad...satu cabaran untuk dia sebenarnya minggu ni...

Aril - Lakaran Kehidupan
Lirik lagu ni SIti yang tulis..(kalau aku tak silap la)...lagu yang rancak...Aril patut boleh bawak lagu ni...

Yazid - Aku Cinta Padamu
Siyesli...aku rasa Yazid ngan Sidi ni tertukar lagu...huhuhu...persembahan Yazid untul lagu ballad sebelum ni agak mengecewakan (penghujung rindu)...so, lets wait apa pembaharuan kali ni...

Lagu Bonus Pelajar Lelaki - Jerat Percintaan

Claudia - Suralaya Dalam D Major
Hahaha...aku tatau lagu ni...dan aku akan start cari lagu ni...

Isma - Kerja Gila
Aku pernah dengar lagu ni...aku rasa agak mencabar untuk seorang ibu beranak lima nak nyanyi lagu ni...really hope Isma can do this

Zizi - Aku Dah Bosan
Dari segi suara, aku tak rasa zizi akan hadapi masalah dengan tugasan kali ni...dia pun sangat energetik...antara persembahan yang aku tunggu

Rubisa - Tiada Lagi
Cabaran utama rubisa ialah untuk melarikan diri dari imej amy, sebab lagu ni bagi aku sangat sinonim ngan amy (walaupun penyanyi asal lagu ni mayang sari!)

Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Kalau tak silap aku, lagu ni la kan yang duet rabbani ngan awie tu?? (kalau tak silap la, sebab honestly, aku tak banyak tau lagu Amy Search, cuma kejoraku bersatu, Fantasia bulan madu, ngan Isabella je kot yang aku suka dan minat!)...tak leh komen apa tentang aisyah...just wait n see.

Lagu Bonus Pelajar Perempuan- Isabella

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati