Minggu lepas shift aku buat "dry drill". Cerita tentang CPR. Aku memang dengar dengan penuh minat. Maklumlah, tiada sebarang pengalaman. Bila peluang dibuka untuk mencuba, aku terus angkat tangan. Excited.


"Ok, situasi dia awak jumpa kawan awak jatuh terlangkup dari kerusi. Teruskan!" instructor beri arahan.

"Memula pastikan kawasan selamat dari bahaya" Aku alihkan kerusi. "Kemudian, saya perlu tepuk dan tanya keadaan mangsa" Aku tepuk-tepuk dummy (patung) tu.

"Tiada respon. Teruskan!"

"Saya perlu periksa pernafasan mangsa". Aku dekatkan telinga pada hidung patung. Mata pandang arah dada.

"Tiada pernafasan. Teruskan!"

"Saya perlu pastikan saluran pernafasan tak terganggu" Aku tolak dagu patung, dan angkat kepalanya sedikit. Beri peluang pada rongga pernafasan untuk terbuka sekiranya ia tersekat.

"Masih tiada respon!"

"Saya beri hembusan 2 kali." Aku tiup dalam mulut patung.

"Tiada perubahan!"

"Saya perlu guna teknik tekanan". Aku aku hembus dua kali dan tekan dada patung 30 kali.

"Okay. Awak ulang cycle macam tu. Tapi mangsa masih tak berubah. Apa perlu awak buat?"

"Saya ulang lagi sampai bantuan tiba lah kot" Aku jawab. Tak berapa yakin dengan jawapan sendiri.


"Haaa...buatlah sampai pagi besok. Ada awak telefon ambulans ke tadi??!"

Damn! Step paling penting tu yang tertinggal!!!

* * *
Mungkin boleh guna style adik ni kot:


Memula cek pernafasan dia. Kalau tak bangun jugak, kita cucuk mata dia. Tak pun kita tekan-tekan dada dia sket. Kalau tak bangun jugak, susah sangat...kita gigit je tangan dia sampai dia bangun! hahaha (Credit: picture from here)

* * *

Untuk lebih info tentang CPR, klik sini!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati