Aku minat dengan AF. Kali pertama mengikuti AF, semasa musim kedua. Musim yang paling aku minat, musim kedua dan ketiga. Musim yang paling aku tak minat? Musim keempat! Musim kelima momentum mula naik dan musim keenam, aku rasa agak menarik (walaupun tidak dapat menyaingi 2 musim favourite aku!)

Kenapa anda ingin menyertai Akademi Fantasia?
Tolonglah...fikirkan jawapan lain untuk soalan ini. No more "Saya nak cuba tunjukkan bakat saya" or "AF adalah platform untuk saya bla bla bla..." Paling aku minat untuk jawapan soalan ini, adalah jawapan Qhaud, "Niat nak masuk AF tu memula nak belajar, menyanyi dengan betul, menghiburkan orang, dan nak jugak jadi juara!" Jawapan yang sangat jujur dan tidak berpura-pura.

10 Calon Pelajar AF7 - Tirai Akademi Fantasia (Episod 1)
Berikut adalah pandangan peribadi aku tentang 10 calon pelajar malam tadi.
Aril - Adik kepada penyanyi Izwan Pilus. Aku rasa, suara dia sedap. Tapi terlalu banyak penyanyi yang bawak style macam tu (baca: Nine OIAM3, Aizat AF5, tu belum masuk segala band indie yang lain). Kelebihan dia mungkin dari segi tarian kot.

Sidi - sekali lagi. Tone suara dia sedap. Tapi macam Aril jugak, the style is almost the same. Bagi aku sukar untuk dia survive kalau masuk AF7. Style almost the same as others, lack of personality (dia nampak sangat baik, maklumlah anak pensyarah!). AF is all about drama. Kalau personality kau tak strong, susah nak kumpul fan base.

Akim - masa memula tengok, what are u doing ngan rambut ala2 x sempat sikat tu??! Tapi bila dia nyanyi lagu Axl's - Akulah Kekasihmu tu, aku terus suka (yes, it's easy to please me, just sing lagu2 tangkap leleh macam tu. Sure aku suka. Hahaha). Bukan apa, berapa ramai orang yang bawak lagu macam tu sekarang?Kelainan macam tu lah yang orang akan ingat. Aku harap dia dapat masuk AF!

Yazid - Dia boleh menari dengan sangat baik. Suara dia sedap. Aku suka dia nyanyi lagu Jamal Abdillah tu (See, now you see, I always give positive feedback pada orang yang nyanyi agu yang aku suka...haha), tp personaliti dengan song selection dia macam tak kena. Dan dia sangat mengingatkan aku pada Bony The Lima tu.


Zizi - aku dengar je suara dia, aku terus suka. Terutama bila dia nyanyi lagu Rama-Rama tu! Bila tengok dia, aku teringat Stacy. Sebab aku rasa dia ni pun mesti stok gila-gila jugak. Aku nak sangat dia masuk AF!!

Faezah - kita dah ada student AF yang ayu bertudung (Heliza), dan kontrol ayu bertudung (Salima, aku tatau kenapa dia nampak gedik. Kalau ikutkan, biasa je dia ni. Budak remaja memang macam tu pun. Mungkin sebab aura Mawi sebelum tu sangat kuat. So, orang xleh terima lagi perempuan bertudung yang nampak hip macam Salima. Lagi pulak dia kan Qariah dan berzanji segala. Teori aku lah!). Faezah bagi aku nampak innocent, tapi bila menari memang aku tabik la. Suara dia pun best. Dia boleh nyanyi lagu asli. Pandai bercakap pulak tu! Antara calon favourite aku untuk masuk AF7!

Claudia - bila Sarimah suruh tutup mata dan agak macam siapa. aku rasa suara dia macam Deja Moss sebenarnya. Powerful. Tapi bila tengok close-up. Dia nampak sangat Dayang! Tang suara, aku suka. Tapi macam aku cakap, suara je is not enough. AF fan dah terbiasa dengan drama. Kalau kau ada vokal semata-mata, baik kau masuk OIAM. Orang sana lebih menghargai bakat. (Tapi kalau bakat je, susah gak nak glemer kan? Kalau tak kenapa Ab OIAM2 masuk AF pulak? Aku pun tatau jawapannya. Huhuhu)

Aishah - dia nampak macam Nadia AF6. Pandangan aku, macam Kak Ani gak, semua orang boleh menyayi lagu pop, tapi x ramai leh nyanyi lagu tradisional. Dan Aishah boleh menyanyi lagu tradisional. Memang kali ni aku rasa peserta perempuan sangat fight la. Semua ada suara.

Adalah bodoh untuk ASTRO kalau tak masukkan dia dalam AF7. Tabiat melatah dia tu is a big asset untuk orang hook-up nak tengok diari AF!

Qhaud - another Mawi i would say. Tapi aku suka. Makcik-makcik kat kampung pun mesti suka. Aku suka dia nyanyi lagu Ibnor Reza tu. Ada part yang lenggok dia sangat tradisional sket bunyi dia. Tapi aku suka gak. Maklumlah, Qari katakan. Advantage sebab qari selalunya pandai melenggokkan suara dan alunan yang best. Antara my favourite!

Adila - dia ni penyanyi tradisonal dulu kan? Ekceli, aku rasa dia nyanyi lagu Mulan Jameela tu biasa je. Tapi agak menarik kalau ada artis rakaman dalam AF.

So, siapa yang akan masuk AF? Tunggu je lah Tirai Akademi Fantasia (Episod 2) malam ni, pukul 9.00 malam dia Astro RIA!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati