Baru balik kije. Mekot bg tau dia ada tag aku. Terpaksalah aku buat. Kang merajuk pulak Mekot. Hahaha.

#1 Describe 10 things about the person who tag you

  1. Sangat pandai amik gambar dan edit (walaupun pakai kamera PnS je. Kalao pakai DLSR sure lagi mantap!)...try tgk kat foto pages dia...Ni antara contoh la

  2. Kak Shikin panggil dia M. Jeritan Kak Shikin bila berlatih menari, special untuk dia "M, KO LAMBAT SEMINIT!!!" (bagi yang tak kenal Kak Shikin, Kak Shikin ialah koreografer tarian UTP dan jeritan dia, sama kuat dengan Linda Jasmine! hahaha)

  3. Ada sekali suh dia main saron (sejenis alat gamelan), untuk event RCSU kat UTP, masa main lagu Dikir Puteri, since specialties dia pada gendang je, dia ketuk angin semata-mata! (dan juga ketukan yang salah..orang lain ketuk 1,5,1,5 dia ketuk 5,1,5,1...hahah)

  4. Sumber untuk meminjam komik - Kreko, Utopia, Shin Chan, dan macam2 lagi la...dan kat setiap buku tu sure ada tulis "Mkott pun tokk!!" (Mekot punya - dalam dialek Sarawak)

  5. Suara dia best. Pandai buat suara harmoni. (Teringat grup nasyid kitorang, In-Saff...bila menyanyi sumer berebut nak buat harmoni sampai xde orang nak jadi suara lead...hahaha)

  6. Masih lagi tentang nasyid, mekot sering dipersalahkan kerana dengan suka hatinya menyanyi lagu Hijrah Memacu Ummah dengan tempo yang salah. Ada yang kata menitis air mata dengar lagu tu sedangkan lagu tu sepatutnya rancak!!!

  7. Cuba bukak buku teks dia yg tebal...sure ko leh jumpa "pressed-flower" dalam buku2 tu...hahaha

  8. Pandai menyulam...semua baju melayu dia mesti ada sulam2

  9. Pernah dipanggil Ipin masa program Titian Budi. Hahahaha!

  10. Suka main game The Sims 2!

Cukuplah kot aku tulis... tag ni ada tulis suh describe 10 things about myself, tapi aku malas nak buat...amik ko mekot. Puas hati tak??! huhuhu

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati