amylea-bohemian rhapsody
Amylea memang boleh menyanyi (no doubt!). Dan persembahan dia bagus. Aku terasa bagai menonton konsert. Aku rasa dia banyak grow up (personality and fashion wise! dulu kan ala2 serabut dengan rambut dia, seluar yang berlipat sebelah masa AF dulu and macam2 lagi la). Aku suka sebab dia nampak humble kali ni. She's more likeable compared to her AF years.

Sedang menonton persembahan Amylea, Ee call. "Bodohlah 8tv ni! Aku tak dengar pun suara Amylea. Macam mana aku nak komen dalam blog!!" Hmmm...alasan la tu. Update blog pun setahun sekali! Huhuhu.


nine-hapus aku
Aku suka nine. Aku suka suara dia. Aku suka komen dia "saya buat apa yang saya suka, dan saya harap peminat akan suka". Sebenarnya, walaupun orang kata dia salah pilih lagu minggu lepas (Berita dari Rantau), aku tetap suka sebab lagu tu memang aku suka. Nampak sangat ke aku layan lagu oldies je? Hahaha

Perasan tak nine macam kurus sket compared to masa prelimination week? Kalaulah dia stay sampai final, wonder how kurus can he be kan??? ni yang tetiba berangan nak masuk OIAM ni. Leh kurus! Hahaha.


fify-hot and cold
Aku tak tahu lagu ni. Dan aku tak tahu siapa tu Kate Perry (ye, aku hanya mendengar lagu melayu dan lagu-lagu yang jarang orang lain dengar, baca: lagu fadzil ahmad, ally noor). Tapi aku suka nyanyian fify. Cuma awal tu macam pitchy sket.

Kenapa muka fify macam kampung ek? Maksud aku, kalau tengok poster or banner yang peminat dia bawak, dia sangat cantik. Kira muka komersil la. Tapi bila kat stage, mekap dia nampak sangat kampung. Jawapan Narul, "Make up artist tu put too much attention at Marrion kot!" And Marrion did look gorgeus last night!

simon-juwita
Suara simon memang best. Cuma aku rasa dia kena cari identiti sendiri. Dia sangat forgettable. Lagu tu nampak terlalu senang untuk dia. Dia nampak macam penyanyi lounge. Nice to hear but nothing special to remember!

Aku terpaksa memaki Paul Moss di sini. Time Amylea nyanyi - You dont know you direction!, tapi bila time Simon - Its okay to experiment!! Apakah itu???!!! (direct translation of what da ...!!!)


anith-pilihlah aku
first thing first, aku suka arrangement lagu ni. Anith nyanyi tanpa ada pengaruh Krisdayanti. Cuma, bak Kata Jac, dia kena adlib lebih sket. Aku harap dia kekal lagi minggu depan sebab aku nak tahu apa lagi yang dia boleh lakukan.

and she will definitely survive if she joins AF. Tengoklah statement dia, "Anith baik dengan abang nine, tapi dia dah ada girlfriend!" Isi tersirat: girls out there, tak yah lah berangan nak vote nine tu. dah ada awek pun! vote lah aku!!! (ini adalah interpretasi aku semata-mata. Hahaha)


rizu-sandaran hati
Memula dengar apa kejadahnya mamat ni rosakkan lagu ni!!!!!! tapi bila dengar tang korus, best jugak dia bawak style macam tu. Cuma part muka tu yang he needs to control more. Mimik muka dia menakutkan ye time nyanyi!!! cuma minggu ni cam dah berkurangan sket. To create a fan base, he needs to be more humble. Sebab dia nampak macam nak menunjuk yg dia boleh menyanyi. Mentang-mentanglah ko artis harapan AIM kan??! Just be humble, and Im sure that people will like you more (baca: macam amylea!)


pija-so what
so what aku masuk OIAM?? performance dia absolutely better than last week, but its too pija-ish! Apa bezanya pija mentor dengan pija oiam??? sama je. People get bored you know!

Learn a few tricks from others:- jadi more presentable macam amylea, buat a few makeover (walaupun makeovernya setakat hairstyle semata-mata!) macam tomok, and I think you will survive. Tengok macam han, she sticks with her Bintang RTM style and look where is she now???


aweera-gemilang
Aku mati-mati ingat dia akan nyanyi lagu Di bawah Pohon Asmara, rupanya dia bawak lagu gemilang! A lot of improvement compared to last week! Tak seteruk yang aku bayangkan. Its a brilliant idea to sing girl's song. People will absolutely not gonna compare you to the original singer!

Aku tetap membuat spekulasi liar disini, adakah Syafinaz bagi imuniti semata-mata sebab peminat bising kat internet pasal komen dia minggu lepas ("itu bukan menyanyi, itu menyalak!")? Give it to rizu, esther or even tomok i wouldnt mind, but to aweera???!!


esther-i try
baju dia macam orang kerja office yang buat overtime, dan malam tu ada karaoke session ngan client so 'I'll just grab a pearl-necklace and im ready'! Performance wise, aku suka dia minggu ni dan aku tak kisah kalau dia dapat imuniti (x macam masa top 12, which i think pija deserves it more!) Cuma, part ala2 mencangkung di atas stage itu sangat tidak perlu, Less is more girl!!


tomok-crazy in love
tetiba je aku suka tomok! tiada lagi sengau2 suara dia, and its really another side of him that people want to see (walaupun tangan dia ada ala2 perasan mariah carey kat certain part...hahaha). Agreed with paul this time, singing wise its just average, but performance wise, it is superb!!

komen aku, kalau ko tak selesa nak shake ala2 beyonce (as ask by awal, even Awal ala-ala ugut, 'nak vote tak?'), just refuse it politely (as what marrion did). You dont have to fool yourself, and you should be confident with your performance (dan aku x sangka akan memuji tomok sebanyak ni) Maybe target utama dia (aku mesti kekal kat OIAM; at least sampai kakak aku terkeluar AF! hahaha)

* * * * *

Seriously, all the contestant can sing! Its the matter of fact how u can make the fan excited with your performance each week. My top three is Rizu (dan Ee akan cakap, kan aku dah kata, he's talented!), Esther and Tomok! My bottom three is Pija, Fify and Simon (just because most of them are forgettable!)

For other review, click here!
P/S: baru aku perasan, entry aku kali ni, aku banyak speaking london! Maybe bila kita speaking london, kita akan rasa lebih pandai untuk mengutuk orang lain...hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati