Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat jugak aku menonton filem Dalam Mihrab Cinta, hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Antara novel beliau yang juga diangkat ke layar perak termasuklah "Ayat-Ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih" (KCB).

SINOPSIS
Filem ini mengisahkan Syamsul Hadi (Dude Harlino) yang meninggalkan keluarganya untuk menuntut di pesantren, dab bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira). Syamsul difitnah ketika belajar di sebuah pesantren sebagai pencuri oleh sahabatnya sendiri, Burhan (Boy Hamzah), lantas dibuang dari pesantren. Kerana di buang keluarga dan atas desakan hidup, Syamsul akhirnya menjadi seorang pencuri, tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk meninggalkan pekerjaannya itu. Dalam masa yang sama, Syamsul turut berkenalan dengan Sylvie (Asmirandah) yang merupakan tunangan Borhan.


Dah baca versi novel ke belum? Kalau dah, mesti korang sama macam aku. Tak sabar nak tengok cerita ni kat wayang. Tapi hasilnya.... nan ado! Kalau "Ayat-Ayat Cinta", aku lebih suka baca novel daripada versi drama sebab dalam novel, jalan cerita dia lebih kuat (tapi memandangkan sangat sukar untuk mendapatkan karakter Aysha in real life, versi filem diubah suai supaya perwatakan Aysha lebih realistik). Kalau dalam KCB, memandangkan perwatakan setiap karakter adalah seimbang, aku tiada masalah sebab versi filem dan versi novel sama-sama menarik.

Yang aku tak suka...
1. Jalan cerita - bagi aku, dalam novel, jalan ceritanya lebih menarik. Dalam filem, setiap adegan agak jumpy dan rush dari satu scene ke scene yang lain. Tak feel langsung. Walaupun jalan cerita dia memang berdasarkan novel, kalau kau tak baca novel, sure ko tak rasa macam mana pergolakan dalam diri watak utama bila terpaksa mencuri, sedangkan pada masa yang sama tahu perbuatannya tu berdosa.

2. Pemilihan pelakon - ni lagi satu part yang aku tak berkenan. Mungkin silap aku jugak sebab sangat attach dengan KCB (aku siap layan Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan lagi). Sudahnya, aku sendiri konfius. Syamsul Hadi lakonan Dude masih dibayangi watak Ustaz Ilyas dalam KCB. Nadya adik Syamsul dalam cerita ni adalah Avrilia dalam KCB Spesial Ramadhan. Zizi, adik kepada Kiyai pesantren adalah Ayatul Husna. Bu' Eh (mak Azzam dalam KCB) jadi mak Syamsul. Pendek kata, layan movie ni dan ko boleh kenal almost semua watak sebab semuanya berlakon dalam KCB.

Tapi ada juga part yang menarik tentang filem ni. Kalau teringin nak dengar Furqan dan Anna Althafunnisa (dalam KCB) menyanyi, dalam filem ni korang boleh dengar. In fact, Dude Harlino dengan Asmirandah pun menyanyi gak untuk OST filem ni. (Oh ya,Asmirandah turut berlakon dalam KCB sebagai Fifi, tunangan Azzam yang putuskan pertunangan selepas Azzam eksiden... see, almost semua pelakon adalah recycle dari KCB!)

Novel Habiburrahman yang terbaru, Bumi Cinta pun bagi aku agak menarik. Unik jugak sebab menggunakan Russia sebagai latar tempat. Tak sabar nak tunggu kalau-kalau ada yang nak adapt ke filem. Tapi jangan jadi macam Dalam Mihrab Cinta dah la. Huhuhu.




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati