Melihat dari kostum pelajar, aku ingatkan tema minggu ni berkaitan minggu P Ramlee. Andaian aku tersasar sedikit. Minggu 60-an. Cuma di tambah twist dengan measukkan elemen teater muzikal dalam persembahan. Kalau nak bandingkan dengan High School Musical ataupun Glee memang jauhlah. Tapi kalo nak bandingkan dengan Kau dan Aku kat Astro Ria tu boleh la kot. Hahaha.

Aku suka bila lagu tema disesuaikan dengan tema minggu tersebut. Aku rasa AF mungkin patut tiru idea yang sama. Contohnya masa AF7 pernah menyanyi Menuju Puncak versi choir. Teringat la pulak lagu Wawasan Setia Pelajar (lagu UiTM yang ada pelbagai versi, even irama malaysia!)

Menyentuh soal lakonan, let's face it - not everyone can act! Even Aliff pun sangat buruk ye lakonan dia! Skrip pun entah apa-apa. Sudahnya, persembahan jadi sangat meleret! Jom dengar ulasan untuk peserta lak.

Ain - Malam Pasar Ria
Aku tau lagu ni dan aku memang suka lagu ni. Mula-mula dengar Ain nyanyi, OMG, dia memang bagus. Alunan yang bagus. Aku tak sangka lak yang dia boleh mengalunkan lagu macam tu sebab secara luaran nampak macam forte dia lagu-lagu rock je. Ain membuktikan yang dia seorang yang serba boleh. Dia nampak sangat comel dengan kostum malam ni. Cuma, pergerakan masa menyanyi yang agak berhati-hati. Kalau persembahan dia di koreograf supaya sama dengan penari latar mungkin akan jadi lebih menarik. Two thumbs up for her!

Jiha - Kenanganku
Satu lagi lagu yang popular (x caya, gi la mana2 kenduri kahwin... sure ada orang karaoke lagu ni! huhu). Sebenarnya persembahan Jiha biasa je. Agak mengecewakan sbb dia selalunya pandai mewarnakan persembahan dengan cara tersendiri (contoh terbaik, Terasing masa minggu Sudirman). Nampak sangat lagu macam ni bukan makanan dia. Menyanyi lagu yang popular agak payah sbb akan ada banyak versi untuk di compare (tapi nyanyi lagu yang x popular pun payah gak sbb orang xde base untuk compare!) Aku rasa, versi Kaer AF2 bawak lagu ni lagi best. Komen Zizi tentang aspek penghayatan tu memang la bagus, tapi aku x berapa setuju. Pop Yeh Yeh suppose to be fun. Kelemahan Jiha ialah ekspresi dia bila menyanyi lagu sedih bagi aku agak berlebihan. X caya??? Tengok balik video dia nyanyi Curiga ngan Tasha. Over yer!!! Btw, siapalah yang jaga wardrobe budak2 ni. Baju Jiha sangat buruk ye. Since dia agak besar, cutting baju tu menampakkan lagi betapa besarnya badan dia. Dah macam maternity gown lak aku tengok baju tu...huhuhu

Dayana - Cinta Pertama
Erk...apsal aku rasa muka Dayana ada iras cam muka Syura ek??? Cuba korang tengok betul2. Dari segi vokal, Dayana memang tak pernah mengecewakan. Cuma nampak pelik untuk lagu rancak tanpa sebarang penari latar. Ada usaha untuk sabotaj Dayana ke??? Hahaha. Sudahnya, persembahan Dayana cuma setakat goyang-goyang bahu je la. Vokal yang bagus tapi pemilihan lagu yang x sesuai. Setuju dengan komen Zizie, persembahan yang mendatar.

Maulud - Taman Firdausi
Kalo x silap aku, ni lagu Abdullah Chik ek? Awal2 tu aku macam start suka dengan lagu ni. Tapi masuk chorus Maulud x hit on the right note. Masih ada sumbang sana sini. Yang menyebabkan aku layan persembahan ni sebab dia punya showmanship (plus lagu yang best pada telinga aku). Dan berdasarkan persembahan, memang wajar Atilia kata dia bagi markah rendah untuk bab vokal. Maulud dah tertinggal jauh compared ngan other contestants.

Azzam - Malam Pesta Muda Mudi
Kalau dulu aku kata persembahan terburuk Azzam adalah masa nyanyi lagu Keliru ngan Nurul, aku tarik balik yer komen aku. Ni la persembahan Azzam paling buruk! Dah la persembahan teruk, baju pun buruk! Motif cermin mata berlampu???? Lagu ni suppose to be rancak. Tapi di tangan Azzam, nampak sangat hambar. Karen AF4 nyanyi lagi best! Idea guna key tinggi memang bagus, sebab kita leh tengok transition ke falsetto yang smooth, tapi sebab lagu ni rancak... too much falsetto will kill da mood. Mungkin kalau rendahkan sket key, Azzam leh nyanyi ngan lebih comfortable kot.

Tasha - Bossanova
Akhirnya, highlight for da night! Aku dah start suka dengan si Tasha ni. Cuma tang baju tu aku x berapa berkenan. Baju tu cuma menambahkan kelebaran dia je. Masa Asmaradana, nampak kurus dah tapi minggu ni tetiba je nampak besar lak. Tapi vokal dia memang mantap. Aku suka gila ngan improvisation dia kat certain part dalam lagu ni. Tu yang aku pelik bila Atilia komen dia kena cari sumthin' different. Dia nyanyi memang totally different ye dari penyanyi asal! Aku rasa orang kat luar sana mb dah start recognize bakat dia. All da best for final nanti!

Arill - Dendang Remaja
Rich pernah nyanyi lagu ni masa AF4 dulu. Tapi dua dua aku suka (versi Rich and Arill). Aku lagi suka Arill dengan fesyen rambut ni daripada rambut cacak2 tu. Persembahan yang bersahaja. Kekuatan Arill memang pada lagu bernada tinggi. Kalau tengok kat YouTube, masa dia nyanyi Bintang Kecil Zon Utara (lagu Cinta Tiga Segi) memang hebat la. Cuma tendency dia untuk menyanyi dengan flat agak tinggi. Dia kena belajar untuk variasikan vokal dalam nyanyian dia. Dan tetiba dia nampak comel lak masa nyanyi lagu ni. Hahaha. Suka lah orang tu!

Dan keputusannya... Jiha tersingkir. Not a surprise actually. Sebab orang ni siap buat teori lagi yang keluar mb Jiha or Maulud sebab dalam minggu ni, diorang dapat watak utama. Macam dah ada konspirasi lak. Hahaha. In fact, kitorang siap menjangkakan ada double elimination untuk malam ni. Actually, kalau base dengan persembahan, Maulud lagi teruk. Tapi mb dari segi entertainment/commercial value, Maulud lebih menarik untuk dikekalkan. Boleh jadi juga minggu depan ada persembahan duet. Sebab tu TV9 nak kekalkan 3 lelaki n 3 perempuan (Haaa... gila semangat kitorang mengkaji teori konspirasi...hahaha). Apa pun, all da best untuk Jiha. Dan gud luck gak untuk 6 finalis Idola Kecil 2!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati