SAKIT PERUT
Aku telefon rumah. Saje nak bertanya khabar. Cakap dengan Emak. Macam biasa, cerita tentang kenduri kahwin sana sini, Cadangnya nak pergi ke Putrajaya, ada kenduri di sana. Ayah aku siap telefon adik aku di Shah Alam. Kalau adik aku cuti, mungkin dia kena jadi penunjuk arah.
Aku telefon rumah. Saje nak bertanya khabar. Cakap dengan Emak. Macam biasa, cerita tentang kenduri kahwin sana sini, Cadangnya nak pergi ke Putrajaya, ada kenduri di sana. Ayah aku siap telefon adik aku di Shah Alam. Kalau adik aku cuti, mungkin dia kena jadi penunjuk arah.
“Lepas Abah tanya Akim dia cuti ke tidak, Abah siap sound Akim, ‘Asyik pergi kenduri orang, kenduri awak bila pulak?’”, panjang lebar Mak cerita. Memang adik aku tu dah ada calonnya. Daripada asyik mengusung anak dara orang sana-sini, eloklah kalau diikat cepat-cepat.
“Habis tu Akim cakap apa?”, aku terus tanya dengan penuh minat. Aku memang laju je kalau bab gossip ni.
“Dia cakap ‘Apa pulak, tunggulah Along ngan Angah dulu!’”. Merasakan topic seterusnya mungkin akan terus kena batang hidung aku, aku cepat-cepat ubah topik.
“Along tak berapa sihat sebenarnya. Dah berapa hari perut meragam. Jumpa doctor pun cam tak guna je. Dia just suruh jangan skip makan” Mengadu dengan nada sedih.
“Yang awak pun selalu skip makan tu kenapa??? Nanti kena gastric. Kalau jus gastric tu keluar, dia nak hadamkan apa kalau perut kosong? Belajar tinggi-tinggi. Tu pun payah mak ajar!” (haa… kan dah kena laser!)
“Takde lah, mana sempat nak makan semua. Sibuklah. Orang kan banyak kije!”
“Sebab tu aku suruh ko cepat kahwin! Ada orang nak jaga makan minum ko!” Zasss… dalam sibuk mengelak, terkena jugak!
MAKAN
Borak dengan Shafaf masa pass CD. Maklumlah, sejak dia jadi bini orang, memang dah jarang jumpa. Seperti biasa, dia sibuk cerita susahnya kahwin jauh-jauh. Maklumlah, dia kat Kerteh, Fid (suami dia) kat Labuan. Memang agak payah la.
“Aku dah selamat dah. Ko pulak bila lagi???”
“Bila masanya nak mencari? Aku kije kat kilang. Semua lelaki. Lepas tu kena cover orang semua. Masa cuti pun xde, ni pulak masa nak mencari awek?”
“Ala… kat admin tu banyak je. Mana lah tau, masa kat kafe tengah amik pinggan. Lepas tu terpegang pinggan yang sama. Haa… time tu lah nak kenal-kenal”
Chet! Ko ingat ni cerita Hindustan ke???

Filed under:
life
Betul,betul,betul.... Kalau dah kawin ada org jaga makan minum, takle sakit perut. Kalau nk ke Kuantan jgn guna GPS, nampak awek cun buat2 le tanya jalan hehehe... Jgn mare akak gurau je. Ada masa dtg umah akak je, kat UiTM tu ramai awek..
hahaha.. xde maknanya org nak layan kalo tanya jalan kat kuantan...kalo naik mercedes ke apa, leh la jugak... setakat naik myvi... mana la ada org pandang kak aidah... hahaha
biar jodoh yg menentukan, aku pun dah muak ngn soalan2 mcm ni.