Tema minggu ni agak menarik. Runut bunyi dari filem-filem Malaysia. Awal-awal je aku dah excited bila dapat tahu tema untuk minggu ni.

Nurul - Professor Klon
Punyalah banyak lagu dari filem yang ada kat Malaysia ni, and ko end up nyanyi Professor Klon???? Apakah??? Persembahan yang biasa sahaja. Pesembahan terbaik Nurul, still minggu lepas (Bawaku Terbang). Mungkin forte dia adalah lagu-lagu rancak, tapi banyak lagi lagu yang dia boleh nyanyi. Contohnya lagu-lagu KRU dalam filem Awas, atau Impak Maksima ke... ni Professor Klon???? (Nampak tak yang aku masih x dapat terima hakikat dia pilih lagu ni...hahaha) Lagu ni agak monotonous... dan macam kata Misha Omar, lagu ni perlukan attitude yang lebih dan Nurul kurang dari sudut tu. Even, orang ni kalo karok nyanyi lagu Professor Klon, can do better (walaupun suara hampeh gak...hahaha)....Tapi aku rasa tetiba Nurul nampak cantik malam ni.

Arill - Pengemis Cinta
Masuk je bab lakonan, aku terus call peminat fanatik Arill ni. Siap gelak2 kutuk si Arill lagi. Tapi bila dia start nyanyi, aku terus end up call sebab aku nak concentrate dengar. Aku rasa dia nyanyi dengan sangat bagus. Penuh penghayatan. Ini bukan kali pertama Arill bawak lagu perempuan sebab minggu kedua dia nyanyi lagu Aku Tak Kan Bersuara, tapi tetap x dapat lawan persembahan dia malam ni. Setuju dengan Misha, Arill patut belajar vocal dynamic. Cuba dengar dia nyanyi Anak Gembala... sangat flat yer. Untuk lagu ni, kalau dia pandai kawal vocal, guna crescendo utk certain part, falsetto ke...sure lagi best.

Maulud - Duit Duit
Sebenarnya ada peningkatan dalam vokal si Maulud ni. Cuma sebab other contestants memang dah bagus, dia nampak terkebelakang sket ar. Dia ni memang agak confident dengan persembahan dia. Sebenarnya, aku rasa dia antara budak lelaki yang dah nampak kematangan... mb suara pun dah nak pecah... tapi sebab suara budak lelaki lain still di tahap kanak-kanak ribena... mungkin dia face difficulties with the transition to the manhood... siyes la.... do you still remember that phase? (apahal aku tetiba backing Maulud ni...hahaha)

Btw, video Art and Craft memang sangat kelakar...menebus la lakonan Azzam yang yang sangat fake minggu lepas ("Aku kan Ahmad Azzam...pengarah terkenal..."). Siyesli, memang lawak ar time tu...hahaha....and Maulud really can act...he should consider to be an actor instead of singer....

Jiha - Pakai Kanta Cinta
Jiha dengan Tasha memang ada vokal yang bagus. Dan without fail, dia akan bawak lagu dengan cara yang tersendiri, tanpa terikut dengan penyanyi asal.... tapi apahal ko pilih lagu ni??? Femes ke lagu ni??? (ke aku yang tak dengar radio? Hahaha). Takde masalah dengan pembawaan dia, cuma lagu ni tak mesra pendengar. Dan aku rasa forte dia lagu ballad/slow. May be she should stick with that genre. Aku suka dia nyanyi lagu Terasing masa minggu Sudirman dulu. Cuma ekspresi dia kalau nyanyi lagu sedih agak berlebihan (dan terus aku teringat muka Rizu OIAM3 masa nyanyi...chet...sempat lagi kutuk orang tu...huhuhu)

Azzam - Azura
Perlu ke lakonan awal tu, Maulud lagi menyerlah dari Azzam. "Azura xde" itu je ke dialog ko??? Haha. Bab nyanyian, aku rasa Azzam biggest asset is lenggok suara dia (dan aku sangat berharap ada minggu tradisional, supaya dia boleh menyerlahkan lagi bakat dia). Bahayanya untuk Azzam, orang sentiasa mengharapkan lebih dari dia sebab dia memang bagus. Dan orang mengharapkan ada peningkatan. Macam malam ni, persembahan dia bagus, tapi aku expecting more. Perasan tak yang kadang-kadang Azzam ada tendency untuk meniru penyanyi asal??? Cuba dengar Lagu Untukmu, ada macam Meet Uncle Hussin. Nyanyi Azura, ada part yang dengar cam Jamal. Tapi aku suka gandingan Azzam ngan Dayana. Aku suka feel dia. Cuma, dia perlu aware dengan sudut kamera...aku rasa waktu close up... nampak rambut dia je... muka langsung tak nampak. Even Dayana pun dapat full frame close up masa Azzam nyanyi lagu ni. Huhu.

Ain - Wajah Rahsia Hati
Lakonan yang sangat lame. Mungkin agak lucah untuk kanak-kanak. Haha. Dan aku rasa lakonan terbaik Azzam, masa buat layang-layang kot. Hahaha. Masa Ain nyanyi lagu ni, aku rasa kalau Fienaz ada, mesti lagu ni lagi best kalo dia bawak. Tapi persembahan Ain pun menarik. Betul kata ATilia, Ain memang ada entertainer vibe. Masa minggu Sudirman, honestly aku tak tahu pun lagu tu. Tapi aku sangat suka dengan persembahan dia. Aku rasa, dia leh gi jauh. Mungkin bukan dengan lago slow, tapi aku rasa lagu rancak memang sangat kena dengan Ain.

Dayana - Perpisahan
Lakonan Dayana agak lemah. Sebab aku rasa Arill lebih ekspresif. Tapi her biggest point adalah ekspresi muka. Masa Azzam nyanyi Azura, aku sangat kagum dengan muka sedih Dayana. Start dia nyanyi, Oh my God! This girl really can sing. Memang meremang bulu roma lah dengar. Tapi bila dia start bangun dari kerusi, aku rasa dia cam gagal hold the moment. Macam komen Misha lah. Tapi memang persembahan terbaik setakat ni untuk malam ni. Her best performance bagi aku still masa dia nyanyi Tiada Maaf Bagimu. Cuba tengok ekspresi muka dia masa nyanyi, memang sangat bagus yer!!!

Tasha - Asmaradana
Dia antara peserta yang bagus. Dari segi suara, dia sangat bagus. Aku rasa dia pun comel gak sebenarnya. Cuma dia suka buat muka kalo ada slack. Hahaha. Aku rasa dia bawak asmaradana lebih baik dari Amy AF3 bawak. Kalo ko tengok si Amy tu bawak, dengan semputnya lah... dengan mata tajam menikam lah... dah macam Pontianak Harum Sundal Malam lak... upss terkutuk lak... Aku kurang setuju dengan Misha. Memanglah lagu ni x sesuai dengan lontaran vokal dia, tapi itu style dia. Tak kan lah nak tiru bulat2 macam Tiara nyanyi kan. Sebab Tiara nyanyi untuk filem, ini untuk persembahan. So memanglah ada bezanya ye tak?

Dan keputusannya.... Nurul terkeluar. Tak terkejut sangat. Bottom 2 bagi aku Maulud dan Nurul. My Best 3 is Dayana, Azzam, Ain, and Arill...erk, 4 orang...Nurul mungkin pemilihan lagu yang tak sesuai. Maulud, nampak ada peningkatan, tapi agak ketinggalan compared to the others. Note to other contestants, pilih lagu yang sesuai dan paling penting, jangan sesekali bagi alasan tak sihat/pening.... macam saper tadi ek? Huhuhu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati