Fienaz yang tersingkir. Thanks to orang yang upload facebook hari Jumaat dan orang yang sibuk SMS aku bagi tau pagi Jumaat tu. Since konsert Idola Kecil 2 ni adalah rakaman, don't kill da surprise kay!!! Sudahnya, aku sendiri dah tak semangat nak tengok IK2 malam Sabtu hari tu. To be honest, first time tengok IK2, my favourite 3 are Azzam, Dayana and Fienaz. First time dengar dia nyanyi lagu Amy Mastura kot masa Konsert 1, aku dah suka dah, cuma lagu tu tak menguji vokal dia. Masa minggu retro dan Sudirman, memang tabik la ngan suara minah ni. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki dia.
Ain feat. Maulud - Pening
Macam yang aku pernah ulas dalam konser AF dulu, berduet memang susah. Suara partner mesti compliment each other. Tapi perkara sebaliknyta berlaku dalam IK2. Suara Maulud dalam lagu ni memang xde signifikan apa2 untuk persembahan Ain. Macam watak tempelan je Maulud dalam lagu ni. Dan aku rasa Ain boleh bawak lagu yang lagi mencabar vokal dia. Her best performance yet bagi aku masa minggu Sudirman. Untuk lagu ni, not that great but not that bad either.
Fienaz feat. Dayana - Lagu Gembira
Permulaan persembahan yang menarik. Aspek tarian tango yang bersemangat (baca ala2 komen juri tetap Sehati Berdansa. Hahaha). Actually, aku rasa lagu ni tak sesuai untuk Fienaz sebab Dayana lagi menonjol dalam persembahan ni. And Dayana is really a good singer (and also back up singer). Masa mula-mula tengok konsert pertama, aku start suka dengan Dayana bila dia jadi back up singer orang lain. Er, jap... review ni patut pasal Fienaz kan??? Persembahan Fienaz biasa je sebab tone suara dan key dia x berapa sesuai dengan lagu ni. Nak salahkan Dayana sebab overshadow dia pun xleh gak sebab Dayana just doing her part. Kalaulah lagu ni adalah tugasan, I really think that the teachers had fail to show Fienaz's true talent!
Tasya feat. Jiha - Curiga
Akhirnya, ada persembahan yang betul2 hebat. Highlight for the night! Suara diorang memang compliment to each other. Cuma, perlu ke nak meja ngan kerusi bagai??? Dan Tasya tak perlu tarik muka waktu Jiha lupa masuk part dia. Walaupun dua-dua peserta ni jarang dipandang (ye la, orang suka tengok yang comel je) bakat diorang memang superb! Bukan kata diorang x comel, tapi diorang cam dah out of the league sebab nampak matang compared ngan yang lain. Congratz to Tasya and Jiha!
Azzam feat. Nurul - Keliru
Oh my Gucci~ persembahan Azzam sangat mengecewakan kay. Setelah setiap minggu dengan persembahan yang memukau, tetiba je aku yang frust tengok persembahan dia. Bayangkan, masa Azzam nyanyi lagu keliru, aku lagi tertarik tengok Arill kat belakang yang macam keliru dengan step tarian dia. Haha. Faktor penyelamat Azzam, sebab kecomelan dia dan gaya yang penuh attitude masa nyanyi lagu tu. Perlu ke drama air mata minggu lepas berulang lagi dengan buat muka nak nanges masa komen Atilia?? Drama sesangat yer!
(Btw, peminat fanatik Azzam mb x suka dengan komen ni, tapi memang betul, This is not his best performance. Bila baca budak pompuan sekolah yang tergila2 sangat dengan Azzam ni, sangat horror yer! Menurut kata salah seorang peminat fanatik Azzam, kat Facebook Azzam... sangat besar yer pengaruh Azzam pada bebudak pompuan yang baru nak mengenal dunia ni! Semua berangan nak kan si Azzam tu. And don't be surprise ada satu blog tu siap berangan yang Azzam tu bakal suami la segala. And for your info, budak tulis blog tu baru 12 tahun! Tapi blog tu dh close. Invited readers je boleh baca skarang ni. Memetik kata2 Narul, "Dahsyat yer budak2 zaman sekarang ni. Besok kalo aku ada anak, aku make sure aku jadi follower blog anak aku. Nak tengok apa yang dia tulis!" Hahaha)
Dayana feat. Arill - Ku Pinjam Satu Bintang
Satu lagi persembahan yang mengecewakan dari Dayana, (Apasal peserta favourite aku semua cam gagal menyerlah ek minggu ni???) Aku rasa Dayana lagi best nyanyi lagu Fienaz, compared ngan lagu ni. Lagu ni tinggi and since suara Arill pun agak nyaring, masa part chorus kedua2 nya nampak menjerit (tapi of course la Arill xleh lawan Dayana). Aku memang setuju dengan komen Atilia.
Arill feat. Ain - Jangan Pisahkan
Aku suka dengan konsep persembahan. Sebijik macam Deepika Padukone ketuk2 pintu masa terbakar dalam cerita Om Shanti Om. Hahaha. Memang kali ni tema setiap pelajar untuk menyerlah dalam persembahan kawan instead of persembahan sendiri ke??? Siyesli, Ain lagi menonjol dari Arill dalam lagu ni. Tapi kira ok la gandingan diorang. Ekceli, aku rasa tone suara Arill sangat nyaring. Mb sebab suara dia lum pecah lagi kot. Kalo dah pecah, lum tentu dia leh reach note2 tinggi macam masa ni.
Nurul feat. Tasya - Bawaku Terbang
Ni ke Nurul yang almost terkeluar minggu lepas??? Persembahan yang sangat improve! (cuma tang baju aku rasa cam kurang sesuai dengan dia). Part rap yang bagus, cuma bila dia guna head tone untuk reach high note, dia punya transisi suara tak berapa kemas.Tapi memang terkejut la aku tengok persembahan dia. Apa yang dia makan sampai tetiba persembahan dia jadi best???? Huhuhu.
Jiha feat. Azzam - My Heart
Dan akhirnya, Azzam menebus maruah diri dalam lagu ni (motif review Jiha tapi Azzam yang enterframe dulu? Hahaha). Aku memang suka bila dapat tahu yang Azzam bakal duet ngan Jiha sebab Jiha is one of a brilliant contestang yang pandai improvise sampai lagu tu nampak best kat tangan dia. Mb Azzam can learn something from her. Dan gandingan yang serasi (walaupun kipas-susah-mati Azzam sebok kata x sesuai la... xsepadan la kat Facebook. Ni pertandingan nyanyian yer. Bukan pertandingan ko sibuk nak memadankan Azzam lagi sesuai kalo nak dicouplekan ngan saper! Tak paham aku bebudak zaman sekarang ni - btw, for clarification, aku x join pun Facebook Azzam, tapi peminat fanatik dia ni yang report kat aku. Huhu) Jiha memang best malam tu!
Maulud feat. Fienaz - Dua Hati Jadi Satu
Persembahan yang sangat comel!!!!! Maulud dah nampak peningkatan dalam aspek nyanyian. Gandingan yang sangat serasi. Memang lah dari segi vokal si Maulud ni biasa2 je, tapi dia leh jadi entertainer yang bagus! Fienaz pun sangat best dalam lagu ni.
Dan seperti yang korang tau, Fienaz yang terkeluar. Aku agak annoyed ngan beudak ni yang xnak pegang cek masa Aliff suruh. Pegang je la dik oi. Kalo dah memang ko terkeluar, ko x pegang cek tu pun leh keluar gak! Tapi aku sangat impressed ngan Fienaz. Dia sangat compose waktu terima keputusan. Siap senyum dan suruh Dayana nyanyi sekali masa ending tu. Bila dia x reach high note, siap gelak n cakap sorry (walaupun kawan2 dia dah nanges nak rak kat sekeliling). Kalo ada undi masuk, sure aku akan undi dia sebab aku rasa Fienaz memang talented. Tone suara dia pun unik. Apa pun all the best for ur future undertaking girl! Nyanyi2 gak, tapi pelajaran jangan lupa. You go girl!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati