SINOPSIS
Teater ni mengisahkan Natrah atau nama sebenarnya Maria Hurberdina Bertha Hertogh (Maya Karin) yang diserahkan oleh ibunya Adelaine (Samantha Schubert) kepada Aminah (Umie Aida) untuk dipelihara lantaran kesusahan hidup pada zaman tu. Sebenarnya, masa tu Belanda kalah perang kat Indonesia, so memang isu perkauman/anti Inggeris memang tengah hangat lah masa tu. Natrah kemudiannya dibawa ke Chukai, Kemaman, dan dibesarkan dengan ajaran Islam.
Konflik bermula apabila salah seorang Pegawai Inggeris berjumpa dengan Natrah. Che' Aminah diperdaya untuk membawa Natrah ke Singapura, konon2 nak settlekan surat pengambilan anak angkat. Rupanya, Natrah hendak dipulangkan kepada keluarga asalnya. So, konflik mula ketara antara perebutan hak ke atas Natrah (antara Adelaine dan Che Aminah), isu pertukaran agama (Islam dan Roman Katholik) dan isu nikah gantung Natrah dengan Mansor Adabi (Remy Ishak). Kalo korang nak tau details, rajin2 lah google. Tak kanlah aku nak tulis semua pulak!
LAKONAN
(Curtain call: Sofea Jane paling kanan. Still nampak muda lagi kan???!)

Teater ni dimulakan dengan monolog Natrah di usia 70-an (lakonan mantap Sofia Jane). Untuk melakukan monolog memang bukan mudah. Silap-silap orang boleh bosan sebab kau sekadar bercakap kat atas stage tu sorang2. Tapi Sofea Jane memang bagus. Penderitaan Natrah tu berjaya ditonjolkan oleh Sofea Jane. No wonderlah sebab dia memang ada exposure dalam bidang teater. Tang lakonan, memang semua sangat mengkagumkan. Aku agak skeptikal dengan Maya Karin sebab sebelum ni lakonan pertama dia dalam No Problem memang horror. Lepastu Seri Dewi Malam dia cuma perlu koma dan pose2 cantik je time koma tu. Even dalam Pontianak Sundal Malam pun (walaupun ada peningkatan besar), aku masih rasa dia biasa2 je. Tapi memang dia sangat bagus la (refer dalam Waris Jari Hantu dan Anak Halal). Dan Natrah menonjolkan lagi bakat Maya Karin ni. Sampaikan satu tahap, aku rasa kalau Diana Danielle yang pegang watak Natrah tu, belum tentu sehebat Maya (no offense to peminat Diana, cuma aku rasa dia memang rugi sebab teater mb akan memantapkan lagi lakonan Diana...tapi nak buat macam mana... bukan rezeki dia). Cuma ada satu part, getik watak Bella dalam Pisau Cukur terkeluar sket. Bukan salah Maya pun, masa dia ala2 happy sebab baru kawen ngan Remy Ishak, masa nak berlutut tu, dia silap landing dan jatuh ke bawah. Tapi sebab waktu tu scene happy, dia cover "Upss" (time jatuh sambil buat flying kiss kat audience...hahaha) Dan selepas tu setiap kali scene Maya dengan area tu aku takut dia akan jatuh lagi. Hahaha.

(Dari kiri: Samantha Schubert, Remy Ishak, Maya Karin, err budak yg pegang watak Natrah kecil, saper ntah nama dia, Eirma Fatima dan Umie Aida)

Samantha Schubert memang hebat. Aku mula kenal dia dalam Red Kebaya (yang Vanidah Imran jadi heroin dia tu). Dan aku baru tau yang dia ialah former Miss Malaysia 1991 (terima kasih kepada Google). Lakonan Umie AIda masih dibayangi watak Embun. Masa sessi monolog antara perebutan Natrah, Adelaine dan Che Aminah, aku rasa aku lebih simpati dengan Natrah berbanding Che AMinah. Bukan kata Umie Aida tak bagus, tapi mungkin faktor usia (ye la.. dia ngan Maya Karin macam x jauh beza, tetiba berlakon jadi mak dan anak. Aku rasa kalo bagi kat Liza Othman -mak Ari dalam Waris Jari Hantu mb lagi best kot)
Erk...Remy Ishak...hmmm... ekceli lakonan dia biasa je. Certain part masa dia bercakap aku rasa, sangat monotonous dan xde soul. Tapi untuk seorang yang baru dalam teater, kira ok gak la...part pertemuan dia ngan Maya and masa kawen tu menariklah (Memula aku takut show yang aku gi tu ganti ngan understudy sebab kes dia kena pukul malam Jumaat lepas). Tapi aku suka part Remy kata, "Natrah adalah jiwa abang. Melepaskan Natrah ibarat melepaskan jiwa abang. Bagaimana abang boleh hidup kalau abang melepaskan jiwa abang??" Gila feeling masa tu. Hahaha
PROPS
Hmm...biasa je. Sebab aku lebih impress ngan props dalam PGL. Tapi secara realistiknya, faktor budget mb antara punca. Lagi pun, PGL elemen mistik (ada gunung, stupa segala). Natrah setakat rumah, kedai. kereta (yang terbakar masa rusuhan) dan bangunan je. Mana lah leh bandingkan, ye tak.
MUZIK
Pedulikkan kalo orang kata apa kejadahnya Eirma Fatima letak lagu2 macam cerita Hindustan... sebab aku suka! Lagu favourite aku scene masa Natrah dan Mansor Adabi baru kawen ngan scene masa pertama kali diorang jumpa. Lagu masa Natrah kecil dibawa ke Kemaman agak annoying sket mula (sebab Orang Kemaman x menari macam tu ye... ko nak kena panah petir kat bumi Hadhari ni? hahaha) Tapi masa curtain call, nampak best la pulak lagu tu. Hahaha .
KESELURUHAN
Aku puas hati dengan persembahan malam tadi. Tapi tang olahan skrip, mungkin boleh diperbaiki. Aku setuju dengan komen Erma Fatima, agak sukar nak buat ending sebab sumer orang tahu yang akhirnya Natrah kembali ke agama asal (or ada yg kata dia mati sebagai atheis - ni korang kena carik sendiri la). Tapi mesej dia, apa yg kita patut buat untuk memelihara kesucian agama kita ni... dan agar tiada lagi Natrah kedua pada masa akan datang (walaupun in realiti, cam banyak je yg happen kan). Aku setuju dengan komen Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia, terlampau banyak sangat benda yang nak dimasukkan dalam teater ni. Mb boleh fokos pada plot penting (kasih sayang Aminah pada Natrah, aspek rusuhan or Natrah-Mansor Adabi)... tp cerita ni sendiri penuh kontroversi...so agak sukar nak jadikan satu teater. Tapi part struggle Natrah masa dari ajaran Islam ngan Roman Katolik aku agak suka... especially bila baju kurung Maya Karin tukar jadi blouse ngan skirt... cuma ada scene2 yang aku agak disturbed terutama babak pertentangan agama... tapi memang itulah realitinya.
Kesimpulannya, untuk orang yang tak tahu menahu pasal Natrah... korang akan tahu cerita Natrah dan isu2 dia bila tengok teater ni. Tapi bagi orang yang memang tahu pasal Natrah, mungkin agak kecewa sebab sumer benda yang korang tahu, dipentaskan dalam teater ni. Bagi aku, dah namanya teater kan. Kalo ko nak tau details... pegi la buat rujukan kat library! Apa pun two thimbs up utk semua yang terlibat dengan teater ni!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati