Dan Sabtu ini, berakhirlah pencarian Idola Kecil musim kedua. Musim pertama dulu aku setakat tengok-tengok macam tu la (sebab adik perempuan aku minat sangat dengan si Haqqiem tu sebab dia comel - no wonder la bila tahun ni it's easy to guess siapa peserta favourite dia. Azzam la kan!). Aku kagum gak la dengan bakat budak-budak tu semua. Aku rasa diorang semua berbakat dan berani.

Tapi bila fikirkan semula, apa matlamat rancangan ni? Budak-budak tu semua akan jadi artis ke? Fikir LOGIK la kan, masa ni, yang lelaki masih comel, suara pun lum pecah (leh hit high notes). Bila akil baligh nanti, adakah comel tu masih ada? Suara tu mampu lagi ke hit high notes? Perempuan mungkin masih selamat lagi sebab bab suara tak kan ada banyak difference. Bagi aku, rancangan ni bagus sebab ajar budak-budak lebih berkeyakinan, lebih berani, berdikari tapi penekanan harus diberikan pada PESERTA tentang realiti kehidupan artis. Pelajaran still penting. Lagi pulak diorang masih muda. Masih jauh lagi perjalanan. Jangan diorang hanyut dah la.

Okay, move on to the next topik. Siapa favourite aku??? Hmmm... to be honest, masa memula tu my favourite contestants are Azzam, Dayana ngan Fienaz. Tapi bila mengikuti persembahan diorang setiap minggu (Kecuali masa minggu ketiga - konsert indie rock sbb masa tu aku tgh panjat Gunung Kinabalu. Xde maknanya nak layan Idola Kecil 2 masa tengah penat separuh mati tu...huhuhu), aku rasa now every one deserve a chance to be the winner.


TEMA SETIAP MINGGU:
Minggu 1 - Lagu Pilihan Peserta
Minggu 2 - Indie Rock
Minggu 3 - Balada
Minggu 4 - Tema 70-an
Minggu 5 - Sudirman
Minggu 6 - Duet
Minggu 7 - Runut Bunyi (soundtrack) dari filem-filem Malaysia
Minggu 8 - Tema 60-an


AIN

Kelebihan: Atilia panggil dia "rock chick". Dia ada entertainer vibe. Kalau dia ada kat pentas, orang akan tertunggu untuk melihat persembahan dia. Never give a credit to her before until I saw her during Sudirman's week. Persembahan yang bertenaga. Personaliti wise, dia comel dan nampak bubbly. She always surprise me. Tak sangka dia leh nyanyi lagu 60-an, lagu balada (jangan pisahkan). Persembahan yang penuh kejutan.

Kekurangan: Dia patut tonjolkan lagi kelebihan yang dia ada. Dia agak di overshadow oleh peserta yang lain. Dia xde masalah bab vocal tapi dia perlukan x-factor dalam setiap persembahan. Dia ni serba boleh. Jangat limitkan pada genre rock sahaja sebab dia memang boleh menyanyi pelbagai genre. Dan dia kena variasikan lagi suara dalam persembahan. Tonjolkan lagi personaliti ceria tu!

Persembahan Terbaik: Aku dan Kehidupanku sebab tetiba dia nampak sangat menonjol, Malam Pasar Ria - comel sangat and Bengang (sila abaikan bab drama ngan Azzam yg sebenarnya x perlu pun...haha). Wajah Rahsia Hati pun leh tahan gak.

Persembahan Terburuk: Mirage


ARILL
Kelebihan: Hahaha. Mamat ni sangat slumber yer. Vokal dia sangat nyaring dan he can reach high notes. Aku rasa dia lebih sesuai bawak lagu perempuan (he prove it well masa lagu Pengemis Cinta and Aku Tak Kan Bersuara). Walaupun dia kata cita-cita nak jadi penyanyi rock (yes, dia cakap kat website TV9), dia sebenarnya bak kata Misha Omar, Mat Kental. Lagu jiwang memang sesuai dengan dia. Aku rasa kalau di asah, dia mungkin leh jadi antara pelakon kanak-kanak kat Malaysia ni. Sebab dia sangak expressive!

Kekurangan: Dia masih belum pandai mewarnakan vokal dia. Kebanyakan persembahan dia, dia cuma lontarkan je suara tu. Lagi satu, dia nampak macam blur. Hahaha. Aku suka kutuk dia time dia menari sebab selalunya dia nampak cam tak tahu nak buat apa. Hahaha. Dan dia kena tingkatkan lagi bab komunikasi. Bukannyer main cakap apa yang terlintas kat kepala (tapi di maafkan lagi sebab dia still budak...but u will improve as time goes!?

Persembahan Terbaik: Pengemis Cinta (and I really love it!!!), Jangan Pisahkan (tolak part dia jerit "Ainnn" tu laa....hahaha) ngan Dendang Remaja.

Persembahan Terburuk: Situasi.


AZZAM

Kelebihan: Dia ada pakej. Muka comel. Personality wise, mudah mesra. No wonder la semua orang fanatik dengan dia ni. Macam aku cakap, aku suka lenggok suara dia. Masa dia nyanyi Rahsia Pohon Cemara, dah macam lagu dangut lak aku rasa. Hahaha. Tapi aku suka sebab itu yang menyebabkan dia lebih unik dari peserta lain. Dia lebih sesuai bawak lagu balada. Mungkin gak lagu melayu tradisional (who knows kan? sebab dia x nyanyi lagu tradisional lagi)

Kekurangan: Aku rasa dia ni agak "drama king" sebab ada je drama dia tiap2 minggu. Menangislah. Muka sedih masa kena komen lah. Actually, aku rasa dia ni seorang yang sensitif kot. Orang seni memang sensitif but you dont have to potray it every week! You can be strong. Lagi satu, risau sebab dia memang banyak peminat, harap dia jangan terlampau selesa. Strive for ur best. I know u can do it better!

Persembahan Terbaik: Of course la Cek Mek Molek. Siap gelek lagi tu!! Azura pun not bad and drama Pelangi Petang! Hahaha.

Persembahan Terburuk: Malam Pesta Muda Mudi


DAYANA

Kelebihan: What I can say about her! Suara yang mantap. No wonder lah sebab dia naib johan Bintang Kecil peringkat Kebangsaan tahun lepas. Peserta yang mempunyai vocal yang menarik. Tak pernah ada masalah bab nyanyian. Aku suka dengan ekspresi muka dia masa nyanyi (sebab dia x over do it). Bab lakonan, dia still lack tapi bab nyanyian, walaupun dia peserta termuda, tapi memang sangat remakable la!

Kekurangan: Honestly, aku x jumpa kekurangan dia yang ketara. Tapi to be fair, kena la carik jugak kan. Aku rasa dia agak matang dari usia dia. Mb pengalaman masuk pertandingan nyanyian semua cepat mematang kan dia, but x naklah sampai dia hilang gaya innocence budak2. Ekceli, masa dalam aktiviti dia okay, cuma bila nyanyi, dia nampak terlalu dewasa dari umur dia.

Persembahan Terbaik: Tiada Maaf Bagimu (ni memang aku salute la, bukan senang wo budak nak nyanyi lagu Sharifah Aini!), Perpisahan (memang meremang bulu roma la) ngan Aku Tak Percaya Cinta

Persembahan Terburuk: Ekceli xde yang obvious. Aku rasa Ayat Ayat Cinta kureng sket.


MAULUD
Kelebihan: Dia memang confident kat atas pentas. Antara Penari yang baik. Aspek lakonan pun bagus. Dari segi showmanship, dia memang xde masalah. Kalau ko tengok masa jadi back up dancer untuk kawan-kawan, dia antara yang perform ngan penuh semangat. Kalau bab lakonan, jangan cerita la. Memang lawak lah tengok dia ni berlakon. Macam aku cakap, dia patut reconsider to get serious in acting.

Kekurangan: Let's face it. Dia memang out bab nyanyian. To be honest, dia ada progress, tapi sebab orang lain dah memang jauh ke depan, dia nampak sangat ketinggalan. Macam aku cakap la, mb dia tgh transition ke alam dewasa, so nampak sangat yang dia struggle bila nyanyi sebab suara dah start pecah. Tapi semangat dia tu memang bagus ar!

Persembahan Terbaik: Dua Hati Jadi Satu. Horey Horey (kan aku cakap...bab showmanship dia memang xde masalah. Tang nyanyi je out sket)

Persembahan Terburuk: Gadis Melayu


TASHA
Kelebihan: Bagi aku Tasha dan Jiha memang penyanyi yang bagus. Suara diorang memang matang. Dan diorang sangat pandai menyanyikan lagu dengan gaya tersendiri. Vokal dia mengingatkan aku pada vokal Nadia AF6. Powerful yer suara dia. Dari segi vokal memang antara yang hebat la. Aku suka tone suara dia. Showmanship dia pun bagus

Kekurangan: Aku rasa paling obvious, dia sangat mudah distract kalau ada benda yang slack masa performance. Contohnya, jelir lidah masa nyanyi Kulit, tarik muka bila Jiha lupa masuk part dia masa minggu duet. Benda-benda macam tu yang dia kena jaga. Siti pun pernah slack yer masa nyanyi (ada satu tu dia salah masuk lagu Purnama Merindu, pastuh dia senyum and suh peminat nyanyi sekali ngan dia...hahaha sweet!) Part lain memang xde masalah la dia ni.

Persembahan Terbaik: Bossanova, Curiga (sebab aku suka dia improvise lagu tu jadik lagu dia sendiri) ngan Asmaradana. Kenangan Lalu pun best gak.

Persembahan Terburuk: Sama cam Dayana, Persembahan dia ok je. Mb Generasiku sebab cam semput sket


So, utuk Finalis Idola Kecil 2, ALL DA BEST!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati