Dan kelmarin berakhirlah episod Nora Elena, drama yang mencetuskan fenomena dalam industry penyiaran. Sehinggakan, laman web tonton.com.my mencatatkan jumlah penonton sekitar 1.3 juta viewers. Hebat!

Macam mana aku boleh terjebak? Status facebook kawan-kawan aku semua asyik update pasal Nora Elena/Seth Tan. Adik ipar aku pun termasuk salah seorang peminat cerita ni. Terlayan satu episode, lepas tu gigih download kat internet. Siap telefon rumah lagi, kalau aku kerja malam. Semata-mata nak tahu apa episode yang aku tertinggal. Hahaha.

Sekadar pendapat peribadi, Nora Elena berjaya sebab olahan cerita yang segar (ada pengaruh drama Korea mungkin) dan factor keromantikan Aaron Aziz sebagai Seth dan muka baru Sita Saleha yang boleh tahan gebu! Nak kata jalan cerita yang lain dari yang lain sebab adaptasi dari novel (drama ni adaptasi longgar dari Kasih Yang Suci, karya Meen Zulaikha), tak jugak. Standard novel melayu. Hero dan heroin cinta terhalang. Ada campur tangan orang ketiga. Percintaan yang disulam air mata. Pastuh happy ending. Kalau lain pun, cuma cara penulis tu mengolah jalan cerita dan perwatakan je.

SINOPSIS
Drama ni mengisahkan Nora Elena (Siti Saleha) yang menyimpan sejarah hitam kerana pernah dirogol 10 tahun dahulu. Rahsia yang dipendam akhirnya terpaksa disampaikan kepada tunangya Eid (Zul Ariffin). Pertunangan yang dibatalkan tiba-tiba meyebabkan Elena terpaksa menerima lamaran Seth Tan (Aaron Aziz). Siyesli, aku tak boleh tulis ayat skema2 ni (menangis cikgu BM skolah aku kalau dia baca nih. Hahaha). Seth layan Nora dengan baik. Tapi Nora tak boleh terima sebab dia kahwin bukan atas dasar cinta. Tapi, ada sebab kenapa Seth melayan Nora dengan baik – untuk menebus kesilapan masa lalu dia. Kalau dah ada watak kekasih, haruslah ada watak orang ketiga. Orang ketiga dalam cerita ni, Yvonne dilakonkan dengan cemerlang oleh Wan Sharmila (aku ada terbaca yang dia ni anak buah Wan Maimunah. Dia juga bekas penari Noraniza Idris. Hebat kan!)

YANG AKU SUKA
1. Aku suka olahan cerita ni. Yes, memang bukan sesuatu yang baru. Konsep kahwin paksa ni dah banyak jugak disentuh. Yang paling aku suka tentulah Salina (lakonan Fahrin Ahmad dan Sharifah Norhaslinda – tul ke nama dia? Betullah kot!). Salina menyebabkan hosmet aku waktu tu (ni zaman aku latihan industry kat PJ), sanggup balik awal sebab taknak terlepas. Hosmet aku yang muka ganas pun siap layan dengan alas an x konkrit dia – buat modal borak dengan akak2 kat ofis besok… cakap je la ko pun jiwang! Hahahaa. Emil Emelda pun pasal kahwin kontrak (Aaron Aziz dengan Sharifah Amani). Sangat cliché – memula benci – pastuh terpaut dengan kebaikan pasangan – pastuh diam2 jatuh hati dengan suami/isteri sendiri – pastuh ada konflik – pastuh happy ending. Kalau dah tau cliché, kenapa suka gak? Sebab aku typical penonton melayu, yang suka cerita2 romantik, pastuh leh berangan… bestnyer kalau ada suami/isteri macam tuh. Hahaha.

2. Masih lagi dengan jalan cerita. Aku suka sebab cerita ni tak ikut novel 100%. Ada cerita yang menarik sebab ikut 100% novel – contohnya “Ketika Cinta Bertasbih”. Ada jugak yang menarik sebab diubahsuai. Watak Aisha dalam “Ayat-Ayat Cinta”, kalau ikut novel, memang kau takkan jumpa dalam real life. Tak jeles pun bila Fahri kahwin dengan Maria. Most of the storyline memang base daripada novel tapi ada ubah suai (aku siap beli novel ni online, tapi xdelah sefanatik orang ni yang sampai layan novel diiringi OST Nora Elena! Hahaha). Kalau ikut novel, aku seriously takkan suka watak Seth. Sebab Seth yang bagi tau Eid yang Nora dah tak suci through anonymous call. Pastuh, dia rogol Nora sebab dia memang suka kat Nora. Siap tau Nora akan balik sorang sebab adik dia Mei Ling (dalam drama Maria lakonan Miera Liyana) dah balik awal – siap ada ayat dalam novel sebut macam, kiranya macam booking kereta lah, bayar advance dulu. Pastuh, kau dah rogol and kahwin, ko leh la pulak sangat possessive, sentiasa jeles dengan Eid. Versi drama lebih realistic. Pertunangan Eid-Nora putus sebab Eid kuat berprasangka, lebih2 lagi bila Nora confess yang dia dah tak suci. Seth sabar dengan semua layanan buruk Nora sebab dia memang menyesal dengan perbuatan dia dulu. Bayangkanlah, aku dah baca dekat 10 chapter kot, aku x jumpa lagi watak Yvonne. So build up watak untuk drama nampak lebih menarik. Eid – typical lelaki melayu, possessive, kuat cemburu. Yvonne – orang ketiga yang sangat la macam lahanat. Seth – yang sayang gila babi kat Nora dan nak tebus balik kesilapan dia. Even watak pembantu macam Kak Pah, Pak Ali, Malik, Adilla dan Azira pun ada identity masing2 (yang dalam novel susah nak kembangkan sebab ada banyak watak – adik Seth bukan sorang tapi 2, siap ada sepupu ngan nenek segala bagai. Housemate Nora bukan Adilla sorang, tapi ada Rozi. Inspektor Amir? Dalam novel cuma wujud untuk suku pertama cerita je!)

3. Aku suka pemilihan pelakon. Watak utama, tentulah Aaron Aziz (jalan cerita ubah sikit, Seth drama kacukan Cina-Melayu, dan memang beragama Islam, Seth novel memang pure Cina, yang convert dan siap berkhatan sebab nak kahwin dengan Nora Elena). Bagi aku Aaron Aziz Berjaya bawa watak romantic dengan cemerlang sehingga aku takleh terima dia pegang watak Malik dalam KL Gangster! Siti Saleha as new comer takdelah mengecewakan (walaupun aku rasa dia nampak lagi Cina dari Aaron Aziz, tapi sebab dalam novel memang ada cakap yang Nora tu macam cina gak) – watak Nora Elena tu masih boleh diganti dan takkan menjejaskan cerita sangat. Leh je ganti Jue Aziz ke, Fazura ke. Asalkan bukan dengan Eira Syazira!!! (no offense, cuma aku rasa lakonan dia sangat sama dalam apa jua cerita!). Yvonne lakonan Wan Sharmila still confusing sbb dalam novel memang x state Yvonne tu bangsa apa. Versi drama pun kau tak tau Yvonne tu bangsa apa sebab kulit cam orang melayu, tapi nama bukan. Style cakap, tersangatlah fasih sampai aku rasa Wan Sharmilla nix de effort ke nak cinakan style cakap dia? Hahaha. Tapi tang kejahatan dia, memang cam lahanat la. Aku rasa kalau gantikan dengan Marsha ok gak, tapi watak tu akan jadi jahat yang jahat la… sebab Wan Sharmila punya versi ialah jahat yang pura-pura baik, tapi sebenarnya jahat x hengat (ter-emo lak sekejap. Hahaha). Watak Eid, Malik, Azira, Adila semua pun best.


YANG AKU TAK SUKA
1. Ke-realistik-an cerita ni. Standard cerita melayu – rumah nak gempak je. Rumah si Eid ngan Malik tu kira ok la. Si Adilla tu? Kije kedai buku je. Tapi bila nora keluar/kahwin – tak cari pun hosmet baru. Duduk kat KL tu! Ntah berapa agaknya sewa rumah kan. Tapi fikir logic, dah namanya drama pun kan. Berapa kerat je rumah bujang yang decent. Takkan semata-mata nak close to reality, ko nak wujudkan hosmet sampai 3-4 orang satu rumah lak kan? Hahaha. Another thing, si Nora Elena kena rogol, tapi esoknya still leh gi tempat kejadian nak cari rantai. Pergi sorang lak tu. Pastuh, bila nampak Seth, xde ke trauma kea pa. Comon la, ko baru kena rogol – sure ko terkejut/trauma sampai takut bila Nampak lelaki kat area sunyi macam tu. Tu belum sentuh part skrip. Sesetengah part skrip sangat real dan buat aku senyum sendiri. Part Seth tengah baca buku masa malam pertama lepas Nora suruh dia basuh periuk (which is kalau kat Johor, aku rasa macam adatla pengantin kena basuh periuk!) – “tapi takpe, saya masih ada tenaga untuk perkara yang lebih penting malam ni!” Hahaha. Tapi sesetengah skrip adalah sangat bahasa novel – ibarat bunga yang telah dihisap madunya, or “kadang-kadang, tuhan hadirkan hujan, sebab nak hadiahkan pelangi… tapi boleh dimaafkan sebab part dialog2 skema ni x banyak.

2. Pemilihan wardrobe terutama untuk Siti Saleha. Tak tahulah pulak aku, Nora duduk kat kampong mana kat Melaka tu. Kalau kat kampong aku, ko balik dengan skirt pendek macam tu, sure jadi umpat keji masyarakat. Kalau kau kat KL ok la kot, tapi ko balik kampong kan. Masa kat kampong, pandai lak kau berbaju kurung segala bagai. Tu belum masuk lagi, baju pink, skirt biru. Pakai blouse ala2 kaftan dengan skirt. Pastuh siap sound Seth x sembahyang la, kaki botol la. Bukanlah aku kata Nora Elena tu nak kena bertudung litup segala bagai… at least pakai la skirt labuh ke, seluar ke. Mentang-mentanglah kaki cantik kan… hahaha

3. Yang terakhir sekali, dan aku rasa semua mesti setuju… APAHAL ENDING CERITA MACAM TU? Punyalah struggle aku balik kije, nak kejar episode akhir, alih2 ending macam tu je??? Frust aku!!! Watak Yvonne yang cam lahanat tu setakat kena tahan polis je? Kalau aku, aku biarkan scene campak bayi tu jadi betul… biar bayi Seth-Nora injured, masa Yvonne lari kena langgar ngan trailer (part ni sama cam novel… baru puas hati semua rakyat Malaysia hahaha)… So Nora-Seth sama2 risau baby diorang injured… lewat fasa kritikal dan time tu lagi menguatkan lagi cinta diorang… ending cerita, orang jahat patut dapat balasan yang setimpal yer (dan terus terbayang member2 aku bersorak masa ending cerita Orphan, bila budak tu mati… hahaha… kawan2 aku jenis emo gak rupanya!)

Kesimpulannya, cerita ni memang menarik dan membuktikan yang Aaron Aziz boleh bawak macam-macam jenis watak. Kiranya, kalau sekarang ni musim ABP, sure Aaron ngan Siti Saleha leh dapat Pelakon Drama TV Popular. Tahniah untuk krew produksi. Tahniah gak untuk penulis Novel cerita ni! Kudos! ^_^y

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati