Antara 3 orang ni, mana yang paling cantik? Lagi cantik bertudung ke atau free hair? Kalau ikutkan, aku rasa paling comel Citra Kirana (gambar tengah). Tapi Yasmine Wildblood dengan Alice Norin pun cantik gak. Kesemua pelakon ni berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan (sinetron/drama bersiri la. Kiranya sambungan filem Ketika Cinta Bertasbih la). Aku still tengah layan sinetron ni. Baru episod 45 (semua sekali ada 56 episod). Kalau siapa yang dah tengok movie dia, sure leh faham sambungan cerita dalam sinetron ni. Memandangkan sinetron ni ditayangkan sempena Ramadhan yang lalu, memang banyaklah ilmu pengetahuan agama yang diselitkan dalam sinetron tu.

Untuk makluman semua, dalam filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB), lima pelakon utama tu dipilih sendiri oleh penulis novel Habiburrahman. Alasannya, dia tak berapa berkenan dengan pemilihan pelakon untuk "Ayat-Ayat Cinta" (yang juga hasil nukilan dia). Sebab dia, cerita tu bertemakan keagamaan, tapi pelakon yang bukan mahram still pegang2. Jadi, untuk filem Ketika Cinta Bertasbih, diorang buat open audition untuk dapatkan orang yang benar-benar faham agama dan boleh berlakon - selari dengan aspirasi penulis novel tu. Kiranya, siap buat ala2 realiti series macam Anak Wayang/Pilih Kasih untuk cari pelakon. Untuk watak Anna Althafunnisa dan Husna, pelakon yang dipilih memang bertudung, boleh mengaji Al-Quran segala. Cuma Alice Norin je yang tak bertudung dalam filem KCB sebab wataknya sebagai Elyana memang sosial pun (dan Alice Norin tu memang pelakon kat Indonesia).

Watak-watak:

Alice Norin - Elyana
Seorang pelakon terkenal dan juga anak Duta Besar Indonesia di Cairo. Kehidupannya agak sosial. Pada mulanya meminati Azzam (watak utama dalam KCB). Dalam sinetron, Elyana sudah mula berubah. Mula bertudung dan mengamalkan cara hidup Islam.

Yasmine Wildblood - Ustazah Khonita
Seorang Hafizah (hafal Al- Quran). Mula mengajar di Pesantren Darul Quran (kira macam sekolah pondok la) dan ada konflik apabila cuba dijodohkan dengan Azzam, yang sudahpun bernikah dengan Anna Althafunnisa. (Member aku yang terpegun dengan kebaikan Ustazah Khonita terus speechless bila tengok gambar Yasmine Wildblood ni kat Internet. Terus menyesal sbb imej Ustazah Khonita dah tercemar kat kepala dia. Hahaha)

Citra Kirana - Alfina Puspitasari
Lepasan Universiti Jepun. Bertugas sebagai penyiar di radio JPMI (kiranya kalau kat Malaysia macam IKIM.fm). Tunangan Ustaz Ilyas - salah seorang pengajar di Darul Quran (mamat ni berlakon jadi Aqso dalam Aqso dan Madina kat TV9 dulu). Walaupun bergelar tunangan dengan seorang Ustaz, Fina masih berhubungan dengan kekasih lamanya dan hanya bertudung ketika bekerja.

Cukuplah serba sedikit pasal diorang sebab sure aku akan ulas sinetron ni bila aku abis layan 56 episod. Tapi, cuba korang agak berapa umur diorang? Paling tua Alice Norin, 23 tahun. Yasmine Wildblood ngan Citra Kirana masih sekolah lagi yer! Yasmine 17 tahun and Citra baru 16 tahun. Dan terus aku terasa tua bila tau umur diorang... hahahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati