Aku bukanlah orang yang pandai sangat bab perfileman. Aku hanya seorang penonton - yang membayar untuk menonton. Bagi aku filem yang bagus ialah filem yang boleh buat kita menangis kalau filem tu sedih, boleh buat kita ketawa bila filem tu kelakar, boleh buat kita tutup mata kalau filem tu seram (dan aku masih teringat macam mana balik dari tengok Jangan Tegur, kitorang semua senyap je dalam kereta. Malam tu semua tidur tak tutup lampu. Hahaha). Ada orang kata, ada filem yang buat kita berfikir. Aku suka kalau filem tu membuat kita berfikir, tapi bukan memaksa kita berfikir.

Antara sebab kenapa aku pergi tengok cerita ni kat panggung? Secara jujurnya, pasal kontroversi Mamat Khalid tak puas hati masa FFM hari tu. Tak dapat dinafikan Mamat Khalid seorang yang berbakat. Aku paling suka skrip puitis dia dalam PGL. Tapi bagi aku, kadang-kadang tahap seni Mamat Khalid tidak tercapai akalku. Hahaha. Cerita dia yang paling aku suka ialah "Zombie Kampung Pisang" (siyesli buat aku gelak even dah berapa kali tayang kat TV, walaupun ulasan kat surat khabar masa tu banyak yang komen pasal make up zombie yang setakat calit tepung je, tapi aku suka gak. Tak sabar nak tunggu "Hantu Kak Limah Balik Rumah" lak hujung tahun ni!).

Jadi, melangkahlah aku untuk ke panggung bagi menonton filem ni. Bagi yang tak tahu, Jaclyn Victor pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem ni, tapi di tolak. Ada gossip yang kata Jac rasa tajuk cerita tu macam merendahkan, tapi Jac sangkal sebab dia kata dia tak tahu menahu pun sebab takde sebarang hitam putih. Yang tu korang kena google la sendiri.

Secara ringkas, filem ni mengisahkan Farid dan Sashi, yang merupakan rakan baik, bekerja di Estet Cintamanis. Ketua estet tu, Pooniah tu memang jahat dan korup. Senang cerita Farid suka kat awek nama Geetha, tapi Pooniah nak awek tu. Masa lawan bola dengan kumpulan Red Cobra, Pooniah plan dengan Junna (ketua geng Red Cobra) utk memastikan pasukan Cinta Manis kalah, sebab ayah Geetha yang banyak berhutang dengan Pooniah perlu serahkan Geetha in case diorang kalah lawan bola. Untuk review dengan gaya bahasa yang detail, sila klik sini.

Pendapat aku tentang cerita ni:-


Yang aku suka:

1. Opening scene - Farid Kamil miming lagu Tamil. Aku rasa pelakon yang baik perlu buat effort macam Farid Kamil (mungkin pengarah pun suruh dia wat camtu, Manalah aku tau kan. Hahaha). Sebab tu aku vote Vanida ngan Shidee serta Lisda and Fauzi masa Sehati Berdansa Minggu Bollywood sebab nampak effort diorang miming. Contoh paling buruk - Rozita Che Wan miming dalam "Lawaknya Fantasia Raya". Nampak xde effort langsung!

2. Scene lawan-lawan. Ok, ni serious kalo ko memang hantu tgk cerita hindustan atau filem tamil part gaduh2, ko sure suka punyalah scene ni. Part paling aku suka masa Farid Kamil gaduh dengan orang jahat atas lori yang tengah bergerak. Pendek kata, memang semua scene gaduh memang best. Cuma aku x leh terima part peluru Rosyam Nor ala2 Rajnikanth tu. Dah la CGI x real. Tapi overall memang two thumbs up utk stunt coordinator filem ni.

3. Part Farid bersajak Tamil untuk Geetha. Er, nak tanya sket la, tu memang sajak penulis Tamil ke atau script semata2 (maksudnya skrip Mamat Khalid yg di translate dalam bahasa Tamil)? Sebab sajak tu adalah tersangatlah jiwang dan mengingatkan aku skrip dalam PGL la pulak.

4. Part aku gelak besar - "Tu la nyah, mak dah kata. Jangan amik negro tu. Sekarang siapa yang sakit?" "Tak kanlah mak nak tolak rezeki pulak nyah!". (aku pun tatau signifikan scene ni dalam the whole cerita, tapi aku suka sebab aku gelak masa part tu. Hahaha)

Yang aku tak suka:

1. Filem kita wajah kita kan? Tapi kenapa cerita ni mostly guna Bahasa Malaysia? Ye, ni sebuah filem Malaysia tapi secara realiti, perbualan antara orang India still guna bahasa Tamil (untuk scene kat rumah misalnya). Rasa cerita ni akan jadi lebih dekat dengan penonton kalau guna bahasa Tamil. Bukanlah suruh guna 100%, tapi adalah jugak. Letaklah sarikata. Ada beberapa bahagian yang watak2 dia mumbling dalah Bahasa Tamil yang aku langsung x paham sebab xde sarikata langsung. Perlu ke skrip Sashi tu - "Membayar segala kepincangan dengan darah kami!", Rasa cam terlalu berbunga lak ayat tu. Sebab tu aku suka scene dalam Talentime. Sebab babak keluarga India dalam filem tu lagi real.

2. Honestly aku rasa cerita ni sangat slow dan predictable. Berapa kali aku tengok jam nak tunggu cerita ni habis. No offense ye sebab masa tengok teater PGL the Musical pun aku leh lelap sebab aku rasa bosan! Hahaha). Mamat sebelah aku lagi la pulak, siap keluar panggung sebab bosan! Part lawan bola pun aku rasa x berapa best sebab imej2 perlawanan bola dalam Shaolin Soccer masih jadi bench mark.

Sebab tu aku rasa agak kecewa dengan filem ni sebenarnya. Sebab selalunya, filem Mamat Khalid banyak watak, dan setiap watak tu ada identiti tersendiri. Contohnya macam Zombie Kampung Pisang. Semua watak nampak unik. Dalam filem ni, dah la pace dia slow. Pastuh watak-watak dia x menarik pun utk di follow. Farid dengan Geetha still xleh lawan chemistry Husin ngan... (erk, saper nama watak Ezlynn dalam Zombie Kampung Pisang ek?)

Tapi bila baca review ramai orang, ramai pulak yg puji filem Estet ni. Konfius aku. Mungkin orang tu tau ilmu perfileman. Siapalah aku nak judge kan. Tapi sebagai penonton yang bayar, aku rasa kecewa la. Bukan aku tengok percuma ye. Pastuh tiket lagi mahal dari Megamind lak tu! Tapi, apa pun, aku tak sabar nak tunggu "Hantu Kak Lima Balik Rumah" hujung tahun ni! Semoga kekecewaan aku kali ni bisa terubat kelak! (terus feeling guna bahasa bunga-bunga... hahaha)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati