KONFIDEN 1
Di tempat kerja aku, kebanyakan operatornya agak mengikuti perkembangan dunia hiburan - terutamanya budak-budak shift aku. Agak pelik jugak sebab kebiasaannya, bila bercerita dengan budak-budak operation, tajuk utama mestilah pasal bola sepak, politik, kereta atau memancing. Tapi, diorang ni memang versatile la. Bila berborak dengan diorang, agak hebat jugak gossip-gossip diorang.
Diorang rancak berborak, Aku cuma tukang dengar. Cerita pasal Raja Lawak, Dah tentulah aku tak boleh menyampuk sebab aku memang tak mengikuti sangat pasal Raja Lawak. Masing-masing cuba meramal siapakah yang bakal mengikut jejak langkah Nabil (Raja Lawak 2).
Dalam sibuk berborak, Mie tiba-tiba mencelah dengan konfidennya "Aku rasa, peserta dulu pun hebat jugak. Macam yang masuk dari TV3 dulu. Alaa, apa namanya tu Sinaran Pasport ANTARABANGSA!"
Moral: Jangan menyampuk dengan konfiden kalau anda tidak tahu.
KONFIDEN 2
Masih lagi bergossip. Kali ni tentang cerita zaman-zaman muda. Memandangkan majoritinya dari INSTEP, keluarlah cerita bagaimana mereka bergelar perantis - antara batch yang terawal semasa penubuhan INSTEP. Dari perantis, melarat pula ke The Apprentice. Termasuk la pulak cerita pasal Donald Trump.
"Aku sebelum ni tak kenal pun saper Donald Trump tu. Tapi dia memang macam bagus pun"
"Anak dia tu model ke? Lawa giler!"
"Tapi aku suka giler tagline dia, It's nothing personal. It's just bussiness!"
"Aku memula dengar nama dia, aku ingatkan dia tokey baju dalam!"
"Itu TRIUMPH la, bukan TRUMP!!"
Moral: Kini baru aku mengerti, Trump dan Triumph adalah tidak sama!
Filed under:
work
wah, kuat bergosip. nasib baik makcik cleaner tak join sekali.
hahaha...budak2 tempat aku mmg macam tu...tu x kira ada sekali tu, siap panggil acik cleaner...aku ingatkan apahal yg baik benar sembunyinyer...rupanya operator tu nak tanya apa ending cerita Kekasih Kuseru!