Aku bukan seorang penonton filem yang tegar. Pertama kali aku menonton filem asing ialah sekitar 2002/2003 (dan asing tidak termasuk filem Korea, Jepun atau Hindustan, apatah lagi filem-filem bajet besar dari US!). Filem Iran berjudul "Children of Heaven"(1997)- karya Majid Majidi (itu pun setelah mendengar ulasan-ulasan positif rakan-rakan yang lain). Filem asing yang lain yang pernah aku tonton pun tidak banyak. Antaranya Les Choristes (2004, French), Billy Elliot (2000, British), Love Actually (2003, British) dan yang terbaru Slumdog Millionaire (2008, British).


SINOPSIS
Filem ini yang mengambil latar belakang kawasan miskin di India mengisahkan Jamal, seorang anak gelandangan yang menyertai pertandingan Who Wants to be a Millionaire? Kemunculan Jamal dalam pertandingan itu menimbulkan polemik kerana dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul - cuma satu soalan sahaja lagi sebelum beliau memenangi pertandingan tersebut. Hal ini menyebabkan Jamal ditahan pihak berkuasa kerana disyakki menipu. Hakikatnya, jawapan bagi kesemua soalan tersebut diketahui oleh Jamal berdasarkan pengalaman hidupnya. Dan tujuan utama Jamal menyertai rancangan tersebut adalah semata-mata untuk berhubung dengan kekasihnya Latika.

* * * * *

Ok, tak bolehlah nak cerita details. Korang sure boleh baca review tentang filem ni kat Internet. Tapi aku memang sangat suka dengan cerita ni.

Waaa, cantiknya!!!
Jangan salah faham. Kalau korang mengharapkan India ditonjolkan dengan cantiknya dalam filem ni, korang silap. Most of the scene memang kat kawasan setinggan (ada ke setinggan kat India? but you get what Im trying to say rite!) yang kotor lagi berdebu. Tapi aspek sinematografinya sangat cantik. Kecuali scene Jamal sanggup terjun kolam najis sebab nak dapat autograf Amitabh Bachan!
Perasaan yang bercampur-campur
Kalau namanya cerita hindustan, mesti ada unsur aksi (gaduh2, tumbuk2) ngan romance. Begitu jugak dengan cerita ni. Menonton cerita ni membuatkan kita sedar betapa beruntungnya kita. Still ada mak bapak (ibu Jamal terbunuh semasa pertelingkahan Hindu-Muslim di India). So, Jamal hidup dengan abangnya Salim. Hampir dijadikan pengemis (nyaris dibutakan mata semata2 supaya dapat income lebih sket). Masa tu la dia kenal Latika, tapi semasa cuba melarikan diri, mereka terpaksa meninggalkan Latika.
Bagi aku, jalan cerita dia memang kuat la. Maklum la adaptasi dari novel (Q and A - by Vikas Swarup). Tapi menurut kata Dueng, memang tak sama sangat pun, Sebab dalam novel tu, hero tu sorang2 je. Takde abang pun. Cuma aku x suka sebab watak abang dia jahat. Jahat sangat. Mungkin kesempitan hidup memaksa abang dia jadi jahat, tapi...tak tau la...bukan lah nak kata matlamat menghalalkan cara, tapi abang dia memang jahat. Dah tau adik dia memang suka kat Latika dari dulu, tapi siap paksa Latika tidur dengan dia sebagai tanda terima kasih sebab selamatkan Latika dari Maman (orang jahat yang jaga diorang masa kecik dulu. Sebab Latika x sempat lari, dia end up kena jual jadi pelacur). Tak ke celaka ada abang macam tu. Kesimpulannya, Salim tu memang jahat. Titik.
Memandangkan watak utama dalam filem ni beragama Islam, aku agak disturbed sebab watak Salim tu sebagai seorang Islam sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam tu sendiri. Cuma macam aku cakap tadi, kejahatan Salim tu mungkin sebab diri dia. Dan filem ini tidaklah mengaitkan Islam dengan keganasan secara langsung (kalau secara tak langsung, tak tau lah pulak aku). Dan aku mungkin akan suka kalau agama watak utama cerita ni x ditonjolkan. Lagi pula filem ini mendapat liputan luas gak.
Apalah ertinya filem hindustan tanpa lagu dan tarian? Untuk skor muzik, filem ini mendapat khidmat komposer terkenal India, AR Rahman. Tapi xde la maknanya ko boleh tengok si hero ngan heroin menari guling2 atas rumput. Tapi ada la scene meari. Tu pun time kredit la.
Ending cerita ni? Ada ke citer hindustan yang end dia sedih? Kal Ho Na ho pun hero mati, tapi heroin still bahagia kahwin ngan 2nd hero. Overall, memang menarik la cerita ni. Tak rugi tengok!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati