Music and Me

Hmmm...hari ni tetiba rasa nak update blog...walaupun rasanya macam xde org baca...tp tetap nak update gak

o Put your music player on shuffle.
o For each question, press the next button to get your answer.
o YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!!!

IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Perhaps, Perhaps, Perhaps - Cake
* hmmm...aku bukannya penyabar sangat...tp kalo dah berjam kat shopping complex try baju tu baju ni or try kasut tu kasut ni...pastuh tanya "Yang ni ok x?"...jawapan standard la "OK la kot"..kira logik la lagu ni...

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Lelaki Ini - Anuar Zain
* Lelaki ini yang selalu memujamu...selalu...tanpa ragu...hmmm... ye ke?

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
L.O.V.E - Michael Buble
* L is for the way you look at me...O is for the only one I see...hmmm...yg ni mb logik kot

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Stand By Me - OST 200 Pound Beauty
* wahahah…aku mmg memerlukan org utk stand by me...hari ni aku off day...sorg2 je kat bilik...buhsan giler!!!

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Demi Waktu - Ungu
* err...aku tatau camner lagu ni ada dalam list aku...tp demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...kecuali mereka yang berpesan2 dengan kebenaran...dan berpesan2 dengan kesabaran....semoga aku tergolong dalam golongan yg saling berpesan itu...amin...

WHAT IS YOUR MOTTO?
Takdir dan Waktu - Mega
* hahaha,,,aku memang x suka serabutkan kepala otak...just go with the flow...takdir dan waktu akan menentukan...

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Seribu Tahun - Imran Ajmain
* adakah kawan2ku fikir suaraku sesedap Imran Ajmain??? Hmm...timbul keraguan di situ...

WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
Hajat - Haida
* aku mmg berhajat nak bagi parents aku something special on their birthday this year...insya-Allah…

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Penantian - Blackrose
* absolutely right...penantian bila gaji nak masuk...bila nak dapat jodoh...bila nak balik kampung...bila nak cuti...pendek kata hidup ni mmg satu penantian la...

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BESTIE?
Layar Keinsafan - Mestica
* ada ke kawan2 aku yg sebaik ni? tak logic, tak logic…

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Kembang Perawan - Gita Gutawa
* Suspicious je jawapan dia...tp aku suka lagu ni...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Tergamak Kau - Ukays
* hahaha...sekarang ni aku just fikir tergamak bos aku slash cuti aku...n suruh aku wat OT...hahahah

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Rimas - Fabulous Catz
* aku tatau la...tp mb sebab aku dah rimas ngan tag ni kot...banyak nye nak menaip...

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Satu Harapan - Jaclyn Victor
* hahaha...no komen

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Simple Answer

Akhirnya, setelah sekian lama, dapat jugak aku update blog aku. Lepas je habis belajar (lebih kurang bulan 12), kerja aku cuma duduk rumah, makan, tidur sambil membuat kerja-kerja yang selalu dilakukann oleh surirumah (basuh baju, sapu sampah, kemas rumah dan juga menonton sinetron Bawang Merah Bawang Putih dan juga Mutiara Hati. Betul apa, itu kan antara kerja surirumah kat Malaysia =p).

Hari tu, tetiba aku dapat call dari Jobstreet. Ada kaitan dengan interview aku ngan Chevron. Tak berkait sangan dengan apa yang aku belajar, sebab kerja kat Chevron ni lebih kepada marketing. Tapi sebab zaman sekarang ni, bukan boleh memilih sangat aku setujulah. Masa mula-mula interview aku dah cakap, aku bonded dengan PETRONAS. Walaupun ramai yang tak setuju bila aku beritahu sebab macam menipiskan peluang nak dapat kerja, niat aku cuma tak nak menyusahkan mana-mana pihak nanti.

Dalam aku mention, tetiba dapat berita yang aku layak ke stage seterusnya (Bak kata Izzi, macam masuk Malaysian Idol lak sebut pasal stage ni. Hahaha). Honestly, aku lagi suka interview Chevron kalau bandingkan dengan PETRONAS. Dengan PETRONAS macam pressure sikit tapi dengan Chevron, you can be just yourself. Peringkat kedua ni dalam kumpulan. Semalam interview-nya.

Interview start pukul 8. Masa aku masuk bilik menunggu tu, ada sorang candidate ni nampak sangat presentable. Dengan jaket dia, dengan tudung dia. Pendek kata, dressing macam bebudak UTP nak gi interview PETRONAS la. Kagum gak aku, sebab tak sangka lah budak IPT lain pun smart gak. Masa kenalkan diri baru aku tau budak tu budak UTP gak. Tapi amik IS. No wonder la dressing cam tu. Emi nama dia. Huhuhu.

Group kitorang ada 5 orang semuanya. Memula ingatkan 4 orang (2 lelaki, 2 perempuan) rupanya ada sorang lagi pompuan datang lambat. Bayangkan, yang lelaki sorang tu (nama dia Wan, mula-mula aku ingatkan Chinese) tengah kerja Marketing Exec kat NAZA. Yang pompuan tu memang amik Marketing kat Australia (Nurul nama dia). Terus secara automatik aku rasa begitu kerdil dan hina.

Topik perbincangan kitorang macam mana nak improve service station Caltex dan cara kembangkan bisnes (Caltex ni under Chevron la). Time tu kitorang cadangkan bukak KFC ke, McD ke dekat dengan stesen minyak. Tup-tup Nurul cadangkan supaya Caltex come out dengan fast food franchise sendiri. Wan punya idea lak supaya Caltex sponsor signboard mana-mana bengkel and make sure they put Caltex product on the display shelf. Emy cadangkan letak bengkel kereta sekali dekat kawasan tu. Apa idea aku? Hahaha, dengan yakin nyer aku suh letak khidmat fax dengan fotostat. Sebab aku rasa sebagai orang yang baru sampai kat satu-satu tempat, kadang-kadang susah kalau kita kena fax sesuatu dokumen sebab kita tak tau kat mana tempat nak wat. (Nampak sangat kan betapa xde ideanya aku compared ngan orang lain.Hahaha)

Masa tu la, sorang lagi calon sampai. Gaya dia memang meletup la. Dengan rambut kaler2 sumer. Rupa-rupanya dia kerja kat ASTRO RIA. Baru balik dari Sarawak sebab terlibat dengan ujibakat AF5. Dia come out dengan idea yang paling simple, dan aku rasa paling bernas.

"In order to distinguish our station from others, the most important thing is to ensure that our toilet is clean and hygenic. How many toilets in other petrol station kat Malaysia ni yang bersih??"

Dan aku terus kagum dengan idea yang simple tapi cukup bernas itu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Percubaan Pertama

Isnin lepas Encik Ahmad buat 'open-house'. Memandangkan kitorang memang selalu 'menyusahkan' Encik Ahmad dengan menjadi pengunjung setia rumahnya masa Akademi Fantasia dulu, tak sedap rasanya kalau datang dengan tangan kosong. Memanglah dah namanya 'open-house', tapi kitorang decide nak masak jugak.

Rancangan asal bawak barang dan masak di rumah Encik Ahmad. Tapi bila fikir balik, lagi menyusahkan dia. Nak suruh budak perempuan yang masak, diorang pulak duduk asing-asing. Rancangan terpaksa ditukar. Terpaksalah aku dan Ee yang gamble masak. Sekurang-kurangnya ada Fizzi dan Mekot nak minta tolong. Nak masak spaghetti tapi sorang pun tak pernah buat. Selamba je.

Habis beli barang pukul 11. Nak pergi rumah Encik Ahmad pukul 12.45. Terkocoh-kacah lah jugak. Bayangkanlah budak bujang yang masak. Resepi pun main bubuh je apa yang patut. Habis kuah spaghetti merecik kat dinding. Ting yang tengok siap cakap, "Macam ada pembunuhan kat dalam rumah ni!" Hahaha.

Ni lah rupa bentuk spaghetti yang dah siap dimasak

Bila sampai je rumah Encik Ahmad, kitorang dah berpakat. Kalau ada sesiapa yang komen kata tak sedap. kitorang cakap kitorang tempah kat Makcik kafe. Hahaha.

Beberapa orang mangsa eksperimen sedang menikmati hidangan.

Risau jugak kalau ada yang sakit perut ke makan spaghetti tu. Tapi tengok diorang makan macam ok. Ramai yang komen kuah dia lagi best kalau tak masam sangat. Mana tak masam, tiga tin besar tomato puri kitorang bubuh sebab nak bagi kuah dia banyak. Tak terfikir pun nak tambah air! Tapi seperti biasa, Ee memang pandai bab-bab cover ni.

"Memanglah masam sebab nama resepi dia Spaghetti Masam-Masam Manis!". Diorang mengangguk tanda faham. Hahahaha.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails