Bulan Mei lepas memang bulan yang memenatkan. Aku terpaksa bekerja ada sehingga lapan hari straight. Begitu juga bulan ni. Ada yg 4 malam berturut, off day satu hari sebelum perlu masuk untuk pagi hari berikutnya. Jadual kije bulan depan pun boleh tahan perit gak. Tension jugak. Tapi nak buat macam mana. Cuma, bila berhadapan dengan komen-komen sebegini, rasa sakit ati gak.


Ala...kau bujang lagi. Xde komitmen apa2. Lainlah kitorang yang dah ada family ni.
Hello...abestuh orang bujang x deserve untuk ada life ke??? Teringat kat satu dialog kat tempat kije aku.

Married Guy: Kalau set-set kitorang ni amik cuti time cuti sekolah macam ni. boleh fahamlah. Kitorang nak bawak anak-anak gi berjalan. Yang korang ni, dah la bujang, amik cuti lama lak tu. Apahal?

Single Guy: Korang nak bawak anak gi berjalan kan. Kes kitorang, kitorang lah anak yang nak di bawak berjalan tu!

Tak pun, leh guna alasan Narul.

"Sket2 kata orang bujang xde komitmen. Xde family. Kalau semua benda nak suh saya buat, bila masanya saya nak cari awek, nak tunang? nak kawin??!" (muzik latar: wali-cari jodoh...sila cari kat internet lagu yg membuat aku ngan said depressed seketika bila dengar lirik dia...huhu)


X kisahlah ko kije straight. Banyaklah OT ko bulan ni. Anggap je motivasi ko kije sebab duit!
Kalau lah duit faktor utama, baik lah aku wat direct selling, MLM atau jual perfume 1drop semua tu. Money cannot buy everything. Masa belum kahwin ni, boleh lah. Kalau dah kahwin nanti macam mana? Yup, Im still a typical conservative guy yang rasa dalam sehari, xdapat macam mana pun biarlah time dinner tu dapat kumpul anak beranak, makan satu meja. Bukanlah kata aku x ikhlas nak kije lebih masa. Dan aku tau aku bukan kije lebih masa dengan percuma. Tapi komen2 macam ni la yang membunuh mood aku nak berkije.


Baru kena kije beberapa hari. Tak kan nak kecoh kot. Time aku dulu lagi teruk. Aku...blah...blah...blah...(dan cerita sejarah masa lampau hidup dia pun terpaksa di dengar)
Perggghhh...ni pun yang aku tak tahan nak dengar...zaman dulu ada ke team building semua? Ujian personality utk tgk climate working environment? Xde kan? Kenapa sekarang semua tu ada? Orang sibuk pasal ESQ segala tu? Jawapannya, sebab orang nak improve. Tapi kalo setiap benda ko nak relate ngan zaman ko dulu, adakah itu improvement namanya?

Bagi aku, bukannya apa. Kadang-kadang, kita dah lah penat. Terpaksa lak dengar komen-komen macam tu. Memang la rasa sakit hati. At least, a little sympathy pun dah kira cukup. "Kalau penat, amik cuti la. Kesian lak tengok ko kije sampai lapan hari straight!" --> komen ni memang rasa x logik la keluar dari mulut superior kan...at least "Thanx for your commitment!"...susah sangat ke nak cakap macam tu tanpa perlu memberi komentar2 yang menusuk hati (menusuk tu...sastera sungguh! huhuhu)... tapi komen paling berbisa...
Owhh...aku ingatkan ko kije banyak sbb nak OT...nak bayar hutang credit card ko!!!
(komen tanpa rasa bersalah...dari mulut saper? tatau...padahal, statement credit card aku leh tahan gak banyaknya...huhuhu siot je!!!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati