Bila sebut bulan puasa, aku rasa semua orang pasti akan terkenang zaman kanak-kanak dulu. Maklumlah, kemeriahan puasa dan raya memang lebih dirasakan oleh kanak-kanak, Antara yang paling aku ingat:

BUNGA API
Bunga api dan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Hahaha. Aku dulu xdelah sampai tahap bermain meriam buluh ke apa. Paling-paling pun main mercun roket je. Tapi memang seronok lah. Siap pasang pelita depan rumah. Ngan lampu lip lap. Sekarang, hmmmpasang lampu luar je la. Tapi paling tak dapat lupa, bila adik aku main bunga api yang besi tu (cap kucing kot), dan dengan tanpa rasa bersalah cocok leher aku ngan buka api. Meraung dan menggelupur jugak la time tu. Hahaha. Nasib baik cuma melecur je kat leher tu. Takdelah sampai berlubang ke apa leher aku. Hahaha.

RESEPI
Masa budak-buadak, macam biasa lah, TV semua sibuk keluarkan rancangan masak kuih raya. Dan aku lah yang terpaksa menyalin resepi yang ada kat TV tu. Masa tu, semua yang ada kat TV tu nampak sedap. So, terpaksalah salin (mana yang dapatlah...kadang2 tu x sempat gak salin sbb bahan dia banyak sangat...frust lah jugak masa tu...hahah) dengan harapan nak memaksa mak aku buat biskut raya semua tu, tambah dengan ayat2 manja..."Alah...senang je mak...masuk ni masuk tu...terap...pastuh bakar...siap dah"...dan ayat balas mak aku pulak..."Haaa...senang je pun...kalo camtu awak buatlah sendiri. Senang je kan?!!"

Tapi sekarang...dah senang dah...mana2 nak cari resepi, klik je kat internet....x pun beli je...depan rumah aku skang mmg diorang lambakkan biskut raya dari kilang (ye la, zaman dulu x banyak orang yg jual biskut raya...kalo ada pun, tempah ngan orang...sekarang ni...semua ada...tinggal tunjuk je mana yang nak!)

BUAT KUIH
Dekat-dekat nak raya, mak aku akan start buat kuih. Masa tu lah boleh tengok kitorang yang x pernah ke dapur, sibuk konon2 nak menolong. Bukan tolong apa pun, masa terap kuih tu, sibuk terap ngan bentuk pilihan sendiri. Kalau atas biskut tu kena tabur apa2, punya lah banyak sampai x muat...dengan chocolate chip la, chocolate rice la. Habis bakar, x sabar nak tunggu buka. Konon2 nak makan masa buka, sudahnya x makan jugak (sbb time buka dah makan macam2)

BAJU RAYA
Masa tu, bila mak start ukur baju...excited bukan maik. Siap tanya bila nak siap bajunyer. Pastuh, terus gosok, siap dah cop nak pakai ngan sampin apa. Butang baju pun terus pasang. Padahal raya lagi dua minggu lagi. Hahaha. Tapi sekarang, mak aku pun dah tak larat nak potong baju, jahit semua. Tempah je skarang ni. Tang gosok baju pulak, dekat nak semayang raya, barulah berebut carik iron...iron dalam bilik sebab kalo bapak aku nampak...lagi la dia membebel...."Dari malam tadi tak nak gosok...time orang nak gerak gi surau, time tulah sibuk!!"

KETUPAT
Haaa...ni satu lagi...tiap-tiap tahun, berangan nak mengayam ketupat, tapi sudahnya...hampeh! Kiranya, aku la yang agak lambat bab menganyam ketupat ni. Dah kat universiti (tu pun dah tahun 3 aku rasa), barulah pandai nak mengayam ketupat. Tu pun adik aku dah expert dah wat ketupat bawang la, ketupat sate la, kerupat pasar la...aku tau satu je...(tapi x kisah la sebab kat department aku, masa aku start kije, aku sorang je yang pandai mengayam ketupat. Masa nak hias department untuk raya, aku sorang je la yang tukang anyam - ayat2 nak riak...hahaha)
Tapi tu semua dulu. Sekarang ni bila dah besar, rasa macam kurang meriah la pulak raya. Kuih raya pun, beli sejenis dua, buat balik kampung. Ketupat pun dah ada yang segera. Bunga api??? Saper lak yang nak main kat rumah tu. Adik aku yang kecik pun dah Tingakatan Empat (mungkin tunggu mak bapak aku dapat cucu la kot...baru ada bunga api kat rumah tu...hahah)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati