Masuk panggung untuk menonton filem KL Gangster terasa agak cuak. Muka sorang-sorang yang masuk semua stok2 muka ganas. Macam geng-geng mat motor... Yang muka baik-baik, mb aku je kot dalam tu... hahaha.. Yang datang bawak famili boleh bilang dengan jari... Mungkin tak nak anak-anak terpengaruh. Baguslah. Tapi bila time raya sure keluar gak cerita ni... so, kalau budak2 terpengaruh, nak salahkan siapa?

SINOPSIS
Filem ni mengisahkan Malik (Aaron Aziz), yang ditahan di penjara selama lima tahun atas kesalahan rompakan bersenjata, yang sebenarnya diperangkap oleh Shark (Syamsul Yusuf), bagi mengelakkan Malik terus bersekutu dengan ayah tirinya, King (Ridzuan Hashim). Gila skema lak ayat aku. Senang cerita, Malik dengan King memang kamceng. Shark berbulu je tengok. So, dia frame Malik. Haaa, kan senang sket nak faham.

Shark ni perangai cam gampang la. Semua kawasan orang dia nak kacau. So, dia kacau kawasan Dragon (Corrie Lee). Corrie Lee ni ada dua pembantu yang hebat gak. Jai (Adi Putra), yang merupakan adik kepada Malik (yang aku rasa konfius sbb Aaron Aziz nampak cam lagi muda... tp sbb aku sendiri pun nampak lagi muda dari adik aku, so aku leh maafkan la..hahaha) ngan Ajib (Sofie Jikan). Tapi Jai belot. Dia join Shark sebab Shark bagi lagi banyak duit. Sekaligus, menimbulkan kemarahan Malik sebab takut Jai pun kena backstab macam kes dia ngan Shark dulu. Berjayakah Malik menghalang Jai dari terus diperalat Shark? (siyes ayat x hengat! hahahaha)

YANG AKU SUKA
1. Filem ni kan filem aksi. Dah tentu aksi dia superb. Takde lah nampak sangat macam Kongsi yang bila scene gaduh nampak best, tapi scene Saheizy Sam ngan Liyana Shamsudin terjun guna tanglung, nampak sangat tak real! Aksi filem ni memang penuh sepak terajang (walaupun bila scene gaduh, ko rasa sound effect dia macam tgh main game lak... dush dush dush dush.... hahaha) Dari segi aksi, memang tak menghampakan la. Kereta kena bom pun best. Takde la pakai CGI murah ala-ala keretapi meletup macam Nur Kasih (sempat jugak kutuk filem lain tu! =p).

2. Aku rasa ni antara filem yang xde heroin kot (sila betulkan kalau aku salah)... Goodbye Boys dulu xde gak kan? Kongsi pun xde heroin kan? Ok, aku tarik balik komen ni. Tapi aku suka sebab most of pelakon memang boleh berlakon (walaupun aku rasa Syamsul Yusuf berlakon macam kontrol macho sangat... tapi nampak la perubahan... kudos gak!) Watak paling style tentulah Sofi Jikan dengan Zizan kot... pelakon pembantu pun menarik... Sheera Iskandar sebagai adik Malik bernama Zati dan Ku Faridah (jadi mak diorang) pun tak menghampakan. I have new respect for Ku Faridah sebab watak dia lain dari typical watak dia. Selalu dia jadi jahat, tak pun watak komedi. Kalau Syamsul yusuf nak cerita ni jadi lagi tangkap leleh, dia patut consider Wan Maimunah kot (sbb kalau Fauziah Nawi, takut over leleh lak... hahaha... sila baca pentingnya memilih casting pelakon di sini)

3. Sesetengah scene bagi aku sangat nice. Aku paling suka flash back Malik bila Mak dia kata Mak dia taknak duit haram, masa dia dok usha Mak dia dah tua-tua jual kerepek kat kaki lima. Pastuh, mak dia muka sangat bersyukur cium duit lima ringgit bila ada orang beli kerepek tu (erk, cam mahal gak la beli sebungkus lima ringgit, orang selalu jual 3 bungkus RM10... ke situ pulak kan yang aku fokus... hahaha). Bagi aku, walaupun ringkas, tapi mesej betapa ko perlu usaha untuk cari rezeki yang halal tu memang jelas. Biarlah sikit, tapi berkat.Ni la mesej utama cerita ni aku rasa. Jangan join gangster, nanti famili ko porak peranda. Tu dah tentu lah kan. To be honest, apa je mesej ko boleh tunjuk dengan detail, sebab ni cerita aksi. Fokus lebih pada aksi la kan. Tak kan nak bersyarah lak dalam cerita ni (ok, part bersyarah tu ada gak la masa scene mak dia nanges2 suh Malik tinggalkan rumah tu... sangat drama swasta petang2!). Tapi, part cari rezeki halal tu memang aku suka. Biarlah kerja ko setakat jual kerepek, atau tolong orang kat pasar borong dari kerja jadi gangster. Baik ko jual dadih daripada ko jual dadah! Hahaha.

4. Unsur comic relief. Lakonan Zizan adalah sangat typical Zizan. Macam mana ko tengok dia kat maharaja lawak, macam tu lah jugak dia dalam filem ni. Tapi sesetengah lawak tu memang buat aku gelak la. Sila perhatikan scene bila kereta Zizan kena bom dan masa kereta sewa dia kena langgar. Part tu memang aku gelak x hengat... Sofi Jikan pun lawak gak dengan gaya dia... lawak tapi ganas (camner tu ek?)... aku paling suka bila dia cakap "Kalau aku potong 18, baru kau tahu erti penyesalan!"....haahahah.


YANG AKU TAK SUKA
1. Bahasa yang digunakan. Bahasa cerita ni agak kesat la. Kalau bodoh tu memang jadi mainan je la. Anjing, sial tu memang meniti bibir pelakon dia je la. Yes, mb that's the reality... tapi cerita ni patut dikategorikan PG-13. Sangat tak sesuai kalau budak-budak tengok. Aku x salahkan script writer pun, cuma aku rasa parents harus tahu, cerita ni macam mana. Lagi best kalau lebihkan aksi dia, terus klasifikasikan 18SG... orang tengok pun akan lebih puas... nak kawal pun senang sket kalau tgk bebudak datang tgk citer ni.

2. Aku kurang suka Aaron Aziz dalam cerita ni. Dia boleh berlakon. Dia boleh berlawan. Tapi unsur sweet Seth Tan dalam Nora Elena masih kuat kot (kes layan tiap-tiap hari la ni. Hahaha). Macam member aku cakap, pelakon Malaysia ni sangat bermusim, Kalau time Rosyam Nor,,, sumer citer muka dia. Drama TV dulu, penuh Rita Rudaini. Pastuh, panggung lak... sumer pasal Erra Fazira... pastuh Fasha Sandha... laa ni, zaman Lisa Surihani lak... Sama la ngan Aaron Aziz ni. Sudahnya, dari segi pelakon, memang la bagus sebab diorang dapat lebih job. Lebih cabaran sebab berlakon banyak jenis watak. Tapi dari segi penonton, kitorang rasa confuse. Lagi pulak kalau sesetengah watak tu sangat attach dengan kita. Ke aku sorang je pk cam tu? Hahaha.

3. Cerita ni boleh dikembangkan lagi. Kenapa tak tunjuk apa yang Zati kena masa gangster tu datang? Baru la bangkit semangat membara Malik nak balas dendam. Jai pun sama. Ada scene dia selitkan RM50 dalam poket budak gelandangan. Tapi macam xde apa-apa signifikan. Yes, dia gangster tapi still baik? Tu ke mesej dia? Kalau aku, baiklah aku join ngan abang aku Malik, pastuh take over jaga kawasan dari King ngan Dragon. Kan ke lagi senang ko nak kaya (kalau duitla penyebab ko sampai nak berbunuh adik beradik kan!)?

Kesimpulannya, bila tengok cerita ni, kalau mak aku suh gi pasar, aku leh cakap reason,  x nak gi, nanti ada gangster datang serang... kalau member nak belanja makan setakat gerai tepi jalan, aku akan tolak. Takut geng kawasan tu datang cari pasal. Hahaha. Diorang ni gaduh x kira tempat ye. Sampai aku terfikir, mana la pergi polis kat kawasan tu. Gi berlakon Gerak Khas kot. Hahaha.

Mungkin (mungkin la ye, sebab aku x pernah lagi bertembung dengan situasi macam ni) benda ni memang ada terjadi, tapi impak realiti dia macam kurang sket. Bila aku dengar PEKIDA nak saman cerita ni sebab "menyentuh sensitiviti bangsa melayu", aku bayangkan cerita ni penuh dengan pergaduhan sehingga orang sure takut dengan orang melayu... sebab kaki pukul. Gangster cerita ni sangat muhibbah dan semangat 1Malaysia la... semua bangsa ada join grup gangster... Hahaha!

Dari segi kegerunan tengok cerita ni dengan filem lain, Evolusi KL Drift... ko jangan la join kawasan tu, ko selamat laa... Remp-it, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam... kalau kau out of the league, insya-Allah ko takde benda nak risau... geng jahat main tembak2 macam dalam Anak Halal or KL Gangster, mungkin ada tapi benda tu mungkin diluar pengetahuan kita... tapi cuba ko tengok cerita Budak Kelantan... tengok part gi CM pastuh kena pau... ugut dengan pisau semua bagi aku benda tu lagi menakutkan sebab potensi kita mengalami situasi macam tu lagi tinggi... Cerita ni sekadar hiburan, mungkin ada touch sket2 sesetengah pihak, tapi take it as hiburan la. Mana yang baik tu, kita ambillah... Yang buruk tu, ada kemungkinan gak berlaku, cuma kita je yang tak tahu... tapi kita ambillah sebagai sempadan.

Kalau rasa KL Gangster ni ganas sangat, layan lah KL Hamster kat bawah ni. Hahaha!

KL GANGSTER


KL HAMSTER

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati