Ni Pun Kira Super-Impose Gak Ke??

Aku buka internet. Cari gambar artis bertudung. Bukannya apa, ada satu gambar Farah AF2 bertudung yang pernah aku simpan sudah ter"delete" (kalau dah ter- tu, maksudnya tak sengajalah). Gambar Farah pakai tudung warna merah jambu. Aku memang suka gila gambar tu sebab Farah nampak sangat comel dan sopan. Gambar untuk Utusan Melayu kalau aku x silap. Dalam sibuk aku meng-"Google", terjumpalah gambar-gambar ni. Macam mana gamaknya kalo gambar artis2 antarabangsa bertudung. Ada macam ni ke?




Aishwarya Rai

Britney Spears



Avril Lavigne



Oprah


Dan aku respek dengan orang yang edit gambar2 ni. Hasil editing yang amat kemas. Kalau artis antarabangsa pun dah bertudung, artis kita bila lagi??




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Yang Berlalu Tak Berulang

Sebenarnya, agak terlambat untuk aku menulis tentang Tahun Baru. Sekarang ni pun dah masuk 7 Januari dah. Kalau ikutkan kalendar hijrah, dah pun 10 Muharram. Aku masih lagi sama macam dulu. Kalau pun yang bertambah, cuma umur (seiring dengan berat badan aku la kan! motif carut diri sendiri??)

Apa pun, tahun 2008 menyaksikan beberapa perkara yang bagi aku boleh dibanggakan. Antaranya:

  1. Dah ada kereta sendiri (walaupun x semahal kereta kawan-kawan aku, tapi bak kata Julia Hana "duit aku...ada aku kissah?!")
  2. Hasrat aku untuk bagi something untuk mak ayah aku tercapai. Adik-adik aku pun dapat la merasa duit aku gak.
  3. Aku naik flight. Kira pencapaian gak apa dapat naik flight!
  4. Aku memandu sendiri ke Tronoh, Perak dan juga ke Perlis baru-baru ni. Kiranya secara official nya, kereta aku dah pun mengelilingi seluruh negeri kat Semenanjung ni. Mungkin satu pencapaian yang tak berapa signifikan, tapi kepada sesiapa yang kenal aku (dan juga cara pemanduan aku), kira hebat la tu. Mana taknya, dapat lesen lepas SPM, tapi start bawak kereta cuma TUJUH TAHUN lepas tu.

Ada gak beberapa perkara yang tak berapa best sepanjang tahun 2008. Antaranya kereta aku eksiden selepas beberapa bulan (sedey wo), tragedi "ketahuan" (I dont want to elaborate more on this) dan jugak insiden kredit kad. Tapi, bak kata pepatah omputih, "Whatever doesn't kill you, just make you stronger" (Muzik latar: Stronger - Britney Spears).

Apa pun, untuk tahun baru ni, antara azam aku ialah:

  1. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti (cewahhh)
  2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat (haa...Narul, apahal ko gelak-gelak tu!)
  3. Berbelanja dengan berhemah
  4. Bercuti dengan geng2 aku kat sini. Ni KPI tahun lepas sebenarnya. Tapi terpaksa bawak tahun ni. ( Nak gi pulau la, gi Bali la...projek Kelip-Kelip pun x jalan lagi ada hati berangan nak cuti grand2)

Sama-samalah kita berdoa agar apa yang kita hajati dapat dicapai pada tahun ini. Insya-Allah.

P/S: Err...aku pun konfius ngan gaya penulisan aku untuk entry kali ni. Maybe sebab terpengaruh dengan blog yang Narul bagi kot (yang penuh ngan carutan, ayat2 puji diri sendiri dan sebagainya...blog saper?? Thats a secret I'll never tell...XOXO...gossip jer!)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Music and Me

Hmmm...hari ni tetiba rasa nak update blog...walaupun rasanya macam xde org baca...tp tetap nak update gak

o Put your music player on shuffle.
o For each question, press the next button to get your answer.
o YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!!!

IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
Perhaps, Perhaps, Perhaps - Cake
* hmmm...aku bukannya penyabar sangat...tp kalo dah berjam kat shopping complex try baju tu baju ni or try kasut tu kasut ni...pastuh tanya "Yang ni ok x?"...jawapan standard la "OK la kot"..kira logik la lagu ni...

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Lelaki Ini - Anuar Zain
* Lelaki ini yang selalu memujamu...selalu...tanpa ragu...hmmm... ye ke?

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
L.O.V.E - Michael Buble
* L is for the way you look at me...O is for the only one I see...hmmm...yg ni mb logik kot

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Stand By Me - OST 200 Pound Beauty
* wahahah…aku mmg memerlukan org utk stand by me...hari ni aku off day...sorg2 je kat bilik...buhsan giler!!!

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Demi Waktu - Ungu
* err...aku tatau camner lagu ni ada dalam list aku...tp demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...kecuali mereka yang berpesan2 dengan kebenaran...dan berpesan2 dengan kesabaran....semoga aku tergolong dalam golongan yg saling berpesan itu...amin...

WHAT IS YOUR MOTTO?
Takdir dan Waktu - Mega
* hahaha,,,aku memang x suka serabutkan kepala otak...just go with the flow...takdir dan waktu akan menentukan...

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Seribu Tahun - Imran Ajmain
* adakah kawan2ku fikir suaraku sesedap Imran Ajmain??? Hmm...timbul keraguan di situ...

WHAT DO YOU THINK OF YOUR PARENTS?
Hajat - Haida
* aku mmg berhajat nak bagi parents aku something special on their birthday this year...insya-Allah…

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Penantian - Blackrose
* absolutely right...penantian bila gaji nak masuk...bila nak dapat jodoh...bila nak balik kampung...bila nak cuti...pendek kata hidup ni mmg satu penantian la...

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BESTIE?
Layar Keinsafan - Mestica
* ada ke kawan2 aku yg sebaik ni? tak logic, tak logic…

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Kembang Perawan - Gita Gutawa
* Suspicious je jawapan dia...tp aku suka lagu ni...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Tergamak Kau - Ukays
* hahaha...sekarang ni aku just fikir tergamak bos aku slash cuti aku...n suruh aku wat OT...hahahah

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Rimas - Fabulous Catz
* aku tatau la...tp mb sebab aku dah rimas ngan tag ni kot...banyak nye nak menaip...

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Satu Harapan - Jaclyn Victor
* hahaha...no komen

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Related Posts with Thumbnails