KONFIDEN 1
Di tempat kerja aku, kebanyakan operatornya agak mengikuti perkembangan dunia hiburan - terutamanya budak-budak shift aku. Agak pelik jugak sebab kebiasaannya, bila bercerita dengan budak-budak operation, tajuk utama mestilah pasal bola sepak, politik, kereta atau memancing. Tapi, diorang ni memang versatile la. Bila berborak dengan diorang, agak hebat jugak gossip-gossip diorang.
Diorang rancak berborak, Aku cuma tukang dengar. Cerita pasal Raja Lawak, Dah tentulah aku tak boleh menyampuk sebab aku memang tak mengikuti sangat pasal Raja Lawak. Masing-masing cuba meramal siapakah yang bakal mengikut jejak langkah Nabil (Raja Lawak 2).
Dalam sibuk berborak, Mie tiba-tiba mencelah dengan konfidennya "Aku rasa, peserta dulu pun hebat jugak. Macam yang masuk dari TV3 dulu. Alaa, apa namanya tu Sinaran Pasport ANTARABANGSA!"
Moral: Jangan menyampuk dengan konfiden kalau anda tidak tahu.
KONFIDEN 2
Masih lagi bergossip. Kali ni tentang cerita zaman-zaman muda. Memandangkan majoritinya dari INSTEP, keluarlah cerita bagaimana mereka bergelar perantis - antara batch yang terawal semasa penubuhan INSTEP. Dari perantis, melarat pula ke The Apprentice. Termasuk la pulak cerita pasal Donald Trump.
"Aku sebelum ni tak kenal pun saper Donald Trump tu. Tapi dia memang macam bagus pun"
"Anak dia tu model ke? Lawa giler!"
"Tapi aku suka giler tagline dia, It's nothing personal. It's just bussiness!"
"Aku memula dengar nama dia, aku ingatkan dia tokey baju dalam!"
"Itu TRIUMPH la, bukan TRUMP!!"
Moral: Kini baru aku mengerti, Trump dan Triumph adalah tidak sama!
Ni Pun Kira Super-Impose Gak Ke??
- Written by Hafidz Gafa
- Posted Wednesday, January 07, 2009 at 8:31 PM
Aishwarya Rai
Britney Spears
Avril Lavigne
Oprah
Dan aku respek dengan orang yang edit gambar2 ni. Hasil editing yang amat kemas. Kalau artis antarabangsa pun dah bertudung, artis kita bila lagi??
Sebenarnya, agak terlambat untuk aku menulis tentang Tahun Baru. Sekarang ni pun dah masuk 7 Januari dah. Kalau ikutkan kalendar hijrah, dah pun 10 Muharram. Aku masih lagi sama macam dulu. Kalau pun yang bertambah, cuma umur (seiring dengan berat badan aku la kan! motif carut diri sendiri??)
Apa pun, tahun 2008 menyaksikan beberapa perkara yang bagi aku boleh dibanggakan. Antaranya:
- Dah ada kereta sendiri (walaupun x semahal kereta kawan-kawan aku, tapi bak kata Julia Hana "duit aku...ada aku kissah?!")
- Hasrat aku untuk bagi something untuk mak ayah aku tercapai. Adik-adik aku pun dapat la merasa duit aku gak.
- Aku naik flight. Kira pencapaian gak apa dapat naik flight!
- Aku memandu sendiri ke Tronoh, Perak dan juga ke Perlis baru-baru ni. Kiranya secara official nya, kereta aku dah pun mengelilingi seluruh negeri kat Semenanjung ni. Mungkin satu pencapaian yang tak berapa signifikan, tapi kepada sesiapa yang kenal aku (dan juga cara pemanduan aku), kira hebat la tu. Mana taknya, dapat lesen lepas SPM, tapi start bawak kereta cuma TUJUH TAHUN lepas tu.
Ada gak beberapa perkara yang tak berapa best sepanjang tahun 2008. Antaranya kereta aku eksiden selepas beberapa bulan (sedey wo), tragedi "ketahuan" (I dont want to elaborate more on this) dan jugak insiden kredit kad. Tapi, bak kata pepatah omputih, "Whatever doesn't kill you, just make you stronger" (Muzik latar: Stronger - Britney Spears).
Apa pun, untuk tahun baru ni, antara azam aku ialah:
- Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti (cewahhh)
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat (haa...Narul, apahal ko gelak-gelak tu!)
- Berbelanja dengan berhemah
- Bercuti dengan geng2 aku kat sini. Ni KPI tahun lepas sebenarnya. Tapi terpaksa bawak tahun ni. ( Nak gi pulau la, gi Bali la...projek Kelip-Kelip pun x jalan lagi ada hati berangan nak cuti grand2)
Sama-samalah kita berdoa agar apa yang kita hajati dapat dicapai pada tahun ini. Insya-Allah.
P/S: Err...aku pun konfius ngan gaya penulisan aku untuk entry kali ni. Maybe sebab terpengaruh dengan blog yang Narul bagi kot (yang penuh ngan carutan, ayat2 puji diri sendiri dan sebagainya...blog saper?? Thats a secret I'll never tell...XOXO...gossip jer!)










