Menonton teater Puteri Gunung Ledang the Musical, tak dapat tidak membuatkan aku cuba membandingkannya dengan P Ramlee the Musical. Maklumlah, kedua-duanya hasil tangan dari Enfiniti Production, team produksi yang hampir sama - cuma cerita yang sememangnya berbeza.


P Ramlee the Musical (PRtM) dimulakan dengan babak P Ramlee @ Remy (lakonan Sean Ghazi) sedang bermain piano bersama isterinya Saloma @ Sally (Liza Hanim) di kediaman mereka di Kuala Lumpur. P Ramlee yang bagaikan merasa kecewa dengan kehidupannya di Kuala Lumpur - menggubah lagu Air Mata di Kula Lumpur, sambil mengenang zaman lampaunya - dari Pulau Pinang, bersama kekasih hatinya Azizah (Siti Nurhaliza), berhijrah ke Singapura bersama sahabat baiknya Sukardi (Chedd Yusoff), pertemuan dengan isteri-isterinya Junaidah (Atilia) dan Norizan (Melissa Saila) serta zaman kegemilangannya.


Babak-babak dalam Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) pula lebih mudah. Penonton dibawa menyaksikan kehidupan Puteri Raja di Majapahit, Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah (Tiara Jacquelina) dan kekandanya Gusti Adipati Handaya Ningrat (AC Mizal). Bagaimana kedatangan rombongan Melaka membibitkan rasa cinta Gusti Putri kepada Hang Tuah (Stephen Rahman). Ancaman Demak menyaksikan Adipati terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Melaka (Adlin Aman Ramlie) - dengan syarat Gusti Putri harus menjadi permaisurinya. Short version - Hang Tuah dihantar melawan Demak, Gusti Putri sedih - lari ke Gunung Ledang mencari cintanya, Sultan Mahmud murka, suruh Hang Tuah meminang Gusti Puteri (time tu la dia ala2 demand mintak 7 benda mengarut tu!)



CASTING
Terus terang, motif utama aku beriya sangat nak menonton PRtM dulu adalah semata-mata kerana Siti Nurhaliza! Jadi, komen aku tentang casting ni sure agak bias. Lakonan Sean Ghazi memang menarik. Liza Hanim pun mantap (dan aku lebih suka kalau kemantapan itu ditonjolkan sepenuhnya dari sudut lakonan dan nyanyian - bukan dari pakaian. Seksi gila akak Liza Hanim kau!). Melissa Saila memang superb. Seolah-olah kita dapat merasa bagaimana perasaan Norizan pada masa tu (cuma perasaan sedih tu tetiba je hilang bila dia bukak mulut nak menyanyi! She better stick with acting). Chedd pun best, Atilia pun best (and she can sing!). Siti? Haha, perlu ke tanya? Sebenarnya biasa je lakonan Siti tu. Tapi part dia memang ditunggu-tunggu la. Cuma aku rasa dialog dia agak sscripted. Terlampau berbunga-bunga. Sebab tu aku suka scene Liza Hanim. Dialog dia lebih realistik.


Dalam PGLtM pulak, watak yang paling berkesan ialah Bayan (Ida Mariana). Aku pun tak kenal siapa dia ni, tapi memang mantap la lakonan dia. Suara dia pun mantap. Dan berbanding dengan PRtM, pelakon-pelakon PGLtM semua boleh menyanyi. Ada lah pitching lari sket masa Tiara nyanyi tapi x obvious la (ye la..banyak gak part dia kena nyanyi...sumbang sket tu leh dimaafkan la). Stephen memang tak payah dipertikaikan la (part nyanyi la...kalau part dialog walaupun pelat omputih dia hampir dah xde, tapi cara pengucapan dia tu nampak macam trying too hard - nasib baik la ni musical, so dia nyanyi je la banyak). And surprisingly, tetiba aku suka ngan suara AC! Im not a fan of AC kay (apatah lagi lagu Fiona dia tu), tapi dia menyanyi dengan best.


So bab casting, sama je markah dia. PRtM aku distract masa Norizan menyanyi, PGLtM lak bila Tuah bercakap!



SET
Set paling aku suka dalam PRtM ialah set keretapi (masa Ramlee dan Sukardi nak ke Singapura). Sangat kreatif. Kali ni dalam PGLtM, ada kapal layar la pulak (Scene Gusti Putri nak belayar ke Melaka). Mana la boleh ko nak bandingkan set dalam dua teater ni. Set PRtM lebih kepada realistik - set bangunan, dalam rumah, tgh shooting, set PGLtM of course la lagi gempak - Air Terjun, Gunung, Pelabuhan Melaka, Istana Melaka, Istana Majapahit. Actually aku nak cadangkan kat Enfinity supaya adakan Action Figure Gusti Puteri ngan Hang Tuah. Dengan set dia sekali. Ye la, dalam teater tu, ko sambung-sambung stupa tu leh jadi Istana Majapahit, tukar sket, jadi Gunung, tukar lagi ngan tambah kain berjurai, jadi air terjun. Kreatif la!


PGLtM menang! tapi PRtM tetap pulang bermaruah!



JALAN CERITA
Kekuatan PRtM ialah pada jalan cerita dia. Skrip dia pun realistik. Kelakar pun ada (terutama scene Saloma dan P Ramlee nyanyi lagu Gelora. Terasa macam deleted scene dari filem P Ramlee dulu-dulu lak). PGLtM aku suka dengan ayat-ayat berbunga dia - "dinda akan menyusul kanda, berpijak pada bumi yang sama, bernafas pada udara yang sama" dengan dialog Tuah "apakan daya, tangan terpasak di langit, kaki terpasung di bumi, jasad tidak setanding mimpi". Tapi jalan cerita dia predictable (mb sbb aku dah tengok PGL the Movie). Scene masa Sultan Mahmud main dengan anak dia pun aku rasa macam adlib sebab skrip tu macam tak masuk dengan latar masa. Tak perlu nak buat lawak sebab aku rasa PGL patut lebih classy (tapi scene kembar 2 orang tu lambat masa latihan tarian kat Majapahit, dengan orang melaka baca perutusan ala2 mengaji tu bagi aku kelakar la). Babak 1 aku tengok tak berkelip mata - sebab aku nak tau apa cerita dia. Masa babak ending, Gusti Putri ala-ala feeling sebab tak dapat jumpa Tuah, aku leh terlelap dekat 5 minit. Tak yah la kau feeling bagai, memang semua orang tahu cerita PGL bukannya happy ending. Hahaha.


PRtM menang sebab aku leh stay tanpa perlu terlelap.


* * *

Kesimpulannya, kedua-dua teater ni memang best. Kalau kau minat P Ramlee, dan dengar merdu alunan suara dia, cuba menyelami bagaimana agaknya kisah seorang P Ramlee, PRtM memang tak patut kau lepaskan (dah terlepas pun masalahnya...mb lepas Liza Hanim bersalin kot. Harap-harap diorang consider nak buat season 3 pulak). Cuma aku kecewa sket sebab PRtM takde pun keluar Sound Track dia. PGLtM ada lak keluarkan soundtrack. Tak adillah macam ni!!!


Dan, kalau kau nak merasa cinta agung, nak merasa mistik dan magisnya Gusti Putri, PGLtM lah jawapannya. Ekceli, magik Gusti Puteri satu je....dari nenek kebayan bertukar jadi puteri. Yang lain-lain tu Bayan lagi banyak buat magik (hilangkan Gusti Puteri, keluar api dari tangan, bunga yang ala-ala terapung). Tapi memang kemas la cerita ni. Scene Gusti Puteri muncul ala bayang-bayang kat Gunung Ledang masa Tuah cari dia pun best. In fact, masa starting je aku dah kagum bila lakaran stupa kat layar macam tetiba muncul jadi real!


Tiket pun aku rasa dah fully booked (in fact PRtM pun tak tau ada ke tidak season 3), dan nasihat aku produksi dari Enfiniti memang bagus. Lain kali kalau ada, boleh book awal-awal!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati